Responsive Ad Slot

Karipap Gorgon Ala Karipap IKEA

Kisah semalam encik suami balik awal selepas menjadi bapa peri, gelaran anak buah bagi sebab jadi runner hantar sambal gesek yang baru saya buat. Manakala saya diberi gelaran ibu peri sebab siapkan bekal macam-macam untuk dia. Hahaha..gelak besar kami!

Almaklumlah jauh dari family di Johor. Kita yang dekat sikit kebetulan suami boleh merentas dapatlah hantar. Sebut pasal ibu peri, teringat cerita sinetron bawang putih bawang merah ada ibu peri tu. Gigih ye tengok drama tu zaman study dulu. Beratus episod pun layan tengok. 

Sehari sebelum tu, kenalan encik suami yang saya kenal juga ada bagi se pek karipap Gorgon. Sambil berpesan "bagi Fiza katanya". Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.

Bila suami balik awal semalam, kita pun sediakan minum petang. Gorengkan je karipap gorgon ni. Tak tahulah kenapa diberi nama gorgon. Awak tahu tak?

Gorgon

Mengikut dewan bahasa dan pustaka, gorgon ni maksudnya perempuan yang menggerunkan. Ehhh macam tak kena rupa dan maksudnya tu.

Saya cari lagi dalam carian google. Katanya gorgon ni gergasi atau besar. 

Karipap Gorgon Ala Karipap IKEA

Ada variasi tona warna karipap. Ada elok gorengannya, ada tergelap sikit. Tengah ralit buat kerja lain. Tahu tahu dah gitu jadi warnanya. Mujur tak hangus rentung.

Pertama kali saya makan karipap gorgon. Bila rasa untuk pertama kalinya terus saya teringat karipap IKEA. Ehhh sebijiklah rasa karipap IKEA tu. Pengubat rindu nak makan karipap IKEA. Rindu karipap ke rindu nak shopping IKEA? Hehe...

Serious sama dari segi rupa, tekstur dan rasa dia. Saiz karipap besar, tekstur kulit yang rapuh dan lembut dengan inti yang sedap ada telur rebus. Boleh dijadikan stok karipap IKEA frozen ni. Dapat karipap gorgon ni pun jadilah kan.

Saya tak pastilah harga karipap gorgon ni berapa RM sebab orang yang bagi kan. Dalam 1 pek ni ada 10 biji karipap gorgon.

Karipap Gorgon Ala Karipap IKEA

Karipap gorgon HQ terletak di Shah Alam. Untuk pembelian boleh contact nombor yang tertera di pek karipap gorgon di bawah. Mungkin juga ada agent agent jualan di seluruh negeri.

Sepiring Tumisan Sayur Pucuk Paku

Tak ada idea nak masak apa tengahari semalam. Rasa macam nak panaskan sambal tempoyak daun kayu je. Lepas tu masak tumis pucuk paku sikit. Sepiring jadilah sebab nak makan sorang je pun.

Bila masak dalam portion kecil ni, saya lebih suka tumbuk bahan tumis. Tumbuk cili api, seulas bawang putih, sebiji bawang rose dan ikan bilis sikit. Tumbuk kasar je tak perlu lumat. 

Panaskan minyak sikit dan tumis bahan tumbuk. Tumisan menyengat betul guna cili api ni. Menyengit hidung sampai terbersin. Berjangkit dengan jiran terbersin sama. Hahaha...Maafkan saya, wahai jiran- jiran.  

Letak garam sikit dan masukkan pucuk paku, Gaul rata bagi layu sikit dah siap. Layu sikit je, jangan layu sangat nanti tak rangup. Saya suka makan sayur rangup, baru sedap! Simple je tumisan sayur pucuk paku.

Sepiring comel ini pun dah terlebih cukup makan sorang. Nasi habis kita ratahkan je. Beberapa hari lepas dah masak sayur pucuk laku masak lemak cili api. Kali ni masak tumis je lah. Mudah, cepat dan mudah.

Sepiring Tumisan Sayur Pucuk Paku


Aneka resipi pucuk ubi

  • pucuk paku tumis campur kerang
  • pucuk paku masak belacan
  • pucuk paku goreng taucu
  • pucuk paku goreng udang kering
  • sayur tumis pucuk paku
  • resepi pucuk paku tumis air
  • pucuk paku goreng kicap

Mana satu masakan lauk sayur pucuk paku paling favourite?

Malam Malam Pekena Samyang Hot Chicken Ramen Cheese

Cerita malam semalam. Cuti masuk office oil & gas (baca : dapur) sebab ada beli samyang hot chicken ramen cup. Sesekali kita makan samyang hot chicken ramen cup tak payah nak beria masak bukak api dapur. 

How to make samyang hot chicken ramen

Masak air, curah dalam cup sampai ramen kembang. Tapis, kemudian masukkan rencah dalam pek yang disediakan tu. Gaul rata dan ngap! 

Semudah itu je nak sediakan makan malam semalam. 

samyang hot chicken ramen cheese review

Bila dengar samyang ni kita dah terbayangkan rasa pedas menyengat dia. Sedangkan tuang sos dia pun dah menyengit bau kat hidung ni. Memandangkan dah tahu rasa pedas menggila tu, saya tak tuang habis sos merah pedas tu. Tuang 3/4 je daripada 1 pek tu.

Ikut rasa teringin, saya nak rasa samyang pek warna pink tu. Tapi tak ada pulak katanya. Belilah jelah samyang hot chicken ramen cheese je pek kuning. Taknak yang pek hitam tu sebab pedas. Yang 2X pedas tu memang taklah nak beli. Azab weiii nak habiskan.

Inipun beli sebab teringin makan samyang pedas. Macam lama tak makan maggi, kira lulus lah nak makan malam semalam. 

Samyang hot chicken ramen cheese

Disebabkan saya letak 3/4 je sos pedas tu jadi kuranglah pedas sikit. Campur dengan cheese powder lagi mengurangkan tahap  kepedasan tu. Kira pedas yang okay untuk menikmati samyang pedas ni. Untuk feel lagi cheese, saya letak sekeping slice cheese. 

Gaulkan sekali masa ramen tengah panas tu. Dapat bayangkan cheese tarik tu. Tapi bila sejuk of courselah dia berketul ketul sikit. Kalau ditambah extra cebisan seaweed tu mesti lagi sedap kot. 

Samyang Hot Chicken Ramen Cheese Review

Eh, kejap. Kartun anak ayam tu gelakkan kita ke ek? Kelakar eh kita kepedasan? Cuba jawab sikit. 

Nak tanya jugak. Dalam banyak banyak flavor samyang, mana satu favourite awak?


Malaysian Ghost Stories Episod 11 : Hantu Jepun

Malaysian ghost stories episod 11 menampilkan kisah tentang hantu jepun lakonan Fezrul Khan, Izzy Reef, Arman Dezra, Syamim Razii, Aliff Idham, Zaki Yamani dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 11 Hantu Jepun di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 11 Hantu Jepun

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episod 11 : Hantu Jepun
Waktu tayangan : 13 September 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Srikandi Emma, Sri Dewi
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU JEPUN

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang berkumpul di sebuah kem untuk aktiviti tambahan sekolah mereka. Mereka telah diganggu dengan kemunculan askar Jepun apabila salah seorang daripada mereka melanggar pantang larang tempat tersebut.

PELAKON DAN WATAK

  • Fezrul Khan sebagai Cikgu Azim
  • Izzy Reef sebagai Zahid
  • Armand Ezra sebagai Farid
  • Syamim Razi sebagai Shah
  • Aliff Idham sebagai Kamal
  • Zaki Yamani sebagai Airil

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


Cili Padi Thai Super Pedas Buat sambal Gesek

Nak buat sambal gesek versi kisar, saya akan gunakan cili merah yang pedas tu. Cili padi Thai super pedas katanya. Cili padi Thai ni memang sesuai sangat buat sambal gesek. Guna cili lain macam kurang menjadi je. Ke ada cili lain yang pedas juga?

Untuk masakan lauk pauk, saya lebih gemar guna cili api/padi kampung lebih sedap dan terasa tradisionalnya. Pernah beli cili akar tapi rasa maung dan tak pedas pun. Cili padi akar Thailand tu pedas tak?

Cili padi Thai bukan biasa biasa pedas dia. Super pedas! Siapa tak tahan makan pedas memang tak digalakkan makan. Berdesing telinga kalau tergigit cili thai walaupun sepotong cuma. Biasa jumpa dalam nasi goreng beli kat kedai tu. 

Kalau beli nasi goreng cili padi, tudia bertaburan cili potong dia bagi. Selain tu, biasa jumpa dalam tomyam kalau mintak pedas. Kedai makan memang biasa guna cili padi Thai ni.  Memang sesuai sangat lah untuk masakan tomyam ke nasi goreng cili padi Thai ke kan.

Cili Merah Super Pedas

Biasanya saya akan beli sekali banyak untuk buat stok sambal. Tak banyak sangat pun. Dapat dalam 3 bekas botol kaca comel tu je.

Harga cili padi Thailand ni boleh tahan juga harganya kan. Cili api kampung pun dah mahal sekarang. Semua harga barang dah naik. Takde satu pun yang menurun harga.

Sambal Gesek

Kali ni buat stok sambal banyak sikit. Dapatlah 6 bekas separuh. Eh jangan terkejut! Semua ni bukan saya punya sorang. Buat sekali untuk kakak ipar dan 2 orang anak buah yang nak jugak. Dari Negeri Sembilan merentas negeri ke Selangor.

baca juga : resipi sambal gesek versi kisar

Encik suami hari hari rentas negeri Selangor dapatlah kirimkan juga. Kebetulan dekat dapatlah juga bagi. Berkongsi rezeki. 

Telefilem Kasih Tau Foo Fah Cerekarama TV3

Kasih Tau Foo Fah, sebuah telefilem khas sempena Hari Malaysia akan diulang siar pada hari Sabtu, 18 September 2021 di Slot Cerekarama TV3. Cerekarama Kasih Tau Foo Fah ni tayangan pertama pada 19 September 2020 tahun lepas.

Telefilem Kasih Tau Foo Fah dibintangi pelakon kanak-kanak Mior Darwish bersama Michael Ang, Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Telefilem Kasih Tau Foo Fah Cerekarama TV3

TELEFILEM KASIH TAU FOO FAH

Waktu siaran : 19 September 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Ellyna Ahmad
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Eleven Field Creative Sdn Bhd

SINOPSIS KASIH TAU FOO FAH

Berkisahkan tentang Anis (Sharifah Sakinah) seorang wanita yang menjadi mangsa dalam sebuah rumahtangga sejak berkahwin dengan Ramlan ( Pekin Ibrahim) seorang kaki judi. Anis terpaksa membawa anaknya Fitri (Mior Darwish) lari dari rumah mereka kerana dikejar samseng yang menuntut hutang suaminya Ramlan.

Atas desakan hidup dan keselamatan Fitri, Anis terpaksa meninggalkan Fitri di jalanan berbumbungkan kotak kotak sampah sebagai perlindungan. Sejak itu dia terpisah dengan anaknya sehinggalah ditemui oleh Ah Leong (Michael Ang) seorang penjual tau foo fah.

Kerana simpati Ah Leong menjaga Fitri dan kerana sayang dia ambil keputusan untuk menjadikan Fitri sebagai anak angkat. Banyak cabaran yang dilalui Ah Leong untuk mengambil Fitri sebagai anak angkat.  

PELAKON DAN WATAK

  • Michael Ang sebagai Ah Leong
  • Mior Darwish sebagai Fitri
  • Sharifah Sakinah sebagai Anis
  • Pekin Ibrahim sebagai Ramlan
  • Shukri Yahaya sebagai Fitri dewasa
  • Sharifah Shahora
  • Jimmy Choong
  • Phoebe Tan

LAGU TEMA OST KASIH TAU FOO FAH

Lagu: Sunyi
Penyanyi: Farred Zane 
Melodi/Lirik : Farred Zane 

Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan. Ada Daun Kunyit & Pucuk Ubi Pun Jadi!

Jangan terkejut entri sambal tempoyak daun kayu menjelma lagi. Baru minggu lepas makan sambal tempoyak daun kayu. Ini makan lagi. Rezeki namanya.  Nak dijadikan cerita, encik suami beli pucuk paku dan pucuk ubi sekali kat peniaga tepi jalan tu.

Seikat pucuk paku RM2 ke RM3 macam tu. Murah kan. Pucuk ubi pun memang betul betul pucuk ubi bukan daun ubi yang keras macam saya pernah beli dulu. Dahlah keras, mahal pulak tu. Pucuknya ada berapa kerat je. 

Alang-alang ada stok tempoyak dan santan segar mak bagi dalam peti ais, why not kita buat sambal daun kayu. Haritu macam tak puas makan pulak. Benda sikit memang sedap, kan?

Tapi takkan nak letak pucuk ubi dan tempoyak je? Daun kunyit, petai tak ada pulak. Terpaksalah suami keluar membeli.

Beli petai pulak kena scam dengan adik jual petai tu. Petai tu kulit dia dah hitam hitam tapi dalam tu elok lagi bang katanya. Encik suami ajuk semula apa adik tu cakap. 

Sekali tengok tengok isi cenonet dengan pakej berulat satu papan. Ulat kecil pulak tu. Mujurlah yang lain tu masih okay lagi. Dapatlah sikit. Jadilah dari tak ada.

Saja nak cuba masak cara mak mentua. Call tanya sukatan itu ini dan cara nak buat.

Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan

Mudah je nak buat sambal tempoyak daun kayu negeri sembilan ni. Kisar kunyit dan cili api, masukkan dalam kuali bersama santan. Didihkan, masukkan tempoyak, ikan bilis (saya tumbuk kasar) dan garam. Bila dah mendidih masukkan segala jenis daun yang dah dihiris halus, petai dan juga serai diracik dan ditumbuk kasar.

Kacau sebati semua, biarkan masak je. Rasa dulu dan adjust ikut selera masing-masing. Macam tu lah cara masak sambal tempoyak daun kayu negeri sembilan. Ada daun kunyit dan pucuk ubi pun menjadi jugak sambal daun kayu saya ni.

Kali ni buat pedas dan pekat sikit. Baru ngam dengan selera. Encik suami pun berselera makan. Bersudu sudu mencedok makan malam tadi.

Harini nak makan tinggal panaskan je. Konon pagi ni nak keluar awal. Tapi subuh tadi hujan lebat turun mencurah curah, auto cancel nak keluar. Tempat awak hujan tak?


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu