Responsive Ad Slot

Awal Muharram 1443 Hijrah. Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

1 Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, Perpindahan Nabi dan Umat Islam, Dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Masih ingat lagi lirik lagu maal hijrah menyingkap sejarah yang akan dinyanyikan setiap kali tiba Awal Muharram waktu sekolah dulu. 

Kita akan menyambut Awal Muharram, 1 Muharram 1443 H bersamaan dengan 10 Ogos 2021 Hari Selasa. Awal Muharram adalah salah satu hari kebesaran dalam Islam. Awal Muharram Malaysia juga merupakan cuti umum bagi seluruh Malaysia.

Awal Muharram

1 Muharram menandakan bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. Hari awal Muharram akan disambut oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Tahun Hirjah merupakan tahun Islam yang telah dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Konsep Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah. Dalam kehidupan zaman kini konsep hijrah perlu difahami dan memanfaatkan sebaiknya.

Amalan bulan Muharram

Amalan yang boleh kita dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat. Anjuran berpuasa sunat pada 9, 10 dan 11 Muharram. 

Dalam kita bersemangat untuk berpuasa sunat pada Hari ‘Asyura, kita juga sering diingatkan untuk turut berpuasa pada Hari Tasyu’a iaitu hari sebelum (9 Muharram) atau hari selepasnya (11 Muharram).

  • Isnin
30 Dzulhijjah | 9 Ogos 2021
Puasa akhir tahun Hijriyah
Ba’dha ashar membaca doa akhir tahun dan ba’dha maghrib membaca doa awal tahun.

  • Selasa
1 Muharram | 10 Ogos 2021
Puasa awal tahun Hijriyah

  • Rabu
9 Muharram | 18 Ogos 2021
Puasa Tasyu’a

  • Khamis
10 Muharram | 19 Ogos 2021
Puasa hari Asyura

Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa akhir tahun hijrah di baca 3 kali selepas waktu asar sehingga sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun Hijrah

Doa awal tahun pula dibaca 3 kali selepas waktu maghrib pada 1 Muharram.

Doa Awal Tahun Hijrah

Tema Maal Hijrah 1443HMalaysia

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H tahun 2021 adalah " Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti". 

Pemilihan tema "Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti" bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.

Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan.

Lirik lagu Maal Hijrah menyingkap sejarah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman…

Selamat Menyambut Awal Muharram 1443H. Semoga kita dapat berhijrah kepada kehidupan dan amal yang lebih baik.

Kemudahan Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Semalam terjawablah sudah beberapa kelonggaran dan kemudahan untuk individu lengkap 2 dos vaksin yang diumumkan oleh abah, Perdana Menteri YAB tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin yang dinantikan semua orang.

Pengumuman PKP fasa 2

Terpaling nak dengar lengkap 2 dose boleh rentas negeri. Ya, akhirnya boleh rentas negeri. Tapi...kemudahan yang diumumkan lebih fokus untuk negeri yang fasa 2 ke atas ke. Fasa 1 sila duduk diam diam. Yang Fasa 2 jangan seronok sangat. Jaga SOP. 

Okay fine, Negeri Sembilan masih fasa 1 lagi. Sebenarnya walaupun ada kelonggaran macam ni. Kita kena ingat sekarang virus dah delta plus, lambda bagai. Virus yang lagi ganas. Even dah cucuk vaksin pun bukan bermaknaa kita kebal. 

Cucuk vaksin pun ada tempoh keberkesanan dia. Selepas 14 hari. Dalam tempoh itu, imun kita masih di tahap rendah dan baru nak adapt dalam badan. 

Lebih baik kita ambil langkah berjaga jaga. Jaga SOP dan elakkan berjumpa orang lain atau berada di tempat yang sesak. 

Sebenarnya macam dah tak tahu sekarang PKP ke PKPD ke PKPB ke PKPP ke. Fasa apa pun tak tahu sebab sentiasa berubah. Rakyat pun confused. 

Negeri fasa 1 PKP

  • Johor
  • Kedah
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • WP Kuala Lumpur
  • WP Putrajaya

Negeri fasa 2 PKP

  • Kelantan
  • Pahang
  • perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah 
  • Terengganu

Negeri fasa 3 PKP

  • Perlis
  • Sarawak
  • WP Labuan

Semalam dengar pengumuman pun panjang sangat intronya. Jadi ada infografik ni lagi mudah nak faham kemudahan bagi individu terima vaksinasi lengkap 2 dos.

Kelonggaran Untuk Mereka Yang Dah Lengkap 2 Dos vaksin

Save siap-siap gambar ni untuk rujukan. Semoga kita semua bersatu memerangi COVID-19 ni. Banyak nyawa telah terkorban akibat COVID-19 yang jahat. 

Pemergian Siti Sarah Raissuddin

Pagi ni rasa sebak, sedih, emosi terganggu selepas mendengar perkhabaran Siti Sarah telah meninggal dunia melalui instagram Shuib Sepahtu.

Sejak Siti Sarah dimasukkan ke ICU, selepas melahirkan anak melalui pembedahan. Selepas terpaksa ditiarapkan, Keadaan Siti Sarah turun naik stable. Saya pasti bukan saya saya saja yang ternanti nantikan update dari Shuib.

Semua menantikan perkhabaran baik dari Shuib tentang Siti Sarah. Satu Malaysia mendoakan Siti Sarah kembali sedar selepas ditidurkan dan oksigen level turun naik.

Allah lebih menyayangi Siti Sarah. Perginya selepas melahirkan anak, bertarung nyawa dengan jangkitan virus COVID yang jahat.

Selepas pemergiannya, semasa hayatnya banyak amal kebajikan yang baru kita tahu. Pemergiannya yang dicemburui ramai.

Hilang kata, hanya mampu terdiam dan mendoakan semoga seluruh ahli keluarga arwah kuat menghadapi dugaan yang maha hebat. Anak yang baru lahir tidak sempat merasa kasih sayang seorang ibu. Masih lagi memerlukan pemantauan khusus disebabkan lahir pramatang.

Anak anak dirumah menantikan ibu balik rumah. Kesetiaan seorang suami yang yakin bidadari syurganya akan balik rumah. Susah senang bersama. Banyak ujian buat mereka.

Marilah kita sama sama doakan keluarga yang ditinggalkan mendapat ketenangan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Semoga Allah berikan taman syurga buat Allahyarhamah, seorang isteri solehah, ibu mithali, insan pemurah dan berakhlak mulia. 

Semoga pemergian Allahyarhamah menjadi contoh dan penyebab terbukanya hidayah dan taufiq pada kita semua untuk menuju Allah dan berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah bermanfaat dan hidup ikut hukum syariat. 

Siti Sarah Raissuddin

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia.

وَاَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قُبْرَهَا رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ، وَلَا تَجْعَلْ قُبْرَهَا حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ
Ya Allah, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman-taman syurga-Mu.

Semoga semua umat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW :

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ

Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.
- Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)

Al Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raissudin

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

COVID is real. Ramai yang telah kehilangaan ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19. Banyak juga kes ibu mengandung, ditidurkan dan perakhirannya begini. 

Cuma Allahyarhamah Siti Sarah lebih dikenali ramai. Semoga para ibu yang sedang bertarung dan mereka yang bertarung nyawa melawan COVID terus kuat dan kembali sembuh. Aaaminnn...

Sebak yang tak dapat digambarkan. Ramai yang datang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarhamah di tanah Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.


Syabas Pocket Rocketman, Dato' Azizulhasni Awang Pingat Perak Olimpik Tokyo 2020

Seawal pukul 8:00 pagi dah menantikan acara Keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 di hari terakhir. Tak sabar nak tengok semi final dan final acara Keirin yang menampilkan atlet pelumba basikal negara Dato’ Mohd Azizulhasni bin Awang, The Pocket Rocketman.

Impian rakyat Malaysia Dato' Azizulhasni Awang @Dato Jijoe akan mendapat pingat emas untuk Malaysia di hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020. The Pocket Rocketman kita berjaya mendapat pingat Perak untuk Malaysia. Syabas!

Syabas Pocket Rocketman, Dato' Azizulhasni Awang Pingat Perak Olimpik Tokyo 2020
sumber : RTM


Anda adalah hero Malaysia. Champion! Terima kasih Berjaya menambah satu lagi pingat buat Malaysia. Berdebar betul tengok acara tadi. Jauh betul gap dengan Jason Kenny pemenang pingat emas. Mujur The Pocket Rocketman pecut habis.

Disebalik kemenangan The Pocket Rocketman, ada kisah sedih dan gembira. Sebak betul dengar masa beliau ditemuramah.

Sejak dari sekolah lagi terpaksa berkorban berjauhan dengan mak ayah di kampung berjuang training di tempat orang. Mak tinggal sorang jaga ayahnya yang mild stroke. Berjauhan pula dengan isteri dan anak anak di Melbourne dimana Melbourne ni pusat latihan berbasikal paling terbaik.

Beliau nangis, kita pun rasa nak ternangis pulak. Kemudian baru dapat tahu yang isterinya mengandung anak ketiga, itu adalah berita gembira disebalik kejayaan beliau hari ni. Alhamdulillah.

Syabas dan untuk Dato' Azizulhasni Awang. Kalau Olimpik Rio 2016 dapat gangsa, Olimpik Tokyo 2021 dapat perak. Tak mustahil emas pula di Olimpik Paris 2024.

Tahniah juga untuk atlet pelumba basikal Mohd Shah Firdaus yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang memberi saingan dan semangat juang demi Malaysia walaupun terlibat dalam kemalangan untuk kelayakan suku akhir.

Come back stronger untuk Olimpik Paris 2024.

Biodata lengkap Azizulhasni Awang

  • Dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Dungun, Terengganu
  • Anak kelapan daripada sembilan adik-beradik
  • Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil.
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Deakin, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan.
  • Memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. 
  • Bapanya memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pencapaian Dato' Azizulhasni Awang

Track Cycling World Ranking
2008/09 – 1st Keirin
2010/11 – 1st Keirin

Kejohanan Dunia
2009 – Sprint
2010 – Keirin
2015 – Keirin
2016 – Keirin
2017 – Keirin
2020 – Keirin
2020 – Sprint

Sukan Asia
2010 – Keirin
2018 – Sprint
2018 – Team sprint
2018 – Keirin

Sukan Komanwel
2010 – Team sprint (bersama Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin)
2014 – Keirin

Sukan Olimpik
2016 – Keirin
2020 – Keirin

sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang

Penutupan Sukan Olimpik Tokyo 2020 jam 6:00 petang ini. Dalam masa yang sama kita tengok MotoGP. Support Hafizh Syahrin di perlumbaan Moto2. #StyrianGP 

Majulah sukan untuk negara.

Smokey Chicken Grill Dan Mac and Cheese Tersedap

Hari Sabtu yang agak sugul, pudar, kosong, kelam. Matahari masih sembunyi. Mungkin akan hujan. Mungkin juga akan panas. Allah maha mengetahui. Semoga hari ni, hari yang indah dan menceriakan untuk semua. Selain kekuatan iman, mental dan fizikal. Emosi kita juga kena jaga.

Alhamdulillah pagi ni saya dan suami baik-baik je selepas cucuk dos kedua semalam. Rasa kebas sikit je beberapa. Bangun pagi ni pun tak rasa kebas dah. Dah berehat semalam, okaylah tu. InshaAllah...

Malam sebelum vaksin tu, ada rezeki merasa smokey chicken grill dan mac and cheese tersedap ikut level sedap saya lah sejak 2019. Tak lain tak bukan smokey chicken grill & Mac and cheese Sobrian Chicken Grill.

Rasa tak pernah berubah. Maintain sedap sampai bila-bila. Macam saya pernah cerita, Sobrian Chicken Grill dah berpindah dan portionnya pun dah berubah. Portion mengecil, harga pula membesar. RM12-RM12.90 macam tu kalau tak silap. 

Dulu mula membeli harga RM11 dan dapat free delivery kalau beli 2 ke atas. Berbaloi lagi masa tu. Kalau order food delivery by foodpanda jadi RM16.90 harganya. Mahal 4 ringgit tu. Belum termasuk charge delivery lagi. 

Encik suami memilih untuk pergi beli terus je lah. Bila beza banyak sangat tu, lebih baik lah kita jadi pembeli yang bijak dengan tahap kerajinan tu lebih sikit.

Smokey Chicken Grilled

Dengan itu, secara rasminya dah guna serving plate seramic nordic ni pemberian blogger Syazni Rahim. Auto cantik terus makanan terletak dalam pinggan hidangan tu. 

Smokey chicken grill Sobrian chicken grill so far memang jadi favourite lah. Aroma asap dan kesedapan bahan perapan tu memang tiada tandingan. Cuma kurang juicy agak kering sikit. Overcooked agaknya. Takpe, tak jadi masalah.

Boleh cover sedap dengan sos blackpepper yang sedap. Mashed potato dan tomato salad pun menepati selera.

Alang-alang dah pergi kedai, beli sekali mac and cheese. Menu ni pun maintain sedap. Tersedap lah! Tak kedekut cheese dan sosnya. Cheese tarik tu yang syok tu. 

Makan panas panas baru rasa nikmat sedap dia. Ada beberapa kepingan potato chips untuk dimakan dengan mac and cheese.

Mac and Cheese

Bila makanan yang kita beli menepati selera. Memang tak cari kedai lain dah lah. Kalau pun cuba kat kedai lain, akan datang teringin makan. Kedai sedap jugalah yang kita cari, kan?

Sobrian Smokey Grill

Lokasi : 761, Jalan Ujong Pasir 1, Kampung Ujong Pasir, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Sekali lagi, bukan review berbayar. Sebab sedap!


Drama Ghaib

Ghaib, drama seram melayu tonton original series akan disiarkan di TV3. Ghaib episod 1 akan mula bersiaran pada 10 Ogos 2021, jam 10:30 malam. Siapa suka layan drama hantu TV3, boleh layan drama Ghaib lakonan Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Drama melayu seram Ghaib ini adalah adaptasi daripada novel Projek Seram Terowong.

Drama Ghaib TV3

DRAMA GHAIB

Jumlah episod : 10
Mula tayangan : 10 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:30 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Siti Solehah, Aida Aida
Pengarah : Ng Ken Kin
Produksi : Orangtree Production

SINOPSIS GHAIB

Kisah berlatarbelakang sebuah kolej yang belakangnya ada gua terbiar. Pada satu malam, 4 pelajar kolej iaitu Mimie, Jessica, Nina dan Suzi cuba masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua muncul.

Maka, muncullah satu lembaga, dikenali dengan nama hantu Mona. Mereka terkejut lalu berlari keluar dari gua. Kemudian mereka menyedari Mimie tiada bersama mereka.

Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian tersebut tapi mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona itu.

Pengetua kolej pula, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara itu demi menjaga nama mereka yang terbabit. Dalam masa yang sama, mereka sebenarnya tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut.

Malangnya selepas kejadian tersebut Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej. Apakah sebenarnya yang terjadi dan apakah yang berlaku seterusnya?

PELAKON GHAIB

  • Shukri Yahaya
  • Siti Elizad
  • Eyka Farhana
  • Joanna Bessey
  • Erynne Erynna
  • Scha Elinnea
  • Qara Lyana
  • Neera Azizi
  • Chacko Vadaketh
  • Chandni Kaur
  • Doria Rachel
  • Emelda Rosmila
  • Munir
  • Ramli Saleh

Lengkap Dua Dos Vaksin

Seperti yang telah dijadualkan. Harini hari cucuk vaksin dos kedua. Seawal pukul 7:30 pagi dah keluar rumah. Ikutkan encik suami punya waktu cucuk vaksin pukul 8:30 pagi, manakala saya pukul 3:00 petang. Tapi boleh je cucuk tak ikut waktu asalkan tarikh tu betul macam dapat 1st dos vaksin sebelum ni.

Senang sekali pergi berdua suami isteri, kan. Settle sekali harung je. Tak payah pergi balik pergi balik. Keluar highway kat roadblock tak ada orang pun. Masing masing pakat baru nak sarapan pagi. 

So lalu je tanpa halangan. Kita dah ready sekali kad dan My Sejahtera, sekali takda siapa jaga daaa... Simpan semula.

Sampai kat USIM, ramai dah sampai. Baru nak mula proses vaksinasi. 3 khemah penuh. Saya duduk khemah ke tiga. Baru duduk kejap, dah kena bangun check in My Sejahtera. Isi satu borang tulis nama dan IC.

Pit stop tak banyak macam 1st dose hari tu. Urusan lebih cepat. Lepas pit stop consult, terus pergi cucuk. Syukur dapat bilik doktor perempuan lagi. Saya tanya 'boleh rekod tak?" Boleh, masa cucuk nanti ye. Okay, saya jawab.

Okay sempat rakam. Mujur tekan button rekod. Ada buktilah chip dah masuk dalam badan. Eh...

Dalam takut tengok jarum, ralit pulak tengok. Terus lupa takut. Dah siap. Kejap je. Tak sempat nak rasa sakit pun. Last pit stop settlekan kad vaksinasi dan tunggu kejap untuk pemantauan.5 minit je! Suami dan siap awal tunggu kat luar.

Sebelum balik, marilah kita bergambar untuk kenangan. Orang tak ramai, bolehlah kita posing kejap. Senang bila dapat waktu sama dengan suami ni. Ada orang tukang ambil gambar. Tapi macam biasalah tak menepati kriteria gambar yang kita nak. Gambar dia kita ambil elok je..Haha..biasalah..

Lengkap Dua Dose Vaksin

Port booth ni membelakangkan cahaya pulak. Layankan je lah. View dah cantik dah. Lighting out. Kad vaksinasi ni kena simpan. Nak laminate. Tapi nanti nantilah. Selain kad ni, kita akan dapat kad digital vaksinasi juga dalam aplikasi My Sejahtera.

Kad vaksinasi 2 dose

Dah boleh sembang mandarin dah. Haha...Secara rasminya saya penerima dua dos vaksin lengkap. Eh belum lengkap lagi. Akan lengkap dua dos vaksin selepas 14 hari, iaitu 20 Ogos 2021.  Mungkinkah ada dos ketiga atau dos renew tahun depan. Harapnya taklah, nak COVID pupus terus. 

Dah dapat dua dos vaksin boleh rentas negeri tak? Tanya jerr.. Harap ada kelonggaran dua dos vaksin yang diwar warkan tu. In case emergency okaylah. Buat masa sekarang nak rentas negeri/ daerah pun jadi takut pulak dengan kes melambung lambung naik tinggi.

Sebelum balik pekena kopi costa dulu, Salted Caramel Iced Mocha. Sedap! Pagi tadi sarapan roti je on the way pergi tu dengan air kosong. On the way balik beli nasi ayam untuk brunch.

Salted Caramel Iced Mocha

Setakat pukul 2petang ni. Tak rasa kesan vaksin yang teruk. Baru nak rasa kebas sikit je. Haritu masa 1st vaksin pun sehari dua je rasa kebas. 

Okay baik, nak rehat dulu. Mengantok sebenarnya tak cukup tidur. Mana taknya, pukul 2 pagi baru nak lelap. Risau ke apa entah tak tahu lah. Banyak masalah dunia sehari dua ni.

Semoga keadaan selepas vaksin kedua ni baik baik je.Vaksinasi, ikhtiar yang kita dilakukan untuk halang mudarat lebih besar. Dengan izin Allah, semoga dapat mengakhiri pandemik Covid-19 juga. Usaha, doa dan tawakal.
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu