Responsive Ad Slot

Malaysian Ghost Stories Episod 2 : Jin Pemusnah

Malaysian ghost stories episod 2 bertajuk Jin Pemusnah lakonan Syazwan Zulkifly dan Nazeera Sardi. 

Malaysian Ghost Stories Episod 2 : Jin Pemusnah

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episode 2 : Jin Pemusnah
Waktu tayangan : 26 Ogos 2021(Khamis), jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS JIN PEMUSNAH

Johan (Syazwan Zulkifly) seorang lelaki yang suka memancing. Satu hari dia balik memancing, isterinya Munirah (Nazeera Sardi) duduk di satu sudut dan dia merasakan ada sesuatu yang tak kena. 

Munirah sering diganggu satu lembaga yang selalu datang kerumahnya. Lembaga itu bukan hanya mengganggu Munirah tapi bertukar rupa menjadi seperti Munirah untuk menggoda Johan. 

PELAKON DAN WATAK

  • Syazwan Zulkifly sebagai Johan
  • Nazeera sardi sebagai Munirah
  • Khaizuko Miqail Yusof sebagai Aiman
  • Hamidah Wahab sebagai Fatimah
  • Tuan Asmawi sebagai Pak Atan
  • Anis Fatihah sebagai Hantu Raya
  • Izmanisha sebagai Temah
  • Arie Zaharie sebagai Mior
  • M.Dhiaulhaq Dhaffir sebagai Pembantu
  • M. Musoddiq Sidqqi sebagai Pak Majid

Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Sambung cerita tentang coklat lagi. Janji ini last selagi tak ada coklat keluaran baru. Ataupun terpengaruh dengan mana mana rakan blogger. Jangan marah aaaa.

Coklat ni bukanlah baru beli tapi beli sekali dengan dairy milk cadbury chocolate pandan coconut dan dairy milk chocolate cadbury french vanilla.

Sekali 3 coklat bar encik suami beli haritu. Rezeki saya. Cepat cepat saya ambil gambar sebelum selamat dihabiskan. 

Ada yang dah cuba cadbury dairy milk chipsmore ni ke? Macam macam jenis keluaran chocolate cadbury dairy milk Malaysia sekarang ni. Sampai terpanggil panggil rasa nak mencubanya. 

Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Biskut chipsmore tu, pada saya rasa dia dah cukup manis dah. Kadang rasa tak boleh nak makan banyak sebab rasa manis tu terlampau.  Bila digabungkan dengan coklat cadbury ni, Agak agak kemanisan dia di tahap berapa?

Kena tanya lidah sendiri lah. Rasa dia taklah semanis yang saya bayangkan. Manis manis coklat yang boleh ditelan. Makan pun tak boring sebab ada rasa cebisan biskut chipsmore tu.

Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Cadbury dairy milk chipsmore ni sedap. Cuma nak makan selalu tu taklah. Kena berpada pada juga makan benda manis ni. Kalau teringin makan coklat tu, boleh lah membeli. 

Mungkin selang beberapa bulan lagi baru makan coklat bar. Rasanya coklat bar ni dah bertahun tak makan. Baru ni lah makan 3 jenis. Itupun selang seli makan. Jenis boleh makan sekali habis tu memang tahan manis betul ye.

Nasi Arab Damsyik Empire Tersedap

Sejak duduk di Seremban ni, seingat saya sekali je pernah menjamu selera di Restoran Nasi Arab Damsyik Empire. Selebihnya kalau teringin, tapau je makan di rumah. 

Nasi Arab Damsyik Empire ni popular di Seremban. Dekorasi resto pun ala ala resto di Arab. Boleh feel makan di negara Arab cerita dia. Ada ruang makan untuk bersila, ada ruang makan untuk makan duduk di kerusi juga.

Resto Nasi Arab Damsyik Empire ni sentiasa dipenuhi dengan umat manusia. Bila masa je tak ada orang. Itu dulu lah sebelum pandemik COVID-19. Tengah pandemik ni mungkin Nasi Arab Damsyik Empire delivery kan je kot.

Tapi saya tak pernah lagi lah order Nasi Arab Damsyik Empire delivery. Jauh kot dari rumah. Dalam aplikasi foodpanda pun tak pernah nampak bayang apa apa jenis nasi arab. Nasi Arab Damsyik Empire is not your area lah.

Susah betul nak jumpa resto yang menjual nasi arab berdekatan. Nasi Arab Damsyik Empire je lah yang teringat dalam kepala ni. Semalam on the way suami balik rumah, singgah resto Nasi Arab Damsyik Empire tapau nasi arab untuk dinner.

Sebelum ni ada je resto Nasi Arab Damsyik Empire Paroi. Tapi dah tutup. Kurang mendapat sambutan kot kat sana. Terpaksalah ke resto Nasi Arab Damsyik Empire senawang tu. Beli portion ayam suku. 

Nasi Arab Damsyik

Bau nasi arab ni memukau betul. Bukak bekas pun rasa tak sabar nak makan. Aroma pelbagai jenis rempah tu pun pembuka selera betul lah. Nasi sahaja je pun dah sedap. 

Isi ayam pun lembut sungguh haihhh. Terasa juga rempah yang menyerap dalam isi ayam tu sebab nasi arab ni style masak dia, ayam dimasak bersama nasi. Kan? 

Nasi Arab Damsyik

Dihidangkan bersama sos yogurt, salad timun nasi arab dan sambal. Bukan sambal belacan ye. Tak tahu lah apa nama sambal tu. Saya kurang gemar makan sambal tu. Saya makan dengan stok sambal gesek saya lah. 

Saya pun sejenis yang tak pandai nak makan dengan sos yogurt. Ayam cicah sos yogurt eh? Ke curahkan atas ayam? Cuba cerita.

Mulai 26 Ogos 2021, hari ini Negeri Sembilan dah beralih ke fasa 2 dah. Rentas daerah dibenarkan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 2 dan seterusnya.

Alhamdulillah kes baru COVID-19 semakin menyusut juga. Terus rasa nak lari ke hutan lalu belok ke pantai.

Sabar sabar..tunggu weekdays dan suami cuti kita ambil angin tepi pantai kejap sebab dah boleh rentas daerah. Saya dapat rasakan weekend ni mesti ramai orang ke Port Dickson bercuti. So tidaklah nak pergi buat masa ni. 



Malaysian Ghost Stories Episod 1 : Nenek Hostel

Malaysian Ghost Stories episode 1 menampilkan kisah nenek hostel lakonan Chubb-E, Fariz Iskandar, Fadhli Masoot, Azman Ahmad, Tuan Asmawi dan penampilan istimewa Ruminah Sidek. 

Malaysian Ghost Stories Episod 1 : Nenek Hostel

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episode 1 : Nenek Hostel
Waktu tayangan : 25 Ogos 2021(Rabu), jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS NENEK HOSTEL

Ajak (Chubb-E), seorang pelajar nakal yang suka membuli pelajar lain. Kimi I Fariz Iskandar) sering menjadi mangsa buli. Satu hari Ajak tak lena tidur, bilik dia didatangi seorang nenek kebayan bertongkat.

Nenek kebayan mengganggu setiap penghuni hostal yang ada di dalam bilik. Nenek kebayan mengetuk katil satu persatu dan mengira setiap pelajar yang dah tidur. Nenek kebayan perasan yang ajak belum tidur. Ajak menggigil ketakutan lalu berlari keluar bilik sambil menjerit.

Satu hostel kecoh dengan cerita nenek kebayan. Pelajar lain menganggap bahawa apa yang terjadi pada Ajak adalah satu balasan kerana sering membuli Kimi.

Esoknya Ajak di kacau lagi ketika dia sedang membuang air besar di tengah malam. Nenek kebayan main ketuk ketuk pintu pula. Masih mengira setiap bilik ada orang atau tidak. Ajak ketakutan selepas mendengar suara nenek kebayan mengira.

Apakah yang akan berlaku seterusnya.

PELAKON DAN WATAK

  • Chubb-E sebagai Ajak
  • Fariz Iskandar (yoyo) sebagai Kimi
  • Fadhli Masoot sebagai Dat
  • Azman Ahmad sebagai Warden Sudin
  • Tuan Asmawi sebagai Ustaz Kamarul
  • Ruminah Sidek (Mak Mah) sebagai Nenek Kebayan

LAGU TEMA

Tajuk : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

Drama Checklist Mr Right

Checklist Mr Right, drama melayu terbaru 2021 lakonan Eyka Farhana, Ikhsan Saleh, Afifah Nasir, Wafiy Ann, Amy Mastura, Atiq Azman, Intan Ladyana dan ramai lagi. 

Drama Checklist Mr Right episod 1 akan mula bersiaran pada 25 Ogos 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:00 petang di Slot Sakura TV3. Drama Checklist Mr Right juga boleh ditonton secara percuma di website WeTV.

Drama Checklist Mr Right

DRAMA CHECKLIST MR. RIGHT

Jumlah episod : 13
Mula tayangan : 25 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 6:00 petang
Siaran TV : Slot Sakura TV3, WeTV
Penulis skrip: Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, Ctna Marzuki, Shamaine Othman
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Imaginal Pictures

SINOPSIS CHECKLIST MR RIGHT

Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bergelar instafamous bernama Nina Suraya (Eyka Farhana). Kehidupan Nina yang sering mengalami kekalutan hidup setelah gagal dalam percintaan.

Dalam pada itu, Nina masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Nina percaya bahawa lelaki betul-betul berkualiti hanya ada dalam dunia fiksyen sahaja.

Akan tetapi, kekacauan bermula apabila seorang pemuda misteri muncul dalam hidupnya dan mempunyai kriteria yang sama dengan lelaki yang diidamkan oleh Nina selama ini.

PELAKON DAN WATAK

  • Eyka Farhana sebagai Nina Suraya
  • Afifah Nasir sebagai Niesa
  • Ikhsan Saleh sebgai Adam
  • Harris Baba sebgai Zach
  • Amy Mastura sebagai Sofia
  • Intan Ladyana seagai Serena
  • Wafiy Ann sebagai Najmi
  • Atiq Azman sebagai Adly
  • Nelissa Nizam sebagai Mia
  • Izzat Mushtaq sebagai Emran
  • Jad Hidir sebagai Karlif
  • Intan Nor Saina sebagai Yasmin
  • Iman Zulkarnaian sebagai Zakri
  • Zalfa Zin, 
  • Syrul Ezwan
  • Adli Ihsan
  • Iqbal Rusli  

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake

Kembali ke entri makanan. Selagi ada modal gambar makanan, selagi tu ceritanya makan dan makan. Sempena ulang tahun perkahwinan haritu, selain membeli kek mini Ferrro Rocher saya beli juga mini lotus biscoff chill cheesecake.

Sebenarnya saya teringin nak makan kek lotus biscoff. Tak perasan ada tulis chill cheesecake tu. Terlampau taksub sangat nak rasa kek lotus biscoff sampai lupa nak tengok betul-betul. Terbeli yang chill cheesecake pulak.

Jarang yang berperisa lotus biscoff ni tak sedap, kan? Jadi saya pun tak lah ralat sangat tersalah beli pun.

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake

Mini biscoff cheescake ni saiz 5 inci dengan harga RM35. Agak pricey tapi kenalah dengan bahan bahan yang digunakan. Cheese, lotus biscoff tu dah tentulah mahal. Nak expect murah memang tak dapatlah. 

Bahagian dasar menggunakan biskut hancur dan dipadatkan. Cheesecake yang tebal, rasa yang sedap dan bertekstur halus. Disaluti dengan salted caramel meleleh dan dihiasi dengan taburan gula melaka. Sedap! 

Cuma cepat muak betul bila makan cheescake ni. Nak makan sepotong pun lambat nak dihabiskan. Boleh makan, tapi kurang menepati KPI selera tekak ni. Tak tahulah kenapa. Lebih suka jenis kek biasa daripada cheesecake.

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake
Kurang sharp sikit close up ni bila lighting tak on point. Cuaca mendung.

Walaupun jenis suka cheesecake tapi sorry terpaksa say 'no' untuk lotus biscoff cheesecake ni. Mungkin ada yang suka. Tapi bukan saya.

Mini lotus chill cheesecake saya beli di kedai yang sama dengan kek mini forrero rocher di website sarasofeyacakes.com. Suka tengok segala jenis kek. Semua cantik je decoration kek yang dibuat. 

Bunga Tahi Ayam Atau Marigold

Berhenti kejap cerita pasal makanan. Kita tukar cerita bunga pulak. Tahu tak bunga tahi ayam? Bukan tahi ayam berbentuk bunga. Bukan juga bunga rupa paras bunga seperti tahi ayam. Tapi bau bunga tu bau tahi ayam.

Sebab itulah bunga tu dipanggil bunga tahi ayam. Macamana rupa paras bunga tu? Rujuk dalam gambar. Inilah bunga tahi ayam yang saya kenal masa zaman kanak-kanak dulu. Dah besar ni barulah tahu bunga ni adalah bunga marigold.

Jadi, bunga ni bunga tahi ayam atau buah marigold? Bukan setakat itu sahaja, ada juga panggilan lain. Bunga lantana camara juga bunga tahi ayam. Tapi jenis rupa lain. Bunga dia berwarna warni dan rupa paras bunga dia macam cantuman kuntum kuntum bunga kecil.

Bunga Tahi Ayam Atau Marigold
bunga tahi ayam mak di kampung. Ada kutu putih disitu menumpang hidup


Bunga tahi ayam @marigold ni taklah sebusuk mana pun. Busuk busuk wangi. Dah busuk wangi pulak kan. Macamana tu? Taklah busuk macam tahi ayam tu. Rupa paras dia cantik yang memungkinkan orang lupa dengan bau busuk dia tu.

Lantana Camara pulak bau dia lagi busuk sikit dari marigold ni. Busuk busuk bau bunga, busuk lagi bau tahi ayam. Itu fakta yang tak boleh disangkal.

Bunga tahi ayam busuk ni jangan disangka tak function. Ada kebaikan bunga tahi ayam ni. Bunga tahi ayam halau nyamuk. Fakta ke auta? Siapa tahu boleh jawab. 

Bunga tahi ayam Malaysia ni di kampung bersepah macam tumbuhan liar. Ada juga yang menanam jadikan pokok hiasan. Jangka hayat bunga tahi ayam ni rendah. Mudah gugur macam tu.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu