Responsive Ad Slot

Malaysian Ghost Stories Episod 11 : Hantu Jepun

Malaysian ghost stories episod 11 menampilkan kisah tentang hantu jepun lakonan Fezrul Khan, Izzy Reef, Arman Dezra, Syamim Razii, Aliff Idham, Zaki Yamani dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 11 Hantu Jepun di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 11 Hantu Jepun

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episod 11 : Hantu Jepun
Waktu tayangan : 13 September 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Srikandi Emma, Sri Dewi
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU JEPUN

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang berkumpul di sebuah kem untuk aktiviti tambahan sekolah mereka. Mereka telah diganggu dengan kemunculan askar Jepun apabila salah seorang daripada mereka melanggar pantang larang tempat tersebut.

PELAKON DAN WATAK

  • Fezrul Khan sebagai Cikgu Azim
  • Izzy Reef sebagai Zahid
  • Armand Ezra sebagai Farid
  • Syamim Razi sebagai Shah
  • Aliff Idham sebagai Kamal
  • Zaki Yamani sebagai Airil

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


Cili Padi Thai Super Pedas Buat sambal Gesek

Nak buat sambal gesek versi kisar, saya akan gunakan cili merah yang pedas tu. Cili padi Thai super pedas katanya. Cili padi Thai ni memang sesuai sangat buat sambal gesek. Guna cili lain macam kurang menjadi je. Ke ada cili lain yang pedas juga?

Untuk masakan lauk pauk, saya lebih gemar guna cili api/padi kampung lebih sedap dan terasa tradisionalnya. Pernah beli cili akar tapi rasa maung dan tak pedas pun. Cili padi akar Thailand tu pedas tak?

Cili padi Thai bukan biasa biasa pedas dia. Super pedas! Siapa tak tahan makan pedas memang tak digalakkan makan. Berdesing telinga kalau tergigit cili thai walaupun sepotong cuma. Biasa jumpa dalam nasi goreng beli kat kedai tu. 

Kalau beli nasi goreng cili padi, tudia bertaburan cili potong dia bagi. Selain tu, biasa jumpa dalam tomyam kalau mintak pedas. Kedai makan memang biasa guna cili padi Thai ni.  Memang sesuai sangat lah untuk masakan tomyam ke nasi goreng cili padi Thai ke kan.

Cili Merah Super Pedas

Biasanya saya akan beli sekali banyak untuk buat stok sambal. Tak banyak sangat pun. Dapat dalam 3 bekas botol kaca comel tu je.

Harga cili padi Thailand ni boleh tahan juga harganya kan. Cili api kampung pun dah mahal sekarang. Semua harga barang dah naik. Takde satu pun yang menurun harga.

Sambal Gesek

Kali ni buat stok sambal banyak sikit. Dapatlah 6 bekas separuh. Eh jangan terkejut! Semua ni bukan saya punya sorang. Buat sekali untuk kakak ipar dan 2 orang anak buah yang nak jugak. Dari Negeri Sembilan merentas negeri ke Selangor.

baca juga : resipi sambal gesek versi kisar

Encik suami hari hari rentas negeri Selangor dapatlah kirimkan juga. Kebetulan dekat dapatlah juga bagi. Berkongsi rezeki. 

Telefilem Kasih Tau Foo Fah Cerekarama TV3

Kasih Tau Foo Fah, sebuah telefilem khas sempena Hari Malaysia akan diulang siar pada hari Sabtu, 18 September 2021 di Slot Cerekarama TV3. Cerekarama Kasih Tau Foo Fah ni tayangan pertama pada 19 September 2020 tahun lepas.

Telefilem Kasih Tau Foo Fah dibintangi pelakon kanak-kanak Mior Darwish bersama Michael Ang, Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Telefilem Kasih Tau Foo Fah Cerekarama TV3

TELEFILEM KASIH TAU FOO FAH

Waktu siaran : 19 September 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Ellyna Ahmad
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Eleven Field Creative Sdn Bhd

SINOPSIS KASIH TAU FOO FAH

Berkisahkan tentang Anis (Sharifah Sakinah) seorang wanita yang menjadi mangsa dalam sebuah rumahtangga sejak berkahwin dengan Ramlan ( Pekin Ibrahim) seorang kaki judi. Anis terpaksa membawa anaknya Fitri (Mior Darwish) lari dari rumah mereka kerana dikejar samseng yang menuntut hutang suaminya Ramlan.

Atas desakan hidup dan keselamatan Fitri, Anis terpaksa meninggalkan Fitri di jalanan berbumbungkan kotak kotak sampah sebagai perlindungan. Sejak itu dia terpisah dengan anaknya sehinggalah ditemui oleh Ah Leong (Michael Ang) seorang penjual tau foo fah.

Kerana simpati Ah Leong menjaga Fitri dan kerana sayang dia ambil keputusan untuk menjadikan Fitri sebagai anak angkat. Banyak cabaran yang dilalui Ah Leong untuk mengambil Fitri sebagai anak angkat.  

PELAKON DAN WATAK

  • Michael Ang sebagai Ah Leong
  • Mior Darwish sebagai Fitri
  • Sharifah Sakinah sebagai Anis
  • Pekin Ibrahim sebagai Ramlan
  • Shukri Yahaya sebagai Fitri dewasa
  • Sharifah Shahora
  • Jimmy Choong
  • Phoebe Tan

LAGU TEMA OST KASIH TAU FOO FAH

Lagu: Sunyi
Penyanyi: Farred Zane 
Melodi/Lirik : Farred Zane 

Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan. Ada Daun Kunyit & Pucuk Ubi Pun Jadi!

Jangan terkejut entri sambal tempoyak daun kayu menjelma lagi. Baru minggu lepas makan sambal tempoyak daun kayu. Ini makan lagi. Rezeki namanya.  Nak dijadikan cerita, encik suami beli pucuk paku dan pucuk ubi sekali kat peniaga tepi jalan tu.

Seikat pucuk paku RM2 ke RM3 macam tu. Murah kan. Pucuk ubi pun memang betul betul pucuk ubi bukan daun ubi yang keras macam saya pernah beli dulu. Dahlah keras, mahal pulak tu. Pucuknya ada berapa kerat je. 

Alang-alang ada stok tempoyak dan santan segar mak bagi dalam peti ais, why not kita buat sambal daun kayu. Haritu macam tak puas makan pulak. Benda sikit memang sedap, kan?

Tapi takkan nak letak pucuk ubi dan tempoyak je? Daun kunyit, petai tak ada pulak. Terpaksalah suami keluar membeli.

Beli petai pulak kena scam dengan adik jual petai tu. Petai tu kulit dia dah hitam hitam tapi dalam tu elok lagi bang katanya. Encik suami ajuk semula apa adik tu cakap. 

Sekali tengok tengok isi cenonet dengan pakej berulat satu papan. Ulat kecil pulak tu. Mujurlah yang lain tu masih okay lagi. Dapatlah sikit. Jadilah dari tak ada.

Saja nak cuba masak cara mak mentua. Call tanya sukatan itu ini dan cara nak buat.

Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan

Mudah je nak buat sambal tempoyak daun kayu negeri sembilan ni. Kisar kunyit dan cili api, masukkan dalam kuali bersama santan. Didihkan, masukkan tempoyak, ikan bilis (saya tumbuk kasar) dan garam. Bila dah mendidih masukkan segala jenis daun yang dah dihiris halus, petai dan juga serai diracik dan ditumbuk kasar.

Kacau sebati semua, biarkan masak je. Rasa dulu dan adjust ikut selera masing-masing. Macam tu lah cara masak sambal tempoyak daun kayu negeri sembilan. Ada daun kunyit dan pucuk ubi pun menjadi jugak sambal daun kayu saya ni.

Kali ni buat pedas dan pekat sikit. Baru ngam dengan selera. Encik suami pun berselera makan. Bersudu sudu mencedok makan malam tadi.

Harini nak makan tinggal panaskan je. Konon pagi ni nak keluar awal. Tapi subuh tadi hujan lebat turun mencurah curah, auto cancel nak keluar. Tempat awak hujan tak?


Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Lama betul tak makan sayur pucuk paku. Zaman sekarang agak susah ye nak jumpa sayur pucuk paku ni di bandar. Kenalah mencari di pasar besar, pasar tani atau pasar malam yang ada jual sayur-sayur kampung dan barang basah.

Sejak duduk sini, tak pernah lagi jejak pasar besar. Percaya tak? Silalah percaya ya. Ianya benar belaka.  Pasar tani pagi pun setakat pergi kat Kuala Pilah je. Itupun sekali dua.

Semuanya membeli di pasaraya je. Sayur sayur kampung yang rare memang kuranglah jumpa. Kadang ada juga yang jual sayur-sayur tepi jalan juga. 

Punyalah lama teringin makan pucuk paku. Akhirnya dapat juga pucuk paku yang diidamkan. Encik suami beli tepi jalan berdekatan dengan Family Store Sikamat tu. 

Dekat bawah pokok tu biasanya perasan ada orang jual sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, petai dan apa entah lagi tak ingat pulak. Kejap ada kejap tidak, macam chipsmore dah orang berniaga.

Encik suami beli pucuk paku pun dah buat rasa bahagia dah. Dia nampak orang jual terus dia beli sebab teringat saya dok mencari pucuk paku. 

Perempuan ni kalau dapat makanan yang dia suka, bahagia senyum sampai telinga. Bukan susah pun nak buat perempuan rasa bahagia, kan?

Bukan 1 dibelinya, beli 2 ikat. Ini betul betul nak kita kenyang makan pucuk paku je ni. Dapatlah saya masak separuh ikat untuk lauk makan malam tadi. Yang lain tu buat stok. 

Nampaknya 2-3 hari ni sayur pucuk paku je lah ye. Dapat pulak tu sayur pucuk paku yang fresh. Lagilah sedap oiii...Lebih tu kita ratah begitu saja.

Resipi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Resipi sayur pucuk paku masak lemak cili api

Bahan-bahan
Pucuk paku
cili api
kunyit hidup
santan
air secukupnya
garam

Cara penyediaan
  • Kisar cili api dan kunyit hidup, kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk/kuali bersama santan dan air secukupnya. Buka api perlahan. Sesekali kacau supaya santan tak pecah minyak.
  • Bila dah mendidih, masukkan pucuk paku dan masukkan garam. Kacau rata. Biarkan pucuk paku masak seketika. 

Biasanya saya tak masak lama untuk kekalkan kerangupan pucuk paku. Tak nak layu sangat. Ada orang suka masak letak udang kering dan ikan bilis sekali. Saya kadang letak kadang tak. Ikut selera nak makan macam mana. 

Saya masak ikut resepi masak lemak cili api pucuk paku negeri sembilan guna cili api dan kunyit hidup je. Mudah dah ringkas, bawang pun nan hado. Rasa masak lemak cili api asli gitu. Saya guna santan segar yang mak bagi haritu. Kena gunakan cepat cepat takut nanti tak sedap pulak bila tersimpan lama.

Buah Mangga Lemak Muda Rangup Dan Tak Masam

Stok buah dah habis. Nak beli buah apa ek? Selepas habis fikir, rasa macam nak makan buah mangga lemak lah. Boleh tahan lama sikit. So pesan kat encik suami beli buah mangga lemak muda je lah. 

Sebelum ni pernah beli kat sorang kakak tu tapi dah berkali tanya stok tak ada. Kita pun malaslah nak tanya lagi kan. Malas pulak nak beli jeruk mangga asam boi yang dah siap potong tu. 

Nak jimat baik beli buah je sebab dah ada stok serbuk asam boi homemade 2 bekas beli haritu. Ada serbuk asam boi dan serbuk asam boi pedas lagi. Pilih je nak yang mana.

baca juga : resipi jeruk mangga asam boi

Encik suami beli buah mangga lemak muda 3 biji dan 1 biji buah jambu batu dengan harga RM12 untuk semua. Murah ke mahal? Pada saya kira murah lah jika nak dibandingkan dengan beli 2 bekas jeruk mangga tu. 

Buah Mangga Lemak Muda Buah hijau

Tapi bila stok buah mangga lemak tak ada, kenalah beli dalam bekas  dah siap potong tu kalau teringin sangat. Saya suka buah mangga lemak ni sebab tak masam lansung dan semestinya rangup! Saya jenis kurang suka mangga manis sangat atau terlebih masak lembik macam tu. 

Jenis buah mangga lemak ni nampak je hijau muda tapi tak masam. Dipanggil mangga lemak sebab rasa dia yang agak berlemak. Bila makan tu hujung hujung tu adalah rasa masam sikit. Tapi taklah masam menyengit. Light light je lah.

Sedap tau kalau buat kerabu mangga. Rangup dan berlemak. 3 biji ni saya makan sorang je. Lepas beli terus potong siap siap masuk bekas. Kalau lambat potong dia masak pulak. Kalau tak suka makan muda, makan masak pun sedap.

Tapi sebab saya suka muda dan rangup makan dengan asam boi, kenalah potong siap siap letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Mudah nak makan dijadikan snack.

Encik suami beli buah mangga lemak di gerai Buah Hijau Seremban Gateway. Alang alang balik keluar tol lalu situ terus singgah beli. Banyak betul stok buah-buahan yang ada. Dari buah local sampailah buah import. 

Sebab kita suka, kita promote sekalilah. Kot ada yang mencari pembekal mangga lemak manis bolehlah beli kat sini. Harga pun berpatutan. Boleh terjah facebook Buah Hijau.

BUAH HIJAU

RASAH KEMAYAN

21 Jalan RK 5/5, Rasah Kemayan, Seremban 2 (Lot kedai baru sederet Speedmart)
Waktu Operasi : Setiap hari dari 9 pagi - 8 malam.

SEREMBAN GATEWAY

Ground Floor (Depan Celcom)
Waktu Operasi : Setiap hari dari 10 pagi - 8 malam

Bunga Ketup Ketup Yang Cantik

Sambil jalan jalan sekitar rumah kampung suami, mata pun meliar melihat apa yang menarik untuk digambarkan. Tertarik dengan bunga berwarna oren kuning yang cantik. Pokoknya agak rendang. Bentuk daunnya bujur.

Kalau ditanya bunga apa memang saya tak tahu lah. Lepas tu saya google terjumpalah nama bunga ketup ketup. Nak tengok gambar penuh pokok ketup ketup macamana kenalah tengok bunga ketup ketup di kebun wak warisan petani.

Pokok wak warisan petani tu lebat bunganya serta daunnya. Rimbun betul. Yang pokok rumah mak mentua saya ni tak berapa nak rimbun daunnya. Bunganya pun tak berapa nak ada. Ada lah dalam beberapa kuntum je.

Pokok ketup-ketup

Pokok ketup ketup dikenali juga dengan nama pokok bunga bauhinia kockiana. Jenis pokok bunga menjalar tahan panas dan wangi. Lupa pulak bau dia macamana.

Bunga Ketup Ketup

Pokok bunga ketup ketup ni bunga menjalar untuk pagar. Selalu nampak orang tanam dipagar. Bila rimbun dengan bunga dan daun tu memang nampak cantik dengan pokok dia yang rendang.

Mulanya saya ingatkan bunga ni bentuk rama-rama. Macam cantik pulak bentuknya kan. Rupanya ada satu kelopak dia gugur. Ada 5 kelopak sepatutnya.

Bunga Ketup Ketup- Bauhinia kockiana

Weekend ni mesti ramai ramai pergi bercuti. Banyak negeri dah masuk fasa 2 dan fasa 3 melainkan Johor dan Kedah masih fasa 1. Bertabahlah...
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu