Responsive Ad Slot

Malaysian Ghost Stories Episod 10 : Hantu Takde Kepala

Malaysian ghost stories episod 10 menampilkan kisah tentang hantu takde kepala lakonan Erry Putra, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 10 Hantu Takde Kepala atau dikenali dengan nama Hantu Janet di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 10 Hantu Takde Kepala

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES 

Episod 10 : Hantu Takde Kepala (Hantu Janet)
Waktu tayangan : 9 September 2021 (Khamis), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU TAKDE KEPALA

Mengisahkan tentang tradisi masyarakat lam dulu-dulu yang memotong kepala manusia untuk pemujaan dan ditanam di kawasan pembinaan sebagai tiang utama bangunan tersebut jadi lebih kukuh. Hantu takde kepala kemudian mengetuk pintu rumah mereka yang memotong kepalanya kerana mahukan kepalanya kembali.

PELAKON DAN WATAK

  • Ery Putra sebagai Azri
  • Hasnul Rahmat sebagai Nazreen
  • Khairul Anwar sebagai Rahim
  • Amir Ise sebagai Sufian
  • Eileen Yeo sebagai Janet
  • Syazwan sebagai Munir
  • Dollah Chantik sebagai Emcee
  • Muhammad Azim sebagi Junid
  • Syed sebagai Mahat
  • Daus sebagai Fahri


LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


Telefilem Racun Suami Jahanam

Racun suami jahanam, sebuah telefilem ulang siaran akan bersiaran pada Sabtu ini 11 September 2021, jam 9:00 di Astro Citra. Telefilem racun suami jahanam tayangan pertama kali pada 25 Januari 2020 tahun lepas.

Yang belum tengok lagi boleh tonton racun suami jahanam sabtu ni arahan Michael Ang.
 
Telefilem Racun Suami Jahanam Astro Citra

TELEFILEM RACUN SUAMI JAHANAM

Waktu siaran : 11 September 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra | Citra HD 
Penulis skrip : Amor Rizan
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden

SINOPSIS RACUN SUAMI JAHANAM

Suraya (Mimi Lana), seorang gadis gadis kampung yang tak berpelajaran tinggi dan naif. Dia telah dirisik oleh Hasrul (Riz Amin) seorang pemandu lori yang tidak pernah dikenalinya. Keluarga Suraya bersetuju untuk jodohkan mereka berdua demi masa depan Suraya.

Suraya dan Hasrul berpindah ke bandar di rumah Hasrul. Kebahagiaan yang Suraya harapkan tapi sebaliknya berlaku. Satu hari Hasrul belikan Suraya baju seksi dan mengajak Suraya pergi ke kelab malam. 

Dia memaksa Suraya menjadi pelayan di kelab. Sementara itu Hasrul leka melayan ketagihan benda yang menghayalkan. Mulai saat itu, hidup Suraya jadi gelap. Dia terpaksa menurut sahaja apa yang disuruh oleh Hasrul termasuklah melayan lelaki lain.

Suraya berkenalan dengan Maria, seorang gadis yang juga bekerja di kelab dan tinggal berdekatan dengan rumahnya. Maria ingin membantu Suraya keluar dari kehidupan gelap itu. Satu hari Suraya bertemu dengan Rizal disebabkan satu insiden. Sejak itu, Rizal mula sukakan Suraya.

Rizal juga ingin bantu Suraya keluar dari genggaman Hasrul. Apakah yang akan terjadi pada Suraya? Berjaya atau tidak Suraya keluar dari kehidupan yang gelap itu?

PELAKON DAN WATAK

  • Ben Amir sebagai Rizal
  • Mimi Lana sebagai Suraya
  • Riz Amin sebagai Hasrul
  • Scha Alyahya sebagai Maria
  • Faizul sebagai Mr Lim
  • Kak Ema sebagai Mak Yam

Lantana Camara, Adakah Ini Bunga Tahi Ayam Sebenar

Petang ni cuaca panas betul. Rasa macam pening kepala dibuat. On air cond bilik kejap bagi sejuk badan, barulah okay sikit. Bila cuaca panas ni teringat lah haritu masa dok kutip kelapa tua tu. Cuaca panas tapi tak berapa terik.

Berdekatan pokok kelapa gading, saya terpandang bunga lantana camara atau nama kampungnya orang panggil bunga tahi ayam. Adakah ini bunga tahi ayam sebenar? Atau ini bunga tahi ayam kampung dan bunga tahi ayam marigold tu versi bandar? 

hmm..Tidak lah saya ketahui jenis bunga tahi ayam yang sebetulnya. Kalau tahu, silalah tinggalkan komen ye. Kenapa disebut bunga tahi ayam tu sudah tentulah dari segi baunya. Bunga tahi ayam busuk seperti tahi ayam kononnya.

Lantana Camara Bunga Tahi Ayam

Pokok bunga tahi ayam/ Lantara Camara

Nama lain bunga tahi ayam dikenali dengan nama bunga pagar. Bunga tahi ayam in english apa ye? Nama saintifiknya, Lantana camara. Lantara Camara merupakan spesies tumbuhan berbunga dari keluarga verbena, Verbenaceae. Asalnya dari kawasan tropika Amerika.

Ia merupakan sejenis pokok renek yang berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu. Terdapat lebih kuran100 jenis lantana. 

Ketinggian pokoknya pula boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah mengikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim persekitan.

Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_tahi_ayam

Lantana Camara Bunga Tahi Ayam

Unik bunga tahi ayam ni. Dalam sekuntum bunga ada kuntum kuntum yang lain. Warna dan rupa paras cantik dah tapi sayang bau dia kurang menyenangkan pulak.

Baru baru saya terbaca di blog kak SK, bunga marigold boleh dimakan rupanya. Diamalkan untuk tujuan kesihatan. Alamak, saya tak pasti boleh telan ke tidak.  Tapi bunga bunga yang boleh dimakan tu sangat menarik dan cantik. Nak makan pun sayang tau.

Sebiji Buah Cempedak Bukan Di Luar Pagar

Sejak setahun dua ni tak pernah nampak lagi pokok cempedak tepi rumah kat kampung ni berbuah. Dulu bila tiba musim, meriah sungguh buahnya. Puas makan tu dah tentu. Makan sampai muak. Tak tahu sebab apa sekarang tak berbuah. Dahan dahan pun dah dipenuhi dengan pokok duit duit. Musim cempedak pun dah macam berakhir je.

Baru baru ni balik kampung, saya perasan ada sebiji buah cempedak di dahan. Bukan buah cempedak di luar pagar. Nampak elok buahnya belum dicemari musuh. Tapi sayang masih anak-anak lagi. Belum cukup matang dan masak untuk dijadikan cempedak goreng.

baca juga : 

Alahaiii tak ada rezeki nak merasa makan buah cempedak. Berapa lama buah cempedak masak sebenarnya ye? Inipun tak tahu bila lagi akan menjengah balik kampung. Agaknya bakal jadi rezeki makhluk lain. Tak serangga, burung. Takpun jatuh nanti jadi santapan haiwan lain pulak.



Setakat pernah merasa buah cempedak dari pokok yang satu ni, isi cempedak dia banyak dan manis. Buah cempedak pun ada pelbagai jenis. Ada buah cempedak madu yang tentunya lebih manis. Pernah dengar buah cempedak nangka? Cempedak kahwin dengan nangka. 

Baru-baru ni saya baru dengar buah cempedak champion di blog Kak Nohas. Buahnya lembut dan juicy katanya.

Kulit Cempedak Boleh Dimakan

Macam tak percaya bila dengar kulit cempedak boleh dimakan. Selain isi dan biji buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak juga boleh dimakan rupanya. Tak rugilah gitu kalau beli buah cempak tak banyak isi. Eh!

Bukanlah meminta buah cempedak tak banyak isi. Sekurang kurang tidaklah dibuang membazir begitu saja. Dikatakan kulit buah cempedak sedap rasanya lemak-lemak manis. Sedap dijadikan jeruk atau mandai. 

Nak tahu macamana dijeruk tu boleh baca jeruk mandai resipi mamacella dan digoreng dengan ikan bilis, cili dan bawang. Untuk versi resipi sambal goreng kulit cempedak, boleh ke dapur Kak Amie's Little Kitchen. 

Saya ada baca juga, katanya kulit cempedak sedap juga dimasak lemak. Nak tahu rasa kulit cempedak sedap ke tidak, kenelah cuba sendiri. Selera masing-masing berbeza.

Cerita pasal buah cempedak. Teringat satu tragedi. Beli buah cempedak dengan harga RM10 tak silap. Saiz buah  cempedak besar jugalah. Buka-buka je ada lah dalam 3 ulas macam tu. Hampa tahu! 

Dah lah tengah teringin nak makan cempedak goreng. Sudahya makan begitu saja lah. Tak berbaloi nak bancuh tepung dan goreng.

Harga buah cempedak sekarang dah lah bukan murah. Beli dah siap goreng pun RM2 dapat 4 ketul je. Awak rasa? 

Ada terbaca tips memilih buah cempedak yang elok dan banyak isi dari siraplimau. Bolehlah kita cuba nanti kalau nak membeli buah cempedak yang isinya banyak.

5 Cara pilih buah cempedak yang elok, manis dan isi banyak

1. Tengok 'MATA' kulit

Perhatikan pada kulitnya, kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang menandakan isi dalam buah cempedak tu banyak.

Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia je yang banyak.

2. Rasa 'KULIT' empuk

Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.

Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.

3. Kulit kekuningan, 'TANGKAI' warna coklat

Tengok pada warna kulitnya, cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuning dia nampak lebih dominan.

Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.

Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.

4. 'BAU' wangi

Sama seperti buah durian, cempedak akan berbau kuat dan wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.

Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!

5. Yang 'BERAT' lebih selamat

Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.

Tapi kena hati-hati sebab buah yang ringan mungkin tak berisi. Jadi, lebih selamat ambil yang berat dengan ciri-ciri seperti di atas. Kurang risiko sikit dapat isi yang kosong.

Sejauh mana kebenaranya, boleh cuba tips ni nanti kalau nak membeli buah cempedak. Taklah asyik kena scam je.


Hadiah Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel

Tengah duduk santai di beranda kat kampung, bunyi notification whatsapp. Seseorang bagi tracking number dan katanya parcel dah on the way. Kita pun, reply lah terima kasih. Hari Isnin, saya check lah tracking number. Kot kotlah parcel akan sampai.

Tapi tak! Membawa ke hari Selasa pulak, eh eh masih kura kura perjalanan dia. Benda dah sampai kat HUB POS Laju Domestik KLIA tapi masih tak bergerak. Kat situ jugak dia membeku. Tengok orang lain dah selamat dapat dah.

Pagi rabu saya check baru lah nak gerak 'parcel out for delivery'. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Datanglah abang pos laju courier. Macam biasa saya suruh dia letak atas tembok je.

Fuhhh...lega parcel dah selamat sampai. Bukan apa, malas nak menunggu. Sampai awal dapatlah kita buat kerja lain. Taklah ternanti-nanti. 

Walaupun dah tahu apa isi dalam parcel tu, tetap rasa excited jugak! Saya dapat hadiah Bath & Body Works PocketBac cleansing hand gel Peach Bellini dan Cucumber Melon. Serious comel Bath and Body Works PocketBac ni. 

Untuk pertama kalinya ada koleksi Bath & Body Works. Suka suka! 

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel

Bath & Body Works pocketbac cleansing hand gel ni adalah hand soaps & sanitizers. Didatangkan dalam saiz poket 1 fl oz / 29 mL untuk memudahkan kita bawa kemana saja di musim pandemik ni. Kebersihan diutamakan.

Pocket-friendly gitu. Diformulasi dengan 68% alcohol untuk melawan kuman dan mengandungi microbeads.

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel

PEACH BELLINI

Saya suka bauan sweet peach bellini ni. Kandungan bauan dia adalah dari buah peach, white apricot dan fresh mango.

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel Peach Bellini

Mengikut label produk, tahan 12 bulan selepas dibuka. 

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel Peach Bellini

CUCUMBER MELON

Gabungan dari cucumber, honeydew dan melon menghasilkan bau yang best jugak sebenarnya. Sejuk dan soothing macam aloe vera gel. 

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel Cucumber Melon

Label yang sama juga dibelakang.

Bath & Body Works PocketBac Cleansing Hand Gel Cucumber Melon

Selepas bau kedua-duanya, saya yakin untuk katakan yang kedua dua ni antara hand sanitizer bath and body works paling wangi. Rasanya semua pun wangi. Dahlah comel, bauan semua pun best best ikutkan dari label tu.

Bestnya pakai Bath & Body Works pocketbac cleansing hand gel ni. Wangi dia melekat sampai dah basuh tangan berkali kali pun wangi lagi bau dia.  Aduhaii..macamana tak jatuh cinta.

Hati berbunga bunga tau dapat hadiah ni dari budak comel Uyum dan Nina a.k.a KakRet sempena jadi top commentators bulan Ogos yang lepas. Bulan September 2021 birthday Uyum. Jadi,  Uyum dan Nina nak kongsi rezeki dengan semua top commentator. Hadiah juga dipilih sendiri oleh Uyum. Sweet of you lah Uyum. Pandai pilih hadiah eh.

Siapa tak kenal Uyum, maknanya belum cukup die hard fan blog Ako Tetap Ako ( anakomak6.blogspot.com) lagi tu. Nak jadi peminat Uyum kena datang hari hari rumah KakRet. Ada saja cerita pasal Uyum ni. Terhibur tau baca!

Hadiah Bath & Body Works pocketbac cleansing hand gel

Terima kasih Uyum dan KakRet kirimkan hadiah yang super duper comel dan sangat sangat best ni. Suka tau! Nak guna pun sayang. Guna sikit pun dah kemain wangi bau dia. 

Semoga KakRet, Uyum dan keluarga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Gembira selalu, diberikan kesihatan yang baik dan Allah permudahkan segala urusan. Aaaminnn....

Drama i-Tanggang Mother Of All Lies

i-Tanggang mother of all lies, sebuah drama premium terbaru Astro Originals. i-Tanggang episode 1 akan bersiaran mulai 13 September 2021, setiap isnin jam 9:00 malam eksklusif di Astro Citra saluran 108. Boleh juga tonton strim di On Demand dan Astro GO.

i-Tanggang adalah drama pertama Malaysia yang menampilkan tentang isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy lakonan Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Emma Sofea, Nadhir Nasar dan ramai lagi.

Drama i-Tanggang Mother Of All Lies Astro Citra

DRAMA i-TANGGANG MOTHER OF ALL LIES

Jumlah episod : 12
Tarikh tayangan : 13 September 2021
Waktu siaran : Isnin, 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Alak Idle, Rashidi Ishak
Produksi : KL Motion Pictures

SINOPSIS i-TANGGANG

Mengisahkan tentang Khalil Rayyan (Danish Hazriq) atau Khay seorang pesakit kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma ( Sherie Merlis), ibu kepada Khay merupakan seorang social media influencer, penulis buku dan penjual essential oil yang berjaya.

Pada hari majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman bahawa Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat memeranjatkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? 

Rahmat (Faizal Hussein), ayah kepada Khay dan Dr Nini (Sofia Jane), salah seorang bekas doktor Khay juga berasa keliru berita tersebut.

Rahmat dan Erma sudah lama berpisah. Sejak Rahmat memutuskan hubungan dan menghilang, Rahmat dan Khay sudah lama tidak berjumpa. Akhirnya mereka bertemu di majlis pelancaran buku Erma. 

Rahmat risau dia akan kehilangan Khay sekali lagi, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit pada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E @ Esra (Emma Sofea) dan CapeqRyder @Syafiq (Nadhir Nasar). 

Mereka kemudian berpakat untuk menubuhkan group chat bernama i-Tanggang.

PELAKON DAN WATAK

  • Sherie Merlis sebagai Erma
  • Faizal Hussein sebagai Rahmat
  • Danish Hazriq sebagai Khalil
  • Nadhir Nasar sebagai Syafiq
  • Emma Sofea sebagai Esra
  • Sofia Jane sebagai Dr Nini
  • Andy Teh sebagai Dr Norman
  • Aiman Badrul
  • Amanda Misbun
  • Yuyun Hikmah
  • Dato Rahim Razali
  • Rashid Salleh
  • Pushpa Narayan
  • Wan Raja
  • Emelda Rosemila
  • Zul Huzaimy
  • Nadine Eniahani
  • Syed Muhammad Baqir
  • Alessandra Alyssa
  • Haeriyanto Hassan
  • Azlan Komeng

Malaysian Ghost Stories Episod 9 : Langsuir

Malaysian ghost stories episod 9 menampilkan kisah tentang hantu langsuir lakonan Hanna Aqeela, Fezrul Khan, Razman Mahayuddin dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 9 Langsuir di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 9 Langsuir

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 9 : Langsuir
Waktu tayangan : 8 September 2021 (Rabu), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS LANGSUIR

Mengisahkan tentang seorang gadis yang telah diperkosa dan dibunuh beramai ramai oleh sekumpulan lelaki. Kemudian, dia telah menjelma menjadi langsuir dan membalas dendam kepada sekumpulan lelaki itu. Dalam pada masa yang sama, pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

PELAKON DAN WATAK

  • Hanna Aqeela sebagai Mira
  • Fezrul Khan sebagai Inspektor Muher
  • Razman Mahayuddin sebagai Kamala
  • Aiman Shuffle sebagai saiful
  • Habib Ghan sebagai Mansor
  • Mohamad Lokman Hakim sebagai Farid
  • Mohamad Adeeb Fahmi sebagai Yaacob
  • Mohamad Hanif Mohd Sabri sebagai Jaafar

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu