Responsive Ad Slot

Telemovie Holiday Aji Tom

Holiday Aji Tom, sebuah telemovie berkisarkan tentang kekeluargaan lakonan Jalil Hamid, Syafiq Kyle, Bunga Isme, Safwan Nazri, Syuhaida Abraz (Dottie), Imran Aqil, Tengku Zara dan ramai lagi.

Telemovie Holiday Aji Tom lokasi penggambarannya di extreme park Biluthills @Bilut Extreme Park Bentong Pahang. Satu tempat Holiday Aji Tom seisi keluarga yang menarik. 

Telemovie Holiday Aji Tom Awesome TV

TELEMOVIE HOLIDAY AJI TOM

Waktu siaran : Ahad, 29 Ogos 2021, jam 9:30 malam
Siaran TV : Awesome TV
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi : Tsar Asia Sdn Bhd

SINOPSIS HOLIDAY AJI TOM

Aji Tom (Jalil Hamid) seorang bapa tunggal yang garang dan tegas. Oleh sebab itu, hubungan dia dengan anak anaknya iaitu Jamil (Syafiq Kyle), Safuan (Safwan nazri) dan Sofia (Bunga Isme) menjadi renggang.

Aji Tom mendapat idea untuk merapatkan kembali hubungan mereka sekeluarga sama seperti semasa isterinya masih hidup. Dia memerintah anak-anaknya pulang ke kampung sekiranya mahu menjadi pewaris harta Aji Tom. 

Setibanya mereka di kampung, Aji Tom mengajak seluruh ahli keluarganya untuk pergi bercuti. Percutian yang dirancang itu bertukar menjadi huru-hara. Bermacam-amcam insiden lucu tak diingini berlaku. Kemudian anak-anak Aji Tom pulak menghadapi konflik masing-masing.

PELAKON DAN WATAK

  • Jalil Hamid sebagai Aji Tom
  • Syafiq Kyle sebagai Jamil
  • Bunga Isme sebagai Sofia
  • Safwan Nazri sebagai Safuan
  • Imran Aqil
  • Syuhaida Abraz (Dottie)
  • Tengku Zara  

LAGU TEMA (OST) HOLIDAY AJI TOM

Lagu : Mereng
Penyanyi : Bunga Isme

Malaysian Ghost Stories Episod 3 : Hantu Kum Kum

Malaysian ghost stories episod 3 menampilkan kisah Hantu Kum Kum lakonan Ellie Suriaty, Shahronizam Noor, Arie Zaharie dan ramai lagi.

Malaysian Ghost Stories Episod 3 : Hantu Kum Kum

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episod 3 : Hantu Kum Kum
Waktu tayangan : 30 Ogos 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU KUM KUM

Faridah, seorang wanita yang mendambakan kecantikan sanggup memilih jalan sesat demi kecantikan. Tanpa diduga, dia melanggar pantang dan wajahnya menjadi hodoh. 

Setelah itu dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran untuk memulihkan semula wajah hodohnya itu.

PELAKON DAN WATAK

  • Ellie Suriaty sebagai Faridah
  • Sahronizam Noor sebagai Hafizul
  • Arie Zaharie sebagai Pak Jamlus
  • Idris Jaafar sebagai Tok Ketua
  • Melatiwani Yahya sebagai Tok Bomoh
  • Rosnah Idris sebagai Mak Hajar
  • Emerlia Feronika sebagai Laila
  • Chenta Ily Mokhtaruddin sebagai Dila
  • Zizi Zulkifly sebagai Liza
  • Jasman Jastin sebagai Pak lebai
  • Aireenn Riana sebagai Hani
  • Intandomo sebagai Kakak
  • Intan Nur Aurora sebagai Baby

LAGU TEMA

Tajuk : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

Rezeki Merasa Menu The Coffee Bean & Tea Leaf Sekali Lagi

Haritu masa beli beberapa menu Coffee Bean & Tea Leaf, encik suami ada tertinggal beli yang saya senaraikan. Boleh pulak dia tak perasan saya screen shoot pizza salmon & mushroom yang saya hantar tu. 

Esoknya repeat pergi The Coffee Bean & The Leaf. Beli Salmon & Mushroom Pizza, Tomato Herb Spaghetti dan air double choc. Ada hikmahnya lupa beli pizza salmon & mushroom tu, sebabnya dapatlah saya merasa tomato herb spaghetti sekali dan air double choc sekali. Bijak tak saya?

Salmon & Mushroom Pizza

Tengok paras rupa Salmon & Mushroom Pizza, terus rasa teringin nak cuba sebab tak pernah makan pizza ada topping ikan salmon. Ikan salmon biasa kita jumpa dalam hidangan sushi je kan. Semangat membara berkobar kobar nak cuba Salmon & Mushroom Pizza keluaran terbaru The Coffee Bean & The Leaf ni.

Asas pizza yang nipis dan crunchy di bahagian tepi tepi hangus tu. Bahagian tengah tak berapa crunchy sebab dilapisi dengan topping pizza yang serba banyak rencahnya. Ada smoked salmon, mushroom, parmesan cheese and juga hirisan buah zaitun.

Salmon & Mushroom Pizza The Coffee Bean & The Leaf

Inilah baru pizza asli yang sebenar. Asas pizza yang nipis dan kaya dengan topping. Tak muak makan malah tak cukup makan berdua. Sumpah sedap gila kot. Tak rugi mencuba. Harga RM24.05, sesuailah kot dengan segala topping yang ada tu. Ikan salmon pun mahal kan.

Kalau tengah lapar ni memang rasa tak cukup makan berdua. Kena repeat lagi ke camne ni?

Salmon & Mushroom Pizza The Coffee Bean & The Leaf

Tomato herb spaghetti

Kali ni beli ikut pilihan saya pulak sebab saya suka spaghetti bolognese. So cuba tomato herb spaghetti pulak. Ternyata tomato herb spaghetti The Coffee Bean & The Leaf tak mengecewakan tekak saya. Nampak ringkas tapi sedap dengan sos marinara and herbs.

Sos spaghetti yang banyak dan cheese dia pun berpatutan jugaklah. Portion spaghetti dia agak sikit berbanding chicken & mushroom spaghetti.. Mungkin sebab harga dia murah sikit kot, RM16.98. 

Apa apa pun spaghetti The Coffee Bean & The Leaf tak kedekut sos. Lepas ni nak cuba Salmon & Mushroom Aglio Olio pulak lah.

Tomato herb spaghetti The Coffee Bean & Tea Leaf

Double choc ice blended

Encik suami beli juga double choc ice blended. Gabungan susu dan coklat yang sedap! Harga RM15.94. Sebelum ni pernah cuba. Memang maintain sedap.

Double choc ice blended The Coffee Bean & The Leaf

Bulan ni dah cukup quota membeli The Coffee Bean & The Leaf. Kalau ada bajet bulan depan kita repeat. Kalau tidak, tunggu bila rasa teringin dan tepuk poket kot ada isinya tebal. Bukan isi resit ye. 

Tapi istilah tu tak boleh pakai dah. Kena guna istilah duit berkepuk kepuk dalam bank sebab sekarang semuanya dah banyak guna kad je dimana-mana. Jarang dah bawa cash. 

Cara Penggunaan Bendera Malaysia Yang Betul

Baru-baru ni saya ada terbaca tentang penggunaan jalur gemilang atau bendera Malaysia yang betul. Banyak juga pantang larang penggunaan bendera Malaysia secara kreatif yang dilarang rupanya. Contohnya penggunaan bendera Malaysia digayakan dalam pemakaian seperti tudung, baju, tengkolok dan sebagainya.

Dulu tak ada pulak, kan? Setiap kali tiba sambutan Hari Merdeka mesti masing masing tak sabar nak menggayakan pakaian sempena hari merdeka. Seronok tengok pakaian kreatif masing masing bertemakan hari merdeka.

baca juga : cara penggunaan bendera malaysia yang betul pdf

Tapi sekarang hanya tinggal kenangan je lah, kan. Takut tersilap penggunaan dikecam pula. Bukan hanya itu, objek juga dilarang dibalut atau dilukis menyerupai bendera Malaysia. Contohnya seperti tin, botol, pasu, tiang dan sebagainya.

Biasanya rakyat Malaysia buat macam ni untuk menambah lagi semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan. Bukanlah tidak menghormati jalur gemilang tapi itu cara untuk tunjuk kita semangat cintakan negara dan bangga jadi rakyat Malaysia.

Alamak! Semakin keliru dengan penggunaan bendera Malaysia secara kreatif ni macamana. Sekarang baru dilarang, pasti akan ada terlepas pandang. Sebelum buat sesuatu, kita rujuk dulu penggunaan bendera Malaysia yang betul.

Cara Penggunaan Bendera Malaysia Yang Betul

Maksud bendera Malaysia

Setiap lambang dan warna yang terdapat pada Bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu. 

Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains serta teknologi moden. 

Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. 

Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan. Merah melambangkan keberanian dan bersedia.

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja
Jika disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline), kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang juga
Bendera 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kedudukan melintang dengan kuantiti yang banyak (flagline)
Bendera 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kedudukan menegak dengan kuantiti yang banyak (flagline)

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Bendera segitiga 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline)

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Dari sudut hadapan, kiri Banner Malaysia bermula dengan jalur bewarna merah dan diakhiri dengan jalur bewarna putih
Banner Malaysia harus mempunyai bentuk ekor di bawah yang berukuran 1/8 daripada panjangnya
Banner Malaysia 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 dikibarkan secara melintang

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen, langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, kain tudung, topi, songkok, tanjak, sanpin, pakaian dan sebagainya adalah 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍
Objek seperti botol, pasu, tiang, tin, tudung saji dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera adalah 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍
Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah,putih, biru dan kuning) sahaja 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍.
Penggunaan bendera dalam penghasilan logo 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 sama sekali.
Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah, putih, biru dan kuning) sahaja 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍.
Penggunaan bendera dalam infografik 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 bertindih di antara teks dan bendera. 

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Dah tahu cara penggunaan bendera Malaysia yang betul, jangan tersilap guna pula ye.

sumber gambar & info : Jabatan Penerangan Malaysia 

Ayam Goreng Berlada Cili Api Tumis Serai Sedap

Dengar dengar hotel di Port Dickson fully booked. Entah ye entah tidak. Laju eh masing masing buat kerja bercuti dengan kadar segera. Lepas umumkan fasa II berdesup semua orang book hotel agaknya. 

Hidup kembali Port Dickson dengan ramai orang. Faham, masing masing tak sabar nak bercuti dan harap jaga SOP sama.

Saya? Sabar dulu. Dah boleh agak weekend ni mesti ramai orang punya. Tunggu lah next next week bila encik suami cuti. Kalau ada rezeki, adalah. Risau kes naik semula je. Agak agak kes naik, kita auto cancel pergi sana. Duduk rumah je. 

Nak book hotel tepi pantai sebab nak stay hotel je. Tak jalan kemana melainkan lepak tepi pantai dan beli makanan tapaukan je. Itu pun dah cukup dah. Stay kat Bayfront Hotel PD pun best jugak. Betul betul seaview yang best. 

Ni nak cerita cuti ke pasal makanan ni? Jauh membebel sampai bercuti. Semalam saya masak ayam goreng berlada serai atau disebut ayam tumis serai. Masakan lauk kampung yang ringkas tapi menyelerakan.

Ayam Goreng Berlada Serai

Sejenis saya kalau masak ayam kena goreng dulu baru Sedap. Gaulkan garam dan serbuk kunyit baru goreng. Lepas ayam dah masak, angkat dan ketepikan.

Tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk bersama serai yang diketuk. Tumislah sampai garing sikit. Aroma bawang dan serai tu terus buat rasa lapar tak sabar nak makan.

Masukkan garam sikit, air sikit dan masukkan ayam. Gaul rata dan tunggu kuah kering sikit. Dah siap! Bila bahan bahan ditumbuk ni lagi sedap cerita dia. Kan? Sedap makan ayam masak pedas kering style macam ni. Dia tak kering sangat dan tak berkuah sangat macam tu.

baca juga : resipi penuh ayam goreng berlada tumis serai


Ayam Gulung CP Kegemaran

Ayam gulung? Chicken roll? Dulu tak tahu pun nama makanan ni ayam gulung. No idea nak panggil apa. Satu hari tu barulah tahu nama dia ayam gulung. 

Rupanya isi ayam dicampur dengan sayur-sayuran dan bahan bahan lain kemudian digulung dengan menggunakan kulit tauhu kering.

Gulung-gulung, potong potong jadilah ayam gulung/chicken roll. Susah betul nak jumpa ayam gulung ni. Yang saya tahu ayam gulung CP je. 

CP tu nama kilang yang keluarkan produk ayam gulung frozen. Jenama lain macam tak pernah nampak je.

Ayam Gulung CP

Memang sedap gila! Bila dah TERmakan, auto terlupa nak tinggalkan untuk orang lain. Bahaya betul kesan selepas makan tu. Haha..Dulu saya selalu jugak beli sebab ayam gulung CP kegemaran saya. 

Tapi selepas kejap kejap harga berubah. Bukan menurun tapi harga naik dan naik, kita pun tunjuk perasaan lah malas nak membeli. Sejak tu tak jadi kegemaran sangat.

Satu lagi macam jauh sikit dari rumah. Itu yang malas nak restock. Baru-baru  mak (baca : mak mentua) datang singgah lepas appointment doktor dengan adik ipar. Mak bagi ayam gulung ni. 

Ayam Gulung CP

Beli dekat CP Factory outlet. Dulu adik ipar pernah kerja situ, sebab tu lah tahu kewujudan ayam gulung ni. Mak pun suka membeli frozen food kat situ. Ayam goreng, ayam popcorn second grade pun dijual dengan harga murah juga.

Dulu-dulu saya beli dalam pek biasa je bukan pek untuk jualan di pasaraya. Tapi sekarang dah jual pek sama macam di atas. Dah habis satu pek ni rasa macam nak restock pulak. 

Ada juga stall makanan jual ayam gulung ni. Saya pernah beli di KipMart. Satu cucuk ada 3 pcs, harga pun dah RM2.50 macam tu. Mahal, kan? Lebih berbaloi beli pek macamni dan goreng sendiri di rumah.

Biasanya kilang CP akan hantar frozen food di Tesco atau stesen petrol pam Shell yang terpilih ada jual frozen food. Atau boleh beli terus di CP Factory Outlet.

CP Factory Outlet
Lorong Senawang 4/1,
Kawasan Perusahaan Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan

Filem Rumah Belanda

Rumah Belanda, sebuah filem Indonesia yang telah ditayangkan pada tahun 2018. Ulang tayang pada 27 Ogos 2021 di tonton cinema. Filem bergenre kan seram arahan Hedy Suryawan lakonan Agung Udijana, Kelly Tandiono, Aida Nurmala dan ramai lagi.

Filem Rumah Belanda Tonton Cinema

FILEM RUMAH BELANDA

Waktu Tayangan : 27 Ogos 2021
Siaran TV : tonton cinema @ aplikasi tonton
Penulis skrip : Laode Muhammad Farhan
Pengarah : Hedy Suryawan
Genre : Seram

SINOPSIS RUMAH BELANDA

Filem ini mengisahkan tentang seorang penulis bernama Raya (Kelly Tandiono) yang mendapat satu tugasan daripada seorang jutawan bernama Hilda (Aida Nurmala) untuk menulis biografi mengenai Aline. 

Suaminya menghantar Raya dan juga dua orang anaknya ke sebuah Rumah Belanda yang pernah diduduki oleh Aline semasa kecil atas permintaan Hilda supaya Raya dapat lebih fokus dengan tugasan yang diberikan. Namun, Raya dan anak-anaknya mula diganggu oleh makhluk halus. 

Ternyata rumah tersebut mempunyai kisah silam yang penuh misteri. Raya berusaha untuk merungkai misteri di Rumah Belanda itu.

PELAKON DAN WATAK

  • Agung Udijana sebagai Dani
  • Kelly Tandiono sebagai Raya
  • Aida Nurmala sebagai Hilda
  • Grace Salsabila sebagai Rina
  • Atiyah Shahab sebagai Icha
  • Linda Nuwuire
  • J Dania Michelle
  • Агунг Удиджана
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu