Responsive Ad Slot

Malaysian Ghost Stories Episod 5 : Nu Gui

Malaysian ghost stories episod 5 menampilkan kisahNu Gui iaitu Hantu Cina lakonan Keith Foo, Daniella Sya, Ammar Bahri, Derrick Yifan, Jesse Lim dan ramai lagi.

Malaysian Ghost Stories Episod 5 : Nu Gui

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 5 : Nu Gui (Hantu Cina)
Waktu tayangan : 1 September 2021 (Rabu), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS NU GUI

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Alice (Daniella Sya) telah dirogol dan dibunuh dengan kejam sekali. Tunang Alice tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice.

Roh Alice yang tidak tenteram berbaju merah mula memburu perogolnya.

PELAKON DAN WATAK

  • Keith Foo sebagai Jason
  • Daniella Sya sebagai Alice
  • Ammar Bahri sebagai Malek
  • Derrick Yifan Sebagai Alan
  • Jesse Lim sebagai Master Leng

Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey

Cekelat Tak Semanis Honey, sebuah telefilem kesinambungan dari telefilem Cekelat Semanis Honey lakonan Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim. Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey ulang siarannya pada hari Sabtu 4 September 2021, jam 10:00 malam di Astro Citra HD.

Tayangan pertama telefilem Cekelat Tak Semanis Honey pada 17 Mac 2018 yang lalu. Ada yang dah tonton cekelat tak semanis honey?

Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey Astro Citra

TELEFILEM CEKELAT TAK SEMANIS HONEY

Waktu tayangan : Sabtu, 4 September 2021, jam 10:00 malam
Siaran TV : Astro Citra HD (CH108)
Penulis skrip : Azmi Ishak
Pengarah : Azmir Affandi
Produksi : Nads Media Production
Genre: Drama, cinta

SINOPSIS CEKELAT TAK SEMANIS HONEY

Adam (Fikry Ibrahim) dan Maya (Siti Nordiana) kini telah berkahwin dan hidup bahagia. Akan tetapi rumahtangga mereka diuji apabila video Adam berkaroke dengan pelakon, Anita (Dayang Areeda) menjadi viral. 

Maya pula semakin popular selepas video Smule karaoke nya menjadi perhatian ramai. Bila dua dua dikenali ramai, konflik rumahtangga mereka pulak menjadi perhatian netizen. 

PELAKON DAN WATAK

  • Siti Nordiana sebagai Maya
  • Fikry Ibrahim sebagai Adam
  • Zulin Aziz sebagai Jiha
  • Dayang Areeda sebagai Anita
  • Amanda Hariz sebagai Mia
  • Khaleila Hisham
  • Lan Solo
  • Sabri Yunus
  • Adeline Tsen

Masalah Komen Di Blog Hilang. Apakah Puncanya?

Jangan pelik entri ada unsur negatif sikit harini iaitu 'sakit hati'. Hati yang tersakiti sebab komen saya di blog blog rakan blogger hilang selepas publish komen. Bukan 1 masalah, bukan 2 masalah. Kumpul-kumpul masalah banyak rupanya.

Punca Masalah Komen Di Blog Hilang

i am not robot, CAPTCHA dan reCAPTCHA

Sebelum ni dah boleh hadap dugaan 'i am not robot' tu. Lepas tu muncul CAPTCHA dan reCAPTCHA pun saya masih OK boleh bersabar lagi. Bukan lagi masalah baru. Tapi dah lama. Boleh dikatakan ini maslah biasa yang dihadapi blogger bila tinggalkan komen banyak-banyak di blog. Ini kira masalah biasa dan dah lali hadap.

baca juga : cara untuk atasi masalah i am not robot muncul.

Ingatkan ujian tu dah berakhir. Rupanya tidak ye! 


Komen saya di blog rakan blogger hilang

Bukan setakat itu je ujiannya, bila tinggalkan komen di blog rakan-rakan blogger komen hilang ghaib entah kemana. Bayangkan kau dah penat penat taip lepas tu komen tu ghaib. Siapa je yang tak tersakiti hatinya. 

Sebab tu sebelum publish komen saya copy siap siap apa yang saya komen dan kemudian paste in case komen tak muncul. Ada juga blog yang tengah syok syok tulis tiba tiba dia auto refresh. Dah kena komen semula pulak. Aduhaiii..

Dari komen panjang panjang berjela jela bila hilang terus terpaksa komen pendek pendek je sebab idea pun turut menghilang.

Komen dan appear lepas publish, lepas refresh terus hilang

Baru-baru ni dugaan tinggalkan komen lagi mencabar. Bila dah komen, komen dah muncul (untuk blog yang terus appear komen). Sekali bila refresh komen tu tak ada daaaaaa..Hilang ghaib ke alam mana entah. 

Entah entah yang jenis blog komen kena approve dulu tu entah ada ke tidak entah yang saya komen tu. Saya pernah tanya kat blogger Atiqah. Katanya komen saya ada masuk dalam dashboard tapi tak muncul kat blog. Tu yang pelik tu. 

Arghh ini yang terus nak jadi hulk ni. Penat dan gigih komen panjang-panjang. Alih alih tak ada. Tak tahulah masalah ni saya sorang je ke yang alaminya atau ada rakan blogger yang pernah terkena jugak. Saja je menguji kesabaran kita kan. 

Apa dengki benau entah. Kita nak komen je pun. Rasanya dah banyak blog yang saya komen banyak kali sebab tak yakin komen tu masuk ke tidak. Maaflah kalau ada duplicate komen. Boleh delete yang copy tu dan publish 1 komen je ye. Terima kasih.

Kadang rasa entri tu dah komen dah tapi lepas tengok esok esoknya tak ada pun komen saya. Ada yang pernah komen kat blog saya jadi macam tu tak? Komen hilang ke, tak boleh komen ke, ada masalah lain tak kalau komen di blog saya ni.

Bila benda ni jadi rasa kurang mood nak tinggalkan komen di blog kawan-kawan. Lepas satu, satu masalah nak tinggalkan komen ni. Hati tersakiti betul dibuatnya. Hilang entah pergi mana segala komen yang ditinggalkan tu. Masih belum jumpa jalan penyelesaian lagi.

Saya dah uninstall chrome dan install yang up to date. Dah clear cache & cookies pun masih tak membantu. Tetap jadi juga masalah komen tu hilang. Kenapa ek?

Cuba check kat dashboard blog korang kot ada komen saya yang tak muncul kat blog. Kalau ada inform eh. Terima kasih.


September, Please Don’t be SADtember

31 hari dalam bulan Ogos dah pun berlalu. Marilah kita meniti 30 hari di bulan September 2021 pulak dan seterusnya. Bulan Oktober, November dan Disember menanti giliran masing-masing.

Tup tup dah masuk 2022 je nanti. Tanpa kita sangka hampir 2 tahun COVID-19 bermaharajalela. Disebabkan perangai COVID-19, kacau bilau hidup kita. Macam-macam dibuatnya. 

Ada yang kehilangan orang yang tersayang untuk selamanya, hilang punca pendapatan, hilang silaturahim disebabkan isu vaksin dan bermacam-macam lagilah. Itu belum campur isu negara lagi tu.

Sesungguhnya, ada sebab kenapa Allah uji kita dengan menurunkan wabak COVID-19. Kita semua diuji, cuma ujian itu berbeza. Semoga Allah makbulkan segala doa kita semua supaya COVID-19 cepat pupus dan kita hidup bebas macam dulu.
Aaminn...

Harap sangat bulan September ni lebih bahagia untuk kita semua. Oh please lah September, please don't be SADtember okay!

September 2021 quotes

The difference between ordinary and extraordinary is that little 'extra'. Be brave and confident.
But choose your battles wisely, because if you fight them all you'll be too tired to win the really important ones.

Sejak pandemik, Work From Home (WFH) @ Bekerja Dari Rumah (BDR), Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dah macam tak wujud istilah cuti yang boleh berfoya foya cuti sana sini.

Duduk rumah terperap lama dah boleh diibaratkan cuti walau hakikatnya kita je yang tahu macamana rasanya. Lain rumah, lain kisahnya. 

Nampaknya bulan September tak banyak cuti. Tapi rasanya dah ramai merancang untuk bercuti sebab sektor pelancongan dibuka. Serbu serbu jugak, jangan leka. COVID-19 dimana-mana. 

Cuti Umum Bulan September 2021/ September holidays

13 September (Isnin) : Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
16 September (Khamis) : Hari Malaysia (Semua Negeri)

Calendar September 2021

The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all.
-Mulan-

Semacam kena dan menarik kata-kata tu untuk bulan September ni. Semoga dalam kesulitan ada sesuatu yang membahagiakan. 

Telefilem Atas Satu Janji

Atas Satu Janji, sebuah telefilem lakonan Amar Baharin, Risteena Munim, Sasqia Dahuri dan Putri Luvvna Wilma pernah ditayangkan pada 27 Julai 2019. Telefilem atas satu janji akan ditayang semula pada hari Sabtu 4 September 2021 jam 10:00 di Slot Cerekarama TV3.

Telefilem Atas Satu Janji Cerekarama TV3

TELEFILEM ATAS SATU JANJI

Waktu siaran : 4 September 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Azlina Pa'wan
Pengarah : Feroz Kader
ProduksiI : Medyavizyon

SINOPSIS ATAS SATU JANJI

Selepas kematian Murni (Sasqia Dahuri), isteri Amar (Amar Baharin) dalam satu kemalangan jalan raya. Amar membesarkan anaknya Ara (Putri Luvvna Wilma) seorang diri. Oleh kerana dia terlalu mencintai arwah Murni. Dia tidak akan berkahwin baru.

Keluarga Amar mula memikirkan tentang Ara yang membesar tanpa ibu dan perlu mendapat kasih sayang seorang ibu. Mereka menyuruh Amar untuk berkahwin lagi. Demi kebaikan Ara, Amar terpaksa memungkiri janjinya dan berkahwin dengan Maria, gadis pilihan ibu bapanya.

Ara tidak bersetuju kerana tak nak berkongsi kasih dengan orang lain. Maria juga sedar yang Ara tidak menyukainya. Dia berusaha untuk memenangi hati Ara.

Selepas 4 bulan berkahwin, Amar pula meninggal dunia. Sekali lagi Ara berasa sangat sedih kehilangan ayah yang disayangi. Tinggallah Ara dengan ibu tirinya Maria. Ara mula menerima ibu tirinya akan tetapi atuk dan nenek Ara mahu menjaga Ara.

Maria bersetuju dan Ara berasa sangat terkilan kerana dia menyangkakan Maria membencinya. Disebalik keputusan itu, ada satu Rahsia yang Maria simpan demi kebaikan Ara.

PELAKON DAN WATAK

  • Amar Baharin sebagai Amar
  • Sasqia Dahuri sebagai Murni
  • Risteena Munim sebagai Maria
  • Putri Luvvna Wilma sebagai Ara

Malaysian Ghost Stories Episod 4 : Nenek Kebayan

Malaysian ghost stories episod 4 mengisahkan tentang Nenek Kebayan menampilkan lakonan Aadam Shahz, Anna Jobling, Azman Ahmad, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

Malaysian Ghost Stories Episod 4 : Nenek Kebayan

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 4 : Nenek Kebayan
Waktu tayangan : 31 Ogos 2021 (Selasa), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS NENEK KEBAYAN

Azri (Adam Shahz) telah bertemu dengan Laila (Anna Jobling) di kawasan air terjun. Azri mula terpikat dengan kecantikkan Laila  dan mereka berdua dengan jatuh hati. 

Cinta Laila terlalu kuat sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.

PELAKON DAN WATAK

  • Adam Shahz sebagai Azri
  • Anna Jobling sebagai Laila
  • Azman Ahmad sebagai Sani
  • Fadilah Mansor sebagai mak Azri
  • Izzmad Harun sebagai Nizam
  • Melatiwani Yahya sebagai nenek kebayan

LAGU TEMA

Tajuk : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


Malaysia Merdeka Ke-64

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Yang Ke-64 Tahun. Pada tanggal 31 Ogos 2021 sambutan Hari Kemerdekaan atau disebut juga Hari Kebangsaan masih disambut dalam norma baharu sama macam tahun lepas juga.

Kedengaran jugalah sedas dua das bunyi mercun bunga api sayup sayup tepat jam 12:00 tengah malam tadi. Walaupun tak ada sambutan kiraan detik jam 12:00 tengah malam sambut merdeka ramai ramai seperti biasa. Bunyi bunga api mercun tu dah cukup meriah jugalah.

Lokasi sambutan kemerdekaan tahun 2021 akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya. Yang menariknya ada pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Orang awam boleh meraikan sambutan Hari Merdeka Melaysia secara maya dan menyaksikan pertunjukan udara yang akan disiarkan secara langsung di televisyen. 

baca juga : lirik lagu tanggal 31

Mengenang zaman kanak-kanak dulu suka tengok perbarisan dan kereta berhias semua tu. Dalam TV je lah tapi. Tak pernah lansung tengok depan depan live kat mana-mana. 

Malaysia Merdeka Ke-64
Tepek gambar lama je lah mampu. ulang gambar yang sama. who's gonna know

Tema dan logo rasmi Hari Kebangsaan Kemerdekaan Malaysia 2021

Tema dan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 dikekalkan sepertimana yang diperkenalkan pada tahun lepas, 2020.

baca juga : Logo Merdeka Ke-64 dan maksudnya disebalik logo

Tema Hari Merdeka Ke-64 adalah 'Malaysia Prihatin' sempena menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan disebabkan oleh pandemik covid-19.

Sambutan lain, semalam 30 Ogos 2021 satu program QuranHour juga telah diadakan selama 1 jam dari 12pm sehingga 1pm secara lansung di saluran TV Alhijrah.

Semoga sambutan Hari Kemerdekaan yang didahului dengan dengan Al-Quran dapat menjadikan masyarakat merdeka dan bebas berlandaskan Al-Quran. Serta berbekalkan kekuatan Al-Quran itu sendiri untuk kita menempuhi kehidupan yang lebih baik. 

Semoga kita juga akan menikmati hidup bebas tanpa COVID-19 tak lama lagi. Aaminn...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan selamat bercuti semua.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu