Responsive Ad Slot

Telefilem Ara

Telefilem Ara, sebuah telefilem/telemovie 2020 yang pernah bersiaran pada raya ketiga tahun 2020 lepas. 

Tonton Telefilem Ara akan ulang siaran pada Sabtu ini 7 Ogos 2021, jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3 menampilkan lakonan Mimi Lana, Adam Lee, Ruhainies, Aida Aris, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Telefilem Ara

TELEFILEM ARA

Waktu siaran : 7 Ogos 2021 ,jam 10:00 malam
Siaran TV : Cerekarama TV3
Idea Asal DFKL : Wan Izar Haizan
Penulis Skrip : Syiella Annuar & Tam Shuhaimi
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Padi Pictures Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Mimi Lana, Adam Lee, Ruhainies, Aida Aris, Hafidz Roshdi, Adik Cassia, Fatin Afifah, Josiah Hogan dan ramai lagi.
  • Mimi Lana sebagai Ara
  • Adam Lee sebagai Arman
  • Hafidz Roshdi sebagai Taufik
  • Aida Aris sebagai Puan Adibah
  • Ruhainies sebagai Raudhah

SINOPSIS ARA

Ara seorang gadis yang membesar di rumah anak yatim.  Dia merupakan seorang personaliti sebuah program TV. Satu hari Arman bawa kekasihnya Ara berjumpa dengan ibunya, iaitu bakal ibu mentua Ara, Puan Adibah. 

Puan Adibah senang  menerima Ara dalam keluarganya walaupun tidak mengetahui latar belakang Ara yang dibesarkan di rumah anak yatim.

Semasa di rumah Puan Adibah, Ara telah diperkenalkan dengan Raudhah yang merupakan pembantu peribadi Puan Adibah.  Sebenarnya Raudhah dan Ara pernah saling mengenali sebelum ni. Raudhah pernah menjadi intern di tempat kerja Ara.

Konflik bermula apabila Raudhah ingin merampas Arman dari Ara. 

Puan Adibah ingin tahu tentang Ara daripada Raudhah. Raudhah menceritakan hal buruk tentang Ara. Sedangkan apa yang Raudhah pernah terdengar tu hanya separuh cerita. Terjadilah fitnah sehinggakan Puan Adibah dan Arman pun percaya. 

Puan Adibah mula membenci dan tak dapat terima Ara. Hidup Ara diuji disebabkan fitnah yang dibuat oleh Raudhah. Puan Adibah dan Arman menghina Ara. Wartawan dan netizen turut mengecam Ara. 

Ara juga diturunkan posisi menjadi wartawan lokasi daripada pengacara program. Ara kemudiannya mahu berubah. Dia mula mengenakan tudung dan berazam menjadi lebih baik walaupun orang ramai masih skeptikal tentang kebaikannya. 

Ara telah bertemu dengan seorang pendakwah bebas, Taufik (Hafidz Roshdi) untuk satu temuramah. Taufik seorang yang tidak suka ditemuramah dan mengelak untuk bertentang mata dengan perempuan. Sikap Taufik membuatkan Ara rasa kurang senang dengannya.

Selepas bertemu dengan Taufik, Ara telah belajar sesuatu dan belajar untuk jadi lebih baik. Apakah kesudahan antara Ara dan Arman? 

Burger Banjir Tak Berapa Nak Banjir Sangat Dan Bebola Yang Tak Diketahui

Dah cuba burger banjir KFC? Burger banjir adalah menu baharu yang dikeluarkan oleh KFC bulan Julai yang lepas. Saya baru nak mencuba burger banjir KFC yang dikatakan sedap tu.

KFC Burger Banjir

Menampilkan Zinger Hot & Spicy signature dengan sos BBQ Salai. Dilengkapi dengan sos mayonaise, salad segar dan di apit dengan kepingan roti bijan menjadi burger smoky yang sempurna.

Burger Banjir KFC

Macam biasa, indah iklan dari rupa sebenar. Burger banjir tak berapa nak banjir sangat.  Hilang terus signature banjir. Mungkin boleh tukar nama Zinger Burger dengan sos BBQ Salai. 

Atau Zinger Burger dengan sos BBQ Salai leleh. Pun ngam jugak tu, kan? Pernah nampak blogger review, memang sos BBQ Salai nya tak banjir pun.

Syukurlah saya bukan jenis yang suka makan banjir banjir ni. Dapat sos BBQ Salai banjir pun saya okay je. Mana mana lah tak kisah.

Sos BBQ Salainya memang sedap, sesuai dengan isi ayam goreng rangup tu. Cukup rasa dan semestinya kenyang makan sebiji burger. Sos BBQ pun ala ala sos blackpepper tapi versi tak banyak black pepper. 

Ada rasa manis manis sikit jugak. Yang pastinya, sos BBQ salai tu sedap!

Harga bermula RM12.49 dan boleh dibeli dengan beberapa pilihan iaitu a la carte, kombo, Box Meal, dan Kombo Aneka yang mengandungi dua KFC Burger Banjir, 6 ketul nuget dan Cheezy Wedges.

Burger banjir boleh didapati di restoran KFC seluruh negara untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada.

Kali ni beli tak guna perkhidmatan food delivery. Husband keluar dan beli sendiri sebab nak beli ayam juga. Kalau beli drive thru biasa dapat ayam kecik. Walk in dapat pilih bahagian ayam yang kita nak, kalau available lah.

Selain beli ayam, beli juga bebola. Konon nak cuba bebola pisang tu. Bebola durian dah tak ada kot. Tapi dua dua tak dapat. Dah habis katanya. Ada bebola inti dia warna hitam tapi tak pulak bagitahu perisa apa. 

Dalam resit pun tak tulis bebola apa sebab replacement item tak ada nama item yang betul. Mencari jugalah kat website, instagram dan facebook KFC. Tak ada pulak nampak bebola inti warna hitam ni dalam menu kfc malaysia. 

Ada siapa tahu? Atau ada yang pernah cuba?

Bebola KFC

Saya pun tak pasti rasa apa. Rasa dia manis, macam inti pulut hitam pun ada tapi tak ada rasa serpihan pulut pun. Macam makan kuih koci pun ada sebab tepung bebola ni kenyal kenyal. Cuma agak oily sikit sebab bebola ni digoreng.

Updated : November 10, 2021
Answer : KFC Black Sesame Balls

Cuba Buat Cucur Roti Viral

Tengok ada roti putih yang dah nak hampir expired. Dipandang sepi pulak. Makan dengan peanut butter skippy sudah. So cuba lah buat cucur roti viral tu lah. Nak rasa sedap ke tidak. 

Kita tengok sedap dia jauh mana boleh pergi. Saya buat cucur roti macam cucur nasi tu je. Bezanya cuma roti dan nasi je lah. Bahan-bahan lain lebih kurang sama. Mana yang ada stok saya letak.

baca juga : resipi cucur  nasi rangup di luar lembut di dalam

Resipi penuh cucur boleh rujuk link diatas. Ringkasan resipi cucur, saya kisar separuh bawang merah, ikan bilis, isi jagung dan udang. Masukkan dalam adunan tepung gandum yang dah dicampurkan garam sikit. Masukkan potongan roti, kucai, isi jagung, hirisan bawang merah, dan isi udang. 

Kacau adunan, panaskan minyak dan goreng cucur guna acuan sudu besar. Sukatan tu semua saya guna kaedah agak-agak. haha..aci tak? 

Saya suka buat cucur separuh kisar dan separuh potong. Buat ikut selera saya lah. Mungkin ada yang suka blend semua. Ada yang suka potong-potong je. Ikut lah.

Cuba Buat Cucur Roti Viral

Cucur roti saya agak kemek sikit. Jadi, keratan rentas dia taklah nampak tempting sangat macam kurang isi pulak. Tapi serious rangup cucur roti ni. Macam cucur roti nasi jugak. Rangup di luar lembut di dalam.

Saya goreng agak garing sikit. Jadi terlebih rangup lah jadinya. Cucur roti sedap makan panas panas cicah sos cili hidangkan bersama kopi panas. Baru ngam!



Top 10 Komentator July 2021 Blog Sihatimerahjambu

Nampaknya ramai dah update top komentator blog masing-masing. Saya pun tak nak ketinggalan juga update Top 10 Komentator July 2021 Blog Sihatimerahjambu ni. Terima kasih buat semua rakan blogger yang rajin singgah dan tak lupa tinggalkan komen.

Yang tak singgah, sekali lalu pun terima kasih jugak. Sekurang kurangnya sudi jugak lalu. Tahniah untuk semua top 10 komentator July yang berjaya memasuki carta. Perasan blogger baru masuk carta, blogger CikCappuccion Latte.   Top 10 Komentator July 2021 Blog Sihatimerahjambu

Top Komentator July 2021 Blog Sihatimerahjambu

  1. Sha Mohamed: kasihkuamani.blogspot.com (133 comments)
  2. NA : me-soul-searching.blogspot.com (75 comments)
  3. nona sani : www.nonasani.com (74 comments)
  4. Atiqah Najihah : www.atiqahnajihah.com (69 comments)
  5. Amie : salamisimon1.blogspot.com (59 comments)
  6. Cik Cappuccino Latte : cikcappuccinolatte.blogspot.com (55 comments)
  7. Rabiahtul Adawiyah : rabiadawiyah21.blogspot.com (51 comments)
  8. Ako Retna : anakomak6.blogspot.com (48 comments)
  9. Tiara Sapphire : www.tiarasaphire.com (45 comments)
  10. SalbiahM : blognisalpunya.blogspot.com (45 comments)
Jom singgah blog mereka pulak. Jangan singgah saja, berilah sepatah dua kata di blog mereka juga. Mereka antara blogger yang rajin singgah dan tinggalkan komen. 

Kesemua link top komentator saya dah masukkan dalam bloglist. Yang ada dalam bloglist macam biasa saya akan lebih kerap komen. Jangan jemu pulak ye. Ada yang jemu ke? Boleh bagitahu siap-siap. 

Dari situ, dapat jugaklah saya sumbangkan trafik ke blog awak semua sebagai penghargaan. Untuk pemberian hadiah fasa II, saya akan kira dari bulan July sehingga December 2021. 

Alhamdulillah pemberian Fasa I sudah pun selamat sampai ke tangan penerima. Terima kasih kak NA dan nona sani untuk entri penghargaan. 

Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh Campur Tomato Cherry

Cuti makan ayam. Masak menu berasaskan bahan bahan asas je. Cili api, bawang merah dan ikan bilis. Paling penting belimbing buluh. Saja tambahkan tomato cherry sebab tengah ada stok. 

Kali ni buat sambal tumis ikan bilis belimbing buluh. Buat lebih sikit dari biasa. Nak buat stok untuk simpan. kadang kadang ada harinya malas masak, ada harinya tak ada selera. Panaskan je sambal, goreng telur dan masak nasi. Senang cerita.

Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh Campur Tomato Cherry

baca juga : resipi sambal tumis ikan bilis belimbing buluh

Nak tahan lama kena masak lama sikit. Kene rajin mengacau sambal supaya tak hangus. Minyak bertakung maksudnya ditumis secukupnya sampai terbit minyak. Saya gunakan minyak lebih sikit untuk bahan bahan lebih garing dan minyak tu boleh buatkan sambal lebih tahan lama kalau disimpan.

Begitulah cara masak sambal yang sedap, kan? Ada rasa garing tu yang sedap. Tapi jangan diceduk minyak tu bila nak makan. Ambil sambal je. Untuk simpan, bolehlah sekali kan minyak dan sambal. 

Resipi sambal tumis belimbing buluh campur tomato cherry

Bahan bahan:
Segenggam Cili api
3 Bawang besar (2 biji kisar, 1 biji hiris)
Segenggam Ikan bilis
5 biji Belimbing buluh
tomato cherry
1/2 sudu kecil garam
1-2 sudu gula perang atau gula pasir
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Kisar cili api, 2 biji bawang besar dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang potong terlebih dahulu. Dah naik bau, layu sikit baru masukkan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan sampai garing. Sesekali kacau untuk sambal hangus.
  3. Bila dah hampir masak garing tu masukkan garam, gula, belimbing buluh dan juga tomato cherry. Kacau rata dan biarkan masak seketika. Agak agak kering sangat boleh tambah air sikit, kacau lagi dan biarkan kering sikit.

Angkat dan siap untuk dihidangkan. Untuk simpan, biarkan sejuk dulu dan baru masukkan dalam bekas.


Tengok sambal ikan bilis ni terus terkenangkan ubi kayu rebus. Ubi kayu dah beli, belum merebus lagi. 

Selamat berhujung minggu semua orang. 


Bermulalah Bulan Ogos

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos/August, bulan kelapan. 4 bulan lagi kita akan jejak tahun baru pulak. Kejap je kan? 

Selagi masih hidup dengan musuh kita si COVID-19 tu, selagi itulah kita tak boleh nak merancang apa-apa. Kena ingat, perancangan Allah tu maha hebat dari segalaNya.

Semoga Allah berikan kita sesuatu yang lebih baik selepas apa yang berlaku selama hampir 2 tahun ni. Aaminn...

Penutup tirai Julai semalam, Malaysia menang 1st medal Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara badminton beregu lelaki. Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya bawa balik medal gangsa untuk Negara. 

Berdebar betul tengok game malam tadi. Barulah Malaysia, bersatu sokong negara. United by emotion. Bukan macam perhimpunan baju hitam tu. Aduhaii..Bagi habis lawan COVID dulu boleh tak?

Pencapaian blog bulan Julai agak bagus jugalah walaupun ada yang tak mencapai target. Takpe, yang penting ada usaha. Adalah hasilnya nanti. Kalau menunggu je tanpa usaha, tak jadi apa lah kan.

Bulan Ogos

Ogos merupakan bulan kelapan dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory. Bulan Ogos adalah salah satu bulan yang mempunyai 31 hari.

Dinamakan "Ogos" sempena nama tokoh Augustus Caesar dan mempunyai 31 hari supaya sama dengan bulan Julai. Sebelumnya bulan Ogos dipanggil Sextilis, yang bermaksud "keenam" dalam bahasa Latin.

Keistimewaan bulan Ogos

31 Ogos, merupakan Hari Kebangsaan negara Malaysia. Bulan Ogos dikenali sebagai bulan kemerdekaan. Bulan dimana jalur gemilang dikibarkan, lagu patriotik berkumandang dan filem kemerdekaan juga diulang tayang.

Tahun 2021, merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64.

23 Ogos, Hari ulangtahun perkahwinan kami ke-8. Alhamdulillah...

August Month

Me     : I have a goal that will always make me want to
            jump out of my bed in the morning.
Hope  : What is it?
Me     : I want to be the sunshine of someone's day and the
            moonlight of their nights

Ada beberapa perkara penting bermula 1st of August, antaranya :
  • Arab saudi buka semula sempadan, Vaksin Sinovac dah diiktiraf oleh Arab Saudi
  • Walk in vaccine Malaysia, boleh walk in vaksin dan semoga cepat capai herd immunity
  • Dewan Rakyat mengesahkan darurat tidak akan disambung
  • Bayaran i-Sinar bulan Ogos dipercepatkan bulan Julai, ada yang dah dapat ke?
  • Sesi PdPR dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2021

Cuti Umum Bulan Ogos 2021/ August Holidays

10 Ogos (Selasa) : Awal Muharram (Semua Negeri)
24 Ogos (Selasa) :  Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
31 Ogos (Selasa) :  Hari Kebangsaan (Semua Negeri)

August Month

You are never too old
to be young.

When the raindrops come tumbling,
Remember you are the one
who can fill the world
with sunshine
-Snow white-

Get well soon Malaysia. Tak sabar nak hidup normal kembali dan bebas kemana saja. Tanpa mask, tanpa sop, tanpa rasa bersalah yang pastinya.

Doa memohon perlindungan daripada wabak COVID-19

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)


‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Serbuk Asamboi Homemade Lagi Sedap

Sekarang dah rajin beli buah oren dan buah jambu batu. Maka, carilah serbuk asamboi homemade di shopee. Mulanya cari area yang dekat je dengan harapan bolehlah kita self pick up.

Ada lah contact 2-3 seller macam tu. Semua macam lebih prefer jual online. Lepas tu ada yang self pickup lebih mahal daripada promo beli online di shopee. eh, macam tu pulak.

Takpelah, beli kat shopee je lah tapi bukan yang dekat. Tertarik dengan pilihan yang seller tu ada. Packaging, kuantiti dan harga seiring kira okaylah bagi saya.

Macam saya pernah cerita sebelum ni, saya suka asam boi serbuk homemade dan local product. Local product ni tak semasin yang ada dipasaran. Lebih manis dan mostly serbuk asam putih.

Saya beli 2 jenis terus. Serbuk asam putih (original) dan serbuk asam boi merah (cili pedas).
 
serbuk asamboi homemade sedap
with sealer


Serbuk asam boi putih 300gram RM9.90 sebekas. Serbuk asam putih untuk buah jambu batu dan buah tembikai. Serbuk asamboi dia halus dan bewarna putih.

serbuk asamboi homemade Sedap

Serbuk asam boi merah ada Chilli flakes. 300gram dengan harga RM12.00 sebekas. Of courselah rasa dia pedas sikit. Sesuai untuk makan jeruk mangga asam boi. Tak perlu potong cili dah.

serbuk asamboi homemade sedap

Tak tunggu lama, terus buat jeruk mangga asam boi. Mangga lemak manis rangup, tabur asam boi serbuk, asam boi dan perahkan limau kesturi. Padu teruk masam manis pedas dia. Kecur air liur haihhh...

jeruk mangga asam boi

Serbuk asam boi sedap makan dengan buah buahan yang sesuai. Tapi tak boleh lah makan berlebihan dan kerap. Setiap makanan tu ada bahayanya macam makan durian berlebihan juga. Panas badan terus. Sama juga dengan bahaya serbuk asam boi ni kalau makan berlebihan pasti ada kesannya juga.

Agak agak mual ke, makan asam asam ni membantu jugak kan hilangkan rasa pening. Pendek kata, berpada pada. Sekali sekala bolehlah. Yang saya beli ni memang banyak dan bekas pun besar. Boleh buat stok. Senang juga dah siap bekas macam ni daripada gunakan pek.

Sebenarnya banyak je yang jual kat shopee tu. Survey mana yang rasa okay ikut bajet dan selera sendiri. Tepuk dada tanya selera.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu