Responsive Ad Slot

Kek Vanilla Chip Tok Wan

Tak ada rezeki betul nak beli kek butter marble tok wan. Memanjang tak ada stok dekat Kerepek Paroi tu. Chocolate cheesecake super moist pun tak ada jugak. Masing masing dok borong ke camne? Apa yang ada aje lah, husband beli kek vanilla chip tok wan.

Okay jugalah merasa kek yang baru dan tak pernah rasa. Seperti biasa, kek tok wan ni tak pernah mengecewakan. Semua keknya moist dan sedap. Harga pun murah. Satu loaf kek vanilla chip tok wan RM9.50.

Kek Vanilla Chip Tok Wan

Bolehlah buat hidangan minum pagi dan minum petang. Ready to eat, tinggal siapkan air panas je. Dalam banyak-banyak kek, kek pisang je lah yang saya pandai buat. Kek lain belum reti lagi. Reti makan je. 

Kot rajin nak buat boleh cuba resipi kek vanila sukatan cawan atau resepi kek vanilla mudah.

Pinggan Mangkuk Seramik Nordic

Pagi semalam dapat notification instagram. Dapat direct message dari blogger Syazni Rahim bagi tracking number. Selepas menutup perbualan terima kasih, saya pun track parcel. Parcel out for delivery. So get ready je lah menunggu.

Seperti biasa, J&T courier akan sampai lingkungan jam 1 petang ke atas. Mujur ada husband kat rumah. Bolehlah keluar ambil parcel. Terkejut tengok husband masuk dengan kotak besar. Apakah??? 

Excited nak tahu apa ada dalam kotak. Bukan 1 barang, bukan 2 barang, 3 barang ada dalam kotak tu. Semuanya berbungkus dengan bubble wrap yang super tebal. Usaha penjual yang boleh dipuji. Gigih balut sebaik mungkin untuk penerima terima barang dengan selamat.

Saya pulak super excited tengok lepas satu satu bungkusan dibuka. Semuanya pink! Terus berbunga bunga hati bak bunga sakura mengembang. Saya dapat pinggan mangkuk seramik nordic yang saya suka. Tambah lagi dapat warna yang saya suka.

baca juga : dekorasi scandinavian tema merah jambu

Bukan pinggan mangkuk kot, mungkin boleh guna pinggan mangkuk hidangan. Ke? Pinggan sekali dengan pemegang besar sekali tu sesuai untuk hidangan seekor ikan. Pinggan kedua, macam sesuai untuk hidangan mi, pasta atau lauk yang bersesuaian. 

Pinggan Mangkuk Seramik Nordic

Mangkuk pula sesuailah jenis lauk berkuah atau mi juga. Wahhh terus dah terbayangkan food plating. Semua yang berkonsep nordic style, scandinavian dan bohomeian memang saya suka. 

Pinggan Mangkuk Seramik Nordic

Sebelum ni saya pernah dapat hadiah ceramic bowl nordic style juga. Bertambah koleksi. Bukan itu saja, dapat juga jadi orang yang terawal membaca novel sulung penulisan beliau iaitu Terkaitnya kita dan novel kedua Life baggage. Dapat juga buku Sirah Nabi Muhammad.

Fuhhh banyak betul hadiah yang pernah saya dapat dari blogger Syazni Rahim bila dikumpulkan. Semuanya saya dapat sempena jadi top komentator dan yang terpilih menerima hadiah. Rasa segan tu sudah semestinya lah. Asyik terima je kan. Tak kan lah tak memberi.

Dengan tu saya memberi dengan cara menyumbangkan trafik selalu singgah dan komen. Dapat hadiah tu rezeki lah. Bukan komen semata mata untuk dapat habuannya. Itulah cara sumbangkan sesuatu untuk rakan blogger.

Siapa yang tak kenal dengan blogger Syazni Rahim, pemblog dan penulis buku yang hebat. Suka gaya penulisan beliau yang tak bosan dibaca. Seorang yang pemurah juga selalu berkongsi rezeki dengan pembaca dan rakan blogger.

Terima kasih sekali lagi berkongsi rezeki kirimkan hadiah untuk saya. Semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Semoga ayah beliau juga cepat sembuh dari pembedahan. Aaminn...

Semalam ayah saya warded, syukur harini dah discharge. Dah beberapa malam tak boleh tidur dan meracau. Kurang selera makan. Risau betul. 

Nak balik tak boleh. Dalam situasi sekarang ni risau pergi hospital tu tempat berisiko dijangkiti COVID. Ayah saya dah lah cancer fighter. Jadi, risau tu jadi terlebih lebih risau. Doakan ayah saya sihat dan kuat. Tak nak dia susah hati dan stress.

Esok saya dan husband akan cucuk vaksin second dose pulak. Berdebar pulak haihh. Semoga urusan esok dipermudahkan. Hari ni kes baharu 20, 596 terpaling tinggi. Pening terus. Harap cepatlah turun terus zero. 

Laksa atau Asam Laksa

Alang alang dah keluar dan membeli durian murah murah. Pesan kat husband juga beli kuih muih atau laksa kalau ada. Sebungkus je sebab saya je yang makan. Dia tak makan. Itu yang malas nak buat sendiri sebab makannya sorang je.

Saya pulak jenis makan sikit je. Asalkan dapat merasa semangkuk cukuplah kan. Sikit ke macam tu? Haha…

Laksa atau Asam Laksa

Happy lah kan dapat makan laksa yang dah lama tak makan. Terpandang kuah tu macam asam laksa pulak. Eh, ni laksa ke asam laksa? Ke sama je dua-dua tu?

Terus kecelaruan identiti laksa sebenar. Kuahnya warna macam asam laksa, agak cair dan kemerahan sikit. Tak macam kuah laksa yang pekat warna kecoklatan sikit.

Rencah dan bahan bahan macam sama je. Rasa dia macam laksa versi kuah tak pekat. Tak rasa isi ikan macam kuah pekat tu. Tapi masih boleh rasa sedap tu. Habis juga semangkuk. Maknanya sedap lah tu.

Biasa juga jadi bila nak makan sesuatu yang dah lama teringin nak makan, tapi bila dapat tak seperti yang kita harapkan. Kecewa bukan? Kecewa tu memang kecewa tapi itulah rezeki yang ada untuk kita. Alhamdulillah.

Semangkuk laksa ni berharga RM5.00. Tak ingat pulak husband beli kat mana. Dulu ada kedai jual laksa favourite tapi sejak pandemik baru baru ni macam tak bukak pulak. Kat situ sedap dan murah RM2 je.

Laksa atau Asam Laksa

Cili tu kena potong sendiri. Cili api merah jenis pedas berapi tu. Saya potong 1 je. Tak berani nak potong dua dua. Potong 1 tu pun tak habis. Pedas lain macam cili merah ni. Lebih pedas dari cili api kampung.

Coolblog Smoothies Sakura Lemon dan Yubari Melon Geisha Garden

こんにちは /Konnichiwa minna-san. Lama pulak tak praktis bahasa Jepun selepas lama ditinggalkan. Dulu tiap kali exam dapat A, ada A+ jugak. Sekarang ingat ingat lupa. Itulah kan, tak pratiskan mana nak ingat. Kalau pratis nak cakap dengan siapa pulak. Aduhaiii...

Well, sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlansung sekarang. Coolblog ada keluarkan 2 perisa minuman smoothies baharu dari Geisha Garden Jepun sebagai hos Sukan Olimpik musim panas tahun ni, iaitu :
  • Sakura Lemon
  • Yubari Melon
Sakura Lemon  dan Yubari Melon siri Geisha Garden dari Coolblog ni diinspirasikan daripada keunikkan rasa, kelembutan tradisi serta kehalusan budaya negara Jepun itu sendiri.

Bunga Sakura atau Cherry blossom merupakan bunga kebangsaan negara Jepun dan sememangnya sinonim dengan negara Jepun. Tengok bunga Sakura, pasti terus terbayangkan negara Jepun yang indah dengan bunga bunga sakura. 

Sakura Lemon ataupun cherry blossom  melambangkan semangat baharu dan sifat optimistik.

 

Smoothies Sakura Lemon

Sakura lemon menggabungkan rasa bunga sakura dan jus buah lemon. Seperti padanan masam manis strawberry dan lemon. Didatangkan dengan pearl jelly. 

Rasa smoothies yang menyegarkan dengan rasa masam manis. Cuma pada saya, agak manis. Hujung hujung akan muncul rasa masam lemon.

Padanan rasa yang sedap cuma terlalu manis buatkan saya lambat nak habiskan secawan Sakura Lemon ni. Warna dia memang menawan habis. Peminat pink pasti akan tergoda membeli, macam saya!

Smoothies Sakura Lemon

Buah melon pula merupakan buah premium Jepun yang terkenal dengan kesedapan dan nilai harganya yang tinggi. 

Smoothies Yubari Melon

Dihasilkan daripada buah melon Jepun yang diadun bersama krim keju yang pekat lazat, pearl jelly dan gula perang. Rasa Yubari Melon lebih sedap manis. Terasa buah melon yang manis dan menyegarkan tekak.

Smoothies Yubari Melon

Saya lebih suka rasa Yubari Melon daripada Sakura Lemon. Tapi dari segi warna, Sakura Lemon win lah. Pencinta pink kan!

Minuman baharu dari Coolblog mula dikeluarkan sejak 22 Julai yang lalu sehingga 26 Ogos 2021 nanti. Limited time, jadi bolehlah cuba rasa minuman Coolblog smoothies baharu terhangat dipasaran iaitu Yubari Melon dan Bunga Sakura ni dalam tempoh waktu terhad ni dimana-mana cawangan Coolblog.

Jom support atlet negara kita. Harini acara yang dinantikan.

4 Ogos 2021

2:00 petang
Terjun
10m platform individu wanita (pusingan awal)
  • Pandelela Rinong
  • Cheong Jun Hoong

2:30 petang
Basikal Trek
Pecut lelaki (pusingan kelayakan)
  • Datuk Azizulhasni Awang
  • Shah Firdaus Sahrom

Buah Durian 4 Biji RM30

Dengar-dengar harga durian sekarang murah-murah.  Ada yang sampai RM3/sekilo. Masa murah ni memang lagi untung lah membeli. Masa mahal, berkira kira jugalah nak membeli. Melainkan teringin sangat ,terpaksa juga beli.

Tiba-tiba macam nak makan durian. Maka, mencuba nasib beli durian. Dapat 2 biji cukuplah lepas teringin kononnya. Husband pun tak makan sangat durian. Sekadar merasa seulas dua je pun dah cukup.

Balik-balik husband bawa 4 biji durian. Banyak betul dibelinya. Minta beli 2 biji dapat 4 biji. Katanya 4 biji RM30. Tokey kedai bagi murah murah dan durian campur campur. Ada durian kampung dan durian kahwin.

Buah Durian 4 Biji RM30

Agaknya nak habiskan stok durian yang ada lah tu. Beli kat kedai berdekatan Petronas jalan Jelebu.

Buah duriannya elok lagi tak merekah lagi. Bau buah durian sudah semestinya bau harum semerbak even beli sikit pun. Warna kulit buah durian hijau hijau coklat macam tu. Tak hijau sangat.

Jangan ditanya mana satu durian kampung, mana satu durian kahwin. Memang tak tahu nak menjawabnya. Tak pakar tentang buah durian ni.

Dalam 4 biji buah durian tu, ada sebiji warna isinya putih kelabu sikit. Rasa buah durian dia manis betul tapi kurang lemak. Saya buat tempoyak terus. Dapatlah 1 bekas taufu fa comel tu. Walaupun tak tahu bila nak makan tempoyak tu.

Masakan campur tempoyak ni saya suka orang yang lebih pakar masak. Nak masak sendiri macam tak selera nanti. Lagipun saya bukan penggemar tempoyak sangat. Makan tu boleh tapi tak berapa gemar.

Saja buat, kot ada sesiapa datang nanti-nanti boleh bagi je. Daripada membazir kan. 

Ada 1 biji durian yang warnanya kuning betul. Sedap rasa buah durian lemak manis isi duriannya. Saya simpan siap-siap dalam bekas untuk makan esok esok. Kalau dibiarkan, nanti durian merekah masam tak sedap pulak. 

Paling suka dapat isi buah durian kucing tidur ni. Dulu masa kecik kecik kucing tidur ni lah jadi rebutan. Dipanggil kucing tidur sebab rupa dia seakan akan posisi kucing tidur.

Isi buah durian kucing tidur

Jadilah beli durian murah murah untuk lepas teringin makan. Nak beli durian mahal harga kayangan tak lah. Cukup sekadaran merasa je lah.

Buah durian ni pun kena makan sekadaran ni. Makan lebih lebih panas badan dan adakala boleh pening. Kena berpada pada lah. Buah durian bukan sekadar enak dimakan. Ada khasiat buah durian yang lain kita tak tahu. 

Buah durian bukan sekadar enak dimakan. Ada khasiat buah durian yang lain untuk kesihatan dan kecantikan yang kita kurang ambil tahu.

Manfaat Buah Durian

  • Mengubati insomnia
Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian. Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.

  • Menguatkan tulang dan gigi
Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.

  • Mengawal keseimbangan gula dalam darah
Buah Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.

  • Merawat tekanan

Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.

  • Merawat anemia
Kandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi anda penghidap anemia, anda dapat mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia

  • Mencerahkan kulit
Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah Durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit.

  • Mencegah dan menghilangkan jerawat
Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.

  • Memudarkan bintik hitam
Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian. Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.

sumber : www.manfaatbuahan.com


Nasi Goreng Campur Ayam KFC

Ada lebihan ayam goreng KFC yang tak habis beli sekali dengan burger banjir. Sengaja ditinggalkan seketul dua untuk masak nasi goreng kfc viral masak dalam periuk nasi. Tapi tak teringin pulak nak makan nasi goreng masak kaedah macam tu.

Masak nasi goreng dengan kaedah menumis lah. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Tumis sampai garing sikit, masukkan isi jagung. Kemudian masukkan potongan Ayam KFC, masukkan nasi dan kacau rata. Akhir sekali masukkan kobis dan taburkan garam. Siap!



Saya terpotong banyak pulak sayur kobis. Dah jadi macam kobis goreng pulak. Tapi takpe, saya suka sayur lebih. Suka letak akhir akhir sebelum tutup api dapur, baru lah rangup. Tak suka makan sayur layu sangat. Rangup rangup baru sedap.

Hidangan ringkas dan mengenyangkan. Hilang masalah tak tahu nak masak apa. Goreng kan nasi je lah.

Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh Tomato Cherry

Kemain panjang pulak tajuk entri ni. Sebab nama sambal tu panjang sangat. Semua nak letak, jadilah terpanjang tajuk dia. Stok sambal tumis ikan bilis masih ada lagi. Ubi kayu rebus pun dah siap siap pesan kat suami beli ubi kayu sikit.

Memang betul betul sikit belinya. 2 ketul ubi kayu yang sebesar lengan budak. Lain kali kalau pesan kena spesifik sikit besar mana nak berapa semua. Kannn...Takpelah, kira okay dah tu sebab ubi kayu rebus ni saya nak makan sorang je. Dia tak makan pun.

Cukup cukup untuk saya makan sorang je lah. Bila rebus tu bolehlah 2 kali makan. Syukurlah isi ubi kayu tu elok. Masa rebus agak pelik jugak ubi kayu tu jadi warna kuning. Kenapakah? Tak elok ke ubi kayu ni?

Lepas tu saya pun google lah kenapa ubi kayu rebus jadi warna kuning. Rupanya bukanlah tak elok tapi mungkin yang dibeli tu ubi kayu kuning. Memang ada eh jenis ubi kayu kuning?  Baru tahu wujudnya ubi kayu kuning. Selama ni jumpa dan makan ubi kayu putih je. Lambat tahu betul!

Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh Tomato Cherry

Jumpalah info tanaman ubi kayu kuning di blog Warisan Petani. Dari ciri-ciri tu saya rasa betullah tu ubi kayu kuning yang dibeli ni. Memang jenis tidak berkayu. 

Sesetengah tempat makan ubi kayu rebus kelapa parut dan gula merah. Tapi saya tak pernah makan dengan kelapa parut atau gula merah. Saya membesar makan ubi kayu rebus dengan cara makan dengan sambal tumis ikan bilis. 

Itu yang tak biasa makan dengan kelapa parut dan gula tu. Kalau dihidangkan saya makan je. Tak ada masalah. 

Ubi kayu, selain direbus sedap juga buat ubi kayu rebus goreng. Cicah sambal kicap. Terpaling sedap dah tu cicah sambal kicap. Orang Johor kan, mana boleh lari dengan sambal kicap.

Kali terakhir makan ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis bulan Jun lepas. Makan sorang sorang jugak. Dah orang tak suka makan, kita makanlah sorang sorang. Kita juga yang untung dapat makan lebih. Kann...



© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu