Responsive Ad Slot

Ayam Goreng Kunyit Berlado Pedas Berapi

Ayam lagi? Ye, sementara tekak boleh terima ayam kita masakkan je lah. Dua hari berturut turut masak ayam. Ayam masak kicap dah. Lepas tu masak ayam goreng kunyit berlado (baca : berlada) pedas berapi pulak.

Sebelum ni anti ayam betul. Lebih kurang dekat sebulan jugalah rasa menyampah kat ayam tu. Tengok, bau pun tak boleh. Kalah alahan orang mengandung. Kah!

Sekarang ni macam dah mula okay boleh kawan baik dengan ayam kejap. Tengok esok lusa nanti gaduh balik memang kita makan sambal tumis ikan bilis campur belimbing buluh je lah. 

Ayam Goreng Kunyit Berlado Pedas Berapi


Untuk resipi ayam goreng kunyit berlado ni boleh rujuk dalam link di atas. Malas nak taip semula. Rujuk je entri lama okay.  Kalau nak cuba masak cara saya. Cuma kali ni tambah tomato cherry sikit. Boleh makan tomato cherry yang manis ada masam sikit.

Oleh sebab masak sikit je, rajinlah nak menumbuk bahan-bahan tumbuk guna lesung batu. Siapa kata perempuan guna lesung batu tak wujud lagi? ehhhh ada! Pandai pandai je cakap kan. Ada je suka masak guna lesung batu. Lagi sedap rasa masakan tu, kan?

Masakan ayam goreng kunyit berlado pedas berapi ni saya letak extra cili api untuk rasa sensasi pedas cili api. Boleh juga panggil ayam goreng berlada serai sebab letak serai juga. Wajib letak serai baru wangi dan lebih sedap.

Ada juga panggil ayam goreng berlada cili api ala ala ayam balado minang. Tapi versi masakan minang tak letak serai.

Filem Hutang 2D

Hutang 2D, sebuah filem aksi komedi yang akan bersiaran pada 5 Ogos 2021 di Astro First saluran 480. Filem Hutang 2D dibarisi chikadun cast Ayie Elham, Baby Shima, Eric Fuzi, FaliQue Ghazali, Akram Kadir, Achoi Floor88 dan Amir Floor88.

Ropi, Black Hanifah, Fauziah Ahmad Daud, Altimet, Coki dana Wafiy turut berlakon dalam filem Hutang 2D. Filem Hutang 2D arahan bersama Eric Fuzi dan Irwan Rauf juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Filem Hutang 2D Astro First

FILEM HUTANG 2D

Tarikh tayangan : 5 Ogos 2021
Idea asal : Eric Fuzi, Ayie Ilham, Dian Mayasari, Irwan, Rauf, Chill Bro
Pengarah : Irwan Rauf & Eric Fuzi
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios

PELAKON DAN WATAK

  • Ayie Elham
  • Baby Shima
  • Eric Fuzi
  • FaliQue Ghazali
  • Akram Kadir
  • Achoi Floor88
  • Amir Floor88
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Ima
  • Ropie sebagai Pak Jie
  • Black Hanifah sebagai Han
  • Altimet
  • Danish Daniel (Coki)
  • Wafiy

SINOPSIS HUTANG 2D

Mengisahkan tentang Ayie, Seorang pelukis komik webtoon dan budak flat Yang kuat berangan dan bersifat pengecut hidup sederhana dengan ayahnya, Pak Jie selepas kematian ibunya. Namun segala hasil usahanya dipandang rendah oleh Pak Jie. 

Itu membuatkan hidup Ayie diselubungi kesedihan. Tabiat ayahnya Yang suka berjudi dan menipu duit orang membuatkan mereka diburu oleh penjahat bernama Farhan dan Kit.

Pada masa yang sama, Ayie juga menaruh perasaannya terhadap Shima, gadis Yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Suatu hari, Ayie didatangi seorang lelaki misteri bernama Gua Mambang. Lelaki tersebut memberikan Ayie sebuah tablet ajaib Yang mampu membuatkan semua lukisannya menjadi nyata. 

Lalu Ayie mencipta pelbagai geng baharu dengan kuasa tersendiri dan sejak itu Ayie dan gengnya memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan ayahnya dan gadis Yang diminatinya, Shima.

Air Kelapa Pandan Lemon Menyegarkan

Masih dalam cuaca musim panas. Mendung pun terasa bahang kepanasan tu bila hujan tak jadi turun. Dan dan tu lah rasa nak minum air kelapa. Bila suami nak keluar, saya tak lupa nak kirim air kelapa. Air kelapa tanpa gula ye, pesan saya.

Air kelapa pandan memang sedap minum tanpa gula. Rasa original air kelapa pandan dah cukup manis dan menyegarkan. Lagi lagi ditambah air batu. Even tambah air batu, masih lagi rasa manis air kelapa pandan.

Kononnya nak campur air gula melaka dalam air kelapa pandan tapi tak jadi. Lain dirancang, lain yang jadi.

Resipi air kelapa lemon

Campurkan jus dan hirisan lemon dalam air kelapa. Tambah gula untuk rasa lebih manis atau boleh tambah madu. 

Ada orang buat air kelapa muda lemon garam. 

Ehh macam sedap lah pulak. Tak tahu nak describe rasa dia macamana. Rasa air kelapa selang seli rasa lemon. Rasa air yang sangat sangat menyegarkan tekak. Tambah madu lagi sedap kot sebab ada rasa manis sikit.

Air Kelapa Pandan Lemon

Tak tahu nak pilih mana satu gambar, letak dua-dua. Tak payah pilih. Benda boleh letak dua, kenapa nak letak satu. Hihi...

Air Kelapa Pandan Lemon

Dalam dok cari info air kelapa lemon ni, jumpa pulak cerita air kelapa dan air lemon boleh sembuhkan penyakit covid-19. Dengar boleh percaya jangan sebab tak ada kajian spesifik yang terbukti pun.
Tak salah pun nak minum. Air kelapa ni banyak khasiatnya.

Khasiat air kelapa

Air kelapa pula mempunyai sifat diuretic kerana ia tinggi kandungan potassium sama seperti buah pisang. Kandungan potassium yang tinggi boleh membantu penyingkiran garam (sodium) dari badan. Air kelapa sangat baik bagi membantu menyeimbangkan elektolit dalam badan dan mengekalkan hidrasi.

Memang elok sangat minum waktu panas ni untuk kekalkan hidrasi. Tapi ada pantang larang minum air kelapa bagi pesakit tertentu yang ada ambil ubat-ubatan. Sama juga macam mitos orang dulu-dulu katanya tak boleh minum air kelapa masa haid sebab air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim sejuk.

Fakta : Tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa minum air ais ketika haid boleh meningkatkan risiko terkena penyakit kanser rahim

sumber : https://www.facebook.com/maiwphealthcare/posts/pantang-larang-ketika-haid-baru-baru-ini-terdapat-beberapa-artikel-yang-tular-me/409716366135238/

Ayam Masak Kicap Tak Pernah Tak Sedap

Pagi ni tak secerah semalam. Gelap macam nak maghrib dah. Kedengaran hujan turun tapi sekejap. Mungkin juga akn disusuli dengan hujan lebat. Sarapan pagi ni saya panaskan roti canai yang beli extra haritu. Senang tak payah pening kepala nak masak apa.

Cerita lauk tengahari semalam. Saya masak ayam masak kicap.

Apa beza ayam kicap dengan ayam masak kicap? Atau sama je? Siapa boleh jawab, silakan jawab. Saya biasa dengar nama ayam masak kicap. Ayam kicap tu macam baru familiar sejak ayam masak kicap 3 budak gemuk mula popular tu.

Ayam masak kicap ni tak pernah tak sedap. Ayam masak kicap bodoh pun sedap dah. Nak pedas sikit ayam masak kicap pedas letak cili api atau tambahkan cili kisar. Nak ada rasa sensasi aroma halia boleh masak ayam masak kicap halia tambah kicap.

Cara saya masak ayam kicap suka goreng ayam terlebih dulu. Dan mestilah kena pedas. Baru ngam dengan rasa kicap manis. 

Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit baru goreng. Biasanya saya goreng sampai masak. Garing sikit dan nanti terus gaul je dengan sos kicapnya. Goreng half cook kalau nak rasa isi ayam tu juicy. 

resepi ayam masak kicap mudah dan cepat

baca juga : resepi ayam masak kicap mudah dan cepat

Untuk resipi masakan ayam masak kicap cara saya, boleh rujuk link diatas. Saya pernah kongsikan sebelum ni. Sama je kaedah dan bahannya. Masih setia dengan tomato cherry bukan sekadar hiasan. Sedap rasa tomato cherry yang lebih manis.

Mi Soto Mama Donuts & Coffee

Ada hari-hari yang rasa malas nak buat dan makan sarapan pagi. Pukul 10 macam tu baru terasa nak makan. Brunch (Breakfast + Lunch) terus lah. Ada juga harinya otak tak berfungsi dengan baik memikirkan masalah dunia.

Kesannya terus jem kepala otak. Nak makan apa, nak masak apa boleh jadi satu masalah dunia yang besar. Terasa nak makan soto. Tekak bangsa Johor betul ni. Maka orderlah mi soto Mama Donuts & Coffee delivery by foodpanda.

Mi Soto Mama Donuts & Coffee

Portion semangkuk mi soto banyak betul. Ini bukan saiz standard mangkuk biasa. Besar sikit dari mangkuk biasa. Kalau guna mangkuk biasa, melimpah terus. Isi ayam dia banyak. Ayam goreng rangup bukan isi ayam rebus. 

Mi dan suhun goreng sama banyak. Ada taugeh, daun sup dana taugeh sebagai pelengkap hidangan mi soto. Sambal kicap dilupa jangan. Tapi saya makan sambal kicap sendiri. Sambal kicap kedai jarang dapat yang pedas dan pekat. Cair je dan tak pedas biasanya.

Mi Soto Mama Donuts & Coffee

Penjual yang tak kedekut rencah. Suhun banyak gila sampai tak nampak mi kuning tu. Saja cuba mi soto pulak. Haritu dah beli bihun soto di kedai lain. Soto nasi impit Peladang Cafe pun dah cuba rasa.

Kali ni cuba mi soto Mama Donuts & Coffee pulak. Sup dia menepati selera saya. Jenis sup yang kurang rempah dan sedap. Cukup rasa.

Mi Soto x1 = 6.50
Nasi ayam x1 = 7.90
+ Delivery fee = RM 4.99
+ Service Tax (6%) - Foodpanda & Restaurant = RM 0.30
Total = RM 19.69

Lebih murah kalau beli terus di kedai. 

Buah Oren Navel Manis Sekali

Oren lagi? Ye, begitulah kehidupan seorang pencinta oren sejak akhir akhir ni. Tersuka pulak dengan buah oren. Setiap kali makan, potong sebiji buah oren. Potong 8, 4 potong seorang. 

Selang seli dengan buah jambu batu. Potong 8 juga, lepas tu potong kecil lagi. Simpan dalam bekas, letak dalam peti ais. Nak makan ambil je. Kalau tak dipotong, lamberrrtttt lagi nak habis. Dasar pemalas kadang tu nak potong buah. Bila dah potong, laju je habiskan.

Buah oren dan buah jambu batu, dua jenis buah yang kaya dengan vitamin C. 

Pesan kat suami beli oren katlego sitrus tapi tak ada. Ada buah oren navel je katanya. Macam pernah dengar buah oren navel. Tak silap buah oren navel ni manis. Ye ke? So, setuju kan je lah beli buah oren navel.

Buah Oren Navel

Bentuk buahnya hampir bulat. Buah oren termasuk dalam keluarga citrus. Buah oren navel rasanya manis dan berjus. Isinya sebiji sebiji seperti limau barli. 

Dinamakan navel (pusat) berdasarkan struktur buahnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh dalam isi oren seolah-olah bentuknya seperti mutasi. 

Merujuk gambar di bawah, nampak tak keratan rentas sepotong buah oren navel dihujungnya tu ada isi buah oren yang terpisah. Itulah yang dimaksudkan buah oren kecil tumbuh dalam isi oren.

Buah Oren Navel

Warna buah oren navel lebih kekuningan dan kulit buah oren navel agak tebal sedikit. Pusat dia pun tak berlubang tapi manis. Maknanya oren navel ni memang semulajadi manis ke macamana?

Buah Oren Navel

Memakan sebiji buah oren mencukupi untuk keperluan badan manusia. Samada dimakan terus atau dijadikan jus.

Selain dijadikan minuman, pati buah oren dijadikan bauan aromaterapi, bahan bahan pewangi atau dijadikan perisa makanan. Buah oren berbau manis dan menyegarkan. 

Kulit buah oren boleh dijadikan pewangi

Rebus kulit limau, masukkan dalam bekas terbuka dan letak di ruangan dapur, bilik tidur atau bilik air. Boleh tambahkan sensasi aroma cinnamon atau pudina untuk menguatkan bau. 

Yang ni saya belum buat, tapi macam nak cuba juga.

Khasiat buah oren

Buah oren mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan kita, antaranya :

1. Vitamin C
Berperanan dalam pembentukan kolagen. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
  • mencegah penyakit kanser.
  • mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit.

2. Karbohidrat
Serat yang terdapat di dalam karbohidrat ini melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
  • sesuai bagi individu yang berusaha menurunkan berat

3. Folat
Menurunkan kadar homocystein yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
  • menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Selain daripada itu, buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, ribofl avin dan asid pantothenik (pantothenic acid).

sumber : https://www.facebook.com/majalahrasa/photos/info-rasa-nikmat-kesegaran-sebiji-orenasal-usulbuah-oren-berasal-daripada-negara/10152470664058739/

Pokok Pandan Hidup Dalam Air

Boleh ke tanam pokok pandan dalam air? Jawapannya, boleh! Sebab saya dah buat. Cara menanam pandan di air ni lebih mudah pada saya. Sejak kucing buat onar, kencing dalam pasu luar rumah banyak pokok tanaman mati. Pokok kari, limau kesturi, kunyit habis mati.

Salah satu punca kenapa pokok pandan mati. Tambah lagi bila musim panas masa tu. Saya tanam pandan dari batang pokok pandan, potong sampai akar bawah sikit dan letak dalam bekas air.

Sebenarnya tanam daun pandan dalam pasu lagi bagus. Tanam dalam tanah terus tanpa pasu lagilah bagus. Cepat dia membiak. Tapi pilihan apa yang saya ada. Tanah pun tak ada semua dah dipenuhi simen dan tiles. Kenalah tanam dalam pasu.

Tanam dalam pasu lain pulak halnya. Pilihan yang ada. tanam pokok pandan hidup dalam air je lah. Untuk saya yang jarang guna daun pandan bolehlah guna cara ni. Sesekali nak guna buat nasi lemak ke masih okay.

cara menanam pandan di air

Tapi tak disarankan lah kalau jenis kerap guna daun pandan. Tanam pokok pandan dalam air ni lambat pertumbuhan dia. Tak tahu lah kot ada penggalak pokok untuk tanaman dalam air. Bekas pun kena besar jugalah. Kena rajin tukar air juga untuk elakkan jadi habitat pembiakkan nyamuk. Ini agak leceh tapi saya guna bekas kecil okay je kot.

Dalam satu bekas boleh letak satu batang pokok pandan je. Letak dalam rumah di kawasan yang ada cahaya matahari. Bila letak dalam rumah ni senang nak ambil juga bila masak. Tak perlu susah payah capai tudung capai cardigan nak ambil. Tak perlu mintak tolong suami pergi ambil.

Ada pokok pandan wangi letak kat ruang dapur pun best juga bau pandan. Kan? Kalau suka bau daun pandan lah. Boleh elak lipas datang. Betul ke tidak tak tahu lah. 

Cara menanam pandan di dalam air

  • Tanam dengan batang yang berakar
  • Satu batang pokok dalam satu bekas
  • Rajin tukar air

Pokok pandan ni jenis pokok yang memerlukan air yang banyak. Sebab tu kalau musim panas kena rajin siram. Kalau pokok kunyit pun boleh hidup dalam air okay jugak. Bolehlah guna daun kunyit bila nak buat rendang. Persoalannya, boleh ke?


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu