Responsive Ad Slot

Accesories Rambut MR.DIY, Nak 1 je Tapi TERbeli lebih

Perempuan kalau dia dah masuk MR.DIY, dari nak beli satu barang jadi berbarang-barang dia angkut. Kan? Termasuklah yang bercakap ni. Eh, menaip.

Pantang dapat lepas masuk MR.DIY. Itu nak, ini nak! Sebenarnya malas nak keluar tapi sebab sepit rambut patah, dia jadi macam satu masalah besar pulak. Sepit rambut je kot, kan? Nak kirim dengan suami nanti tak berkenan pulak.

Bukanlah alasan nak keluar pun, nak keluar pun malas sebenarnya. Malas nak bersiap pun satu hal jugak. Kalau boleh nak ada pintu doraemon je, bukak pintu dah sampai. Kan senang macam tu!

Kejadian ni dah jadi sejarah pun, keluar rumah masa Hari Merdeka haritu. Alang-alang keluar ada urusan lain. Sekali kan je.

Accessories rambut ni saya suka beli accessories rambut mr.diy je. Kedai accessories rambut yang murah dan ada banyak sangat pilihan. Lebih puas hati beli sendiri dan boleh feel material, ketahanan accesories tu.

Niatnya nak beli sepit rambut je sebab patah tu. Tak suka ikat rambut sangat. Nanti rosak rambut. Lebih suka gunakan sepit rambut. Pakai tudung je baru guna hair band.

Tahu-tahu terbeli sikat dan hair band tu. Hair band ni dia macam brooch jugak perangai dia. Beli banyak mana pun tetap akan menghilang entah kemana.  Suka jenis hair band macam ni, tahan lama kalau tak hilang lah.

Accesories Rambut MR.DIY

Terberkenan dengan sikat kayu tu. Macam cantik je. Macam elok je. Jarang guna sikat sebenarnya. Sebab bila dah shampoo dan guna moisturiser lebih mudah nak manage rambut. Guna jari pun boleh. Taklah tersekat sampai skala 6 tu.

Nak rambut elok silalah pakai shampoo dan moisturiser sekali. Kalau pakai serum rambut lagi bagus. Dulu rajin pakai serum tapi rasa kurang best bila kulit kepala cepat berminyak even serum pakai sikit hujung rambut je.

Berjela jela pulak cerita pasal rambut dan accesories. Tak tahu nak update apa. Dua dua laki bini tak sihat. Isnin haritu suami kena hujan, payung tertinggal dia lupa letak semula dalam kereta.

Sudahnya selasa dan rabu demam. Terpaksalah cuti. Kalau ada gejala ni memang tak lepas lah nak buat kerja. Semalam saya pulak terjangkit demamnya tu dengan pakej pening kepala. 

Seharian bantai tidur je lah. Bangun makan, mandi dan solat je. Makan pun order food delivery by foodpanda. Order nasi lemak dan bubur MB  stand by kalau rasa tak selera makan. Alhamdulillah harini macam dah okay sikit. 

Bolehlah jalan jalan ke blog, semalam dah cuti blogwaking. Nak jalan keluar rumah bila hari cuti memang taklah kan. Even sihat pun tak keluar jugak. Dah biasa dok rumah gitulah jadinya. Kalau bercuti pun nak stay hotel je lah nanti. Beli makanan tapaukan saja. 

Belek belek hotel sampai hujung bulan ni banyak yang last room. So kita tengok bulan depan macamana pulak. 

Selamat Hari Malaysia 2021 Ke-58

Hari ini 16 September, Hari Malaysia 2021 ke-58. Ucapan Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia. Ayuh imbas semula secara ringkas sejarah Hari Malaysia.

Hari Malaysia 16 September 1963 merupakan tarikh hari Malaysia pertama. Tarikh 16 September setiap tahun disambut bagi memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat dan bebas dari cengkaman kolonial British.

Penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.

Kepentingan sambutan Hari Malaysia juga untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.

Kemerdekaan itu sendiri dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Semoga kita semua dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian tersebut.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Janganlah kita bersikap rasis. Orang dulu-dulu elok je hidup berbilang kaum kerana mereka sangat menghargai erti sebuah kemerdekaan.

Hari Malaysia 2021 Ke-58

Hargailah keamanan yang kita miliki sekarang. Selamat Hari Malaysia. Semoga segera bebas dari ancaman pandemik COVID. Aaaminn...

Saya bangga menjadi anak Malaysia


Selamat bercuti semua.

Kampong Pisang Kita Setandan, Filem Pendek Sempena Hari Malaysia

Kampong Pisang Kita Setandan, filem pendek arahan Mamat Khalid sempena Hari Malaysia 16 September 2021. Filem Kamping Pisang Kita Setandan full movie masih mengekalkan barisan pelakon kampung pisang bersiri.

Masih ingat lagi watak Joey Kampung pisang, Daud M yang terkenal dengan pelat 'M' nya tu?  Pak Karim kampung pisang lakonan Mat London (Ahmad Ibrahim) pun tak kurang popularnya. Terbaru, norainisham shamsul hafizi pula jadi tumpuan memegang watak Yati, bekas kekasih Barkobar dalam Kampong Pisang Musikal Raya.

Tak Kampong Pisang lah kalau tak ada barisan pelakon watak-watak komedi yang lain seperti Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Cik Purnama, Ahmad Yassin, Faguha Jabar dan ramai lagi. Turut menampilkan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry sebagai watak baru dalam kampong Pisang Kita Setandan.

Kampong Pisang Kita Setandan filem pendek Hari Malaysia yang bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam masyarakat penduduk Kampong Pisang. Sarat dengan elemen perpaduan serta memartabatkan adat budaya pelbagai bangsa di Malaysia kata pengarah tersohor mamat Khalid.

Sesiapa sahaja yang menonton filem pendek ini akan menyedari filem ini adalah cerminan aspirasi dalam masyarakat kita menerima kepelbagaian budaya dan bangsa serta mampu hidup secara harmoni, - Mamat Khalid.

Filem Kampong Pisang Kita Setandan berdurasi selama setengah jam ini boleh ditonton pada Hari Malaysia 16 September 2021 (Khamis) di Astro 25 saluran 100 dengan penstriman langsung di platform Astro On Demand dan Astro Go.

Juga boleh ditonton di:
  • 16 September, Khamis : 5.30 petang Astro Prima (saluran105)
  • 16 September, Khamis : 9.30 malam Astro Ria (saluran 104)
  • 18 September, Sabtu : 10.00 malam Astro Warna (saluran107)
  • 20 September, Isnin : 8.00 malam Astro Citra (saluran 108)
  • 22 September, Rabu : 12.30 tengahari NJOI TV (saluran 140)

kampong pisang kita setandan full movie

FILEM KAMPONG PISANG KITA SETANDAN

Tarikh tayangan : Khamis, 16 September 2021
Siaran TV : Astro 25 (saluran 100)
Pengarah : Mamat Khalid

SINOPSIS KAMPONG PISANG KITA SETANDAN

Berkisar tentang Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam yang ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Perhubungan mereka mendapat bantahan dari keluarga Teck Zee. Kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dan tidak merestui perhubungan Teck Zee dengan gadis pilihannya, Bulan.

Sebabnya? Dengan itu, sahabat Teck Zee geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencuba untuka membantu Teck Zee untuk mencari jalan penyelesaiannya untuk memastikan keharmonian penduduk Kampong Pisang tidak terjejas. 

PELAKON DAN WATAK

  • Kazar Saisi sebagai Pak Din Pest Control
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Aziz M Osman sebagai Pak Jabit
  • Dewa Sapri sebagai Encik Purnama
  • Mat London (Ahmad Ibrahim) sebagai Pak Karim
  • Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
  • Wong Wei Tian sebagai Teck Zee
  • Bulan Terry sebagai Bulan

Malaysian Ghost Stories Episod 13 : Balan Balan

Malaysian ghost stories episod 13 menampilkan kisah tentang Balan Balan iaitu hantu penanggal di Sabah lakonan Zahiril Adzim, Bella Astillah dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 13 Balan Balan di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 13 Balan Balan

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 13 : Balan Balan
Waktu tayangan : 15 September 2021 (Rabu), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : EpyKodiang
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS BALAN BALAN

Amri (Zahiril Adzim) mengikuti kekasihnya Maria (Bella Astillah) untuk pulang ke kampungnya di Sabah berjumpa dengan ibu Maria. Pada satu malam, Amri telah melihat makhluk berupa kepala terbang di hadapannya untuk mencari mangsa.

PELAKON DAN WATAK

  • Zahiril Adzim sebagai Amri
  • Bella Astillah sebagai Maria
  • Hazida Hashim sebagai Cik Su
  • Razman Mahayuddin sebagai Harun
  • Shualaini Osman sebagai Bomoh
  • Erin iqwanie sebagai wanita mengandung
  • Azanuar sebagai orang kampung 1
  • Afiq Syauqi sebagai orang kampung 2
  • Amil Amri sebagai lelaki muka buruk
  • Alif Aziz sebagai lelaki kacak
  • Eriqa Astillah sebagai perempuan cantik

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


Merah Merah Tomato Ceri

Selain cili padi thai super pedas tu, tomato cherry juga pelengkap kepada sambal gesek versi kisar. Tomato ni fungsi dia untuk mengurangkan rasa pedas cili bila bergabung dalam sambal.

Saya suka beli tomato ceri sebab saiznya yang kecil, manis dan tahan lama berbanding tomato yang bersaiz besar tu. Sesuai lah dengan penggunaan masakan dia dapur saya. 

Bila guna yang besar tu kalau guna separuh, separuh lagi kena simpan dalam tupperware. Jadinya, lebih praktikal kita gunakan tomato ceri yang comel loteh ni. Walaupun tomato ceri masak tapi dia tak mudah lembik dan busuk. Kulit dia mengecut je bila simpan lama.

Saya simpan diluar je tak masukkan dalam peti ais. Lebih 2 minggu pun tahan lama lagi tu. Tomato ceri untuk diet, boleh dicampurkan dalam salad. Sedap tau makan tomato ceri rangup dan manis ni bila dicampurkan dalam salad.

kalori tomato ceri : https://www.fatsecret.co.id/kalori-gizi/umum/tomat-ceri
baca juga : tomato ceri untuk kulit

Merah Merah Tomato Cherry

Harga tomato ceri/100gm RM0.89. Saya beli 1 bekas 0.288 kg dengan harga RM2.56. Nak tanam sendiri pokok tomato ceri dalam pasu macam tak menjadi. Kita beli jelah. Harga pun masih berpatutan lagi tu.

Kena tunggu ada tanah nanti bolehlah tanam sendiri dapat makan fresh lagi best, kan. Cara tanam pokok tomato ceri macam senang dan jenis tanaman mudah hidup. Bolehlah kita cuba sendiri nanti. Nanti tu entah bila lah.


Telefilem Badi Selendang Merah

Telefilem Badi Selendang Merah, telefilem 2020 ulang siar pada hari Sabtu ini 11 September 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra.

Tonton Badi Selendang Merah full movie lakonan Sharifah Sakinah, Salina Saibi dan Nazim Othman arahan Rahim Zali.

Tayangan pertama telefilem Badi Selendang Merah pada 4 April 2020.

Telefilem Badi Selendang Merah Astro Citra

TELEFILEM BADI SELENDANG MERAH

Waktu siaran : 11 September 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Rahim Zali
Produksi : Suar Channel

SINOPSIS BADI SELENDANG MERAH

Helmi (Nazim Othman) membawa isterinya, Fatin (Sharifah Sakinah) balik dan berhijrah ke kampung untuk tinggal di sana selepas gagal dalam perniagaan. Fatin pula berbadan dua dan hanya menunggu hari untuk bersalin. 

Semasa dalam perjalanan balik, mereka telah menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang wanita berselendang merah. Kejadian tersebut menghantui Helmi dan mula membongkar segala rahsia-rahsia gelap yang disembunyikan.

PELAKON DAN WATAK

  • Sharifah Sakinah sebagai Fatin
  • Nazim Othman sebagai Helmi
  • Salina Saibi sebagai wanita berselendang merah

Malaysian Ghost Stories Episod 12 : Penunggu Rumah Banglo

Malaysian ghost stories episod 12 menampilkan kisah tentang Penunggu Rumah Banglo lakonan Hasnul Rahmat, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Tuan Asmawi, Hamdan Senario dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 12 Penunggu Rumah Banglo di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 12 Penunggu Rumah Banglo

DRAMA MALAYSIA GHOST STORIES

Episod 12 : Penunggu Rumah Banglo
Waktu tayangan : 14 September 2021 (Selasa), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : EpyKodiang
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS PENUNGGU RUMAH BANGLO

Siti (Natasha Elyzza), seorang gadis kampung yang masih muda menawarkan diri untuk bekerja sebagai orang gaji di sebuah banglo mewah. Tanpa dia sedar, penghuni rumah Siti bekerja itu sebenarnya telah lama mati dibunuh.

PELAKON DAN WATAK

  • Hasnul Rahmat Sebagai Datok Jamal yang telah mati
  • Aleza Shadan sebagai Kak Nor
  • Natasha Elyzza sebagai Siti
  • Tuan Asmawi sebagai Tok Akil
  • Hamdan Senario sebagai Ayah Siti @Cikgu Abu
  • Izuan Mokhtar sebagai Datok Jamal sebenar

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu