Responsive Ad Slot

Telefilem Genesis Cerekarama TV3

Telefilem Genesis, sebuah telefilem lakonan Aeril Zafrel, Tash Yong, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Azizah Mahzan dan ramai lagi akan ditayang semula pada Sabtu ini, 11 September 2021 jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3.

Tayangan pertama genesis cerekarama TV3 pada 1 Disember 2018 arahan Ahmad Mustadha terbitan Kuasatek Pictures Sdn Bhd. 

Telefilem Genesis Cerekarama TV3

TELEFILEM GENESIS

Waktu siaran : 11 September 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah: Ahmad Mustadha
Produksi : Kuasatek Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS TELEFILEM GENESIS

30 tahun lalu, Datuk Bakhtiar pernah bercinta dengan Zakiah. Akan tetapi apabila Zakiah didapati mengandung dan dia enggan menggugurkannya, Datuk Bakhtiar telah meninggalkannya dan terus menghilangkan diri.

Selepas 30 tahun berlalu, Datuk Bakhtiar yang kini seorang tokoh korporat yang berjaya membiarkan syarikatnya di uruskan oleh Amirul sebagai COO yang amat dipercayai kerana masing-masing banyak persamaan dari segi karektor dan disiplin kerja. 

Segala keputusan yang buat oleh Amirul sentiasa di persetujui Datuk Bakhtiar. Datuk Bakhtiar seorang duda yang sudah lama kematian isteri dan tidak mempunyai anak.

Cerita bermula ketika Datuk Bakhtiar dan Zakiah yang juga sudah lama kematian suami bertemu di sebuah resort Port Dickson. Dari pertemuan itu, bermulalah semula kisah lama antara mereka. 

Datuk Bakhtiar mendesak Zakiah untuk mengetahui anaknya yang di lahirkan dulu, samada lelaki atau perempuan.

PELAKON TELEFILEM GENESIS

  • Aeril Zafrel
  • Dato Jalaluddin Hassan
  • Aida Khalida
  • Azizah Mahzan
  • Miera Leyana
  • Tash Yong
  • Ayuna Yusof
  • Ahmad Idham

Sambungan Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Kenapa drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard tidak ditayangkan? Tiba-tiba senyap je sampai episod 10. Rupanya penggambaran  dihentikan seketika disebabkan PKP. Jadinya Kekasih Hati Mr. Bodyguard episod akhir pun belum sampai lagilah cerita dia.

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan bermula ditayangkan mulai episod 1 semula dan diteruskan sampai episod akhir. Bukan sambungan daripada episod yang terhenti sampai episod 10.

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard mula ditayangkan mulai 10 September 2021, rabu hingga sabtu jam 9:00 malam di slot lestary TV3.
 Sambungan Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard

DRAMA KEKASIH HATI MR. BODYGUARD

Jumlah episod : 20
Tarikh tayangan : 10 September 2021
Waktu siaran : Rabu–Sabtu, jam 9.00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Novel : Ateen Khali
Penulis skrip : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Creative Skill Solution

SINOPSIS KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Aralyn diminta oleh ayahnya untuk menjejaki Hadif, bekas pengawal peribadi bagi merungkai satu misi. Aralyn diragut dan ketika itulah dia bertemu Hadif tapi penampilan Hadif jauh daripada jangkaannya.

PELAKON DAN WATAK

  • Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
  • Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
  • Ungku Hariz sebagai Naim
  • Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
  • Lisdawati sebagai Puan Latifah
  • Shasha Abedul sebagai Najwa
  • Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
  • Putera Karl sebagai Umar
  • Ezzanie Jasny sebagai Lola
  • Munir sebagai Nizam
  • Ian Haziq
  • Zuhairi Ibrahim
  • Zarina Zainuddin, 
  • Lana Nordin
  • Sara Jasmin
  • Aishah Atan


Ayam Masak Black Pepper Campur Cendawan Shiitake Kering Simple

Minggu ni macam minggu rajin masak. Belum membeli makanan luar lagi kot minggu ni. Bagus lah kan? Selagi ada mood masak kita masakkan je lah. Jimat pun jimat ye tak?

Macam biasa, sebelum sampai rumah encik suami akan call dulu tanya nak makan apa nak masak apa. Senang dia plan nak singgah membeli barang atau beli makanan. Lama betul saya berfikir nak makan apa nak masak apa.

Hmm...otak tak jugak berjalan. Jalan lembap macam kura-kura jugak. 

Saya tanya semula, nak makan apa? Ayam yang isi tu ada lagi kan? Soalan dijawab dengan soalan juga. Masak ayam black pepper lah katanya. Okay setuju je lah sebab saya pun tak ada idea nak masak apa untuk makan malam hari Rabu haritu.

Laju saya keluarkan isi ayam bahagian dada yang dah diasingkan. Malas nak defrost guna microwave, saya rendamkan je guna kaedah thawing biasa sebab bahagian dada ayam ni kejap je dah lembut.

Kebetulan ada stok cendawan shiitake kering lebihan masak sizzling yee mee. Macam sedap pulak ayam black pepper campur cendawan shiitake. Kombinasi rasa yang sedap. Saya keluarkan dan rendam  dalam air bagi lembut. kemudian potong memanjang.

Resipi Ayam Masak Black Pepper Simple


Ayam black pepper campur cendawan shiitake simple

  • Isi ayam bahagian dada (potong memanjang tak nipis dan tak tebal sangat), basuh bersih. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak sikit dalam non stick pan dan masukkan ayam. Taburkan blackpepper siap siap.
  • Bila ayam dah separuh masak, masukkan hirisan bawang holland dan bawang putih. Nak pedas sikit, saya letakkan juga cili api hijau potong. Terbakar rasa pedas bila blackpepper dan cili api bergabung, meletop!
  • Agak agak bawang dah garing sikit, saya masukkan cendawan shiitake dan tambah air sikit untuk cendawan betul betul lembut.
  • Kemudian masukkan sos tiram lebih kurang 2 sudu dan kicap manis sikit lebih kurang 1 sudu. Kacau rata dan biarkan kering sikit baru angkat. 

Begitulah cara penyediaan secara ringkas resipi ayam black pepper campur cendawan shiitake simple, masak cara saya.  Mudah, cepat dan sedap. 

Buah Belimbing Buluh Yang Masih Anak Anak

Selamat pagi jumaat yang penuh berkat. Semoga terbuka segala pintu rezeki dan segala pintu kebaikan untuk kita semua serta dipermudahkan segala urusan. Aaaminn...

Seminggu berlalu terlalu cepat. Rasa macam baru je hari Isnin, sedar sedar dah jumaat dah. 

Haritu balik kampung, tengok lah pokok buah belimbing kot kot ada buah. Tapi buah belimbing masih anak anak lagi. Saiz belum cukup matang untuk dipetik. Kalau besar dan cukup matang dapatlah saya petik buat stok kat rumah.

Bila dah saiz begini masih anak anak dan bunga pun masih banyak lagi. Tak jadi lah nak petik. Cuma besar sikit tu boleh lah ambil. Tapi sudahnya nak balik tak terambil pulak.

Buah belimbing yang sedang tu memang masam menyengat. Tak sanggup haih nak gigit. Tapi ada sorang anak buah ni, dia makan buah belimbing macam makan buah yang manis je. Kita pulak yang buat muka berkerut kerut menahan rasa masam tu.

Buah Belimbing Buluh

Buah belimbing dari keluarga Oxalidaceae. Sejenis buah yang bermusim jugak. Datang musim buah belimbing meriah buahnya sampai jatuh jatuh kat tanah. Mak saya suka guna buah belimbing untuk hilangkan bau hanyir ikan sungai. 

Mak mentua saya macam jarang guna belimbing buluh ni. Terbiar sepi, biasanya saya lah yang akan ambil.

buah belimbing buluh


Dan macam macam lagi masakan. Belimbing buluh memang terkenal dalam masakan tradisional orang melayu. Kadang tu lebih suka gunakan belimbing buluh daripada asam keping. 

Nama Saintifik buah belimbing buluh, Averrhoa bilimbi. Di Malaysia kita panggil belimbing asam, belimbing buloh, b’ling atau billing-billing. Buah belimbing buluh in english cucumber tree atau tree sorrel India bilimbi.

  • Sri Lanka : bimbiri
  • Indonesia : belimbing besu, balimbing, blimbing, or blimbing wuluh 
  • Thailand : taling pling, or kaling pring 
  • Vietnam : khế tàu
Tempat awak panggil nama apa pulak?

sumber : https://herbsinfoblog.wordpress.com/2017/08/23/belimbing-buluh/

Hari ni 10 September 2021 warga Selangor, Kuala Lumpur dan WP Persekutuan dah boleh main rentas negeri tiga tiga ni tanpa sekatan. Jaga diri semua.

Malaysian Ghost Stories Episod 10 : Hantu Takde Kepala

Malaysian ghost stories episod 10 menampilkan kisah tentang hantu takde kepala lakonan Erry Putra, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 10 Hantu Takde Kepala atau dikenali dengan nama Hantu Janet di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 10 Hantu Takde Kepala

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES 

Episod 10 : Hantu Takde Kepala (Hantu Janet)
Waktu tayangan : 9 September 2021 (Khamis), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU TAKDE KEPALA

Mengisahkan tentang tradisi masyarakat lam dulu-dulu yang memotong kepala manusia untuk pemujaan dan ditanam di kawasan pembinaan sebagai tiang utama bangunan tersebut jadi lebih kukuh. Hantu takde kepala kemudian mengetuk pintu rumah mereka yang memotong kepalanya kerana mahukan kepalanya kembali.

PELAKON DAN WATAK

  • Ery Putra sebagai Azri
  • Hasnul Rahmat sebagai Nazreen
  • Khairul Anwar sebagai Rahim
  • Amir Ise sebagai Sufian
  • Eileen Yeo sebagai Janet
  • Syazwan sebagai Munir
  • Dollah Chantik sebagai Emcee
  • Muhammad Azim sebagi Junid
  • Syed sebagai Mahat
  • Daus sebagai Fahri


LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


Telefilem Racun Suami Jahanam

Racun suami jahanam, sebuah telefilem ulang siaran akan bersiaran pada Sabtu ini 11 September 2021, jam 9:00 di Astro Citra. Telefilem racun suami jahanam tayangan pertama kali pada 25 Januari 2020 tahun lepas.

Yang belum tengok lagi boleh tonton racun suami jahanam sabtu ni arahan Michael Ang.
 
Telefilem Racun Suami Jahanam Astro Citra

TELEFILEM RACUN SUAMI JAHANAM

Waktu siaran : 11 September 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra | Citra HD 
Penulis skrip : Amor Rizan
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden

SINOPSIS RACUN SUAMI JAHANAM

Suraya (Mimi Lana), seorang gadis gadis kampung yang tak berpelajaran tinggi dan naif. Dia telah dirisik oleh Hasrul (Riz Amin) seorang pemandu lori yang tidak pernah dikenalinya. Keluarga Suraya bersetuju untuk jodohkan mereka berdua demi masa depan Suraya.

Suraya dan Hasrul berpindah ke bandar di rumah Hasrul. Kebahagiaan yang Suraya harapkan tapi sebaliknya berlaku. Satu hari Hasrul belikan Suraya baju seksi dan mengajak Suraya pergi ke kelab malam. 

Dia memaksa Suraya menjadi pelayan di kelab. Sementara itu Hasrul leka melayan ketagihan benda yang menghayalkan. Mulai saat itu, hidup Suraya jadi gelap. Dia terpaksa menurut sahaja apa yang disuruh oleh Hasrul termasuklah melayan lelaki lain.

Suraya berkenalan dengan Maria, seorang gadis yang juga bekerja di kelab dan tinggal berdekatan dengan rumahnya. Maria ingin membantu Suraya keluar dari kehidupan gelap itu. Satu hari Suraya bertemu dengan Rizal disebabkan satu insiden. Sejak itu, Rizal mula sukakan Suraya.

Rizal juga ingin bantu Suraya keluar dari genggaman Hasrul. Apakah yang akan terjadi pada Suraya? Berjaya atau tidak Suraya keluar dari kehidupan yang gelap itu?

PELAKON DAN WATAK

  • Ben Amir sebagai Rizal
  • Mimi Lana sebagai Suraya
  • Riz Amin sebagai Hasrul
  • Scha Alyahya sebagai Maria
  • Faizul sebagai Mr Lim
  • Kak Ema sebagai Mak Yam

Lantana Camara, Adakah Ini Bunga Tahi Ayam Sebenar

Petang ni cuaca panas betul. Rasa macam pening kepala dibuat. On air cond bilik kejap bagi sejuk badan, barulah okay sikit. Bila cuaca panas ni teringat lah haritu masa dok kutip kelapa tua tu. Cuaca panas tapi tak berapa terik.

Berdekatan pokok kelapa gading, saya terpandang bunga lantana camara atau nama kampungnya orang panggil bunga tahi ayam. Adakah ini bunga tahi ayam sebenar? Atau ini bunga tahi ayam kampung dan bunga tahi ayam marigold tu versi bandar? 

hmm..Tidak lah saya ketahui jenis bunga tahi ayam yang sebetulnya. Kalau tahu, silalah tinggalkan komen ye. Kenapa disebut bunga tahi ayam tu sudah tentulah dari segi baunya. Bunga tahi ayam busuk seperti tahi ayam kononnya.

Lantana Camara Bunga Tahi Ayam

Pokok bunga tahi ayam/ Lantara Camara

Nama lain bunga tahi ayam dikenali dengan nama bunga pagar. Bunga tahi ayam in english apa ye? Nama saintifiknya, Lantana camara. Lantara Camara merupakan spesies tumbuhan berbunga dari keluarga verbena, Verbenaceae. Asalnya dari kawasan tropika Amerika.

Ia merupakan sejenis pokok renek yang berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu. Terdapat lebih kuran100 jenis lantana. 

Ketinggian pokoknya pula boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah mengikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim persekitan.

Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_tahi_ayam

Lantana Camara Bunga Tahi Ayam

Unik bunga tahi ayam ni. Dalam sekuntum bunga ada kuntum kuntum yang lain. Warna dan rupa paras cantik dah tapi sayang bau dia kurang menyenangkan pulak.

Baru baru saya terbaca di blog kak SK, bunga marigold boleh dimakan rupanya. Diamalkan untuk tujuan kesihatan. Alamak, saya tak pasti boleh telan ke tidak.  Tapi bunga bunga yang boleh dimakan tu sangat menarik dan cantik. Nak makan pun sayang tau.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu