Responsive Ad Slot

Kenali Malaysia Kita

Harini Perdana Menteri Ke-9 Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob sudah pun umumkan Senarai Penuh Barisan Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Persekutuan. 

Senarai Penuh Barisan Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Persekutuan

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan
YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 
YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
 Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad 
Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 
YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan 
YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Banyak sejarah Malaysia tercipta sejak beberapa tahun ni. Apa apa pun yang penting sebagai rakyat Malaysia, kenali Malaysia kita. Sempena bulan Kemerdekaan ni, kita raikan kemerdekaan dengan penuh semangat cintakan negara.

Infografik Kenali Malaysia Kita
sumber : finas



1. Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia turut dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. 

Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

2. Lagu Kebangsaan

Lagu "Negaraku" telah dicipta pada tahun 1957

Lirik lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
(Maestoso)

3. Rukun Negara

Rukun Negara telah diishtiharkan pada 31 Ogos 1970

5 Prinsip Rukun Negara

  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan


4. Jata Negara

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang tlah diperkenankan dan diwartakan oleh Rajaa- Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.

Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu. 

Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. 

Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri

Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. 

Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

5. Bendera Malaysia

Pertandingan Mereka Cipta Bendera Kebangsaan telah diadakan pada Mei 1948.

14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu
  1. Kedah
  2. Pahang
  3. Kelantan
  4. Johor
  5. Perak
  6. Perlis
  7. Selangor
  8. Negeri Sembilan
  9. Terengganu
  10. Sarawak
  11. Pulau Pinang
  12. Sabah
  13. Melaka
  14. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. 

Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.


6. Bunga Kebangsaan

Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960. 

Pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.


sumber :
https://www.malaysia.gov.my/portal/category/86
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/senarai-penuh-kabinet/

Antara Menu The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia Tersedap

Pertama kali rasa menu The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia masa dapat surprise birthday bulan February haritu. Dapat pure double chocolate ice blended drink, chai tea latte dan sepotong kek nuts about you.

Lepas tu jumpa pulak entri jalapeno cheese bagel review dari beberapa blog. Terjebak dalam kancah pengaruh rakan blogger. Tapi masa tu taklah rasa teringin sangat nak cuba pun. Punyalah lama pendam rasa nak cuba tu, baru semalam mendapat.

Dah janji dengan encik suami nak belanja The Coffee Bean & Tea Leaf  lah untuk dinner semalam. Letak siap siap jalapeno cheese bagel dalam list. Selain tu order spaghetti, cakesicle dan iced cappuccino.

Jalapeno cheese bagel

Diakui lah jalapeno cheese bagel ni memang sedap gila!. Cili jalapeno tu memang pedas tapi sedap. Roti bentuk donut dengan taburan cheese dan juga jalapeno. Dihidangkan bersama cream cheese sebagai pencicah. Sedap makan panas panas ni weiiii.

Kalau letak jalapeno lebih sikit pun takpe. Saya okay je boleh tahan pedas. Beli 1 kongsi berdua sebab nak rasa je mulanya. Rupanya sedap pulak. Lepas ni kena beli 2.

Coffee Bean Jalapeno Cheese Bagel
jalapeno cheese bagel RM8.96

Chicken and mushroom spaghetti

Chicken and mushroom spaghetti pilihan encik suami. Sedap baq hang! Barulah terasa erti kesedapan spaghetti sebenar. No wonder lah harga dia mahal sikit dari harga standard spaghetti. Sedap dia level lain. Tersedap! 

Sambil makan tak sudah sudah memuji kesedapan chicken and mushroom spaghetti ni. Pasti repeat order nanti. Rencah dia pun banyak. Sos spaghetti pun pekat dan portion besar juga. Kami makan kongsi berdua.

Coffee Bean Chicken and mushroom spaghetti
chicken and mushroom spaghetti RM19.81

Cakesicle

Cakesicle Coffee Bean ni rasanya menu baru kot. Coffee bean petite cake size selain saiz sebiji kek dan sepotong kek. Sebab tak pernah nampak lagi sebelum ni. Sajalah tambah dalam list sebab nak cuba rasa. 

Kek coklat yang disalut dengan white chocolate yang dibentuk seperti aiskrim batang. Cute and pretty cakes on sticks! Topping atas tu taburan cebisan warna warni white chocolate kot rasanya. Manis je rasa dia.

Cakesicle Coffee Bean
cakesicle RM9.33


Saiz kek yang comel je. Tapi harga tak comel. Ini kali je lah kita beli sebab tertarik dengan kecomelan cakesicle tu dan nak cuba rasa juga sebenarnya. Dalam cakesicle ada kek coklat yang sedap. Moist dan agak manis bila makan sekali dengan salutan white coklat tu.

Disarankan nak makan cakesicle ni makan masa tengah lapar. Cepat habis for sure. Kalau makan benda lain dulu tak terasa nak habiskan.

Cakesicle Coffee Bean

Iced Cappcuccino

Tak Coffee Bean lah kalau tak order kopi. Maka, order secawan kopi juga pilihan saya. Tak tahu nak order apa sebab semua air minuman pun sedap. Iced cappuccino yang sedap dan kaw gila. Padu rasa pahit pahit tu.

Coffee Bean Iced Cappcuccino
iced cappuccino RM12.54

So far menu pilihan menepati KPI selera. Yang sedap boleh repeat order. Tapi sekali sekala bolehlah. Harga dia tu rasa kena fikir banyak kali sebelum order. 

Kalau guna food delivery mahal lah sikit. Apa apa pun tepuk poket tengok duit banyak mana. Ada rezeki lebih bolehlah teruskan membeli. 

Telefilem Santau Maut

Santau Maut, telefilem ulang siaran akan bersiaran pada hari Sabtu ini 28 Ogos 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra dan Citra HD. Tayangan pertama pada 7 Mac 2020 lalu. Telefilem Santau Maut lakonan Syafie Naswip, Sharifah Aryana, Lydiawati, Nur Farisya dan ramai lagi.

Telefilem Santau Maut Astro Citra

TELEFILEM SANTAU MAUT

Waktu siaran : 28 Ogos 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Penulis skrip : Ashik Afendey
Pengarah : Azmir Afandi
Produksi : MS Digital Studio Sdn Bhd

SINOPSIS SANTAU MAUT

Mengisahkan tentang tiga beradik, Tuah, Anggerik dan Dahlia yang dipanggil untuk menziarahi orang sakit yang tidak dikenali mereka di sebuah kampung. 

Kehadiran mereka bertiga ke rumah orang sakit tersebut membuka kisah gelap yang berlaku 15 tahun dahulu dimana ketika itu keluarga mereka menjalankan perniagaan makanan. Dalam tempoh tersebut, mereka telah mengalami pelbagai peristiwa aneh yang mengancam nyawa ibu mereka.

PELAKON DAN WATAK

  • Syafie Naswip sebagai Tuah
  • Sharifah Aryana sebagai Anggerik
  • Nur Farisya Farid Iqmal sebagai Dahlia
  • Lydiawati sebagai Maznah

Malaysian Ghost Stories Episod 2 : Jin Pemusnah

Malaysian ghost stories episod 2 bertajuk Jin Pemusnah lakonan Syazwan Zulkifly dan Nazeera Sardi. 

Malaysian Ghost Stories Episod 2 : Jin Pemusnah

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episode 2 : Jin Pemusnah
Waktu tayangan : 26 Ogos 2021(Khamis), jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS JIN PEMUSNAH

Johan (Syazwan Zulkifly) seorang lelaki yang suka memancing. Satu hari dia balik memancing, isterinya Munirah (Nazeera Sardi) duduk di satu sudut dan dia merasakan ada sesuatu yang tak kena. 

Munirah sering diganggu satu lembaga yang selalu datang kerumahnya. Lembaga itu bukan hanya mengganggu Munirah tapi bertukar rupa menjadi seperti Munirah untuk menggoda Johan. 

PELAKON DAN WATAK

  • Syazwan Zulkifly sebagai Johan
  • Nazeera sardi sebagai Munirah
  • Khaizuko Miqail Yusof sebagai Aiman
  • Hamidah Wahab sebagai Fatimah
  • Tuan Asmawi sebagai Pak Atan
  • Anis Fatihah sebagai Hantu Raya
  • Izmanisha sebagai Temah
  • Arie Zaharie sebagai Mior
  • M.Dhiaulhaq Dhaffir sebagai Pembantu
  • M. Musoddiq Sidqqi sebagai Pak Majid

Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Sambung cerita tentang coklat lagi. Janji ini last selagi tak ada coklat keluaran baru. Ataupun terpengaruh dengan mana mana rakan blogger. Jangan marah aaaa.

Coklat ni bukanlah baru beli tapi beli sekali dengan dairy milk cadbury chocolate pandan coconut dan dairy milk chocolate cadbury french vanilla.

Sekali 3 coklat bar encik suami beli haritu. Rezeki saya. Cepat cepat saya ambil gambar sebelum selamat dihabiskan. 

Ada yang dah cuba cadbury dairy milk chipsmore ni ke? Macam macam jenis keluaran chocolate cadbury dairy milk Malaysia sekarang ni. Sampai terpanggil panggil rasa nak mencubanya. 

Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Biskut chipsmore tu, pada saya rasa dia dah cukup manis dah. Kadang rasa tak boleh nak makan banyak sebab rasa manis tu terlampau.  Bila digabungkan dengan coklat cadbury ni, Agak agak kemanisan dia di tahap berapa?

Kena tanya lidah sendiri lah. Rasa dia taklah semanis yang saya bayangkan. Manis manis coklat yang boleh ditelan. Makan pun tak boring sebab ada rasa cebisan biskut chipsmore tu.

Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Cadbury dairy milk chipsmore ni sedap. Cuma nak makan selalu tu taklah. Kena berpada pada juga makan benda manis ni. Kalau teringin makan coklat tu, boleh lah membeli. 

Mungkin selang beberapa bulan lagi baru makan coklat bar. Rasanya coklat bar ni dah bertahun tak makan. Baru ni lah makan 3 jenis. Itupun selang seli makan. Jenis boleh makan sekali habis tu memang tahan manis betul ye.

Nasi Arab Damsyik Empire Tersedap

Sejak duduk di Seremban ni, seingat saya sekali je pernah menjamu selera di Restoran Nasi Arab Damsyik Empire. Selebihnya kalau teringin, tapau je makan di rumah. 

Nasi Arab Damsyik Empire ni popular di Seremban. Dekorasi resto pun ala ala resto di Arab. Boleh feel makan di negara Arab cerita dia. Ada ruang makan untuk bersila, ada ruang makan untuk makan duduk di kerusi juga.

Resto Nasi Arab Damsyik Empire ni sentiasa dipenuhi dengan umat manusia. Bila masa je tak ada orang. Itu dulu lah sebelum pandemik COVID-19. Tengah pandemik ni mungkin Nasi Arab Damsyik Empire delivery kan je kot.

Tapi saya tak pernah lagi lah order Nasi Arab Damsyik Empire delivery. Jauh kot dari rumah. Dalam aplikasi foodpanda pun tak pernah nampak bayang apa apa jenis nasi arab. Nasi Arab Damsyik Empire is not your area lah.

Susah betul nak jumpa resto yang menjual nasi arab berdekatan. Nasi Arab Damsyik Empire je lah yang teringat dalam kepala ni. Semalam on the way suami balik rumah, singgah resto Nasi Arab Damsyik Empire tapau nasi arab untuk dinner.

Sebelum ni ada je resto Nasi Arab Damsyik Empire Paroi. Tapi dah tutup. Kurang mendapat sambutan kot kat sana. Terpaksalah ke resto Nasi Arab Damsyik Empire senawang tu. Beli portion ayam suku. 

Nasi Arab Damsyik

Bau nasi arab ni memukau betul. Bukak bekas pun rasa tak sabar nak makan. Aroma pelbagai jenis rempah tu pun pembuka selera betul lah. Nasi sahaja je pun dah sedap. 

Isi ayam pun lembut sungguh haihhh. Terasa juga rempah yang menyerap dalam isi ayam tu sebab nasi arab ni style masak dia, ayam dimasak bersama nasi. Kan? 

Nasi Arab Damsyik

Dihidangkan bersama sos yogurt, salad timun nasi arab dan sambal. Bukan sambal belacan ye. Tak tahu lah apa nama sambal tu. Saya kurang gemar makan sambal tu. Saya makan dengan stok sambal gesek saya lah. 

Saya pun sejenis yang tak pandai nak makan dengan sos yogurt. Ayam cicah sos yogurt eh? Ke curahkan atas ayam? Cuba cerita.

Mulai 26 Ogos 2021, hari ini Negeri Sembilan dah beralih ke fasa 2 dah. Rentas daerah dibenarkan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 2 dan seterusnya.

Alhamdulillah kes baru COVID-19 semakin menyusut juga. Terus rasa nak lari ke hutan lalu belok ke pantai.

Sabar sabar..tunggu weekdays dan suami cuti kita ambil angin tepi pantai kejap sebab dah boleh rentas daerah. Saya dapat rasakan weekend ni mesti ramai orang ke Port Dickson bercuti. So tidaklah nak pergi buat masa ni. 



Malaysian Ghost Stories Episod 1 : Nenek Hostel

Malaysian Ghost Stories episode 1 menampilkan kisah nenek hostel lakonan Chubb-E, Fariz Iskandar, Fadhli Masoot, Azman Ahmad, Tuan Asmawi dan penampilan istimewa Ruminah Sidek. 

Malaysian Ghost Stories Episod 1 : Nenek Hostel

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episode 1 : Nenek Hostel
Waktu tayangan : 25 Ogos 2021(Rabu), jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS NENEK HOSTEL

Ajak (Chubb-E), seorang pelajar nakal yang suka membuli pelajar lain. Kimi I Fariz Iskandar) sering menjadi mangsa buli. Satu hari Ajak tak lena tidur, bilik dia didatangi seorang nenek kebayan bertongkat.

Nenek kebayan mengganggu setiap penghuni hostal yang ada di dalam bilik. Nenek kebayan mengetuk katil satu persatu dan mengira setiap pelajar yang dah tidur. Nenek kebayan perasan yang ajak belum tidur. Ajak menggigil ketakutan lalu berlari keluar bilik sambil menjerit.

Satu hostel kecoh dengan cerita nenek kebayan. Pelajar lain menganggap bahawa apa yang terjadi pada Ajak adalah satu balasan kerana sering membuli Kimi.

Esoknya Ajak di kacau lagi ketika dia sedang membuang air besar di tengah malam. Nenek kebayan main ketuk ketuk pintu pula. Masih mengira setiap bilik ada orang atau tidak. Ajak ketakutan selepas mendengar suara nenek kebayan mengira.

Apakah yang akan berlaku seterusnya.

PELAKON DAN WATAK

  • Chubb-E sebagai Ajak
  • Fariz Iskandar (yoyo) sebagai Kimi
  • Fadhli Masoot sebagai Dat
  • Azman Ahmad sebagai Warden Sudin
  • Tuan Asmawi sebagai Ustaz Kamarul
  • Ruminah Sidek (Mak Mah) sebagai Nenek Kebayan

LAGU TEMA

Tajuk : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu