Responsive Ad Slot

Drama Checklist Mr Right

Checklist Mr Right, drama melayu terbaru 2021 lakonan Eyka Farhana, Ikhsan Saleh, Afifah Nasir, Wafiy Ann, Amy Mastura, Atiq Azman, Intan Ladyana dan ramai lagi. 

Drama Checklist Mr Right episod 1 akan mula bersiaran pada 25 Ogos 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:00 petang di Slot Sakura TV3. Drama Checklist Mr Right juga boleh ditonton secara percuma di website WeTV.

Drama Checklist Mr Right

DRAMA CHECKLIST MR. RIGHT

Jumlah episod : 13
Mula tayangan : 25 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 6:00 petang
Siaran TV : Slot Sakura TV3, WeTV
Penulis skrip: Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, Ctna Marzuki, Shamaine Othman
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Imaginal Pictures

SINOPSIS CHECKLIST MR RIGHT

Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bergelar instafamous bernama Nina Suraya (Eyka Farhana). Kehidupan Nina yang sering mengalami kekalutan hidup setelah gagal dalam percintaan.

Dalam pada itu, Nina masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Nina percaya bahawa lelaki betul-betul berkualiti hanya ada dalam dunia fiksyen sahaja.

Akan tetapi, kekacauan bermula apabila seorang pemuda misteri muncul dalam hidupnya dan mempunyai kriteria yang sama dengan lelaki yang diidamkan oleh Nina selama ini.

PELAKON DAN WATAK

  • Eyka Farhana sebagai Nina Suraya
  • Afifah Nasir sebagai Niesa
  • Ikhsan Saleh sebgai Adam
  • Harris Baba sebgai Zach
  • Amy Mastura sebagai Sofia
  • Intan Ladyana seagai Serena
  • Wafiy Ann sebagai Najmi
  • Atiq Azman sebagai Adly
  • Nelissa Nizam sebagai Mia
  • Izzat Mushtaq sebagai Emran
  • Jad Hidir sebagai Karlif
  • Intan Nor Saina sebagai Yasmin
  • Iman Zulkarnaian sebagai Zakri
  • Zalfa Zin, 
  • Syrul Ezwan
  • Adli Ihsan
  • Iqbal Rusli  

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake

Kembali ke entri makanan. Selagi ada modal gambar makanan, selagi tu ceritanya makan dan makan. Sempena ulang tahun perkahwinan haritu, selain membeli kek mini Ferrro Rocher saya beli juga mini lotus biscoff chill cheesecake.

Sebenarnya saya teringin nak makan kek lotus biscoff. Tak perasan ada tulis chill cheesecake tu. Terlampau taksub sangat nak rasa kek lotus biscoff sampai lupa nak tengok betul-betul. Terbeli yang chill cheesecake pulak.

Jarang yang berperisa lotus biscoff ni tak sedap, kan? Jadi saya pun tak lah ralat sangat tersalah beli pun.

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake

Mini biscoff cheescake ni saiz 5 inci dengan harga RM35. Agak pricey tapi kenalah dengan bahan bahan yang digunakan. Cheese, lotus biscoff tu dah tentulah mahal. Nak expect murah memang tak dapatlah. 

Bahagian dasar menggunakan biskut hancur dan dipadatkan. Cheesecake yang tebal, rasa yang sedap dan bertekstur halus. Disaluti dengan salted caramel meleleh dan dihiasi dengan taburan gula melaka. Sedap! 

Cuma cepat muak betul bila makan cheescake ni. Nak makan sepotong pun lambat nak dihabiskan. Boleh makan, tapi kurang menepati KPI selera tekak ni. Tak tahulah kenapa. Lebih suka jenis kek biasa daripada cheesecake.

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake
Kurang sharp sikit close up ni bila lighting tak on point. Cuaca mendung.

Walaupun jenis suka cheesecake tapi sorry terpaksa say 'no' untuk lotus biscoff cheesecake ni. Mungkin ada yang suka. Tapi bukan saya.

Mini lotus chill cheesecake saya beli di kedai yang sama dengan kek mini forrero rocher di website sarasofeyacakes.com. Suka tengok segala jenis kek. Semua cantik je decoration kek yang dibuat. 

Bunga Tahi Ayam Atau Marigold

Berhenti kejap cerita pasal makanan. Kita tukar cerita bunga pulak. Tahu tak bunga tahi ayam? Bukan tahi ayam berbentuk bunga. Bukan juga bunga rupa paras bunga seperti tahi ayam. Tapi bau bunga tu bau tahi ayam.

Sebab itulah bunga tu dipanggil bunga tahi ayam. Macamana rupa paras bunga tu? Rujuk dalam gambar. Inilah bunga tahi ayam yang saya kenal masa zaman kanak-kanak dulu. Dah besar ni barulah tahu bunga ni adalah bunga marigold.

Jadi, bunga ni bunga tahi ayam atau buah marigold? Bukan setakat itu sahaja, ada juga panggilan lain. Bunga lantana camara juga bunga tahi ayam. Tapi jenis rupa lain. Bunga dia berwarna warni dan rupa paras bunga dia macam cantuman kuntum kuntum bunga kecil.

Bunga Tahi Ayam Atau Marigold
bunga tahi ayam mak di kampung. Ada kutu putih disitu menumpang hidup


Bunga tahi ayam @marigold ni taklah sebusuk mana pun. Busuk busuk wangi. Dah busuk wangi pulak kan. Macamana tu? Taklah busuk macam tahi ayam tu. Rupa paras dia cantik yang memungkinkan orang lupa dengan bau busuk dia tu.

Lantana Camara pulak bau dia lagi busuk sikit dari marigold ni. Busuk busuk bau bunga, busuk lagi bau tahi ayam. Itu fakta yang tak boleh disangkal.

Bunga tahi ayam busuk ni jangan disangka tak function. Ada kebaikan bunga tahi ayam ni. Bunga tahi ayam halau nyamuk. Fakta ke auta? Siapa tahu boleh jawab. 

Bunga tahi ayam Malaysia ni di kampung bersepah macam tumbuhan liar. Ada juga yang menanam jadikan pokok hiasan. Jangka hayat bunga tahi ayam ni rendah. Mudah gugur macam tu.

Kek Mini Ferrero Rocher Untuk Hari Kita Ke-8

Untuk meraikan 8th Wedding anniversary which is "Hari Kita Ke-8". Saya  rancang nak beli kek je lah sebagai tanda ingatan meraikan hari kami. Cari punya cari terkenan dengan mini kek ferrero rocher.

Pilihan kek coklat bukanlah pilihan yang biasa saya gemari walaupun suka je makan coklat. Saya akan pilih cheesecake atau red velvet. Tahun ni lari dari kebiasaan pilih perisa coklat pulak.

baca juga : korean kek 7th wedding anniversary 

Decoration topping Kek mini forrero rocher yang comel. Disaluti dengan coklat. Serba serbi luar dalam mewah dengan coklat lah senang cerita. Saya beli kek mini saiz 5 inci je sebab nak makan berdua je pun. Itupun dah petang petang baru nak membeli.

Kek Mini Ferrero Rocher

Dari keratan rentas sepotong kek, boleh nampak saiznya tak lah sebesar mana. Comel je sepotong kek. Lapisan tengah kek ada lapisan coklat dan bahagian atas toppingnya juga coklat. Kek coklat dia jenis moist sebenarnya. Sedap!

Ada rasa kopi sikit tapi tak tahu bahagian mana. Rasa coklat yang sangat pekat macam dark chocolate. Tak manis sangat. Sedap! Tapi bila dia rasa terlalu pekat rasa melekat kat tekak. Kena makan sepotong sekali je. 

Kena makan berulang ulang untuk dihabikan.

ferrero rocher cake

Harga kek mini ferrero rocher RM49. Mewah dengan chocolate sebab tu harga dia begitu. Saya beli di sarasofeyacakes.com. Tempting tau tengok segala jenis kek kat dalam website tu. Semua cantik cantik dan banyak pilihan. Ada harga sekali senang nak buat pilihan dan tempahan.

Ikutkan hati nak je pergi bercuti celebrate anniversary. Nak vitamin-sea! Tapi selagi ada COVID-19 yang jahat tu masih berleluasa, terpaksalah simpan niat tu dulu. 

Apa-apapun Terima kasih untuk segala doa. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...

Air Lai Chi Kang Penyejuk Tekak

Fuhh..lama betul tak minum air lai chi kang. Kalau dulu setiap kali beli tomyam dan nasi kerabu mesti akan beli lai chi kang. Sejak kedai favourite bertukar tukang masak, dah tak membeli kat situ. Tomyam pun dah tak sesedap dulu.

Beberapa hari lepas membeli makanan di food panda. Nampak ada pilihan menu air lai chi kang. Eh, macam sedap je kalau dapat minum air lai chi kang. Kita pun order sekali sebungkus lai chi kang.

Tengah musim panas atau panas badan memang sesuai sangatlah minum air lai chi kang ni. Bahan-bahan yang ada dalam air lai chi kang dapat menyejukkan badan. Sejukkan tekak juga. 

Air lai chi kang dipanggil air dengan nama air cikong. Dari mana dan maksud lai chi kang tu tidaklah saya tahu. Dari nama tu sendiri rasanya dah boleh agak ianya sejenis menu tradisi dari kaum Cina. Tapi tak adalah campur bahan-bahan haram ye.

Semua bahan-bahan tu mempunyai khasiat tersendiri. Mungkin juga pada zaman itu, minuman lai chi kang dijadikan ubat penyejuk badan satu masa dulu. 

Bahan-bahan dalam lai chi kang 

  • Kurma merah
  • Longan kering
  • Laici
  • Buah kundur
  • Kismis
  • Goji bery
  • Barli
  • Sagu 
  • Snow fungus
  • Biji selasih
  • Kacang Shandong
  • Gula batu
  • Gula perang

Air Lai Chi Kang

Itu antara bahan yang biasa dimasukkan dalam air minuman lai chi kang. Tapi selalunya tak lengkap pun semua ada. Yang biasa jumpa ada laici, biji selasih, sagu besar warna warni, cincau, kacang dan snow fungus.

saya suka jenis kacang lebih. Tapi yang saya beli ni tak ada pulak. Lupa nak letak note tambah kacang. Lupa letak note satu hal. Yang dapat ni pun satu biji kacang pun nan hado. Agak agak kena mintak baru dapat kot. Takpun peniaga habis stok kacang.

Khasiat lai chi kang

  • Mengurangkan panas badan
  • Membantu penghadaman
  • Sesuai diminum ketika demam atau lesu
  • Melegakan sembelit
  • Tingkatkan antibodi badan
  • Agen milkbooster
  • Menaikkan HB (hemoglobin) untuk ibu hamil
  • Awet muda

Bagus kan khasiat lai ci kang ni. Setiap bahan tu ada manfaatnya. Boleh minum selalu tanpa rasa bersalah. Sedap pun sedap.

Selamat Hari Kita Ke-8

8 Tahun dah kahwin? Semacam tak percaya je. Rasa macam baruuuu je kahwin. Ayat klise sangat kan. Bagi lah chance nak bermanis manisan di hari bahagia ke-8 tahun.

8 Tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Lama tu! Kira dah masuk fasa kedua alam perkahwinan. Biar pun masih belum ada rezeki anak. Yakinlah, akan tiba masanya juga.

Andai kata kami pergi dulu tanpa ada rezeki anak. Siapalah kita nak melawan takdir Allah. Selama 8 tahun jugaklah berjaya menepis soalan soalan cepu emas, cepu perak, cepu gangsa dan segala cepu lah.

Ikut perkiraan perkahwinan seusia 8 tahun mungkin dah ada 2-3 orang anak. Anak pun dah masuk sekolah dah kiranya. Kita berangan je lah dulu. Berangan itu percuma, kan.

Di waktu usia yang semakin meningkat ni. Siapa je yang tak risau jika masih belum anak. Tipulah kan kalau tak risau. Nanti bila usia dah terlebih, berisiko pulak mengandung. 

Kadang rasa malas nak fikir dah. Nak happy happy dan tenang tenang je. Asalkan sihat. Bukan tak usaha, usaha tu biarlah jadi cerita kami saja. Panjang ceritanya. Nak buat IVF tak mampulah.

Tidak merancang pun. Jika ada rezeki Alhamdulillah. Allah maha mengetahui. Tak ada rezeki anak, kehidupan perlu diteruskan. Dapat suami baik dan keluarga yang memahami juga satu rezeki.

Wedding Anniversary 8th Years Fizaidil
baju nikah ni confirm tak muat dah! Cepatlah mengecil 


Bersikap positif. Saya pun jarang nak meluahkan 'perasaan' itu di media sosial. Dalam hati siapa yang tahu. Tak nak lah aura negatif melekat pada orang lain pulak. Biasalah kalau kadang tu teringat, dia jadi sedih tiba-tiba. Itu biasa.

Di hari ke lapan tahun ni. Doakan yang baik baik untuk kami. Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...

Marilah kita throwback!

Doa ulang tahun perkahwinan

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai
ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai.
Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami
jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...


Tahniah dan selamat pengantin baru untuk Remy Ishak & Ezza Yusof dan juga pasangan Elisya Sandha & Uzair Haqimy. Semoga bahagia sampai syurga. Aaaminn...
 

Pertama Kali Cuba Nasi Ganja

Dah hampir waktu merarau (makan tengah hari), tiba-tiba akan jadi pening. "Tak tahu nak masak apa" itu masalah seorang isteri yang tak kan pernah mudah diselesaikan. Beli je lah saya usulkan pada encik suami.

Nak makan apa? Suami ajukan soalan. Beli nasi ayam je lah senang. Lalu suami pun bersiaplah keluar. Macam biasa, akan beli nasi ayam favourite dekat seberang jalan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Tapi tak ada rezeki, nasi ayam dah pun habis. Lepas tu sama sama pening dok fikir nak makan apa nak beli apa. Cubalah tengok tengok depan pasaraya Zemart kot kot ada orang jual nasi. Tak kisah nasi apa.

Tahu tahu encik suami balik bawak nasi berbungkus warna coklat. Nasi apa ni? Nasi ganja katanya.

Dengan muka pelik saya menyambut bungkusan makanan dan ambil pinggan. Sekali buka tudia kuah banjir menyelimuti segala nasi dan lauk.

Saya sebenarnya tak suka jenis nasi kuah banjir ni. Sebab tu kurang suka nasi kandar, nasi vanggey dan sejenis dengannya. Jenis kuah banjir memang kurang suka.

Tapi adakalanya saya get into the scene jugaklah makan ikut tradisi berkuah. Flexible mengikut tempat dan keadaan. Nanti ada yang mengata mengada pulak kan tak nak berkuah.

Saya rasa nasi ganja ni sama je macam nasi kandar. Ke lain? Apa yang lainnya ek?

Nasi ganja

Setahu saya, nasi ganja paling popular adalah nasi ganja Ipoh. Siap ada perkhidmatan nasi ganja helikopter. Menggunakan helikopter untuk menghantar nasi ganja Ipoh panas panas ke tempat lain.

Sejarah nasi ganja

Saya kurang past sejarah nasi ganja ni. Dari pembacaan saya ada yang kata lepas makan akan rasa ketagih, ketagih nak makan lagi. Sebab tu dinamakan nasi ganja. Bukanlah dicampurkan dengan bahan terlarang. Selain tu, tak pasti pulak. Siapa orang Ipoh bolehlah jawab kalau tahu.

Tapi tidaklah pulak saya ketagih. Mungkin sebab kurang gemar jenis nasi dibanjiri kuah. Plus, saya kurang gemar kuah kari. Makan tu makanlah, bukan favourite. Tapi mi kari saya suka. Pelik bukan? Tak peliklah, sebab masing masing pun ada tastebud masing masing.

Suami pun berceritalah, masa dia sampai nak beli tu pun dah hujung hujung dah. Yang tinggal lauk ayam seketul dan lauk ikan. Sotong, udang dan daging habis agaknya. Tak ada pilihan lain. Jadi, beli lah sebungkus lauk ayam kicap dan sebungkus ikan goreng.

Encik suami pilih lauk ayam. Dia tahu isteri dia ni dah jemu makan ayam. Tapi ayam kicap dia sedap! Kuah semua cukup rasa. 

Nasi Ganja Ayam Kicap

Nasi ganja versi ikan goreng agak kurang sikit rasa ikan dia. Keras sikit isinya. Tapi okay je. Cili besar dia rangup gila tapi tak pedas lansung. First time makan cili besar mentah rangup macam makan ulam. Bendi rebus ada lah 1 dalam setiap bungkus.

Nasi Ganja Ikan Goreng

Portion nasi dia banyak. Memang kenyang makan tersandar dibuatnya. Sandar sekejap je sebab macam tak larat nak habiskan. Lambat sikit nak menghabiskan.

Saya beli depan pasaraya Zemart Sikamat. Nama kedai dia Nasi Ganja Usin. Nasi ganja ikan RM8.00 dan nasi ganja ayam RM7.00. Murah ke mahal?

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu