Responsive Ad Slot

Telefilem Panjak 7

Panjak 7, telefilem cerekarama TV3 2020 yang akan diulang tayang pada hari Sabtu ini  21 Ogos 2021 jam 10:00 di slot cerekarama TV3.

Telefilem Panjak 7 menampilkan berisan pelakon Sabri Yunus, Izzue Islam, Saidi Sabri, Adrea Abdullah, Asrul Faizal, Along Eyzendy, Zarina Zainoordin dan ramai lagi di bawah arahan Sabri Yunus sendiri.

Telefilem Panjak 7 Cerekarama TV3

TELEFILEM PANJAK 7

Waktu siaran : 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Noah Arjuna Sdn Bhd

SINOPSIS PANJAK 7

Mengisahkan tentang kehidupan Tok Dalang Wayang Kulit yang bernama Pak Ngah Agel. Pak Ngah Agel terkenal sangat terkenal di Kelantan. Kehidupan Pak Agel mula diuji dan bermasalah bila panjak-panjak (pemuzik) wayangnya seorang demi sorang membuat onar. 

Bermacam macam karenah panjak yang terpaksa Pak Agel hadap. Hanya Pok Jak (pemain serunai) satu-satunya yang memahami Pak Agel.

PELAKON PANJAK 7

  • Sabri Yunus
  • Izzue Islam
  • Saidi Sabri
  • Adrea Abdullah
  • Asrul Faizal
  • Along Eyzendy
  • Zarina Zainoordin

Cicipan Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh

Belum masuk waktu cicipan (minum petang) dah mula berfikir nak makan apa petang ni ye? Kadang ada, kadang tidak. Ikut keadaan isi perut masih kenyang atau lapar. Kalau kenyang boleh skip cicipan terus makan malam.

Ubi kayu, salah satu bekalan dari kampung yang saya dapat bawa balik. Apa lagi, ada ubi kayu kita rebuskan je lah. Lepas tu buat sambal tumis ikan bilis campur belimbing.

baca juga : resipi sambal tumis ikan bilis belimbing buluh

Nikmat betul dapat makan ubi kayu rebus cicah sambal tumis. Haruslah sedap kalau suka makan ubi kayu dan sambal. Sempat lagi haritu saya ambil sepelepah daun pisang. Dapat juga buat props gambar. Ada lah beza sikit dari kebiasaan.

Ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis belimbing buluh

Ubi kayu putih yang besar isi dia. Sebesar lengan. Lama sangat membesar dalam tanah tu tak digali. Jenis ubi kayu putih biasa ni dia banyak serat berbanding ubi kayu kuning

cicipan ubi kayu rebus cicah sambal

Tengok pokok ubi kayu mak tinggi lampai. Nampak sangat dah lama membesar tak digali. Nak petik pucuk ubi pun kemain tinggi. Jadi, kita galilah ambil ubi kayunya.

Pokok Ubi Kayu

Batang pokok besar dan susah nak cabut. Saya dan husband guna cangkul dan besi perejang tanah. Mula mula goyang pangkal batang pokok. Tengok gemburan tanah dia tang mana ada isi. Lepas tu cangkul sikit sikit supaya tak terkena isi ubi kayu tu.

Dah nampak baru di gali jauh sikit dari isi. Itupun ada yang terkena cangkul jugak. Adeh..Kerja orang tak pakar menggali ubi macam ni lah. Budak baru belajar. Mak abah tak dapat nak memantau. Kenalah gali pandai pandai sendiri. 

Isi Ubi Kayu

Lepas dah ambil isi ubi kayu, boleh pulak terlupa nak ambil pucuk ubinya. Ko dah kenapa Fiza oiiii??? Sebab penat menggali ubi kayu, auto terlupa terus. Sayangnya..

Buah Manggis Si Ratu Buah Hitam Manis

Kalau buah durian diberi gelaran raja buah. Pasangannya sudah tentulah manggis, buah yang dikenali sebagai ratu buah. Kenapa ek? Dulu saya ingatkan sebab sepal tu berbentuk macam crown. Rupanya bukan ye. Ada kisahnya.

Terdapat lagenda mengapa manggis disebut sebagai ratu buah. Queen Victoria pernah menawarkan 100 pounder sterling untuk mendapatkan buah segar ini. Lagenda ini dicatat dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1930 karangan David Fairchild, seorang pengkaji buah. Itulah sebabnya manggis disebut sebagai Ratu Buah atau The Queen of Fruit.- sumber : manggis oil

Kebiasaannya musim buah durian mesti sekali musim manggis. Kan? Bukan itu je, musim buah mata kucing, langsat dan rambutan pun ikut sekali bermusim bersama. Untung bila musim buah tiba. Macam jenis buah buahan dapat rasa.

Rasanya musim buah manggis di Malaysia macam dah nak hujung hujung dah. Masa ambil buah rambutan gula batu kat kebun abang ipar, pokok manggis pun dah tak berapa nak ada buah dah. Ada jugaklah rezeki merasa buah manggis yang dah lama rasa nak makan.

Manggis /‏مڠݢيس‎‎

nama saintifiknya Garcinia mangostana, sejenis tumbuhan malar hijau yang bertaburan asal di kawasan tropika sekeliling Lautan Hindi, ia ditanam sejak zaman prasejarah lagi.

Buah manggis  cukup popular di Filipina. Di Filipina manggis diberikan sebutan istimewa iaitu 'lo'. 
  • Belanda: mangistan
  • Cina: 山竹 (Shānzhú)
  • Indonesia: manggis
  • Inggeris: mangosteen
  • Itali: mangostano
  • Jepun: マンゴスチン (Mangosuchin)
  • Jerman: mangostane
  • Korea: 망고스틴 (mang-goseutin)
  • Perancis: mangoustanier
  • Sunda: manggu
  • Thai: มังคุด (Mạngkhud)
  • Vietnam: măng cụt
  • India : மாங்கோஸ்டீன் (Māṅkōsṭīṉ)

Buah Manggis Si Ratu Buah Hitam Manis

Sebelum ni saya hanya tahu manggis is manggis. Baru baru ni lah baru tahu ada buah mesta yang rupanya macam manggis. Ada jenis manggis lain rupanya. Dari apa yang saya faham, manggis bentuknya bulat dan mesta lonjong sedikit.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca di blog Wak Warisan Petani tentang manggis dan mesta.

Buah manggis juga dikenali sebagai buah serbaguna boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kecantikan. Macam tak percaya, kan? 

Manfaat buah manggis tidak hanya dari bahagian isi buah atau pulpnya, akan tetapi dari bahagian kulit (pericap atau rind) dan bahagian bijinya (seed) yang mengandungi:
  • Vitamin C
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Zat Besi
  • Natrium
  • Kalium
  • Fosfor
  • Kalsium
  • Antioksidan yang kuat
Bau buah manggis wangi wangi manis dan rasa isinya manis. Hitam-hitam si tampuk manggis, kulitnya hitam isinya putih, sungguhpun hitam rasanya manis. 

Sedap dapat makan buah manggis manis petik dari pokok. Saya suka isi yang comel comel tak ada biji tu. Yang ada biji tak berapa suka tapi kena habiskan jugaklah sebab setiap biji ada isi kecil besar.

Cara nak buka buah manggis pegang tangkai dan tekan sepal dia sampai merekah dan terbelah. Sebelum ni gunakan dua tapak tangan untuk buka. Nasiblah kalau getah dia terkena tangan tu.

Nak tahu berapa isi dalam buah manggis, tengok pada tampuknya. Kalau ada 5, maka isinya pun 5 jugak.

Cerita pasal buah manggis ni. Dulu zaman kanak kanak pernah panjat pokok manggis. Budak kampung biasalah. Lasak sikit dan zaman tu mana ada gadjet canggih macam sekarang. Itulah mainannya. Tapi taklah tinggi. Pokok rendah je.

Pokok manggis ni dahan dia bercabang banyak. Itu yang mudah nak panjat. 

Daun Manggis

Masa ambil buah haritu, mata tertancap pada serangga ni. Lalat ke langau? Ke dua dua bukan?

Tak Pasal Pasal Jadi Lauk Udang Galah Sungai Masak Lemak Cili Api

Macam biasa, balik kampung mesti akan stok udang galah sungai untuk saya. Mak abah memang akan beli untuk buat stok anak anak yang suka makan udang galah sungai. Tak stok udang, stok ikan sungai memenuhi peti ais sejuk beku.

Duduk kampung, selain mewah dengan tanaman. Mewah juga dengan hasil sungai. Kadang ada je orang yang kampung hantar ikan atau udang kat rumah. Ikan baung, ikan lais dan udang tu memang selalu jugaklah. 

Jarang menolak kalau dihantar. Dari situ bantu mereka cari pendapatan juga. Selain daging yang salai yang mak simpan, dapat juga stok udang galah sikit. Selebihnya dah masak masa kat kampung.

Mulanya saya nak masak udang galah sungai goreng berlada. Tiba-tiba malas datang, saya kisar je semua bahan-bahan. Lepas dah masuk udang tu saya terrrrtambah air banyak pulak. Adeh! Spoil masakan goreng berlada. Auto cancel.

Saya masukkan santan kotak sikitlah bagi pekat kuah tu. Tapi tak pekat sangat pulak. Jadilah masakan lemak cili api yang ditumis dulu dengan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.

Udang Galah Sungai Masak Lemak Cili Api

Ikutkan masak lemak cili api guna cili api dan kunyit hidup je tanpa perlu menumis bagai. Hantam sajalah labuuuu..Sedap juga masakan tak jadi ni. Udang, masak apa pun sodap!

baca juga :

Udang galah sungai ni rasa dia lebih sedap. Isinya manis. Kalau masak kena masak pedas pedas baru sedap. Sedap juga masak udang galah sungai campur nanas.

Udang galah ni kena siang dan bersihkan betul betul. Buang tahi belakang tu dan di kepala juga. Dulu kecik kecik tak dapat makan otak udang ni. Dah besar baru lah dapat.

Dalam kepala dah dimomok dengan peribahasa otak udang. Asal makan otak udang je jadi auto bodoh kononnya seperti peribahasa 'otak udang' yang bermaksud bodoh. Otak cair baru pandai. 

Padahal sedap tu otak udang. Sedap tu memang lah sedap tapi tak elok makan juga sebab tinggi kolestrol. Jadi tak boleh makan berlebihan dan selalu sangat. Tapi tak makan rugi pulak. Udang dah lah mahal, kan?


Drama Malaysian Ghost Stories

Malaysian Ghost Stories, drama seram bersiri 18 episod akan mula ditayangkan pada 25 ogos 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11:00 malam di Astro Ria. Juga boleh distrim di platform Astro Go/Ultra Box. 

Drama Malaysian Ghost Stories

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Jumlah episod : 18
Mula tayangan : 25 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang dan Amar Amir
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

PELAKON MALAYSIAN GHOST STORIES

Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot dan ramai lagi.

SINOPSIS MALAYSIAN GHOST STORIES

Menampilkan kisah-kisah hantu seram tempatan yang berlaku di Malaysia. Setiap episod menceritakan kisah seram yang berbeza. Ada 18 episod Malaysian ghost stories yang akan dipertontonkan antaranya :

Malaysian ghost stories episode 1 : Nenek Hostel
Malaysian ghost stories episode 2 : Jin Pemusnah 
Malaysian ghost stories episode 3 : Hantu Kum Kum 
Malaysian ghost stories episode 4 : Nenek Kebayan
Malaysian ghost stories episode 5 : Nu Gui (Hantu Cina) 
Malaysian ghost stories episode 6 : Hantu Raya 
Malaysian ghost stories episode 7 : Rumah Sewa RM100
Malaysian ghost stories episode 8 : Pocong
Malaysian ghost stories episode 9 : Langsuir 
Malaysian ghost stories episode 10 : Hantu Takde Kepala
Malaysian ghost stories episode 11 : Hantu Jepun
Malaysian ghost stories episode 12 : Penunggu Rumah Banglo
Malaysian ghost stories episode 13 : Balan Balan  
Malaysian ghost stories episode 14 : Hantu Air
Malaysian ghost stories episode 15 : Ulek Mayang
Malaysian ghost stories episode 16 : Hantu Orang Asli
Malaysian ghost stories episode 17 : Nishi Dak
Malaysian ghost stories episode 18 : Misteri Topeng Barongan
Malaysian ghost stories episode 19 : Hantu Public Phone
Malaysian ghost stories episode 20 : Sumpahan Abu Mayat
Malaysian ghost stories episode 21 : Penunggu Pohon Beringin
Malaysian ghost stories episode 22 : Jenglot

Buah Rambutan Gula Batu

Semalam cerita buah pulasan, hari ni cerita buah rambutan gula batu. Pernah dengar tak? Saya bukanlah pakar sangat bab buah rambutan ni. Dah kata buah rambutan gula batu, rambutan gula batu lah dia.

Jenis jenis buah rambutan :
  • Rambutan anak sekolah/budak sekolah
  • Rambutan gula batu
  • Rambutan gading
  • Rambutan telan

Ada lagi tak jenis rambutan lain selain di atas? Saya suka je makan rambutan tapi lebih suka jenis buah rambutan longkah.

[long.kah] | لوڠکه
Definisi : mudah ditanggalkan isi drpd biji (bkn buah), lekang: rambutan ~; terlongkah tertanggal: jilidnya ~, lembaran buku itu bersepah di lantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Terpaling tak suka jenis tak longkah dan kebanyakkan jenis itu berwarna kuning. Ke memang rambutan kuning tak longkah? Tak sempat nak mengkaji.

Balik haritu kakak offer ambil rambutan gula batu kat kebun family abang ipar. Mulanya macam malas juga tapi dah disuruh juga tak ada orang nak makan nanti. Kita pun pergilah alang-alang ada kat kampung. 

Dapatlah dua guni dibahagi bahagikan.  Saya ambil lebih kurang seplastik je. Cukuplah untuk merasa. Nak makan berlebihan tu risau pulak batuk ke apa nanti. Sikit sikit sudah. Asalkan merasa macam tu.

buah rambutan gula batu

Buah rambutan gula batu ni lebih kurang macam buah pulasan. Ciri-ciri buah rambutan gula batu :
  • Isi tebal
  • longkah
  • Isi lebih keras sikit dari isi buah rambutan biasa
  • Kurang berair
  • Manis
Itu apa yang saya rasa lah. Jika salah, sila betulkan. Pada saya, buah rambutan gula batu ni jenis rambutan terbaik di Malaysia. Rasa satu pasti nak makan lagi dan lagi.

isi buah rambutan gula batu

Puas hati betul dapat makan buah rambutan gula batu ni. Tengok tu macam gula batu rupa dia. Sebab tu dinamakan rambutan gula batu.

Apa beza rambutan gula batu dan anak sekolah? Siapa tahu? Mungkin beza dari ketebalan isinya. Persamaannya jenis longkah dan kurang berair. Rambutan anak sekolah paling popular di Malaysia. Ke?

pokok buah rambutan gula batu

Sambil petik sambil makan. Nikmat betul dapat makan buah rambutan petik dari pokok. Masih ada lagi buah rambutan gula batu yang masih muda. Rezeki untuk yang belum merasa lagi.

buah rambutan gula batu muda

Rambutan kebun keluarga abang ipar meriah betul buahnya. Rambutan kat tepi rumah mak baru je dipangkas beberapa bulan lepas. Musim buah ni tak berbuah pulak dia.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Setelah sekian lama berhajat nak makan daging salai, akhirnya mendapat juga. Itulah yang dikatakan rezeki tak salah alamat. Alamatnya kat kampung baru mendapat.

Sejak raya puasa haritu teringin makan daging. Tapi nak daging salai. Kemain sangat selera kan. Terasa rasa kat tekak daging masak lemak cili api yang sedap. Tanya kat mak ada daging salai ke tak. Mak kata daging ada tapi belum salai.

Tahu tahu mak simpankan daging salai untuk saya. Salai masa raya haji haritu lepas abah masak lemang dengan bantuan family kakak yang dekat dengan rumah mak. Alhamdulillah dapat juga merasa daging salai dari kampung.

Mujurlah daging salai ni boleh simpan lama. Akhirnya dapatlah dijadikan lauk daging salai masak lemak cili api belimbing buluh. 

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Resipi daging salai masak lemak cili api belimbing buluh

Bahan-bahan
Daging salai potong nipis
1 kotak Santan 
Cili api *ikut tahap kepedasan masing-masing
1-2 inci kunyit hidup
Air secukupnya
3 biji belimbing buluh potong dua
3 batang serai diketuk
garam secukupnya

Cara penyediaan
  1. Potong daging salai nipis nipis, cuci dengan tepung gandum untuk hilangkan bau. Tapis dan masukkan dalam periuk.
  2. Kisar cili api dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk yang sama.
  3. Tuang santan dan air. Masukkan serai dan garam.
  4. Buka api dapur dengan api sederhana dan biarkan masak.
  5. Selagi daging tak empuk tambah air dan adjust rasa
  6. Dah nak masak baru masukkan belimbing buluh supaya kuah tak masam sangat.

Cara masak daging salai mudah dengan kaedah lebur semuanya. Senang. Balik haritu dah masak juga guna santan fresh. Lagi sedap guna santan fresh sebenarnya. Santan kotak macam kurang lemak sikit untuk daging salai ni. 

Kebetulan juga tengah musim buah belimbing buluh. Dapat juga tambah juga topup stok belimbing buluh yang dah nak habis.

Belimbing Buluh

Daging salai masak lemak cili api sedap juga dicampurkan dengan rebung atau pucuk ubi. Daging masak lemak cili api memang lagi sedap kalau guna daging salai. Aroma asap tu membuatkan daging salai tu bertambah sedap. Kan?

Lain rasa dia kalau tak salai. Nak masak pun mudah cuma ambil masa yang lama sikit nak tunggu dia empuk dan lembut. Kena banyak banyak bersabarlah.


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu