Responsive Ad Slot

Drama Hawa

Drama Hawa lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab dan ramai lagi mula bersiaran pada 24 Ogos 2021 di slot MegaDrama Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam.

Ini bukan kisah Adam & Hawa lakonan Nadiya Nisaa dan Datuk Aaron Aziz tau. Ini drama lain.

Drama Hawa Astro Ria

DRAMA HAWA

Jumlah episod : 9
Mula tayangan : 24 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Astro Ria (Slot Megadrama)
Penulis skrip : Baizura Kahar, Tam Suhaimi
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Infinitus Productions Sdn Bhd

SINOPSIS HAWA

Kehidupan Hajjah Saadah (Nadiya Nisaa) menjadi huru hara sejak suaminya Haji Ali koma. Tambah merumitkan lagi keadaan bila munculnya isteri kedua Haji Ali. Keluarganya, Hajjah Iman, Fauziaah dan Raudah pula masing masing ada masalah masing masing.

PELAKON DAN WATAK

  • Nadiya Nisaa sebagai Along/ Hajjah Saadah
  • Ruzana Ibrahim sebagai Angah /Fauziah
  • Bella Dowanna sebagai Acu /Raudah
  • Hamidah Wahab sebagai Hajjah Iman
  • Donna Muslim sebagai Musa
  • Akmal Abdullah sebagai Azizan
  • Shah Faris sebagai Naim
  • Yusri Saleh sebagai Haji Ali

LAGU TEMA (OST) HAWA

Lagu : Hawa
Komposer : Tilla Hanna & Lo Shi Seng
Lirik : Tilla Hanna
Muzik: Lo Shi Seng

Ubi Getuk atau Ubi Ketuk?

Sebelum saya membebel panjang, nak tanya dulu. Ubi getuk ke ubi ketuk sebenarnya. Confused tau! Siapa tahu silalah jawab. Kalau tak tahu takpe, sama sama lah kita confused gitu.

Tak pernah terfikir pun nak ubi getuk. Dah bawa ubi kayu terlebih dari kampung. Lepas tu pening tak tahu nak buat apa. Buat ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis yang makannya saya sorang je. Encik suami tak makan sangat. Sesuap dua je lah.

Yang dah rebus, 2 bekas dah bagi anak buah dengan sambalnya sekali. Yang selebihnya dah makan berulang. Tiba-tiba encik suami cakap, buatlah ubi getuk. Ehhhhhh ubi getuk dia makan pulak. Kita ni dah lah tak pernah buat ubi getuk.

Maka mencarilah resipi ubi getuk. Nampak macam mudah je cara membuat ubi getuk. Kebetulan ada kelapa muda parut. Apa lagi, ON terus lah buat ubi getuk. Ubi getuk jawa orang panggil sebab ubi getuk ni sejenis kuih yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Jawa.

Resepi ubi getuk

Resepi ubi getuk

Ubi kayu rebus *dilenyek
1 cawan kelapa parut
3 sudu gula pasir
Garam, hujung hujung sudu je. 

Cara penyediaan
Satukan semua bahan, kemudian kepalkan jadi bebola. Susun atas loyang/dulang.

Bahan salut
tepung gandum
tepung beras
serbuk kunyit sikit je untuk naikkan warna kuning tu
secubit garam
Air sejuk secukupnya

Sukatan agak agak tapi tepung beras kurang sikit dari tepung gandum. Tepung beras ni fungsi dia untuk lebih rangup.

Campurkan semua bahan. Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Kalau pekat sangat nanti dia jadi tebal macam saya buat. Pertama kali buat kan. Tapi okay je pada saya.

Resepi ubi getuk

Asalkan rasa dia mencapai KPI tekak suami kira lulus lah kan. Lain kali boleh cuba buat lagi kalau rajin. Nak buat bentuk bulat cantik dan tepung salutan nipis sikit. Sekali pandang macam cempedak goreng pun ada.

Ubi getuk ni pun jarang orang jual. Susah nak dapat ubi kayu. Kalau beli pun harganya mahal juga. Jadi, janganlah complaint kalau harga ubi getuk ni mahal seketul pun.

Standard lah harga kuih sekarang. Tak lima posen sebiji tak sah. Tapi ada jugaklah yang murah. Lain peniaga lain harganya lain juga rasanya.


Cadbury Chocolate Dairy Milk Pandan Coconut

Roti Gardenia Toast’em pandan kelapa sudah, aiskrim onde onde sudah. Kini giliran mencuba cadbury chocolate coconut pandan pulak. Tengah fenomena pandan kelapa agaknya kot. Apa lagi yang berkaitan dengan pandan kelapa yang tengah viral sekarang ni?

Baru-baru ni banyak kali pulak lalu lalang iklan cadbury chocolate coconut pandan di youtube. Suruh kita beli lah tu. Baiklah, saya pun terjebak membeli. Pengaruh iklan sangat betul. Bukan saya beli tapi encik suami belikan.

Seingat saya, harga dia RM7.++. Dapat dapat je terus lah shoot kejap. Takut nanti tak sempat digambarkan dah habis dulu.

Cadbury Chocolate Pandan Coconut

Pek cadbury chocolate pandan coconut ni sangat menarik warnanya. Gabungan warna original pek cadbury purple dan warna hijau neon mewakili daun pandan. 

Ikutkan gambar dari pek cadbury chocolate pandan coconut ni, dalam coklat ada kelapa parut panggang dan berperisa pandan.

Cadbury Chocolate Pandan Coconut

Bila digigit adalah kelapa parut tu. Rasa pandan bergabung dengan coklat yang sedap. Ada rasa lemak lemak kelapa tu. Ikut taste saya, rasa macam tak terlalu manis sangat. Boleh makan lah sesekali teringin makan coklat.

Rasa yang unik dengan selera local. Tersangatlah Malaysia. Limited edition dari Cadbury. Nak rasa, kena membeli cepat cepat sebelum habis musim.


Pertama Kali Cuba Tendercrisp™ dan Chicken Grilled BURGER KING®

Tak ingat bila membeli burger king delivery by foodpanda ni. Rasanya minggu lepas sebelum balik kampung. Masa tu mood masih tak bekerjasama dengan baik. Nak makan bukan masakan sendiri. Sesekali cuba makanan baru.

Saya decide nak makan makanan Burger King lah. Tak pernah merasa lagi apa apa jenis Burger King menu. Tiba-tiba macam terpanggil pulak nak mencuba Burger King Malaysia. Saya order dua set

Set Tendercrisp™

Dalam set  Burger King tendercrisp ada french fries dan air. Set ni pilihan encik suami. Dia pilih air heaven and earth ice lemon tea set large tanpa perlu add on charge.

Tendercrisp™ BURGER KING®

Tendercrisp yang sedap. Rasa isi ayam yang rangup. Dari gambar pun nampak dah kerangupan dia kan. Lebih kurang Zinger burger KFC je. Saiz besar sikit kot. 

Set Grilled Chicken

Ini pilihan saya. Sama juga ada french fries dan air. Saya pilih Iced mocha dan add on charge. Pilih juga BBQ sauce, tambah RM1.

Chicken Grilled BURGER KING®

Grilled chicken dia tak berapa nak smokey. Macam tak di grilled sangat. Entah kenapa tak kena dengan rasa tekak. Saya expect smokey smokey gitu sebab grilled kan. Tapi tak! Habiskan lah jugak. 

Iced mocha tu sedap pekat. Saya suka! Ice lemon tea dah biasa minum. So tak ada komen untuk air ice lemon tea. 

Ice Lemon Tea Iced Mocha BURGER KING®

Burger King price ni boleh tahan juga mahal. Ini kali je lah kita cuba. Kurang sesuai dengan selera dan tak mesra bajet. Huhu...

Telefilem Panjak 7

Panjak 7, telefilem cerekarama TV3 2020 yang akan diulang tayang pada hari Sabtu ini  21 Ogos 2021 jam 10:00 di slot cerekarama TV3.

Telefilem Panjak 7 menampilkan berisan pelakon Sabri Yunus, Izzue Islam, Saidi Sabri, Adrea Abdullah, Asrul Faizal, Along Eyzendy, Zarina Zainoordin dan ramai lagi di bawah arahan Sabri Yunus sendiri.

Telefilem Panjak 7 Cerekarama TV3

TELEFILEM PANJAK 7

Waktu siaran : 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Noah Arjuna Sdn Bhd

SINOPSIS PANJAK 7

Mengisahkan tentang kehidupan Tok Dalang Wayang Kulit yang bernama Pak Ngah Agel. Pak Ngah Agel terkenal sangat terkenal di Kelantan. Kehidupan Pak Agel mula diuji dan bermasalah bila panjak-panjak (pemuzik) wayangnya seorang demi sorang membuat onar. 

Bermacam macam karenah panjak yang terpaksa Pak Agel hadap. Hanya Pok Jak (pemain serunai) satu-satunya yang memahami Pak Agel.

PELAKON PANJAK 7

  • Sabri Yunus
  • Izzue Islam
  • Saidi Sabri
  • Adrea Abdullah
  • Asrul Faizal
  • Along Eyzendy
  • Zarina Zainoordin

Cicipan Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh

Belum masuk waktu cicipan (minum petang) dah mula berfikir nak makan apa petang ni ye? Kadang ada, kadang tidak. Ikut keadaan isi perut masih kenyang atau lapar. Kalau kenyang boleh skip cicipan terus makan malam.

Ubi kayu, salah satu bekalan dari kampung yang saya dapat bawa balik. Apa lagi, ada ubi kayu kita rebuskan je lah. Lepas tu buat sambal tumis ikan bilis campur belimbing.

baca juga : resipi sambal tumis ikan bilis belimbing buluh

Nikmat betul dapat makan ubi kayu rebus cicah sambal tumis. Haruslah sedap kalau suka makan ubi kayu dan sambal. Sempat lagi haritu saya ambil sepelepah daun pisang. Dapat juga buat props gambar. Ada lah beza sikit dari kebiasaan.

Ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis belimbing buluh

Ubi kayu putih yang besar isi dia. Sebesar lengan. Lama sangat membesar dalam tanah tu tak digali. Jenis ubi kayu putih biasa ni dia banyak serat berbanding ubi kayu kuning

cicipan ubi kayu rebus cicah sambal

Tengok pokok ubi kayu mak tinggi lampai. Nampak sangat dah lama membesar tak digali. Nak petik pucuk ubi pun kemain tinggi. Jadi, kita galilah ambil ubi kayunya.

Pokok Ubi Kayu

Batang pokok besar dan susah nak cabut. Saya dan husband guna cangkul dan besi perejang tanah. Mula mula goyang pangkal batang pokok. Tengok gemburan tanah dia tang mana ada isi. Lepas tu cangkul sikit sikit supaya tak terkena isi ubi kayu tu.

Dah nampak baru di gali jauh sikit dari isi. Itupun ada yang terkena cangkul jugak. Adeh..Kerja orang tak pakar menggali ubi macam ni lah. Budak baru belajar. Mak abah tak dapat nak memantau. Kenalah gali pandai pandai sendiri. 

Isi Ubi Kayu

Lepas dah ambil isi ubi kayu, boleh pulak terlupa nak ambil pucuk ubinya. Ko dah kenapa Fiza oiiii??? Sebab penat menggali ubi kayu, auto terlupa terus. Sayangnya..

Buah Manggis Si Ratu Buah Hitam Manis

Kalau buah durian diberi gelaran raja buah. Pasangannya sudah tentulah manggis, buah yang dikenali sebagai ratu buah. Kenapa ek? Dulu saya ingatkan sebab sepal tu berbentuk macam crown. Rupanya bukan ye. Ada kisahnya.

Terdapat lagenda mengapa manggis disebut sebagai ratu buah. Queen Victoria pernah menawarkan 100 pounder sterling untuk mendapatkan buah segar ini. Lagenda ini dicatat dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1930 karangan David Fairchild, seorang pengkaji buah. Itulah sebabnya manggis disebut sebagai Ratu Buah atau The Queen of Fruit.- sumber : manggis oil

Kebiasaannya musim buah durian mesti sekali musim manggis. Kan? Bukan itu je, musim buah mata kucing, langsat dan rambutan pun ikut sekali bermusim bersama. Untung bila musim buah tiba. Macam jenis buah buahan dapat rasa.

Rasanya musim buah manggis di Malaysia macam dah nak hujung hujung dah. Masa ambil buah rambutan gula batu kat kebun abang ipar, pokok manggis pun dah tak berapa nak ada buah dah. Ada jugaklah rezeki merasa buah manggis yang dah lama rasa nak makan.

Manggis /‏مڠݢيس‎‎

nama saintifiknya Garcinia mangostana, sejenis tumbuhan malar hijau yang bertaburan asal di kawasan tropika sekeliling Lautan Hindi, ia ditanam sejak zaman prasejarah lagi.

Buah manggis  cukup popular di Filipina. Di Filipina manggis diberikan sebutan istimewa iaitu 'lo'. 
  • Belanda: mangistan
  • Cina: 山竹 (Shānzhú)
  • Indonesia: manggis
  • Inggeris: mangosteen
  • Itali: mangostano
  • Jepun: マンゴスチン (Mangosuchin)
  • Jerman: mangostane
  • Korea: 망고스틴 (mang-goseutin)
  • Perancis: mangoustanier
  • Sunda: manggu
  • Thai: มังคุด (Mạngkhud)
  • Vietnam: măng cụt
  • India : மாங்கோஸ்டீன் (Māṅkōsṭīṉ)

Buah Manggis Si Ratu Buah Hitam Manis

Sebelum ni saya hanya tahu manggis is manggis. Baru baru ni lah baru tahu ada buah mesta yang rupanya macam manggis. Ada jenis manggis lain rupanya. Dari apa yang saya faham, manggis bentuknya bulat dan mesta lonjong sedikit.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca di blog Wak Warisan Petani tentang manggis dan mesta.

Buah manggis juga dikenali sebagai buah serbaguna boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kecantikan. Macam tak percaya, kan? 

Manfaat buah manggis tidak hanya dari bahagian isi buah atau pulpnya, akan tetapi dari bahagian kulit (pericap atau rind) dan bahagian bijinya (seed) yang mengandungi:
  • Vitamin C
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Zat Besi
  • Natrium
  • Kalium
  • Fosfor
  • Kalsium
  • Antioksidan yang kuat
Bau buah manggis wangi wangi manis dan rasa isinya manis. Hitam-hitam si tampuk manggis, kulitnya hitam isinya putih, sungguhpun hitam rasanya manis. 

Sedap dapat makan buah manggis manis petik dari pokok. Saya suka isi yang comel comel tak ada biji tu. Yang ada biji tak berapa suka tapi kena habiskan jugaklah sebab setiap biji ada isi kecil besar.

Cara nak buka buah manggis pegang tangkai dan tekan sepal dia sampai merekah dan terbelah. Sebelum ni gunakan dua tapak tangan untuk buka. Nasiblah kalau getah dia terkena tangan tu.

Nak tahu berapa isi dalam buah manggis, tengok pada tampuknya. Kalau ada 5, maka isinya pun 5 jugak.

Cerita pasal buah manggis ni. Dulu zaman kanak kanak pernah panjat pokok manggis. Budak kampung biasalah. Lasak sikit dan zaman tu mana ada gadjet canggih macam sekarang. Itulah mainannya. Tapi taklah tinggi. Pokok rendah je.

Pokok manggis ni dahan dia bercabang banyak. Itu yang mudah nak panjat. 

Daun Manggis

Masa ambil buah haritu, mata tertancap pada serangga ni. Lalat ke langau? Ke dua dua bukan?

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu