Responsive Ad Slot

Malaysian Ghost Stories Episod 7 : Rumah Sewa RM100

Malaysian ghost stories episod 7 menampilkan kisah tentang rumah sewa RM100 lakonan Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol dan Hamdan Senario.

Malaysian Ghost Stories Episod 7 Rumah Sewa RM100

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 7 : Rumah Sewa RM100
Waktu tayangan : 6 September 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS RUMAH SEWA RM100

Mengisahkan tentang 3 orang rakan yang menyewa rumah  dengan hanya RM100. Rumah sewa yang disangka boleh jadi tempat berehat, tempat berlindung tetapi mereka diganggu makhluk yang tak diundang.

Satu persatu kejadian berlaku. Salah seorang daripada mereka telah jatuh cinta dengan hantu rumah sewa tersebut. Sanggup nak paku tengkuk Pontianak. Kononnya supaya Cik Pon tu bertukar jadi perempuan cantik. 

Apakah yang akan berlaku pada mereka?

PELAKON DAN WATAK

  • Meerqeen sebagai Akram
  • Fimie Don sebagai Zack
  • Ariel Fesol sebagai Imran
  • Nabil Aqil sebagai Khairul
  • Hamdan Senario sebagai Haji Zaki
  • Zizi Zulkifli sebagai Zaleha
  • Amir Hamdan sebagai Borhan
  • Zety Idrus sebagai Hana
  • Irdzmeer Layl sebagai Alif
  • Erin Iqwanie sebagai Pontianak

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

Bunga Raya Kelopak Kepok Kepok

Pernah tengok bunga raya kelopak kepok kepok? Tak tahu lah apa nama bunga raya ni dan jenisnya. Bila saya google namanya bunga raya rose atau Chinese rose hibiscus. Sebab rupa paras dia macam bunga ros dan macam bunga kemboja cina pun ada. 

Bunga raya yang kita biasa nampak ada 5 kelopak. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

Kenali Bunga Raya

Nak tahu tak? Bunga raya juga dikenali dengan nama bunga sepatu dan kembang sepatu. Bunga raya in english dipanggil hibiscus. Itu semua orang tahu dah kan. Nama saintifiknya Hibiscus rosasinensis. Pokok bunga raya sejenis pokok hiasan yang berbunga sepanjang tahun. 

Betullah tu. Balik kampung mesti nampak pokok bunga raya ni bebunga. Kadang banyak dan kadang satu je. Ada banyak jenis-jenis bunga raya yang mak tanam. Ada warna merah, putih dan merah jambu.

Jalan jalan sekitar rumah nampak semua pokok bunga raya mak ada bunganya. Berkenan dengan bunga raya kelopak kepok kepok ni. Saya ambil dari bahagian tepi.  Nama sebenar dia bukanlah kelopak kepok kepok. 

Bunga Raya Rose Merah

Saja saya namakan bunga raya kelopak kepok kepok sebab dia punya rupa paras tu macam peplum kepok kepok. Cantikkan bunga raya ni. Dulu kecik kecik petik kelopak dia, lepas tu tiup jadi gelembong. Pernah main tak macam tu? 

Ke saya sorang syok sendiri main bunga raya macam tu. Zaman kanak kanak ribena tanpa gajet macam tu lah. Bunga tu salah satu sasaran buat mainan. Tapi tak pernah lah kena marah dengan mak sebab petik bunga. Anak bongsu, kan? Haha..tapi kena sebat kena marah itu biasalah sebenarnya. Kena marah kena rotan baru jadi manusia.

Ciri-ciri bunga raya

  • Garis pusat bunga raya ialah 5-20cm.
  • Besar dan tiada bau
  • Bunga raya tumbuh setinggi 3-5meter
  • Daunnya berbeza dari segi saiz, bentuk dan warna. Kebanyakkannya warna hijau terang dan berkilat. Juga didapati dalam warna yang lain seperti merah, hijau dan putih. Jenis daun berwarna dikenali sebagai variegated.

Bunga raya putih ni saya terfokus kat stigma je pulak. Tak nampak details pada bunga. 

Bunga Raya Putih

Ini pulak bunga raya merah jambu. Dalam satu pokok bunga raya warna putih, tiba tiba dia sekuntum warna merah jambu. Tapi tak merah jambu penuh. Ada belang warna putih jugak. Unik bunganya. Itu yang ambil gambar dia jugak.

Bunga Raya Merah Jambu

Pokok bunga raya juga sejenis pokok hiasan yang mudah ditanam dengan keratan batang. Pokok bunga raya ni banyak nampak di kampung kampung dan ditanam terus dalam tanah. Jarang nampak orang tanam dalam pasu.

Hujung Minggu Di Kampung

Berpagian di kampung memang syok betul. Pagi pagi sejuk amat! Macam biasa, lepas kudapan (makan pagi). Berkeliaran kita sekeliling rumah membelek pokok pokok yang ada. Buat terapi mata  melihat tumbuhan menghijau. Peluang yang ada kita ambil gambar buat simpanan.
 
Sunshine

Pokok peria ni tak nampak pulak buahnya. Pokok pun daunnya kecil kecil dah macam semua pucuk pulak. Pernah  nampak berbuah sekali. Itupun kecil je. Nak buat makan memang tak dapatlah. Rasanya tumbuh liar atau saja mak campak benih lalu tertumbuh kat situ.

Pucuk betik pokok peria

Projek suami pulak pagi ni nak meracun semak samun yang semakin meninggi. Risau lama tinggal kampung semak naik nanti haiwan lain pulak menyinggah. Reban ayam pun kosong dah.

Projek bela ayam kampung pakcik masa PKP 3.0 haritu. Masa uwan masih ada duduk kampung teman wak jaga uwan.  La ni terbengkalai, ayam pun suruh jiran tengok kan. Ada yang dah selamat dibuat lauk lauk pun. 

Reban Ayam Kampung

Pokok pokok kat kampung ni walaupun tak ada yang jaga siram bagai tetap tumbuh menjadi. Pokok bunga rose tak ada bunga pulak kali ni. Kalau ada, itulah yang saya ambil gambar. Sebab betul betul tepi beranda nak masuk rumah.

Ada masa pagi ni dapatlah sambung blogwalking kejap. Nak buat kerja design tak ada order. Sebab tu hard disk tak bawak. Header untuk top komentator tu tunggu esok ye saya bagi kat email mana yang dah redeem. Sabar ye.


Projek Mengemas Rumah Kampung. Pewai!

Tahu tak pewai tu apa? Ini bahasa bahasa pendaki gunung biasa pakai. Dulu tahu lah juga sebab rajin hiking bukit bukau gunung ganang. Sekarang? Hmmm...redah semak pun sis tak kuat you know.

Pewai tu Singkatan bagi PEnat aWAI loghat utagha. Jadilah pewai.

Pagi tadi sampai sampai je letak barang terus mulakan mengemas. Penuh segala habuk luar dan dalam rumah. Mak dah 2 bulan tak balik kampung stay KL dengan adik ipar sejak uwan meninggal. Kat KL ada cucu taklah mak sunyi.

Sebelum ni mak dan uwan stay dengan kami dan adakalanya rumah pakcik di area Seremban jugak. 

Isnin ada appointment doktor dapatlah mak rentas negeri dan balik kampung. Mula je mengemas masing masing berlawan bersin habuk berterbangan. Kerja kuat vacuum dan penyapu harini. Buat kerja sikit, saya rehat. Pewai! Lepas tu baru sambung semula buat kerja.

Suasana Kampung
kasik jemur itu bantal, bukak sarung dan jemur. Orang dulu dulu suka jemur bantal kekabu kat tingkap, kan?


Dah lama tak buat kerja berterusan macam ni. Lebih kurang 2-3 jam jugaklah mengemas. Lepas tu memasak pulak untuk tengahari. Pukul 2 lebih lepas zohor, saya tumbang. On Air Cond, berlayar entah sampai mana entah.

Sedar sedar pukul 6, solat asar dan jengah keluar. Mak dan encik suami rilek lagi membakar sampah. Mak siap menebas sikit. Suami pulak menebas pisang kapas dan bakar sampah. Satu permandangan yang dah lama betul tak rasa. Suasana dan aktiviti kampung.

Mak mak kita ni kalau kat kampung, macam macam kerja dia nak buat. Tak boleh duduk diam, cakap lah suruh rehat dulu ke apa. Eh tak, gigih dia kesana sini buat macam-macam. Lepas isya' mak pulak tidur awal. Tapi mak memang tidur awal pun. Apa nak buat lagi. Lainlah kita ni burung hantu.

Saya pewai sebab malam tadi pun tidur tidur ayam dan tak cukup tidur. Itu yang tidur tak sedar apa. Sejuk pulak tu dengan suasana kampung mendung. Tambah air cond lagi. Bila badan penat, betul betul dapat tidur yang berkualiti.

Suasana kampung halaman suami ni lah yang dapat feel kampung. Masih mengekalkan binaan rumah kampung lama. Dua rumah depan ni sama juga jarang jarang balik. Rumah adik beradik arwah uwan.

Kampung saya tak serupa kampung dah. Kampung versi moden sikit. Mostly rumah dah bertukar rumah batu. Jarang nampak rumah papan dah. Suasana rumah kampung yang best. Pagi pagi sejuk oii mandi air kolah! Ibarat macam mandi air terjun Ulu bendul. Hahaha...Sojuk!


Air Soya Panas Dan Tau Fu Fah

Ada soya panas, mesti akan ada tau fu fah. Betul tak? Soya panas ni susah betul nak dapat. Sebelum COVID-19 ada pasar malam senanglah sikit nak membeli. Baru-baru ni suami bawa balik sebungkus soya panas dan tau fu fah.

Tahu tahu je kegemaran isteri. Kita pun apalagi, senyum sampai telinga dapat minuman dan makanan kegemaran.

Lama betul tak dapat minum air soya panas. Nikmat tak terkata. Dulu rajin gak beli soya instant bancuh tu. Sedap jugak. Tapi sejak tular keburukan minum soya. Terus saya rasa kurangkan minum.

Tapi sebenarnya keburukan minum soya tu jenis soya yang diubah suai secara genetik ataugenetically modified organism (GMO). So kenalah pilih minuman soya yang terbaik. Sebaiknya minum yang asli lahkan.

Sebenarnya banyak je kebaikan soya ni. Pernah dengar dulu kalau nak anak cantik kulit putih mulus, masa mengandung amalkan minum soya. Orang dulu macam-macam petua dan mitos.

Tengok orang buat air soya ni macam leceh betul. Nak rendam, asingkan kulit, kisar, tapis lagi. Banyak kerja. Memang taklah nak buat sendiri. Melainkan kalau tiba tiba rajin dan banyak masa nak dihabiskan.

Air Soya Panas

Air soya sebungkus RM3, dapatlah lebih kurang 1 jug kecil yang hampir penuh. Biasanya kalau bungkus sampai rumah dan suam-suam dah. Bila minum terus suam suam tu yang sedap tu. Satu cawan mana cukup, kan.

Beralih ke tau fu fah pulak. Sekarang harga dah RM2.50 sebekas. Jangan terkejut ye. Sejak dua tiga menjak ni dah biasa barang makanan naik harga. Bukan sesuatu yang pelik lagi.

Tau Fu Fah

Zaman kecik dulu bulan puasa mesti beli tau fu fah ni. Dulu RM1-RM1.50 kot. Satu bekas ni memang tak cukup kalau share. Boleh buat gaduh kalau ada yang habiskan tak sempat merasa.

Tapi sekarang beli satu kongsi berdua. Sharing is love gitu. Suka makan part bawah manis manis gula melaka. Sedapnya! Nak menangis makan benda sedap yang dah lama tak makan. Dramatic pulak eh.

Char Kuetiau Kerang Betul-Betul Ho Liao

Selamat pagi Sabtu semua orang. Pagi ni nak cerita char kuetiau kerang lah. Entah bila kejadiannya pun saya dah lupa. Bila lambat update, tak ingat terus bila entah masak char kuetiau kerang ni. Bukan baru masak pagi ni ye. No! no!

Ingat lagi tak saya ada kongsi resipi char kuetiau tanpa pes. Ada yang dah cuba ke? Untuk kali kedua saya teringin makan char kuetiau. Sedapnya alahai kalau ada kerang. Kirim dekat suami beli kuetiau, kerang dan taugeh.

Bahan-bahan lain semua dah ada. Syukurlah ada kerang. Itupun cenonet je semuanya. Jadilah kan daripada tak ada. Beli sikit je untuk buat char kuetiau je pun. Lagipun kerang comel comel beli sikit cukuplah.

Kalau besar boleh jugak beli lebih buat masakan lain, kan? Bila ada kerang ni bertambah lah sikit kerja dan masa memasak. Nak kena masak dulu kerangnya. Lepas basuh saya rebus je semuanya dengan serai dan halia.

Bab mengopek kerang tu paling malas. Mujurlah sikit je kerangnya pun. Leceh pun leceh lah asalkan dapat makan char kuetiau kerang resipi mudah mudah je. Tanpa pes pun sedap. Ini baru lah char kuetiau kerang betul-betul ho liao.

Maksud ho liao dalam bahasa melayu, sedap.

Char Kuetiau Kerang Betul-Betul Ho Liao

Bila dah pandai masak char kuetiau sedap, kemain rajin pulak tiba tiba. Kali ni char kuetiau versi banjir sikit. Sikit je. Blogger Anies tu tak agak agak suruh kita cari tapak gerai. Ehhh takdelah sampai nak berniaga. 

Masak sendiri makan sendiri je sudah. Bukan senang nak puaskan selera orang sedangkan selera sendiri pun ikut mood. 

2 hari ni mungkin tenggelam timbul sebab balik kampung sebentar. Sabar ye. Ada masa free saya akan blogwalking. Syukur Negeri Sembilan dah masuk fasa 3. Fasa 2 haritu pun dah boleh rentas daerah kan untuk completed 2 doses. Balik Kolo Pilah lah kita. 

Lagipun balik sebab Isnin mak ada appointment di HTAN Kuala Pilah, jadi encik suami akan hantar mak. Alang alang dapat balik nak mengerjakan semak samun dan mengemas apa yang patut.

Isnin, hari yang sama appointment abah saya di HSI JB. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaaminn...

Filem Janet Sumpah Terlarang

Janet Sumpah Terlarang full movie mula ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 19 Ogos 2021 yang lalu. Filem Janet Sumpah Terlarang adaptasi daripada kisah hantu seram lagenda Sarawak yang pernah berlaku zaman era 70-an. 

Dibintangi oleh pelakon Natasha Carmine, Bulan Terry, Safar  Ghaffar, Ifa Raziah dan ramai lagi. Filem Janet Sumpah Terlarang banyak menggunakan loghat bahasa Sarawak.

Filem Janet Sumpah Terlarang

FILEM JANET SUMPAH TERLARANG

Tarikh tayangan : 19 Ogos 2021
Siaran TV : Astro First saluran 480
Penulis skrip : Nazri M Annuar
Pengarah : Mohd Azhar Mohd Khalid (Apache)
Produksi : Kaya Kenyalang Sdn Bhd

SINOPSIS JANET SUMPAH TERLARANG

Mengisahkan tentang seorang jururawat berbangsa Tionghua diculik selepas bertugas shift lewat malam sekitar tahun 70an dipercayai telah dikorbankan dalam satu upacara. Upacara tersebut untuk memastikan kejayaan pembinaan Jambatan Satok kukuh dan stabil.

Cerita Janet dalam dunia Julia versi moden.

Julia, seorang gadis Sarawak yang berperwatakan sentiasa ceria dan gembira. Dia dan Farid merancang untuk berkahwin dan keluarga Farid menerima baik kehadiran Julia dalam keluarga mereka.

Tanpa disedari olehnya, keluarga Farid mengalami pengalaman tragik ketika di Sarawak. Gara-gara dia dia tanpa sengaja mengenakan cucuk sanggul yang pernah menjadi milik Janet suatu masa dulu.

PELAKON JANET SUMPAH TERLARANG

  • Safar Ghaffar
  • Natasha Charmine
  • Alif Hadi
  • Safar Ghaffa
  • Natasha Charmine
  • Bulan Terry
  • Carissa Azhar
  • Ifa Raziah
  • Esma Daniel
  • Ropie

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu