Responsive Ad Slot

Filem Kampung Latah Kena Kuarantin

Kampung Latah Kena Kuarantin, filem terbaru lakonan artis melatah Ieda Moin, Nazi Mustafar, Din Latah, PS Mansur dan ramai lagi. Filem Kampung Latah Kena Kuarantin akan ditayangkan  pada Khamis ini, 9 September 2021 di Astro First saluran 480.

Juga boleh strim menerusi Astro Go atau On Demand. Saksikan Kampung Latah Kena Kuarantin.

Filem Kampung Latah Kena Kuarantin Astro First

FILEM KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

Tarikh tayangan : Khamis, 9 September 2021
Pengarah : Azizi Adnan
Produksi : Megapine Sdn Bhd
Genre : Komedi

SINOPSIS KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

Ajin seorang pemuda yang merupakan pemandu pelancong syarikat pelancongan di Kampung Latah Permai. Telatahnya sering menjadi hiburan penduduk kampung dan pelancong.

Pada suatu hari, kampung tersebut diserang sindrom "melatah" dan menjadi-jadi sehingga tidak dapat dikawal.

PELAKON KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

  • Azhan Rani
  • Nazia Mustafar
  • Ieda Moin
  • Elisya Sandha
  • PS Mansur
  • Din Latah
  • Syamsul Debat
  • Ropie
  • Azlee Senario
  • Didie Alias
  • Joey Daud
  • Awie
  • Bell Ngasri
  • Riezman Khuzaimi
  • Roy Azman
  • Wanns Ahmad
  • Acong Sweetchild
  • Mak Wan
  • AR Badul

Kelapa Kuning Dan Kelapa Tua

Balik kampung haritu cuaca kejap mendung kejap panas. Suami pun terkeliru nak meracun semak ke tidak. Sudahnya berakhir dengan kegagalan meracun di hari sabtu. Pagi Ahad lepas embun kering barulah mula siapkan segala pekakas dan bahan untuk meracun.

Sedang suami rancak meracun di sekeliling rumah, saya tutup semua tingkap. Duduk dalam rumah diam diam sempat jugak berblogwalking. Nak duduk luar nanti terhidu bau racun. Mak pulak macam biasa kalau balik kampung mana reti duduk diam.

Dah ditegah duduk dulu rehat tapi... ehhh dia ligat buat kerja. Buat kerja laju-laju, jalan laju-laju pastu mengadu sakit kaki tak kuat. Jumpa jiran jiran tapi sembang jauh-jauh je la. Bertanya khabar dan sembang lama tak jumpa.

Mak-mak kita dah biasa duduk kampung. Banyak aktiviti boleh buat. Itu yang sibuk buat macam macam tu. Jiwa dia lebih kepada suasana kampung. Dapat buat kerja kampung at least kurangkan juga rasa serabut duduk di bandar.

Tiba-tiba dengar suara mak luar tingkap bilik dengan makcik saudara bersembang. Tengah mengutip buah kelapa tua yang pokok tinggi jauh sikit dari pokok kelapa kuning dalam gambar. Nak dibuat stok santan katanya. Bergegas lah saya capai sweater hoodie tolong kutip buah kelapa. 

Encik suami pun dah siap meracun kawasan berdekatan dengan rumah. Sambung jauh sikit dari rumah sebab dah semak jugak. 

Lepas kutip kelapa, berehat kejap bawah pokok kelapa kuning ni. Kelapa gading ke nama dia? Dalam hati berkata "Alangkah sedapnya kalau dapat air kelapa sejuk masa cuaca panas ni".

Tapi cita cita tak tercapai mengenangkan buah kelapa yang tak besar mana ni. Auto cancel niat nak buat air. Potong mood betul lah buah kelapa ni. Kenapalah tak besar masa ni. Ke memang macam ni besar dia. 

Hahaha... Entahlah! Kemain teringin nak minum air kelapa kan tapi tak tahu jenis buah kelapa.

Kelapa Kuning

Buah kelapa tua terus dikupas. Mak tukang kopek dengan pengopek kelapa jenis macam gunting tu. Saya tukang tarik sabut kelapanya. Nak guna tu saya tak pandai. Dah hampir siap baru lah encik suami datang tolong lepas meracun.

Merembes segala peluh bila lama tak buat kerja kampung. Mak pun gelak tengok saya berpeluh sakan. Itulah tu dah lama tak bersenam kan. Haha...saya  nasihatkan mak suruh rehat dulu, mak pun suruh saya rehat dulu kalau penat. 

End up masing masing teruskan projek mengopek kelapa sampai siap. Tapi saya stop dulu sebab tak larat dah. Mak masih kuat lagi tu. Lepas tu proses mesin kelapa dan perah santan pulak. Suami mesin, mak perah santan. Saya terkulai layu ditasik madu

Eh tak! Disebabkan letih mengopek kelapa yang tak seberapa dan berpeluh beria. Masuk rumah terus mandi. 

Kelapa Tua

Semuanya 10 biji kelapa tua mak ambil. Dapatlah beberapa bungkus santan. Saya dapat dua bungkus santan. Santan mak bagi dulu pun masih ada lagi. Tapi mak tetap bagi lagi santan buat stok. Jenis jarang masak bersantan ni dan suka guna santan kotak lagi.

Kalau guna santan fresh kena terus guna baru betul betul fresh. Bila dah simpan lama dia jadi kurang sedap sikit. Kalau masak kena lagi kerap mengacau baru elok hasilnya.

Fuhhh kisah buah kelapa je pun. Berjela jela pulak ceritanya. Jangan bagi perempuan membebel, silap silap jadi sebuah buku. Kah!


Salmon & Mushroom Aglio Olio The Coffee Bean & Tea Leaf

Bila teringin makan sesuatu tu. Selagi tak dapat, selagi tu lah dia berlegar legar dalam fikiran. Itulah dia perempuan. Setuju tak? Cerita basi beberapa hari lepas sebelum balik kampung. Makanan tak basi sebab dah selamat masuk perut.

Encik suami on the way balik mesti akan call tanya nak beli apa-apa tak? Macam nak makan spaghetti salmon & mushroom The Coffee Bean & Tea Leaf je. Dengan laju saya jawab, saya belanja! Kalau orang nak belanja, for sure tak menolak. Onz je kan! Rezeki jangan ditolak orang kata.

Mulanya saya ingatkan salmon & mushroom The Coffee Bean & Tea Leaf  jenis macam spaghetti chicken & mushroom tu dengan sos carbonara creamy nyummy. Rupanya tak! Salmon & mushroom spaghetti ni sejenis spaghetti Aglio Olio rupanya.

Salmon & Mushroom Aglio Olio

Salmon & Mushroom Aglio Olio The Coffee Bean & Tea Leaf

Portion salmon & mushroom Aglio Olio ni The Coffee Bean & Tea Leaf ni besar. Makan berdua kongsi pun okay. Rencahnya cukup banyak. Hirisan salmon dan mushroom yang agak banyak juga setanding harganya RM19 ke RM21 entah. 

Rasa cendawan shiitake yang kuat juga. Tekstur ikan salmon lembut dan sedap. Bila masakan Aglio Olio ni kena faham dia tak gravy sebab tak ada sauce. Tapi sedap! Cuma mood haritu tak terasa nak makan Aglio Olio.

Makan sikit tak sampai separuh, selebihnya suami habiskan. Beli jugak chicken & mushroom spaghetti. Yang ni saya tukang habiskan. 


Chicken & Mushroom Spaghetti The Coffee Bean & Tea Leaf

Dua dua harga sama. Rasa yang berbeza. Nampaknya macam dah cuba semua menu yang saya nak. Quota bulan September melabur di The Coffee Bean & Tea Leaf dah boleh tutup dah. 

Kali ni tak beli coffee sebab dah terlebih quote beli coffee. Cukup cukup sudah. Nanti terlebih manis bersemut pulak.

Embun Pagi Bulat Bulat

Seusai makan pagi, kemas meja makan dan cuci pinggan mangkuk. Saya keluar untuk menikmati udara segar di kampung. Sambil tu kita ambillah gambar sekali. Nak ambil gambar embun pagi!

Embun pagi in english morning dew

Nak ambil gambar embun pagi bulat bulat cantik, saya suka aim kat pokok buluh ni je. Benih pokok ni saya ambil dari rumah mak kat segamat. Lepas tu tanam kat Pilah. Elok subur rimbun daunnya. Tinggi paras pinggang je. Tak besar. Kalau buat pokok hiasan macam pagar tu sesuai sangat.

Sebenarnya pokok buluh ni tak terjaga sangat pun. Tapi elok je hidupnya. Kat kampung kan. Tanam apa pun menjadi.

Embun Pagi Bulat Bulat

Embun pokok buluh ni maintain bulat bulat embunnya. Cantik bukan? Comel comel rupa dia. Elok bulat sebulat bulatnya. Berapa banyak bulat daaaa...

baca juga : somewhere in Kuala Pilah

Embun Pagi Bulat Bulat

Setiap kali balik mesti nak ambil gambar embun pagi. Latihan ambil gambar lah kononnya. Acah acah pro. Guna lens telephoto. Mencabar jugak lens nak focus sebab handling tak stabil masih ada hand shake sikit. 

Puas hati jugaklah lepas editing. Kira lulus lah ye? 

Maaf semalam tak sempat blogwalking sangat. Bangun awal pagi. Masak nasi goreng kampung campur kangkung untuk sarapan dan bekal mak. Mak tak boleh makan dulu sebab puasa kena ambil darah. 

Lepas pergi pusat kesihatan pesakit luar mak ambil darah. Baru mak makan. Lepas tu pergi Hospital Tuanku Ampuan Najihah pulak appointment doktor mak. Syukur tak sampai sejam menunggu dah siap.

Macam biasalah kalau mana mana hospital ni memang susah jumpa parking. Dekat 5-6 kali tawaf hospital baru jumpa parking. Sebelum tu dah drop mak awal awal. Tunggulah kami dalam kereta. Musim covid ni tak dapatlah nak teman masuk melainkan warga emas yang betul betul tak larat nak jalan.

Mak pun dah biasa kat hospital sini. Tempat kerja mak dulu kan. Sebagai seorang nurse, tahulah selok beloknya. Encik suami pun terkenang zaman selalu datang hospital kecik kecik dulu sebab arwah abah pun pemandu ambulans. 

Skyview

Sampai rumah kemas barang. Lepas zohor terus tidur sampai asar. Lena terus tidur. Jarang sekali nak tidur siang melainkan penat. Tapi kan kalau balik kampung tu cepat je terlelap. Ibarat macam orang mengantuk disorongkan bantal. Kan?

Alhamdulillah settle urusan, sambung rutin harian.

Malaysian Ghost Stories Episod 7 : Rumah Sewa RM100

Malaysian ghost stories episod 7 menampilkan kisah tentang rumah sewa RM100 lakonan Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol dan Hamdan Senario.

Malaysian Ghost Stories Episod 7 Rumah Sewa RM100

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 7 : Rumah Sewa RM100
Waktu tayangan : 6 September 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS RUMAH SEWA RM100

Mengisahkan tentang 3 orang rakan yang menyewa rumah  dengan hanya RM100. Rumah sewa yang disangka boleh jadi tempat berehat, tempat berlindung tetapi mereka diganggu makhluk yang tak diundang.

Satu persatu kejadian berlaku. Salah seorang daripada mereka telah jatuh cinta dengan hantu rumah sewa tersebut. Sanggup nak paku tengkuk Pontianak. Kononnya supaya Cik Pon tu bertukar jadi perempuan cantik. 

Apakah yang akan berlaku pada mereka?

PELAKON DAN WATAK

  • Meerqeen sebagai Akram
  • Fimie Don sebagai Zack
  • Ariel Fesol sebagai Imran
  • Nabil Aqil sebagai Khairul
  • Hamdan Senario sebagai Haji Zaki
  • Zizi Zulkifli sebagai Zaleha
  • Amir Hamdan sebagai Borhan
  • Zety Idrus sebagai Hana
  • Irdzmeer Layl sebagai Alif
  • Erin Iqwanie sebagai Pontianak

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

Bunga Raya Kelopak Kepok Kepok

Pernah tengok bunga raya kelopak kepok kepok? Tak tahu lah apa nama bunga raya ni dan jenisnya. Bila saya google namanya bunga raya rose atau Chinese rose hibiscus. Sebab rupa paras dia macam bunga ros dan macam bunga kemboja cina pun ada. 

Bunga raya yang kita biasa nampak ada 5 kelopak. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

Kenali Bunga Raya

Nak tahu tak? Bunga raya juga dikenali dengan nama bunga sepatu dan kembang sepatu. Bunga raya in english dipanggil hibiscus. Itu semua orang tahu dah kan. Nama saintifiknya Hibiscus rosasinensis. Pokok bunga raya sejenis pokok hiasan yang berbunga sepanjang tahun. 

Betullah tu. Balik kampung mesti nampak pokok bunga raya ni bebunga. Kadang banyak dan kadang satu je. Ada banyak jenis-jenis bunga raya yang mak tanam. Ada warna merah, putih dan merah jambu.

Jalan jalan sekitar rumah nampak semua pokok bunga raya mak ada bunganya. Berkenan dengan bunga raya kelopak kepok kepok ni. Saya ambil dari bahagian tepi.  Nama sebenar dia bukanlah kelopak kepok kepok. 

Bunga Raya Rose Merah

Saja saya namakan bunga raya kelopak kepok kepok sebab dia punya rupa paras tu macam peplum kepok kepok. Cantikkan bunga raya ni. Dulu kecik kecik petik kelopak dia, lepas tu tiup jadi gelembong. Pernah main tak macam tu? 

Ke saya sorang syok sendiri main bunga raya macam tu. Zaman kanak kanak ribena tanpa gajet macam tu lah. Bunga tu salah satu sasaran buat mainan. Tapi tak pernah lah kena marah dengan mak sebab petik bunga. Anak bongsu, kan? Haha..tapi kena sebat kena marah itu biasalah sebenarnya. Kena marah kena rotan baru jadi manusia.

Ciri-ciri bunga raya

  • Garis pusat bunga raya ialah 5-20cm.
  • Besar dan tiada bau
  • Bunga raya tumbuh setinggi 3-5meter
  • Daunnya berbeza dari segi saiz, bentuk dan warna. Kebanyakkannya warna hijau terang dan berkilat. Juga didapati dalam warna yang lain seperti merah, hijau dan putih. Jenis daun berwarna dikenali sebagai variegated.

Bunga raya putih ni saya terfokus kat stigma je pulak. Tak nampak details pada bunga. 

Bunga Raya Putih

Ini pulak bunga raya merah jambu. Dalam satu pokok bunga raya warna putih, tiba tiba dia sekuntum warna merah jambu. Tapi tak merah jambu penuh. Ada belang warna putih jugak. Unik bunganya. Itu yang ambil gambar dia jugak.

Bunga Raya Merah Jambu

Pokok bunga raya juga sejenis pokok hiasan yang mudah ditanam dengan keratan batang. Pokok bunga raya ni banyak nampak di kampung kampung dan ditanam terus dalam tanah. Jarang nampak orang tanam dalam pasu.

Hujung Minggu Di Kampung

Berpagian di kampung memang syok betul. Pagi pagi sejuk amat! Macam biasa, lepas kudapan (makan pagi). Berkeliaran kita sekeliling rumah membelek pokok pokok yang ada. Buat terapi mata  melihat tumbuhan menghijau. Peluang yang ada kita ambil gambar buat simpanan.
 
Sunshine

Pokok peria ni tak nampak pulak buahnya. Pokok pun daunnya kecil kecil dah macam semua pucuk pulak. Pernah  nampak berbuah sekali. Itupun kecil je. Nak buat makan memang tak dapatlah. Rasanya tumbuh liar atau saja mak campak benih lalu tertumbuh kat situ.

Pucuk betik pokok peria

Projek suami pulak pagi ni nak meracun semak samun yang semakin meninggi. Risau lama tinggal kampung semak naik nanti haiwan lain pulak menyinggah. Reban ayam pun kosong dah.

Projek bela ayam kampung pakcik masa PKP 3.0 haritu. Masa uwan masih ada duduk kampung teman wak jaga uwan.  La ni terbengkalai, ayam pun suruh jiran tengok kan. Ada yang dah selamat dibuat lauk lauk pun. 

Reban Ayam Kampung

Pokok pokok kat kampung ni walaupun tak ada yang jaga siram bagai tetap tumbuh menjadi. Pokok bunga rose tak ada bunga pulak kali ni. Kalau ada, itulah yang saya ambil gambar. Sebab betul betul tepi beranda nak masuk rumah.

Ada masa pagi ni dapatlah sambung blogwalking kejap. Nak buat kerja design tak ada order. Sebab tu hard disk tak bawak. Header untuk top komentator tu tunggu esok ye saya bagi kat email mana yang dah redeem. Sabar ye.


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu