Responsive Ad Slot

Filem Town Mall

Siapa dah tengok Filem Town Mall? Filem Town Mall dah ditayangkan tahun lepas di Astro First saluran 480. Tapi akan diulang tayang semula Sabtu ini 14 Ogos 2021 di slot Citra Exclusive saluran 108 Astro Citra HD.

Filem Town Mall difilemkan inspirasi dari kisah sebenar town mall yang diaptasikan daripada novel bergenre seram karya Harudi Jawawi terbitan Buku Prima. Town mall mana satu yang dimaksudkan tak tahu lah. 

Filem Town Mall Astro Citra

FILEM TOWN MALL

Waktu tayangan : 14 Ogos 2021, jam 11:00 malam
Siaran TV: Astro Citra HD (CH108) 
Penulis novel : Hasrudi Jawawi
Penulis skrip : Subroto Katimin
Produksi : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Datuk Seri Eizlan Yusof
Genre: Seram

SINOPSIS TOWN MALL

Mengisahkan tentang sebuah bangunan yang sedang dibina terpaksa dihentikan atas sebab sering berlaku gangguan halus. Sejak dari itu, pembinaan tersebut terhenti dan terbiar kosong selama 10 tahun.

Kemudian, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung kerja kerja pembinaan yang terbengkalai itu. Syarikat mahu menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebagai town mall, pusat beli belah terkemuka.

Rusdi, seorang pengurus projek ditugaskan untuk memantau segala prosese pembinaan projek itu. Pada mulanya, pembinaan projek berjalan dengan lancar sehinggalkan satu hari kejadian yang sama 10 tahun lalu berulang kembali.

Rusdi mula diganggu makhluk halus semasa dia mula memantau pembinaan yang terbiar 10 tahun lalu. 

PELAKON DAN WATAK

  • Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Rusdi
  • Reen Rahim sebagai Akma
  • Intan Ladyana sebagai Maria
  • Adam Shahz sebagai Malik
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Megat
  • Hafizuddin Fadzil sebagai Dato Saiful
  • Nor Albaniah sebagai Nek Melur
  • Erry Putra sebagai Hassan
  • Ku Faridah sebagai Mak Esah
  • Faradhiya sebagai Ariani
  • Nurul Hanynaa Bt Harizal sebagai Mazni
  • Hafsa Munir sebagai Misha
  • Wan Muhammad Logan @Elji sebagai En Roslan
  • Nynaa Harizal

Aiskrim Onde Onde Nestlé Sedap Ke?

Agak mencabar kesabaran ye nak dapatkan aiskrim onde onde Nestlé ni. Cari tak jumpa cari tak jumpa. Akhirnya mendapat juga. Ada rezeki mencuba onde-onde ice cream Nestlé yang dikatakan sedap itu. Selagi tak dapat, dok tertanya tanya. Sedap ke aiskrim onde onde nestle tu?

Sedap ke tidak, diri sendiri lah kena cuba rasa. Selera orang lain-lain. Mungkin sedap pada orang lain tapi tidak pada kita, kan?

Setiap kali Encik Suami beli barang, saya pesan kalau ada aiskrim onde onde Nestlé jangan lupa beli. Agak kecewa jugalah bila beberapa kali pergi tak ada.  

Baru-baru ni je lah ada rezeki jumpa aiskrim onde onde ni. Beli 2 terus.

Aiskrim Onde Onde Nestlé

Gigit punya gigit, dekat separuh barulah muncul isi dalam aiskrim ni. Tapi rasa aiskrim tanpa isi dalam tu pun dah sedap sebenarnya. Dia manis manis lemak santan dan rasa pandan. 

onde-onde ice cream nestlé

Aiskrim onde onde ni luaran dia berperisa pandan dan kelapa dengan inti gula melaka dan kelapa parut. Inti dia macam kuih ketayap atau kuih bantal peluk tu. Kurang jelas pulak dalam gambar. Almaklumlah sekarang musim mendung. Mendung juga hasilnya. 

Aiskrim Onde Onde Nestlé

Rasa Aiskrim Onde Onde Nestlé ni memang sedap. Manis yang biasa biasa. Cuma isi dalam tu manis luar biasa sikit. Termanis sikit kot. Ke manis sangat. Tahap rasa kemanisan lidah masing masing berbeza kan. Kalau dah biasa makan atau minum manis takde hal kot.

Tapi jenis kurang manis, mungkin akan rasa manis sikit lah. Kalau rasa manis sangat, makan luaran je. Sesekali kita into the scene lah cuba benda baru. Dah rasa sekali tu sudahlah. Melainkan kalau teringin nak makan lagi.

Selain jenama Nestlé, aiskrim onde onde 7e dan aiskrim potong onde onde pun ada. Tapi dua tu tak pernah cuba lagilah. Ada yang dah cuba?

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa Sedap Gila!

Laku keras betul roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni. Letak habis letak habis agaknya. Biasalah baru baru keluar memang ramai orang cari. Dah tu semua cakap sedap pulak. Lagilah buat orang tercari cari roti gardenia pandan kelapa ni.

Macam biasa kalau benda viral. Lambat sikit baru nak mendapat. Memanjang sold out tanpa sempat beli. Tengok tengok rak dah kosong. Lepas ramai dah cuba dan kurang membeli, barulah ada stok hujung hujung untuk kita yang belum sempat merasa lagi.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Roti keluaran Gardenia baru jenis roti Gardenia Toast’em. Roti Toast’em ni adalah jenis roti bakar yang berperisa. Ada perisa butterscoth dan Choco Raisin. Terbaru, Pandan Kelapa seperti yang diwar warkan. 

Harga roti Gardenia Toast’tem Pandan Melaka, RM4.70. Mahal ke murah? Tapi biasalah, roti berperisa ni lebih mahal sikit harganya berbanding roti putih biasa.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Inilah dia rupa bungkusan roti gardenia hijau kena dengan tema pandan kelapa. Rotinya harum dengan aroma daun pandan serta berwarna hijau muda. Dalam gambar agak kurang kelihatan warna hijau. 

Diserikan dengan tompok tompok gula melaka dengan rasa yang manis. Gabungan pandan dan gula melaka yang sedap menjadikan roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa kegemaran ramai.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Katanya dibakar lagi sedap. Ye, memang sedap gila! Saya bakar guna pan je. Lebih cepat. Rasa macam makan roti putih bakar di sapu kaya. Makan begitu saja pun dah sedap. 

Mewah dengan rasa pandan dan seperti di sapu kaya. Rasa gula melaka yang tak terlalu manis. Sedap sedap!

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Tekstur roti gardenia yang lembut tak pernah mengecewakan. Tapi AWAS!!! roti ni tak sesuai untuk mereka yang berdiet ye. Sebabnya :
  • Tinggi lemak
  • Rendah serat
  • Tinggi GI (Glycemic index)

Baca juga : roti gardenia untuk diet


Untuk diet, boleh pilih roti Gardenia Wholemeal atau roti Gardenia ala Eropah kegemaran saya.
  • Tinggi serat
  • Rendah lemak
  • Rendah GI (Glycemic index)
Ada yang dah cuba roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni? Apa kata awak? Saya rasa perlu diteruskan keluaran roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni sebabnya sangat kena dengan citarasa Malaysia. Kan?

Agaknya sekarang ni tengah fenomena pandan kelapa ke macamana? McD keluarkan kek pandan gula melaka even dah lama pun ada perisa kek ni. Cadbury pun ada keluarkan coklat bar pandan coconut juga. 

Aiskrim nestle tak ketinggalan juga buat aiskrim onde onde. Kira geng dengan pandan gula melaka & pandan coconut juga lah. Ini barulah citarasa Malaysia.

Telefilem Jerat

Jerat, sebuah telefilem ulang siaran akan ditayangkan di Slot Cerekarama TV3 Sabtu ini 14 Ogos 2021. Telefilem Jerat menampilkan lakonan Adam Lee, Mona Alen dan ramai lagi di bawah arahan Sharidan Popeye.

Telefilem Jerat Cerekarama TV3

TELEFILEM JERAT

Waktu tayangan : 14 ogos 2021 (Sabtu) , jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Sharidan Popeye
Produksi : Electrovision Sdn Bhd

SINOPSIS JERAT

Mengisahkan tentang tiga sahabat Iris, Najihah dan Angie yang berusia sekitar 30-an. Mereka semua rapat atas dasar kerja. Iris, anggota polis berpangkat inspektor. Angie seorang wartawan. Najihah pula seorang peguam hebat. 

Tiga padanan profession ni secara tak lansung sentiasa saling bekerjasama menyelesaikan banyak kes jenayah terutama pemerdagangan manusia. Dalam masa yang sama, Iris sibuk dalam membuat persiapan perkahwinananya dengan Faris seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Selepas berkahwin dan pulang dari berbulan madu, Iris dikejutkan oleh berita kematian dua sahabatnya iaitu Angie dan Najihah. 

Kehilangan mereka membuatkan Iris bangkit untuk mencari pembunuh sahabatnya dengan bantuan Faris. 

Iris yakin kes pembunuhan Najihah dan Angie ada kaitan dengan kes yang sedang dalam disiasatnya. Siasatan tersebut membawa Iris kepada suspek utama.

PELAKON DAN WATAK

  • Adam Lee sebagai Faris
  • Mona Allen sebagai Iris
  • Julia Farhana Marin
  • Nina Kho
  • Ridzuan Hashim
  • Lan Siro
  • Cha Oi

Ini Barulah Takoyaki

Siapa suka takoyaki? Kita geng! Sesekali dapat makan takoyaki memang nikmat. Nak beli selalu memang taklah. Takoyaki ni bukan murah. Sesekali makan boleh lah sekadar teringin macam tu. Nak makan selalu rasa tak sanggup juga lah.


Takoyaki 

Takoyaki sejenis makanan snek jepun yang berbentuk bebola bulat yang diperbuat daripada tepung gandum menggunakan kuali takoyaki khas. 

Dalam bebola takoyaki biasanya di isi dengan pelbagai jenis isi seperti sotong kurita, udang, isi ayam dan lain-lain lagi.

Di atas takoyaki diletakkan sos takoyaki dan mayonis. Kemudian ditaburkan dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering atau dikenali dengan nama bonito fish flakes.

Begitulah ringkasan tentang takoyaki.


Sebelum ni saya pernah beli takoyaki, rupa dia asal boleh. Yang hanya nampak sekadar bebola bulat dan sos sahaja. Tapi kali ni dapat takoyaki yang meriah dengan segala accesories lengkap atasnya. Ini barulah takoyaki sebenar.

Eh belum sebenar lagi. Yang sebenar tu kena lah cuba di Jepun. The real one. Tapi kenalah check dulu halal ke tidak kat sana tu.

Takoyaki Snek Jepun

Puas hati bila membeli takoyaki yang sebegini rupa. Peniaga tak kedekut segala apa yang perlu ada dalam hidangan takoyaki. Isi padat dan bukan inti oksigen.

Inti campur-campur. Ada sotong, udang, ayam, ketam, ayam dan daging. Boleh pilih rasa original, spicy atau cheese.

Sangat berbaloi beli Takoyaki Jalanan Sikamat bersebelahan Family Store Sikamat ni. Biasanya akan beli pakej 12 biji RM10 untuk makan berdua. Itupun rasa tak puas makan sebab sedap. 

Makan takoyaki ni sekali hadap je boleh habis.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Dah rasa cempedak McFlurry? Cempedak McFlurry, aiskrim McD terbaru 2021 yang telah dikeluarkan sejak 23 Julai 2021 yang lepas. Tak ada lah baru sangat kan. Lama dah. Cuma baru sekarang saya dapat rasa McFlurry baru ni.

Aiskrim McFlurry ni kejap kejap keluar perisa baru. Sampai tak terkejar nak rasa yang terbaru. Mana yang sempat rasa je lah.

Sebenarnya tak tahu pun ada McFlurry baru. Tahu tahu je encik suami bawa balik Cempedak McFlurry ni. Rezeki saya jugalah dapat merasa Cempedak McFlurry.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Macam menarik juga aiskrim McDonald's® terbaru ni menampilkan perisa buah tempatan Malaysia. Buah Cempedak kot kan. Kedengaran agak pelik dan curious nak tahu rasa aiskrim cempedak.

Gabungan aiskrim vanilla dengan syrup (air gula) perisa cempedak. Ada rasa serat dan isi cempedak kisar kasar bersama syrup.

Sebelum ni tak silap saya ada McDonald's® ada keluarkan Durian McFlurry. Memang tak sempat lah merasa. Dah berlalu pergi.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Sedap ke Cempedak McFlurry ?

Sedap! Suapan pertama pun dah boleh rasa sedap dia. Tak rasa pelik pun. Mulanya macam rasa cempedak goreng bila rasa syrup tu. Memang terasalah rasa cempedak sebenar tu. Rasa manis cempedak yang sedap.

Sedap gabungan syrup cempedak dan aiskrim vanilla ni rupanya.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Lagi sedap kalau cempedak syrup dia letak banyak sikit. Tak muak makan. Suka dengan tekstur aiskrim McFlurry yang halus dan sedap. Tak pernah mengecewakan so far. Harga RM7.08. Okaylah tak mahal sangat. Saya kongsi makan berdua. 

Jovian 3-Ply Monogram Black Face Mask & Extender

Beberapa hari lepas dapat satu sampul surat berwarna putih. Sedikit tebal bukan seperti surat biasa dengan tulisan komputer. Check cop setem dengan tulisan komputer tu dah boleh agak dah siapa pengirimnya.

Bukan sekali, bukan dua kali sampai tak ingat berapa kali dah dapat sampul surat sebegini. Dah pastinya tepat jangkaan saya. 

Dalam sampul surat putih tersebut ada Jovian 3-ply monogram black face mask, extender kait dengan butang bertemakan warna bendera Palestine dan juga nota kecil untuk geng kuat komen Shida Radzuan Blog.

Tengok pada nota tu, pengirimnya bukan lagi rahsia. Hadiah semua ni dikirimkan oleh blogger Shida Radzuan sempena jadi salah seorang top komentator blog beliau.

Jovian 3-Ply Monogram Black Face Mask

Jovian 3-ply monogram black face mask ni bukan face mask biasa biasa ni. Sejenis face mask premium jenama Jovian. Siapa yang tak kenal dengan Jovian Mandagie, seorang pereka fesyen terkenal. Design face mask yang menarik dan juga direka dengan fungsi yang bagus.

Baca kat bawah. Saya ambil dari Shopee.

Jovian 3-ply monogram black face mask

Description
  • Disposable 3-ply mask with stretchable earloop
  • Applicable to use as a health protection
  • With custom printed 'J' monogram and emboss 'JOVIAN' logo.
  • 95% filtration, efficiency against virus, bacteria & airborne particles
  • Fluid resistance that can protect against harmful biofluids & droplet
  • High breathability to enhance performance with exceptional comfort
  • Hypoallergenic that is made with soft materials to minimize skin allergy

Material 
  • Polypropylene Spunbond Non-Woven Fabric
  • Outer Layer has 50gsm of fabric thickness and it is a Non -Medical Grade mask 
  • Inner Layer: Hydrophobic Function Polypropylene (PP) Spun-bond Non-Woven Material 
  • Middle Layer: Static Filtration Melt-blown Non-Woven Material Barrier against virus, bacteria & airborne particles 
  • Outer Layer: Hydrophobic Protection Polypropylene (PP) Spun-bond Non-Woven Material Repels water and harmful biofluids 

Technical Specifications 
  • Particulate Matter (PM) Rating PM 0.1 
  • Bacterial Filtration Efficiency (BFE) ≥ 95% 
  • Particle Filtration Efficiency (PFE) ≥ 98% 
  • Mode of Attachment Ear-Loop 
  • Usage Disposable Single Use 

Care Instruction 
  • Room temperature, avoid direct sunlight 
  • With 5 years of life span Packaging 
REMARKS: THIS IS A NON MEDICAL GRADE MASK

Extender face mask Palestine

Extender face mask kait kedua yang saya dapat dari blogger Shida. Sebelum ni dapat extender kait warna warni. Kali ni dapat tema warna bendera Palestine.

Alhamdulillah. Terima kasih Shida untuk kiriman hadiah ni. Suka sangat! Memang simpan je lah ni sayang nak guna.

Nota Geng Kuat Komen

Sebelum menutup tetingkap sini, jom singgah  blog Shida Radzuan. Bolehlah berkenalan dengan blogger Shida Radzuan yang mana belum pernah kenal lagi. Rasanya pembaca kat sini pun dah kenal dengan blogger Shida Radzuan ni. Blogger otai masih berbisa.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu