Responsive Ad Slot

Drama Di Sebalik Kasyaf

Di Sebalik Kasyaf, mini drama bersiri 4 episod menampilkan pelakon Malaysia Elfira Loy bergandingan dengan pelakon Indonesia Baim Wong. Drama Di Sebalik Kasyaf adalah siaran ulang tayang bermula 19 Ogos 2021, Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Maksud kasyaf dalam Islam
  • Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Ibn Manzur berkata: Kasyaf didefinisikan sebagai kamu mengangkat daripada sesuatu apa yang menutupinya atau melindunginya. (Lihat Lisan al-‘Arab, 9/300)
  • Dalam Kamus Dewan, kasyaf diertikan sebagai penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati; mengkasyaf membuka hati.
  • Di dalam kitab Mu’jam Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi:
  1. Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir.
  2. Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan.
  3. Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir.
sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/3151-al-afkar-45-hakikat-kasyaf

Drama Di Sebalik Kasyaf TV3

DRAMA DI SEBALIK KASYAF

Jumlah episod : 4
Mula tayangan : 19 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Samarinda TV3
Penulis skrip : Eirma Fatima
Pengarah : Eirma Fatima
Produksi : Rumah Karya Citra

SINOPSIS DI SEBALIK KASYAF

Afiq, seorang jejaka Indonesia telah ditakdirkan bertemu dengan gadis buta yang bernama Diya. Semasa cinta mereka mula berputik, terbongkar pula segala rahsia yang mencetuskan segalanya.

Mungkinkah kisah silam tersebut akan menjejaskan hubungan mereka berdua?

PELAKON DI SEBALIK KASYAF

  • Baim Wong
  • Elfira Loy
  • Haliza Misbun
  • Azhar Sulaiman

Buah Pulasan Dari Jiran

Musim durian dah berlalu. Balik Segamat haritu pun dah hujung hujung musim betul. Dapatlah merasa durian yang mak simpankan dalam bekas. Lepas tu dapatlah merasa sebiji durian fresh. Tak pasti durian apa. 

Mak beli dari orang kampung. Rezeki lah dapat merasa durian Segamat yang terkenal dengan kesedapannya. Itu cerita dulu lah. Sekarang ni mana mana durian terkenal dengan kesedapan masing-masing. Bermacam-macam jenis ado!

Sekarang tengah musim buah pulasan agaknya. Ke dah hujung hujung musim jugak? Akhirnya dapat juga merasa buah pulasan. Jiran sebelah sebelah rumah bagi. Banyak pulak tu dibaginya. Sebesen penuh. 

Rezeki kamilah dapat merasa buah pulasan dari jiran tanpa perlu beli. Dapat pulak tu fresh from pokok. Baru petik dari pokok katanya. Mula tu dia bagi anak buah kebetulan anak buah main basikal lalu depan rumah dia.

Lepas tu petang tu dia bagi lagi sebesen.  Alhamdulillah..  Seronok bukan main lagi dapat makan buah pulasan juga akhirnya. Selama ni dok telan air liur je nampak buah pulasan. Bukan senang nak cari buah pulasan ni. Buah rare yang susah ditemui. 

Harga buah pulasan sekilo berapa ye? Harga buah buahan tempatan pun mengalami kenaikan harga macam harga barang. Lagi lagi buah jenis rare ni. Mahal lah sikit kot kan?

Buah Pulasan

Buah pulasan, nama saintifiknya Nephelium mutabile. Buah pulasan adalah sejenis buah tropika yang menyerupai rupa bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Pokok buah pulasan pun lebih kurang sama dengan pokok rambutan tapi pokok buah pulasan rendang je.

Berbeza dari segi rambutnya, rambutan lebih panjang dan lembut tetapi rambut pulasan lebih pendek dan keras.

Biji buah pulasan lebih keras, isinya agak kering dan keras berbanding buah rambutan. Buah pulasan dikenali sebagai 'maritam' di Brunei dan Kalimantan. Dipanggil 'bulala' di Filipina. Buah pulasan in english apa? Pulasan juga lah kan? 

Pulasan ni adalah daripada bahasa melayu. Dipanggil pulasan sebab untuk membuka puah pulasan ni perlu menggunakan kaedah pulas. Pulaskan buah tu dan auto terus terbuka kulitnya. Mudah sangat. Tak macam buah rambutan. Kena gigit dulu barulah kulitnya mudah dibuka.

Buah Pulasan

Rasa buah pulasan tak terlalu manis. Saya suka tekstur isi buah pulasan yang agak kering. Jadi bila makan tu tak menjejes airnya. Isinya tebal dan tak melekat sangat pada biji buahnya. Mungkin sebab baru petik dari pokok kot. Senang nak makan. Tak membazir bila isi melekat pada biji.

Saiz buah pulasan lebih besar sikit dari buah rambutan. Nak memulasnya pun mudah je. Kalau diberi pilihan, saya suka buah pulasan daripada buah rambutan.  

gambar buah pulasan

Tapi dalam banyak banyak buah rambutan saya suka buah rambutan gula batu. Makan satu, semestinya tak cukup. 

Menu Marrybrown Pilihan. Delivery Kan Ajer

Sehari selepas cucuk vaksin dos kedua haritu, rasa macam kurang selera makan dan mengantuk. Rasa nak makan bubur pulak dah. Sejak tersuka dengan bubur pedas Marrybrown (MB), dah jarang membeli bubur McD. 

Terus bukak aplikasi foodpanda belek belek marrybrown. Delivery kan ajer!

Antara menu Marrybrown 2021 yang saya order :
  • Bubur Ayam MB Bowl RM5.50
  • Cheesy Chicken Mashed Bowl RM5.50
  • Bubur Pedas MB Bowl RM9.90 Add on : MB Italian Cheesy Rice Bites
  • MB Chicken Burger-Single RM6.10

Harga of courselah mahal sikit daripada walk in. Itu belum termasuk lagi delivery charge. Nak murah lagi, sila walk in lah ye. 

Tak pasti apa menu baru Marrybrown. Nak tambah beli Gojuchang rice bowl tapi macam tak ada pulak. Bermusim kot menu tu. 

Bubur ayam MB bowl

Bubur ayam MB bowl pilihan encik suami. Bubur ringkas bersama potongan ayam goreng rangup dengan taburan daun sup. Gabungan sup dan ayam goreng yang sedap. 

Sesuai untuk hidangan kanak-kanak. Tak kanak-kanak pun sesuai jugaklah. Lagi lagi kalau tengah sakit tak ada selera tu. At least, potongan ayam rangup tu penambah selera. Taklah bubur kosong semata-mata.

Bubur ayam MB bowl

Cheesy chicken mashed bowl

Cheesy chicken mashed bowl juga pilihan husband. Mashed potato dengan potongan ayam rangup bersama curahan sos cheese dan mayonaise. Memang sedap. 

Kalau KFC mashed potato dan sosnya. Tapi Marrybrown mewah sikit ada ayam dan sos cheesy dan mayonaise. Gabungan yang sedap juga.

Cheesy chicken mashed bowl

Bubur pedas MB bowl

Bubur pedas MB bowl pilihan saya. Tak boleh tak pedas. Wajib ada rasa pedas. Sebelum ni beli dia asingkan chilli oil dalam bekas lain. Tapi kalini beli dicampurkan sekali. Hantam sajalah labuuuu..Asal ada.

Apa beza bubur ayam dan bubur pedas. Beza dia tang chilli oil je. Yang lain semua sama je. Oh ya, harga pun berbeza juga. Mahal 60 sen dari bubur ayam.

Rasa pun taklah sepedas yang disangka. Pada saya masih di level pedas biasa. Tak biasa makan pedas mungkin akan rasa pedas menyengat.

Bubur pedas MB bowl

MB Italian cheesy rice bites

Dalam pilihan bubur ayam, boleh add on menu lain. Saya add MB Italian cheesy rice bites. Nampak macam menarik je menu ni. 

Tengok dari rupa macam nasi yang telah dicampurkan dengan bahan bahan lain macam nasi goreng pun ada. Kemudian nasi dikepalkan menjadi bentuk bulat. Disalut tepung kemudian digoreng.

Sedap! Rangup di luar lembut di dalam.  Cuma tak puas makan sebab saiznya comel sangat. Dapatlah merasa 2 biji sorang. Tak disarankan makan untuk mengisi perut yang lapar. Memang tak akan rasa kenyang.

Ye, untuk side dish better lah. Saya add on lebih murah. Kalau beli ala carte mahal sikit. Tapi macam tak berbaloi je beli ala carte. 

MB Italian cheesy rice bites

MB Chicken Burger-Single

Tak pernah lagi rasa burger MB so far. So sajalah beli burger paling simple dan paling murah. Nak cuba rasa burger MB pulak. Sedap ke tidak? Pada saya okaylah makan burger ayam yang serba simple ni. Daun salad sehelai dan sos mayonaise secoet. Sedih tengok. 

Tapi okaylah daging burger banyak bijan macam ni saya suka. Nampaklah burger tu macam ada ada sikit dari biasa. Kan? Sedap dan mengenyangkan juga. 

MB Chicken Burger-Single

Walaupun makan bubur cepat kenyang tapi akan cepat lapar juga. Jadi, stand by burger topup isi perut bila lapar kembali. Apa lagi menu Marrybrown Malaysia yang sedap? 

Filem Wangi

Wangi, sebuah filem seram lakonan Erra Fazira, Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Mia Nasir, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi. Filem wangi 2019 ulang tayang di Astro Citra Sabtu ini 21 Ogos 2021, jam 11:00 malam.

Filem Wangi Astro


FILEM WANGI

Waktu Tayangan: 21 Ogos 2021, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Cerita Asal : Shuhada Mohd
Pengarah : Yeop Hitler (Mohd Latiff Zami)
Produksi: Resilience Studio
Genre : Seram

PELAKON DAN WATAK

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Khuzairi
  • Nabila Huda sebagai Bella
  • Erra Fazira sebagai Nor
  • Syazwan Zulkifly sebagai Azlan
  • Nik Muhammad Adam Mikael sebagai Khiri
  • Mia Nasir sebagai Mia
  • Ruminah Sidek

SINOPSIS WANGI

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua. Nor dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. 

Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor dijaga oleh ibunya. Dalam tempoh tersebut, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). 

Khuzairi memberitahu Nor bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya Azlan (Syazwan Zulkifli).

Nor berasa pelik kerana Bella tidak pernah lansung bercerita tentang perkahwinannya. Dari situ bermulalah misteri tentang kehilangan Bella dan berlaku kejadian-kejadian yang pelik pada Nor dan keluarganya.

Apam Balik Rasa Original dan Coklat

Beberapa hari kebelakangan ni teringin betul nak makan apam balik. Akhir akhir ni macam suka mencari makanan yang dah lama tak makan. Barulah berselera nak makan. Tapi masa kita nak, masa tu lah susah nak dapat.

Pulak tu cerewet tak nak apam balik cripsy nipis nipis tu. Nak jugak apam balik nusantara rasa asli yang gebu tu. Nak back to rasa classic. Rasanya dah bertahun tahun tak makan apam balik sejak makanan moden mengambil alih selera.

Menu kuih lama-lama jugak yang sedap. Kan? Belek-belek juga lah resipi apam balik dalam carian google. Cara buat apam balik nampak mudah. Tapiiiii kalau tak ada kerajinan tak menjadi jugak. Lebih senang beli, kita beli je lah.

Risau pulak apam balik tak menjadi. Kita serahkan pada yang pakar buat. Tugas kita membeli dan terus menjamu selera. Syukur lah juga harga apam balik masih di paras mampu beli lagi. Masih relevan lagi harganya di zaman sekarang ni.

Saya pesan apam balik asli. Dengan taburan kacang dan jagung yang mengcukupi. Tak kedekut isinya. Apam balik gebu dan tak terlalu tebal. Tak ada bau bahan penaik. Sangat sangat menyelerakan dimakan panas panas.

Apam Balik Rasa Original

Encik suami beli juga apam balik coklat. Sedap betul! Manis tak manis sangat. Sama juga isinya banyak dan sedap!

Apam Balik Coklat

Pertama kali beli, terus esoknya nak beli lagi. Tapi kedainya tutup pulak. Rasa dah beberapa kali nak beli tapi kedai tutup. Bila bukak tu memang beli. Sekali beli 2 bungkus. Yang biasa tak silap saya RM4 dan coklat RM5 atau RM5 lebih. Lupa pulak dah!. Tapi kira murah dah tu dengan rasa dan isinya.

Saya beli apam balek stylo depan Family Store Sikamat. Semoga murah rezeki peniaga menjual makanan yang memuaskan hati pembeli. Aaminn...

Menghilang Tanpa Update

Hari Khamis lepas dapat panggilan dari kakak. Balik tak? Abah dah teruk, dah tenat. Terus panic attack! Sebelum tu kakak sorang lagi dah plan nak buat virtual bacaan Yassin adik beradik semua. Tak sangka pulak keadaan abah macam tu sebab mak tak ada pulak bagitahu apa-apa masa call sehari sebelum tu.

Mungkin sebab tak nak anak anak risau kot. Abah dah mula merepek. Nak balik rumah lah, padahal memang kat rumah. Keadaan abah separa sedar dengan beberapa hari tak tidur malam. Melawan sakit kanser yang dah merebak.

Kita kalau tak tidur malam berhari hari pun akan rasa pening dan stress. Inikan pulak pesakit kanser. Saya sampai kampung,  abah separa sedar. Tak boleh tidur, tapi dia mintak nak makan ubat tidur. Saya berikan ubat tidur yang doktor bagi. Makan bila perlu.

Abah tidur. Esok pagi tu tak sedar lansung. Doktor datang rumah, masuk air dan check keadaan abah. Mujur jugalah ada doktor yang boleh datang rumah. Kalau bawak hospital dah tentu tentu lambat prosesnya.

Saya tanya doktor kesan ubat tidur tu. Doktor kata kesan tu lebih kurang 8 jam macam tu. Tapi abah dah tidur lebih dari 8 jam. Tak sedar sedar. Kejut tak nak bangun.

Risau dah! Ubat tak makan, makan pun tidak. Mana nak datang tenaga macam tu.

Dah petang sikit baru abah terjaga lepas 2 botol air masuk dalam badan. Mengadu sakit. Tak puas hati tengok dripping air tu slow sangat katanya. Rimas dengan tiub air tu. Seboleh bolehnya nak bukak. Sampai ada darah dalam tiub tu sebab abah tak reti diam. Tak selesa!

Keep Strong
 
Bila dah masuk air 2 botol, barulah dia ada tenaga sikit. Makan pun sikit je. Tak ada selera pun ye jugak tu. Paksa juga makan walaupun sesuap. Dia nak makan buah itu ini bagi je lah. Patutnya kena pantang. Tapi kadang dia nak jugak. huhu...

Check gula, tudiaa tinggi sampai 20 kot. Lepas makan buah pulasan kalau tak silap. Check blood pressure, ikutkan dari kata mesin tu normal tapi sebenarnya rendah. Risau lagi.

Selepas beberapa jam. Abah dah boleh bercakap di paras normal dan sedar. Tapi sepatah sepatah jawabnya. Nak sembang kencang memang tak lah. Baru lah dia boleh cam semua orang. Kalau tidak, mamai tak kenal siapa. Kita cakap dia tak faham. Dia cakap pun kita tak faham.

Alhamdulillah keadaan abah ada perubahan positif. Tengok keadaan abah okay sikit barulah rasa lega nak balik rumah. Sebak rasa bila abah gigih jalan sampai luar rumah nak hantar anak anak balik.

Saya pun dapat kebenaran balik kampung 3 hari je. Syukurlah Polis pun memudahkan urusan bila ada emergency ni.

Risau juga sebenarnya nak balik tu. Ye lah kita tak tahu keadaan kita kan. Doa semoga Allah lindungi saya dan keluarga. Adik beradik lain pun balik juga tapi balik tanpa anak anak lah. Polis bagi 2 orang je kalau rentas negeri. Plus, semua dah vaksin 2 dos.

Rasa lega betul bila abah dah kembali segar walaupun tak kuat sangat berjalan tu. Dia nak makan dan boleh bangun bergerak pun dah kira bersyukur sangat. Mungkin dapat jumpa anak anak yang dah lama tak balik tu satu 'ubat' untuk abah sihat.

Tu sebabnya saya menghilang tanpa update. Mood down dan emosi terganggu. Dapat balik kampung sekejap pun banyak kerja nak dibuat. Kemas rumah luar dalam sebab mak pun tak larat nak buat kerja dah lepas operation potong jari kaki tu nak berjalan pun rasa sakit.

Balik kampung pun tak dapat rehat. Tidur pun tak cukup. Walaupun macam tu, satu kelegaan juga dapat balik kampung reduce stress otak yang dah tepu ni. Dapat tengok mak abah. 

Balik rumah semula baru dapat berehat kejap sebelum sambung kerja lain. Doakan semoga abah saya terus kuat dan kembali sihat. Aaminnn...

Buat masa ni kalau badan masih lemah, rutin dia kena masuk air jugak. Selain makan ubat dan bergantung pada ubat tidur untuk rehat.

Maaf belum sempat blogwalking dan balas kunjungan. Harini apa cerita pulak dengan Malaysia ni. Harap 'abah' kekal menjadi 'abah'.

Fenomena Hujan Meteor 2021

Seperti yang saya baca, pada malam ini 12 Ogos 2021 akan berlaku fenomena Hujan Meteor. Kejadian hujan meteor dikenali sebagai Hujan Meteor Perseid iaitu fenomena angkasa yang unik.

Menurut kenyataan Planetarium Negara Kuala Lumpur, Hujan Meteor malam ni jelas dapat dilihat bermula pukul 9:00 malam ini sehingga menjelang awal pagi esok.

Fenomena Hujan Meteor 2021
sumber : mysa.gov.my


Fenomena Hujan Meteor 2021

  • Hujan meteor ini akan mencapai paras maksimum dengan kadar sebanyak 110 meteor pada setiap jam atau hampir dua meteor dalam seminit bermula pada waktu tersebut.
  • Pusat pancaran meteor itu kelazimannya datang dari arah buruj Perseus iaitu terletak di kawasan langit sebelah utara bumi sebelum hujan ini berpecah ke banyak arah lain.
  • Fenomena alam tahunan yang memukau itu jelas Planetarium Negara, sebenarnya sudah pun muncul dalam paras kecil sejak 17 Julai lalu dan akan berterusan sehingga 24 Ogos ini.
  • Bagi mereka yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor ini dengan terang, dinasihatkan agar mencari kawasan gelap dan jauh dari sebarang pencemaran cahaya..
  • Sesi secara langsung akan dibawakan oleh pentadbir Facebook dan Youtube Dark Sky Malaysia serta Karnival Sains Sabah bermula pukul 8:00 malam.
  • Pancuran meteor Perseid ini sudah dicerap manusia lebih 2,000 tahun dahulu dan dinamakan sedemikian kerana titik asal muncul dari buruj Perseus, sempena wira mitos legenda Yunani.
  • Ia dianggap hujan meteor yang paling lebat dan lazimnya muncul di angkasa terutama kawasan hemisfera Utara planet ini dari setiap pertengahan Julai sehingga hampir akhir bulan Ogos.
  • Setakat ini, rekod pencerapan kadar kemuncak Hujan Meteor Perseid yang paling banyak ialah 173 meteor sejam pernah dicatatkan saintis astronomi antarabangsa pada 13 Ogos 2009. 
sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/hujan-meteor-di-langit-malam-12-ogos/

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu