Responsive Ad Slot

Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan

Kita throwback cerita di kampung lagi. Disebabkan kepenatan mengerjakan buah kelapa. Lepas mandi dan solat zohor, saya baring menghilangkan penat lelah. Dah pesan pada suami suruh kejut sebab nak tidur kejap je. 

Sekali dengan dia tertidur jugak. Kami sama sama terjaga lepas dengar bunyi menumbuk guna lesung batu.

Terus bangun dan keluar. Lahhhh...mak masak sambal tempoyak daun kayu pulak. Betul betul tak reti penat mak ni. Itu yang suruh suami kejut tu sebab nak rehat kejap je. Dah agak dah mesti ada je keje mak ni. Rasa bersalah pulak tertidur lama.

Husband tolong mak tumbuk serai untuk dimasukkan sambal daun kayu. Saya solat asar dulu. Terjaga dari tidur tadi dah pun masuk asar.  Lepas tu kononnya gilir saya pulak sambung tolong. Siap solat tahu tahu dah siap semuanya masuk kuali. Cepat betul mak buat kerja. 

Mak memang jenis buat kerja cepat. Tak payah nak minta tolong orang kadang tu. Jenis dah biasa buat kerja cepat. Risau juga kadang nak menolong tu macam melambatkan kerja dia pulak. 

Bila menolong kena ikut cara dia. Setiap orang ada cara masak masing masing. Sekurang kurangnya tolong lah apa patut macam tu. Sambil tu menyembang sekali.

Tak dapatlah nak tengok cara mak masak sambal tempoyak daun kayu. Kalau tengok dari awal, sambil tu boleh tahu resipi sambal rempoyak daun kayu negeri sembilan style. Memanglah resipi google ni melambak tapi kadang cara mak mak kita ni lain sikit.

Sambil mengacau tu, sedapnya bau! Tak sabar nak makan panas panas. Makan tengahari hari tu kami tak masak sebab makan pagi nasi lemak beli masih ada. Kebetulan semuanya penat. Jadi makan apa yang masih tinggal.

Sambal tempoyak daun kayu ni,  mak guna santan segar kelapa tua yang baru diperah sebelum tu. Guna daun pucuk ubi petik dari pokok tepi dan belakang rumah je. Pucuk labu, tempoyak dan petai sepapan jiran bagi. Daun kunyit dan serai ambil kat sekitar rumah je.

Cili api je beli sebelum balik kampung haritu. Ikan bilis masih ada stok kat rumah. Walaupun tak lengkap segala daun kayu yang digunakan tapi rasa sambal tempoyak daun kayu mak masak dah cukup mantul (baca : mantap betul). 

Memang terbaik rasa dia.  Berselera makan malam kami dengan sambal tempoyak daun kayu. Bersudu sudu masuk pinggan.

Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan

Kalau di Johor saya panggil sambal tempoyak je, campur dengan udang dan beberapa jenis daun iaitu pucuk ubi dan daun kunyit je tak silap. Tapi sejak berkahwin dengan orang Negeri Sembilan, baru tahu sambal tempoyak daun kayu ni. 

Sambal tempoyak daun kayu Negeri Sembilan

Sambal tempoyak daun kayu sejenis makanan klasik dan tradisi turun temurun masyarakat Negeri Sembilan. Keunikannya sudah tentulah menggunakan pelbagai jenis daun kayu.

Apa itu daun kayu? Daun kayu ni terdiri daripada pelbagai jenis daun seperti daun pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, pucuk labu, daun kentut @sekentut, daun mangun, daun lidah kerbau dan banyak lagi lah.

Daun apa lagi ek? Tahu tak? Semua daun kayu ini dimayang halus seperti daun pandan buat bunga rampai tu. Setiap daun herba yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.

Campuran lain yang perlu ada seperti tempoyak, santan, petai, cili api, kunyit, ikan bilis, kunyit asam dan garam.

Segala bahan bahan seperti cili api, kunyit hidup dan serai perlu ditumbuk menggunakan lesung batu. Kemudian barulah dimasukkan kedalam santan, tempoyak, ikan bilis serta daun kayu yang sudah dihiris halus.

Harga sambal tempoyak daun kayu ni kalau orang jual memang mahal. Bahan bahan pun bukan mudah nak dapat. 

Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan

Dapatlah saya merasa sambal tempoyak daun kayu air tangan mak. Last makan sambal daun kayu masa kenduri arwah abah dulu, suami cakap. Lama tak makan. Siap masak je, 1 bekas mak bagi kat jiran yang bagi bahan bahan tadi dan 1 bekas untuk sepupu mak depan rumah.

Esoknya baki yang tinggal, 1 bekas mak bawa balik KL. Dapatlah saya 2 bekas untuk 2 hari makan. Semua bekas saiz bekas tau fu fah tu je. Kira banyak jugaklah dapat. 

2 hari saya ulang lauk sama untuk makan malam. Makan pagi dan tengahari saya goreng nasi je untuk sarapan dan bekal suami. 

2 malam berturut-turut, saya goreng ikan kembung garing garing dan panaskan sambal tempoyak daun kayu. Senang kerja masak. Harini dah pening tak tahu nak masak apa. 

Mangkuk Tingkat Pastel Pemberian Seseorang

Pagi semalam saya dapat text dari GD Express mengatakan ada barang yang akan dihantar. Bukan barang saya beli. Tapi hadiah dari seseorang.

Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 3 lebih barulah sampai. Kalau menunggu parcel sampai ni memang tak senang duduk. Penantian parcel ni satu penyeksaan.

Masa kita tengah elok menunggu tak pulak dia datang. Tengah buat kerja, masa tu lah dia hon. Tak sempat nak siap keluar, dia call. Saya suruh letak atas tembok je. Sekali dengar bunyi klekang! Bungkusan jatuh agaknya. Ahhh sudahhhhh...

Belum sempat saya keluar, dia dah berlalu pergi. Tinggallah parcel kesepian atas lantai. Saya keluar, nampak bungkusan berupa kotak. Bila saya angkat je bunyi besi seperti berlaga dalam tu.

Saya macam dah dapat agak apa isi dalam kotak tu. Buka buka je memang dah berterabur semuanya. Betul jangkaan saya, mangkuk tingkat! 

Mangkuk tingkat dah tak serupa mangkuk tingkat. Tsunami dalam kotak tu. Mangkuk entah kemana, semuanya tertanggal dari pemegangnya. Mujurlah tak rosak kemek ke apa.

Saya terus susun dan wow! Cantiknya mangkuk tingkat warna pastel ni. Saiznya kecil je sesuai lah untuk letak kuih muih atau bekal nasi dengan satu lauk kering atau berkuah sikit. Padanan warna biru lembut dan merah jambu lembut memang cantik.

Pemegangnya pulak di ikat dengan twilly satin scarf berona terang. Ada gaya moden di situ. Macam trend twilly satin scarf pada handbag pulak. Cantik bukan?

Mangkut tingkat ni jenis mangkuk tingkat ayan. Tapi dulu dulu hanya warna kekuningan je tapi sekarang dah pelbagai. So sekarang saya dah ada dua koleksi mangkuk tingkat ayan. Sebelum ni dapat hadiah mangkuk tingkat warna putih ayan juga.

Mangkuk Tingkat Pastel

Ada calar sikit kelihatan. Tercalar hati kita tengok wak! Mesti tercalar masa berlaga laga tu agaknya. Ada dilekatkan juga sticker dari pemberi iaitu blogger babYpose dengan url blognya dan juga perkataan food unites.

Rezeki saya terpilih diantara 3 top komentator blog babYpose bulan Ogos yang berjaya terima hadiah. Inilah hadiahnya yang saya dapat.

Rasa sayang nak guna. Saya nampak benda comel macam ni, terus terfikir nak buat props gambar je. Apa lagi, kan? Sesuai sangat untuk props gambar. 

Mangkuk tingkat ni diletakkan dalam paper beg ni tanpa bubble wrap. Bubble wrap hanya selapis diletakkan begitu je jadi alasa dalam kotak. Tapi tak dibungkus. Patutlah dia bergelimpangan dalam paper beg ni. Mujur semuanya tak kemek kemek.

Cantik tiffin gift box ni, sesuai untuk diberikan sebagai hadiah bila letak dalam paper beg yang exclusive.

pastel tiffin box

Terima kasih banyak-banyak untuk blogger babYpose berkongsi rezeki kirimkan hadiah yang super duper cute ni. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminnn...

Seronok membaca blog beliau yang suka kongsikan gambar berserta video. Bukan itu sahaja, blog beliau dwibahasa. Ada Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Suka berkongsi tentang masakan dan lifestyle. 

Ayuh singgah ramai ramai blog babYpose :  baby-pose.blogspot.com. Alang-alang singgah, jangan lupa follow sekali.

Malaysian Ghost Stories Episod 8 : Pocong

Malaysian ghost stories episod 8 menampilkan kisah tentang pocong lakonan Janna Nick, Nesa Idrus dan ramai lagi. Saksikan episod 8 Pocong di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 8 : Pocong

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episod 8 : Pocong
Waktu tayangan : 7 September 2021 (Selasa), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS POCONG

Fara (Janna Nick), seorang gadis yang mempunyai masalah mental dan sudah pun bertunang. Sebulan lagi majlis nikah mereka, tunang Fara pula ingin memutuskan perhubungan mereka. Tunang Fara berlaku curang dan mereka berdua tidak jadi berkahwin.

ketika itu, Fara tinggal bersama rakannya yang bernama Sara (Nesa Idrus). Sara mengetahui hal Fara putus tunang. Sara ingin membantu Fara untuk menenangkan diri dan telah menempah bilik hotel untuk mereka berdua bercuti bersama. 

Pada hari sepatutnya mereka bercuti, Sara pula tiba-tiba ada hal kecemasan. Fara rasa macam tak seronok cuti tanpa Sara dan rasa ingin batalkan percutian mereka. Tapi Sara berkeras suruh Fara pergi dulu dan berjanji akan menyusul kemudian.

Ketika menuju ke bilik hotel. Fara rasakan sesuatu tapi dia tak ambil peduli dan terus masuk ke dalam bilik hotel. Fara merebahkan diri atas katil kerana terlalu penat.

Bila dia sedar, dia perasan luggage nya berada di tempat lain. Dia sangkakan Fara dah sampai tapi rupanya tidak. Tanpa dia sedar ada 'sesuatu' di dalam bilik hotel tersebut.

PELAKON DAN WATAK

  • Janna Nick sebagai Fara
  • Nesa Idrus sebagai Sara
  • Bidin Huzaifah sebagai Azri
  • Yun RF sebagai Nisa
  • Seramaymax sebagai receptionist

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

Filem Kampung Latah Kena Kuarantin

Kampung Latah Kena Kuarantin, filem terbaru lakonan artis melatah Ieda Moin, Nazi Mustafar, Din Latah, PS Mansur dan ramai lagi. Filem Kampung Latah Kena Kuarantin akan ditayangkan  pada Khamis ini, 9 September 2021 di Astro First saluran 480.

Juga boleh strim menerusi Astro Go atau On Demand. Saksikan Kampung Latah Kena Kuarantin.

Filem Kampung Latah Kena Kuarantin Astro First

FILEM KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

Tarikh tayangan : Khamis, 9 September 2021
Pengarah : Azizi Adnan
Produksi : Megapine Sdn Bhd
Genre : Komedi

SINOPSIS KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

Ajin seorang pemuda yang merupakan pemandu pelancong syarikat pelancongan di Kampung Latah Permai. Telatahnya sering menjadi hiburan penduduk kampung dan pelancong.

Pada suatu hari, kampung tersebut diserang sindrom "melatah" dan menjadi-jadi sehingga tidak dapat dikawal.

PELAKON KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

  • Azhan Rani
  • Nazia Mustafar
  • Ieda Moin
  • Elisya Sandha
  • PS Mansur
  • Din Latah
  • Syamsul Debat
  • Ropie
  • Azlee Senario
  • Didie Alias
  • Joey Daud
  • Awie
  • Bell Ngasri
  • Riezman Khuzaimi
  • Roy Azman
  • Wanns Ahmad
  • Acong Sweetchild
  • Mak Wan
  • AR Badul

Kelapa Kuning Dan Kelapa Tua

Balik kampung haritu cuaca kejap mendung kejap panas. Suami pun terkeliru nak meracun semak ke tidak. Sudahnya berakhir dengan kegagalan meracun di hari sabtu. Pagi Ahad lepas embun kering barulah mula siapkan segala pekakas dan bahan untuk meracun.

Sedang suami rancak meracun di sekeliling rumah, saya tutup semua tingkap. Duduk dalam rumah diam diam sempat jugak berblogwalking. Nak duduk luar nanti terhidu bau racun. Mak pulak macam biasa kalau balik kampung mana reti duduk diam.

Dah ditegah duduk dulu rehat tapi... ehhh dia ligat buat kerja. Buat kerja laju-laju, jalan laju-laju pastu mengadu sakit kaki tak kuat. Jumpa jiran jiran tapi sembang jauh-jauh je la. Bertanya khabar dan sembang lama tak jumpa.

Mak-mak kita dah biasa duduk kampung. Banyak aktiviti boleh buat. Itu yang sibuk buat macam macam tu. Jiwa dia lebih kepada suasana kampung. Dapat buat kerja kampung at least kurangkan juga rasa serabut duduk di bandar.

Tiba-tiba dengar suara mak luar tingkap bilik dengan makcik saudara bersembang. Tengah mengutip buah kelapa tua yang pokok tinggi jauh sikit dari pokok kelapa kuning dalam gambar. Nak dibuat stok santan katanya. Bergegas lah saya capai sweater hoodie tolong kutip buah kelapa. 

Encik suami pun dah siap meracun kawasan berdekatan dengan rumah. Sambung jauh sikit dari rumah sebab dah semak jugak. 

Lepas kutip kelapa, berehat kejap bawah pokok kelapa kuning ni. Kelapa gading ke nama dia? Dalam hati berkata "Alangkah sedapnya kalau dapat air kelapa sejuk masa cuaca panas ni".

Tapi cita cita tak tercapai mengenangkan buah kelapa yang tak besar mana ni. Auto cancel niat nak buat air. Potong mood betul lah buah kelapa ni. Kenapalah tak besar masa ni. Ke memang macam ni besar dia. 

Hahaha... Entahlah! Kemain teringin nak minum air kelapa kan tapi tak tahu jenis buah kelapa.

Kelapa Kuning

Buah kelapa tua terus dikupas. Mak tukang kopek dengan pengopek kelapa jenis macam gunting tu. Saya tukang tarik sabut kelapanya. Nak guna tu saya tak pandai. Dah hampir siap baru lah encik suami datang tolong lepas meracun.

Merembes segala peluh bila lama tak buat kerja kampung. Mak pun gelak tengok saya berpeluh sakan. Itulah tu dah lama tak bersenam kan. Haha...saya  nasihatkan mak suruh rehat dulu, mak pun suruh saya rehat dulu kalau penat. 

End up masing masing teruskan projek mengopek kelapa sampai siap. Tapi saya stop dulu sebab tak larat dah. Mak masih kuat lagi tu. Lepas tu proses mesin kelapa dan perah santan pulak. Suami mesin, mak perah santan. Saya terkulai layu ditasik madu

Eh tak! Disebabkan letih mengopek kelapa yang tak seberapa dan berpeluh beria. Masuk rumah terus mandi. 

Kelapa Tua

Semuanya 10 biji kelapa tua mak ambil. Dapatlah beberapa bungkus santan. Saya dapat dua bungkus santan. Santan mak bagi dulu pun masih ada lagi. Tapi mak tetap bagi lagi santan buat stok. Jenis jarang masak bersantan ni dan suka guna santan kotak lagi.

Kalau guna santan fresh kena terus guna baru betul betul fresh. Bila dah simpan lama dia jadi kurang sedap sikit. Kalau masak kena lagi kerap mengacau baru elok hasilnya.

Fuhhh kisah buah kelapa je pun. Berjela jela pulak ceritanya. Jangan bagi perempuan membebel, silap silap jadi sebuah buku. Kah!


Salmon & Mushroom Aglio Olio The Coffee Bean & Tea Leaf

Bila teringin makan sesuatu tu. Selagi tak dapat, selagi tu lah dia berlegar legar dalam fikiran. Itulah dia perempuan. Setuju tak? Cerita basi beberapa hari lepas sebelum balik kampung. Makanan tak basi sebab dah selamat masuk perut.

Encik suami on the way balik mesti akan call tanya nak beli apa-apa tak? Macam nak makan spaghetti salmon & mushroom The Coffee Bean & Tea Leaf je. Dengan laju saya jawab, saya belanja! Kalau orang nak belanja, for sure tak menolak. Onz je kan! Rezeki jangan ditolak orang kata.

Mulanya saya ingatkan salmon & mushroom The Coffee Bean & Tea Leaf  jenis macam spaghetti chicken & mushroom tu dengan sos carbonara creamy nyummy. Rupanya tak! Salmon & mushroom spaghetti ni sejenis spaghetti Aglio Olio rupanya.

Salmon & Mushroom Aglio Olio

Salmon & Mushroom Aglio Olio The Coffee Bean & Tea Leaf

Portion salmon & mushroom Aglio Olio ni The Coffee Bean & Tea Leaf ni besar. Makan berdua kongsi pun okay. Rencahnya cukup banyak. Hirisan salmon dan mushroom yang agak banyak juga setanding harganya RM19 ke RM21 entah. 

Rasa cendawan shiitake yang kuat juga. Tekstur ikan salmon lembut dan sedap. Bila masakan Aglio Olio ni kena faham dia tak gravy sebab tak ada sauce. Tapi sedap! Cuma mood haritu tak terasa nak makan Aglio Olio.

Makan sikit tak sampai separuh, selebihnya suami habiskan. Beli jugak chicken & mushroom spaghetti. Yang ni saya tukang habiskan. 


Chicken & Mushroom Spaghetti The Coffee Bean & Tea Leaf

Dua dua harga sama. Rasa yang berbeza. Nampaknya macam dah cuba semua menu yang saya nak. Quota bulan September melabur di The Coffee Bean & Tea Leaf dah boleh tutup dah. 

Kali ni tak beli coffee sebab dah terlebih quote beli coffee. Cukup cukup sudah. Nanti terlebih manis bersemut pulak.

Embun Pagi Bulat Bulat

Seusai makan pagi, kemas meja makan dan cuci pinggan mangkuk. Saya keluar untuk menikmati udara segar di kampung. Sambil tu kita ambillah gambar sekali. Nak ambil gambar embun pagi!

Embun pagi in english morning dew

Nak ambil gambar embun pagi bulat bulat cantik, saya suka aim kat pokok buluh ni je. Benih pokok ni saya ambil dari rumah mak kat segamat. Lepas tu tanam kat Pilah. Elok subur rimbun daunnya. Tinggi paras pinggang je. Tak besar. Kalau buat pokok hiasan macam pagar tu sesuai sangat.

Sebenarnya pokok buluh ni tak terjaga sangat pun. Tapi elok je hidupnya. Kat kampung kan. Tanam apa pun menjadi.

Embun Pagi Bulat Bulat

Embun pokok buluh ni maintain bulat bulat embunnya. Cantik bukan? Comel comel rupa dia. Elok bulat sebulat bulatnya. Berapa banyak bulat daaaa...

baca juga : somewhere in Kuala Pilah

Embun Pagi Bulat Bulat

Setiap kali balik mesti nak ambil gambar embun pagi. Latihan ambil gambar lah kononnya. Acah acah pro. Guna lens telephoto. Mencabar jugak lens nak focus sebab handling tak stabil masih ada hand shake sikit. 

Puas hati jugaklah lepas editing. Kira lulus lah ye? 

Maaf semalam tak sempat blogwalking sangat. Bangun awal pagi. Masak nasi goreng kampung campur kangkung untuk sarapan dan bekal mak. Mak tak boleh makan dulu sebab puasa kena ambil darah. 

Lepas pergi pusat kesihatan pesakit luar mak ambil darah. Baru mak makan. Lepas tu pergi Hospital Tuanku Ampuan Najihah pulak appointment doktor mak. Syukur tak sampai sejam menunggu dah siap.

Macam biasalah kalau mana mana hospital ni memang susah jumpa parking. Dekat 5-6 kali tawaf hospital baru jumpa parking. Sebelum tu dah drop mak awal awal. Tunggulah kami dalam kereta. Musim covid ni tak dapatlah nak teman masuk melainkan warga emas yang betul betul tak larat nak jalan.

Mak pun dah biasa kat hospital sini. Tempat kerja mak dulu kan. Sebagai seorang nurse, tahulah selok beloknya. Encik suami pun terkenang zaman selalu datang hospital kecik kecik dulu sebab arwah abah pun pemandu ambulans. 

Skyview

Sampai rumah kemas barang. Lepas zohor terus tidur sampai asar. Lena terus tidur. Jarang sekali nak tidur siang melainkan penat. Tapi kan kalau balik kampung tu cepat je terlelap. Ibarat macam orang mengantuk disorongkan bantal. Kan?

Alhamdulillah settle urusan, sambung rutin harian.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu