Responsive Ad Slot

Projek Mengemas Rumah Kampung. Pewai!

Tahu tak pewai tu apa? Ini bahasa bahasa pendaki gunung biasa pakai. Dulu tahu lah juga sebab rajin hiking bukit bukau gunung ganang. Sekarang? Hmmm...redah semak pun sis tak kuat you know.

Pewai tu Singkatan bagi PEnat aWAI loghat utagha. Jadilah pewai.

Pagi tadi sampai sampai je letak barang terus mulakan mengemas. Penuh segala habuk luar dan dalam rumah. Mak dah 2 bulan tak balik kampung stay KL dengan adik ipar sejak uwan meninggal. Kat KL ada cucu taklah mak sunyi.

Sebelum ni mak dan uwan stay dengan kami dan adakalanya rumah pakcik di area Seremban jugak. 

Isnin ada appointment doktor dapatlah mak rentas negeri dan balik kampung. Mula je mengemas masing masing berlawan bersin habuk berterbangan. Kerja kuat vacuum dan penyapu harini. Buat kerja sikit, saya rehat. Pewai! Lepas tu baru sambung semula buat kerja.

Suasana Kampung
kasik jemur itu bantal, bukak sarung dan jemur. Orang dulu dulu suka jemur bantal kekabu kat tingkap, kan?


Dah lama tak buat kerja berterusan macam ni. Lebih kurang 2-3 jam jugaklah mengemas. Lepas tu memasak pulak untuk tengahari. Pukul 2 lebih lepas zohor, saya tumbang. On Air Cond, berlayar entah sampai mana entah.

Sedar sedar pukul 6, solat asar dan jengah keluar. Mak dan encik suami rilek lagi membakar sampah. Mak siap menebas sikit. Suami pulak menebas pisang kapas dan bakar sampah. Satu permandangan yang dah lama betul tak rasa. Suasana dan aktiviti kampung.

Mak mak kita ni kalau kat kampung, macam macam kerja dia nak buat. Tak boleh duduk diam, cakap lah suruh rehat dulu ke apa. Eh tak, gigih dia kesana sini buat macam-macam. Lepas isya' mak pulak tidur awal. Tapi mak memang tidur awal pun. Apa nak buat lagi. Lainlah kita ni burung hantu.

Saya pewai sebab malam tadi pun tidur tidur ayam dan tak cukup tidur. Itu yang tidur tak sedar apa. Sejuk pulak tu dengan suasana kampung mendung. Tambah air cond lagi. Bila badan penat, betul betul dapat tidur yang berkualiti.

Suasana kampung halaman suami ni lah yang dapat feel kampung. Masih mengekalkan binaan rumah kampung lama. Dua rumah depan ni sama juga jarang jarang balik. Rumah adik beradik arwah uwan.

Kampung saya tak serupa kampung dah. Kampung versi moden sikit. Mostly rumah dah bertukar rumah batu. Jarang nampak rumah papan dah. Suasana rumah kampung yang best. Pagi pagi sejuk oii mandi air kolah! Ibarat macam mandi air terjun Ulu bendul. Hahaha...Sojuk!


Air Soya Panas Dan Tau Fu Fah

Ada soya panas, mesti akan ada tau fu fah. Betul tak? Soya panas ni susah betul nak dapat. Sebelum COVID-19 ada pasar malam senanglah sikit nak membeli. Baru-baru ni suami bawa balik sebungkus soya panas dan tau fu fah.

Tahu tahu je kegemaran isteri. Kita pun apalagi, senyum sampai telinga dapat minuman dan makanan kegemaran.

Lama betul tak dapat minum air soya panas. Nikmat tak terkata. Dulu rajin gak beli soya instant bancuh tu. Sedap jugak. Tapi sejak tular keburukan minum soya. Terus saya rasa kurangkan minum.

Tapi sebenarnya keburukan minum soya tu jenis soya yang diubah suai secara genetik ataugenetically modified organism (GMO). So kenalah pilih minuman soya yang terbaik. Sebaiknya minum yang asli lahkan.

Sebenarnya banyak je kebaikan soya ni. Pernah dengar dulu kalau nak anak cantik kulit putih mulus, masa mengandung amalkan minum soya. Orang dulu macam-macam petua dan mitos.

Tengok orang buat air soya ni macam leceh betul. Nak rendam, asingkan kulit, kisar, tapis lagi. Banyak kerja. Memang taklah nak buat sendiri. Melainkan kalau tiba tiba rajin dan banyak masa nak dihabiskan.

Air Soya Panas

Air soya sebungkus RM3, dapatlah lebih kurang 1 jug kecil yang hampir penuh. Biasanya kalau bungkus sampai rumah dan suam-suam dah. Bila minum terus suam suam tu yang sedap tu. Satu cawan mana cukup, kan.

Beralih ke tau fu fah pulak. Sekarang harga dah RM2.50 sebekas. Jangan terkejut ye. Sejak dua tiga menjak ni dah biasa barang makanan naik harga. Bukan sesuatu yang pelik lagi.

Tau Fu Fah

Zaman kecik dulu bulan puasa mesti beli tau fu fah ni. Dulu RM1-RM1.50 kot. Satu bekas ni memang tak cukup kalau share. Boleh buat gaduh kalau ada yang habiskan tak sempat merasa.

Tapi sekarang beli satu kongsi berdua. Sharing is love gitu. Suka makan part bawah manis manis gula melaka. Sedapnya! Nak menangis makan benda sedap yang dah lama tak makan. Dramatic pulak eh.

Char Kuetiau Kerang Betul-Betul Ho Liao

Selamat pagi Sabtu semua orang. Pagi ni nak cerita char kuetiau kerang lah. Entah bila kejadiannya pun saya dah lupa. Bila lambat update, tak ingat terus bila entah masak char kuetiau kerang ni. Bukan baru masak pagi ni ye. No! no!

Ingat lagi tak saya ada kongsi resipi char kuetiau tanpa pes. Ada yang dah cuba ke? Untuk kali kedua saya teringin makan char kuetiau. Sedapnya alahai kalau ada kerang. Kirim dekat suami beli kuetiau, kerang dan taugeh.

Bahan-bahan lain semua dah ada. Syukurlah ada kerang. Itupun cenonet je semuanya. Jadilah kan daripada tak ada. Beli sikit je untuk buat char kuetiau je pun. Lagipun kerang comel comel beli sikit cukuplah.

Kalau besar boleh jugak beli lebih buat masakan lain, kan? Bila ada kerang ni bertambah lah sikit kerja dan masa memasak. Nak kena masak dulu kerangnya. Lepas basuh saya rebus je semuanya dengan serai dan halia.

Bab mengopek kerang tu paling malas. Mujurlah sikit je kerangnya pun. Leceh pun leceh lah asalkan dapat makan char kuetiau kerang resipi mudah mudah je. Tanpa pes pun sedap. Ini baru lah char kuetiau kerang betul-betul ho liao.

Maksud ho liao dalam bahasa melayu, sedap.

Char Kuetiau Kerang Betul-Betul Ho Liao

Bila dah pandai masak char kuetiau sedap, kemain rajin pulak tiba tiba. Kali ni char kuetiau versi banjir sikit. Sikit je. Blogger Anies tu tak agak agak suruh kita cari tapak gerai. Ehhh takdelah sampai nak berniaga. 

Masak sendiri makan sendiri je sudah. Bukan senang nak puaskan selera orang sedangkan selera sendiri pun ikut mood. 

2 hari ni mungkin tenggelam timbul sebab balik kampung sebentar. Sabar ye. Ada masa free saya akan blogwalking. Syukur Negeri Sembilan dah masuk fasa 3. Fasa 2 haritu pun dah boleh rentas daerah kan untuk completed 2 doses. Balik Kolo Pilah lah kita. 

Lagipun balik sebab Isnin mak ada appointment di HTAN Kuala Pilah, jadi encik suami akan hantar mak. Alang alang dapat balik nak mengerjakan semak samun dan mengemas apa yang patut.

Isnin, hari yang sama appointment abah saya di HSI JB. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaaminn...

Filem Janet Sumpah Terlarang

Janet Sumpah Terlarang full movie mula ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 19 Ogos 2021 yang lalu. Filem Janet Sumpah Terlarang adaptasi daripada kisah hantu seram lagenda Sarawak yang pernah berlaku zaman era 70-an. 

Dibintangi oleh pelakon Natasha Carmine, Bulan Terry, Safar  Ghaffar, Ifa Raziah dan ramai lagi. Filem Janet Sumpah Terlarang banyak menggunakan loghat bahasa Sarawak.

Filem Janet Sumpah Terlarang

FILEM JANET SUMPAH TERLARANG

Tarikh tayangan : 19 Ogos 2021
Siaran TV : Astro First saluran 480
Penulis skrip : Nazri M Annuar
Pengarah : Mohd Azhar Mohd Khalid (Apache)
Produksi : Kaya Kenyalang Sdn Bhd

SINOPSIS JANET SUMPAH TERLARANG

Mengisahkan tentang seorang jururawat berbangsa Tionghua diculik selepas bertugas shift lewat malam sekitar tahun 70an dipercayai telah dikorbankan dalam satu upacara. Upacara tersebut untuk memastikan kejayaan pembinaan Jambatan Satok kukuh dan stabil.

Cerita Janet dalam dunia Julia versi moden.

Julia, seorang gadis Sarawak yang berperwatakan sentiasa ceria dan gembira. Dia dan Farid merancang untuk berkahwin dan keluarga Farid menerima baik kehadiran Julia dalam keluarga mereka.

Tanpa disedari olehnya, keluarga Farid mengalami pengalaman tragik ketika di Sarawak. Gara-gara dia dia tanpa sengaja mengenakan cucuk sanggul yang pernah menjadi milik Janet suatu masa dulu.

PELAKON JANET SUMPAH TERLARANG

  • Safar Ghaffar
  • Natasha Charmine
  • Alif Hadi
  • Safar Ghaffa
  • Natasha Charmine
  • Bulan Terry
  • Carissa Azhar
  • Ifa Raziah
  • Esma Daniel
  • Ropie

Top 10 Komentator August 2021 Blog Sihatimerahjambu


Agak lewat pulak nak umumkan top komentator August 2021 blog Sihatimerahjambu ni. Ampun! Sebenarnya lambat bukan apa, sebab menyiapkan sesuatu untuk top 10 komentator bulan August ni. Tiba-tiba mood mai, kita pun jalankan kerja apa yang patut.

Tahniah untuk top komentator bulan August yang berjaya masuk carta. Terima kasih atas sokongan dan kerajinan semua yang tak berbelah bahagi. Juga untuk silent reader dan juga yang lalu atau singgah tanpa sengaja, terima kasih.

Top 10 Komentator August 2021 Blog Sihatimerahjambu

Oleh itu, inilah sesuatu yang saya sebutkan tadi untuk top 10 komentator bulan ni. Saya ada design header atau boleh jadikan watermark gambar untuk blog. Kira bonus lah untuk bulan ni ye. Bulan depan tak tahu lah. Mungkin ada mungkin tak ada.

Saja saya buatkan suka suka. Kalau nak design saiz asal boleh je contact saya kat bahagian contact di sidebar tu. Nanti saya akan hantarkan melalui email. 

1. Atiqah Najihah : www.atiqahnajihah.com (74 comments) 
2. NA : me-soul-searching.blogspot.com (63 comments)
3. nanieydotcom : www.naniey.com (59 comments)
4. nona sani : www.nonasani.com (59 comments)
5. Cik Cappuccino Latte : cikcappuccinolatte.blogspot.com (55 comments)
6. dear anies : aniesandyou.blogspot.com (54 comments)
7. Amie : salamisimon1.blogspot.com (51 comments)
8. SalbiahM : blognisalpunya.blogspot.com (43 comments)


9. afeezz : imwritingformyself.blogspot.com (41 comments)

10. babYpose : baby-pose.blogspot.com (38 comments)

Jenis saya suka header dan watermark simple je dengan tulisan. Maaf kalau tak menepati citarasa. Lama betul tak menghadap design ni. Sekarang pun dah banyak aplikasi yang best. Dah kurang tempahan. Tapi saya masih maintain menggunakan photoshop. Edit guna handphone tak puas. Hehe..

Pemberian hadiah Fasa II masih lagi ONz ye. Di bawah ni jumlah komen terkumpul setakat Julai dan August. Bulan December nanti baru kita kira-kira untuk  hadiah TOP 3. Dah selebihnya akan maintain masuk bloglist sepanjang tahun 2022.

Top 10 Komentator 2021 (July + August)

  1. Atiqah Najihah : www.atiqahnajihah.com (143 comments)
  2. NA : me-soul-searching.blogspot.com (138 comments)
  3. nona sani : www.nonasani.com (133 comments)
  4. Sha Mohamed: kasihkuamani.blogspot.com (133 comments)
  5. Amie : salamisimon1.blogspot.com (110 comments)
  6. Cik Cappuccino Latte : cikcappuccinolatte.blogspot.com (110 comments)
  7. SalbiahM : blognisalpunya.blogspot.com (86 comments)
  8. nanieydotcom : www.naniey.com (59 comments)
  9. dear anies : aniesandyou.blogspot.com (54 comments)
  10. Rabiahtul Adawiyah : rabiadawiyah21.blogspot.com (51 comments)
Nak bagi hadiah tiap tiap bulan belum belum ada bajet khusus lagi. Jadi, kita kumpul bagi sekali je. Setahun 2 kali. Ini sajalah yang saya mampu bagi sebagai menghargai mereka yang rajin singgah dan komen. 

Selain tu yang masuk bloglist dapatkan saya terjah selalu sumbangkan traffik macam tu. Apa apa pun dapat kenal ramai blogger. Semua ramah tamah. Tak percaya? Ayuh terjah blog mereka semua ni. 


Buah Dokong Dahlah Manis, Murah Pula

Masih musim buah lagi ke? Saya pun tak pasti. Cerita beberapa hari lepas, encik suami keluar membeli buah dokong. Buah dokong yang saya kenal beginilah rupa dia. 

Buah dokong vs langsat, buah dokong vs duku

Buah langsat lebih kurang sama tapi kelat. Buah duku pulak kulitnya tebal sikit. Itulah sedikit sebanyak perbezaan antara buah dokong vs langsat vs duku.

Jangan ditanya buah dokong johor ke terengganu ke. Memang lansung tak tahu. Yang saya pasti ini adalah buah dokong rasa yang manis. Ke dukong ejaan dia? Aduh, berganda ganda celaru.

Buah dokong

Kulit dia tak tebal dan tak nipis. Tidak bergetah sangat dan rasa buah yang manis. Saiznya random, ada kecil ada besar. Saya suka makan yang jenis saiz kecil tidak berbiji. Ada orang telah biji sekali tapi saya tak makan biji sekali. Pahit kot!

Buah Dokong Manis

Perbezaan buah dokong dan langsat yang paling ketara adalah dari segi rasa. Rasa buah dokong manis tapi langsat ada rasa masam masam dan sedikit kelat. Betul tak?

Semua buah dokong ni manis. Ada yang manis amat sampai sakit kepala dibuatnya. Dapat yang manis gila tu terus kepala saya rasa pening. Mujurlah ada rasa yang manis biasa biasa masih boleh ditelan. Dahlah suami beli 3 kilo. RM10 untuk 3 kilo katanya.

Dia pulak tak berapa nak makan sangat. Setakat sebiji dua je. Separuh tu saya suruh encik suami bawa bagi lah sesiapa yang ada. 

Buah Dokong Manis

Dah makan buah dokong ni susah nak berhenti. Ralit makan sampai rasa dah tak larat nak makan baru nak stop. Bahaya betul!

Berbeza betul dengan buah langsat. Makan satu dua biji terus tak nak makan dah sebab masam.

Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa I Bermula 6 September 2021

Sepatutnya bayaran Bantuan Khas COVID (BKC) pada bulan Ogos. Oleh kerana dah bertukar kerajaan baru. Maka kerajaan telah umumkan tarikh bayaran BKC baharu. Tarikh bayaran BKC fasa I akan dibayar bermula 6 September sehingga 9 September 2021.

Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa I Bermula 6 September 2021

semakan status BKC 2021 : https://bpr.hasil.gov.my/

Jadual pembayaran Bantuan Khas COVID-19 Fasa I

Kategori : Miskin Tegar

Syarat kelayakan

  • Isi rumah/ warga emas : RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang : RM2,500 dan ke bawah
Isi Rumah
Fasa I : RM500
Fasa 2 : RM500
Fasa 3 : 300

Warga emas sebatang kara
Fasa 1 : 200
Fasa 2 : 300

Bujang
Fasa 1 : 200
Fasa 2 : RM300

Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa I Bermula 6 September 2021


Kategori : B40

Syarat kelayakan

  • Isi rumah/ warga emas : RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang : RM2,500 dan ke bawah
Isi Rumah
Fasa I : RM500
Fasa 2 : RM300

Warga emas sebatang kara
Fasa 1 : 200

Bujang
Fasa 1 : 200

Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa I Bermula 6 September 2021

Kategori : M40

Syarat kelayakan

  • Isi rumah/ warga emas : RM5,001 hingga RM9,000
  • Bujang : RM2,501 hingga RM5,000
Isi Rumah
Fasa I : RM250

Warga emas sebatang kara
Fasa 1 : 100

Bujang
Fasa 1 : 100

Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa I Bermula 6 September 2021

Pembayaran BKC Fasa I akan dilaksanakan secara berperingkat :
  • B40 – 6 September 2021
  • M40 – 9 September 2021

Jumlah Pembayaran bagi fasa 1 BKC

  • Miskin tegar – RM500
  • Warga emas sebatang kara – RM200
  • Bujang miskin tegar / B40 – RM200
  • B40 isi rumah- RM500
  • M40 isi rumah – RM250
  • Warga emas M40 – RM100
  • Bujang M40 – RM100

Cara Pembayaran

  • Pembayaran akan dibuat terus dengan pemindahan wang ke dalam akaun yang didaftarkan di bawah BPR/ BPN.
  • Manakala bagi M40 pula pembayaran mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam urusan percukaian LHDN.
  • Manakala bagi yang tiada no akaun, pembayaran melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tarikh pembayaran BKC 2021

  • Ada Akaun

Miskin Tegar / B40 - Bayaran mulai 6 September 2021
M40 – Bayaran mulai 9 September 2021

  • Tiada Akaun

Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 6 September 2021

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu