Responsive Ad Slot

Cadbury Chocolate Dairy Milk French Vanilla

Entry sebelum ni saya dah cerita cadbury chocolate dairy milk chocolate pandan kelapa. Harini cerita cadbury chocolate dairy milk french vanilla pulak. Coklat ni sekali beli dengan dairy milk pandan kelapa tu. Gara-gara terpengaruh dengan rakan blogger Kak Sha tu lah. 

Suka tau racun kita dengan coklat sedap sedap. Mujur tak terjebak dengan beli kopi. Masih setia dengan Old Town White Coffee hazelnut. 

Apa rasa cadbury chocolate french vanilla ni pulak? Coklat tu rasa dia macam biasalah. Gabungan coklat dan susu. Cuma yang menariknya, dalam coklat tu ada filling vanilla cream. Teringat ingat pulak coklat cadbury filling caramel tu. Sedap betul!

Cadbury Chocolate Dairy Milk French Vanilla

Berbalik pada coklat cadbury french vanilla. Daripada keratan rentas tu boleh nampak filling vanilla cream dia. Agak banyak jugak tu. Sebagai peminat vanilla flavour dan bau, saya suka teruk dengan coklat cadbury french vanilla ni.

Saya yakin, siapa suka vanilla flavour pasti akan suka dengan rasa lemak manis berkrim vanilla. Sebenarnya filling cream vanilla tu lembut je. Tapi disebabkan letak dalam peti ais, jadi keras kejung lah dia. 

Cadbury Chocolate Dairy Milk French Vanilla

Sedaplah sesekali makan coklat cadbury. Lama juga sebenarnya tak menjamah coklat ni. Itulah dia lepas kena penangan pengaruh rakan blogger. Beli untuk merasa je lah cerita dia.

Baru baru ni ada nampak Kak Sha post yang jenis pek kecik macam gula gula tu. Kalau nak cuba rasa boleh beli jenis pek gula gula. Tapi tak kan lah jual sebiji dua. Confirm confirm dijual dalam pek besar juga.

Tapi okaylah saiz macam pek gula gula boleh buat stok bila teringin makan. Jenis bar ni lambat sikit nak menghabiskan. Lagi pulak makanan manis. Bila craving baru terasa nak makan.


Masak Daging Salai Goreng Kunyit

Ada separuh lagi daging salai mak bagi. Separuh daging salai masak lemak cili api. Separuh lagi daging salai masak goreng kunyit. Sama macam masak daging salai berlada cuma tambah kunyit je. Kalau tanya saya daging salai masak apa sedap?

Dah tentulah saya pilih daging salai masak lemak cili api dan daging salai goreng kunyit. Saya membesar dengan dua jenis masakan tu je kalau berasaskan daging salai. Dua jenis tu je yang mak saya masak. 

Ada juga saya tengok resipi daging salai masak kicap. Rasa macam tak kena dengan selera pulak. Tekak dah biasa dengan bahan kunyit agaknya.

Bagi yang tak tahu apa itu daging salai (smoked meat). Daging salai adalah daging mentah yang disalai di atas bara kayu. Biasanya daging mentah akan diletakkan atas penapis besi atau alas khas. Proses menyalai agak lama. Lapisan luaran daging kena betul betul mengecut.

Begitulah cara buat daging salai. Kaedah salai ni digunakan zaman dulu lagi untuk mengawet makan supaya tak rosak dan tahan lebih lama. Dulu-dulu kan mana ada peti ais nak simpan bahan mentah.

Disebabkan cara buat daging salai tu agak rumit. Jangan ditanya kenapa harga daging salai mahal. Apatah lagi bila dah jadi lauk. Rezeki saya dapat daging salai mak bagi, tinggal masak je.

Daging Salai Goreng Kunyit

Resipi daging salai goreng kunyit

Bahan-bahan
Daging salai potong nipis nipis *Cuci dengan tepung gandum untuk elakkan berbau dan toskan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Cili api ikut kepedasan masing-masing
2 inci kunyit hidup
2 batang serai * diketuk
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Air secukupnya
Belimbing Buluh atau asam keping

Cara penyediaan

  • Panaskan minyak dulu.  Masukkan bahan tumis (bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit). Boleh kisar atau tumbuk. Tumiskan sekali dengan serai. 
  • Dah naik bau dan garing sikit masukkan daging salai, kacau rata dan tambah air. Masukkan garam juga.
  • Biarkan sampai daging empuk. Selagi belum empuk tambah air lagi dan adjust rasa. Masukkan belimbing buluh atau asam keping.
  • Agak agak dah empuk biarkan kuah kering sikit. Kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Masak Daging Salai Goreng Kunyit

Memang padu rasa daging salai goreng kunyit yang serba pedas ni. Aroma asap tu yang buat lagi best. Sesekali dapat makan lauk luar dari biasa baru lah berselera  makan. 

Ini pun saya makan sorang. Encik suami tak makan daging sangat. Makan tu makan tapi bukan kegemaran.

Ulang lah daging salai goreng kunyit untuk 3 kali makan. Makan tengahari, malam dan simpan untuk makan tengahari esoknya.

Sekarang dah tak susah nak dapatkan daging salai. Ada yang dah siap dihiris nipis jual dalam pek sekali dengan pes. Dah banyak juga kedai yang menyediakan masakan tradisional berasaskan salai salai ni.

Contohnya kat Kuala Pilah ada beberapa kedai popular dengan masakan daging salai masak lemak cili api. Daging salai juga banyak dijual ditepi jalan. Pernah beli sekali orang kirim. 1 kg daging salai RM50 ke RM55 kalau tak silap.

Selain daging salai, ada ayam kampung salai, itik salai. tolo (baca : telur) itik dan macam macam lagilah. Meriah tepi jalan Seremban-Kuala Pilah orang berniaga macam-macam.


Cara Buat Char Kuetiau Sedap Tanpa Pes

Kuetiau bukan kuey teow ye. Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan kuey teow yang betul adalah kuetiau.

[kué.tiau] | کوءيتياو

Definisi : (kuétiau) C sj makanan dibuat drpd tepung beras (dimasak atau digoreng spt mi).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Maka, marilah kita guna ejaan yang betul. Haritu masa balik kampung, kakak ada buat char kuetiau. Saya tukang sediakan bahan bahan sikit sikit je. Chef besar nak masak, kita duk tepi perati je. 

Tapi tak perati sangat pun. Ada je keje lain nak buat kat kampung tu. Dah balik rumah rasa teringin pulak nak masak char kuetiau sendiri. Whatsapp kakak tanya resipi char kuetiau yang sedap tu. Resipi char kuetiau paling mudah sebab tanpa pes.

Cili kering
Cili sos
Sos tiram
Bawang putih
Gula
Telur
Kucai
Taugeh
Air kene banyak
Kicap pekat
Tumis bawang putih cili cili sos sos tiram gula sampai garing
Pecah telur
Letak air kicap pekat kucai
Air dah menggelegak letak kuey teow letak taugeh last
Guna secukup rasa garam takyah

Macam tu je dia bagi resipi. Macam tertinggal bahan udang je tu. Sukatan guna kaedah agak agak dan faham sendiri cara masak paling ringkas tu. 

Dengan menggunakan skill memasak yang ada. Menjadilah char kuetiau. Tak berapa padu sebab tak ada kerang. Ada kerang lagi sedap makan char kuetiau kerang. Next timelah buat lagi.

Cara Buat Char Kuetiau Tanpa Pes

baca juga :

Saya tulis semula nak bagi faham lagi. Masak ikut cara saya. Lain orang lain langkah dia.

Resipi Char Kuetiau Tanpa Pes

Bahan-bahan
1 paket kuetiau halus (basuh dan toskan)
udang * ikut suka nak letak berapa pun
2 ulas Bawang putih * diketuk
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar gula pasir
2 biji telur
Kucai 
Taugeh
2-3 cawan air
Minyak untuk menumis
serbuk secukup rasa

Cara penyediaan
  • Panaskan minyak
  • Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili kisar, cili sos, sos tiram dan gula. Kacau dan sampai garing.
  • Masukkan udang
  • Pecahkan telur
  • Masukkan air, kicap pekat dan kicap manis.
  • Setelah air mendidih, masukkan kuetiau dan serbuk secukup rasa. Kacau rata dan masukkan kucai. 
  • Agak agak kucai dah layu sikit baru masukkan taugeh akhir sekali. Kacau sikit sikit je untuk kekalkan kerangupan taugeh.

Taugeh tu kena rangup baru sedap. Betul tak peminat taugeh sekalian. Letak taugeh banyak je sebenarnya. Semua menyorok pulak disebalik kuetiau. 

Malas nak melawa kan food plating nak cepat makan. Lambat makan nanti kembang tak sedap. Kena makan panas panas.

Drama Hawa

Drama Hawa lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab dan ramai lagi mula bersiaran pada 24 Ogos 2021 di slot MegaDrama Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam.

Ini bukan kisah Adam & Hawa lakonan Nadiya Nisaa dan Datuk Aaron Aziz tau. Ini drama lain.

Drama Hawa Astro Ria

DRAMA HAWA

Jumlah episod : 9
Mula tayangan : 24 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Astro Ria (Slot Megadrama)
Penulis skrip : Baizura Kahar, Tam Suhaimi
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Infinitus Productions Sdn Bhd

SINOPSIS HAWA

Kehidupan Hajjah Saadah (Nadiya Nisaa) menjadi huru hara sejak suaminya Haji Ali koma. Tambah merumitkan lagi keadaan bila munculnya isteri kedua Haji Ali. Keluarganya, Hajjah Iman, Fauziaah dan Raudah pula masing masing ada masalah masing masing.

PELAKON DAN WATAK

  • Nadiya Nisaa sebagai Along/ Hajjah Saadah
  • Ruzana Ibrahim sebagai Angah /Fauziah
  • Bella Dowanna sebagai Acu /Raudah
  • Hamidah Wahab sebagai Hajjah Iman
  • Donna Muslim sebagai Musa
  • Akmal Abdullah sebagai Azizan
  • Shah Faris sebagai Naim
  • Yusri Saleh sebagai Haji Ali

LAGU TEMA (OST) HAWA

Lagu : Hawa
Komposer : Tilla Hanna & Lo Shi Seng
Lirik : Tilla Hanna
Muzik: Lo Shi Seng

Ubi Getuk atau Ubi Ketuk?

Sebelum saya membebel panjang, nak tanya dulu. Ubi getuk ke ubi ketuk sebenarnya. Confused tau! Siapa tahu silalah jawab. Kalau tak tahu takpe, sama sama lah kita confused gitu.

Tak pernah terfikir pun nak ubi getuk. Dah bawa ubi kayu terlebih dari kampung. Lepas tu pening tak tahu nak buat apa. Buat ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis yang makannya saya sorang je. Encik suami tak makan sangat. Sesuap dua je lah.

Yang dah rebus, 2 bekas dah bagi anak buah dengan sambalnya sekali. Yang selebihnya dah makan berulang. Tiba-tiba encik suami cakap, buatlah ubi getuk. Ehhhhhh ubi getuk dia makan pulak. Kita ni dah lah tak pernah buat ubi getuk.

Maka mencarilah resipi ubi getuk. Nampak macam mudah je cara membuat ubi getuk. Kebetulan ada kelapa muda parut. Apa lagi, ON terus lah buat ubi getuk. Ubi getuk jawa orang panggil sebab ubi getuk ni sejenis kuih yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Jawa.

Resepi ubi getuk

Resepi ubi getuk

Ubi kayu rebus *dilenyek
1 cawan kelapa parut
3 sudu gula pasir
Garam, hujung hujung sudu je. 

Cara penyediaan
Satukan semua bahan, kemudian kepalkan jadi bebola. Susun atas loyang/dulang.

Bahan salut
tepung gandum
tepung beras
serbuk kunyit sikit je untuk naikkan warna kuning tu
secubit garam
Air sejuk secukupnya

Sukatan agak agak tapi tepung beras kurang sikit dari tepung gandum. Tepung beras ni fungsi dia untuk lebih rangup.

Campurkan semua bahan. Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Kalau pekat sangat nanti dia jadi tebal macam saya buat. Pertama kali buat kan. Tapi okay je pada saya.

Resepi ubi getuk

Asalkan rasa dia mencapai KPI tekak suami kira lulus lah kan. Lain kali boleh cuba buat lagi kalau rajin. Nak buat bentuk bulat cantik dan tepung salutan nipis sikit. Sekali pandang macam cempedak goreng pun ada.

Ubi getuk ni pun jarang orang jual. Susah nak dapat ubi kayu. Kalau beli pun harganya mahal juga. Jadi, janganlah complaint kalau harga ubi getuk ni mahal seketul pun.

Standard lah harga kuih sekarang. Tak lima posen sebiji tak sah. Tapi ada jugaklah yang murah. Lain peniaga lain harganya lain juga rasanya.


Cadbury Chocolate Dairy Milk Pandan Coconut

Roti Gardenia Toast’em pandan kelapa sudah, aiskrim onde onde sudah. Kini giliran mencuba cadbury chocolate coconut pandan pulak. Tengah fenomena pandan kelapa agaknya kot. Apa lagi yang berkaitan dengan pandan kelapa yang tengah viral sekarang ni?

Baru-baru ni banyak kali pulak lalu lalang iklan cadbury chocolate coconut pandan di youtube. Suruh kita beli lah tu. Baiklah, saya pun terjebak membeli. Pengaruh iklan sangat betul. Bukan saya beli tapi encik suami belikan.

Seingat saya, harga dia RM7.++. Dapat dapat je terus lah shoot kejap. Takut nanti tak sempat digambarkan dah habis dulu.

Cadbury Chocolate Pandan Coconut

Pek cadbury chocolate pandan coconut ni sangat menarik warnanya. Gabungan warna original pek cadbury purple dan warna hijau neon mewakili daun pandan. 

Ikutkan gambar dari pek cadbury chocolate pandan coconut ni, dalam coklat ada kelapa parut panggang dan berperisa pandan.

Cadbury Chocolate Pandan Coconut

Bila digigit adalah kelapa parut tu. Rasa pandan bergabung dengan coklat yang sedap. Ada rasa lemak lemak kelapa tu. Ikut taste saya, rasa macam tak terlalu manis sangat. Boleh makan lah sesekali teringin makan coklat.

Rasa yang unik dengan selera local. Tersangatlah Malaysia. Limited edition dari Cadbury. Nak rasa, kena membeli cepat cepat sebelum habis musim.


Pertama Kali Cuba Tendercrisp™ dan Chicken Grilled BURGER KING®

Tak ingat bila membeli burger king delivery by foodpanda ni. Rasanya minggu lepas sebelum balik kampung. Masa tu mood masih tak bekerjasama dengan baik. Nak makan bukan masakan sendiri. Sesekali cuba makanan baru.

Saya decide nak makan makanan Burger King lah. Tak pernah merasa lagi apa apa jenis Burger King menu. Tiba-tiba macam terpanggil pulak nak mencuba Burger King Malaysia. Saya order dua set

Set Tendercrisp™

Dalam set  Burger King tendercrisp ada french fries dan air. Set ni pilihan encik suami. Dia pilih air heaven and earth ice lemon tea set large tanpa perlu add on charge.

Tendercrisp™ BURGER KING®

Tendercrisp yang sedap. Rasa isi ayam yang rangup. Dari gambar pun nampak dah kerangupan dia kan. Lebih kurang Zinger burger KFC je. Saiz besar sikit kot. 

Set Grilled Chicken

Ini pilihan saya. Sama juga ada french fries dan air. Saya pilih Iced mocha dan add on charge. Pilih juga BBQ sauce, tambah RM1.

Chicken Grilled BURGER KING®

Grilled chicken dia tak berapa nak smokey. Macam tak di grilled sangat. Entah kenapa tak kena dengan rasa tekak. Saya expect smokey smokey gitu sebab grilled kan. Tapi tak! Habiskan lah jugak. 

Iced mocha tu sedap pekat. Saya suka! Ice lemon tea dah biasa minum. So tak ada komen untuk air ice lemon tea. 

Ice Lemon Tea Iced Mocha BURGER KING®

Burger King price ni boleh tahan juga mahal. Ini kali je lah kita cuba. Kurang sesuai dengan selera dan tak mesra bajet. Huhu...

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu