Responsive Ad Slot

Ketam Goreng Berempah Sedap Baq Hang

Baru-baru ni tengok cara masak ketam berempah Elisya Sandha nampak macam sedap je. Saya pun simpan lah dulu post tu. 

Itu belum lagi tengok mak mentua dia masak, Sheila Rusly yang selalu masak tak pernah nampak tak sedap. Semua sedap sedap. Anak-anak lelaki dia pun pandai masak. Bagusnya lah!

Balik Kuala Pilah sebentar cuma tu dapatlah singgah kedai kat Tanjung Ipoh. Kalau balik mak akan singgah kedai tu beli barang dapur sikit. Ikan, udang, ketam dan lain-lain lagi boleh dikatakan fresh. Senang singgah kedai tepi jalan je tak perlu nak masuk mall.

Semalam lah baru saya masak ketam goreng berempah tu. Sebenarnya pertama kali nak masak ketam goreng berempah ni. Ikut kebiasaan bila beli ketam akan masak ketam masak lemak cili api. Itulah paling berselera nak makan. Padahal banyak lagi resipi ketam yang boleh dimasak. 

Ketam betina vs ketam jantan

Encik suami beli ketam jantan, kurang sikitlah isi dia. Ketam betina tak ada agaknya. Tak pulak saya bertanya. Ketam betina isinya lagi banyak. 

Nak kenal ketam betina, bawah dia bentuk segitiga tu lebar macam bentuk u terbalik. Ketam jantan bentuk segitiga bawah tu runcing macam bentuk v terbalik. Tak tahu apa nama bentuk segitiga tu.

Beli 2 ekor je pun. Seorang seekor jadilah kan. Disebabkan Elisya masak tak share resipi. Kita olahkan masak cara kita je daripada video yang dikongsikan. Nampak bahan-bahan yang digunakan dan cara masak ketam berempah dah pun ditunjukkan dalam video kira bolehlah tu kan.

resepi ketam goreng berempah

Bahan-bahan

Ketam (cuci bersih dan potong dua)
minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
Serai

Bahan kering
garam
serbuk kunyit
serbuk cili
tepung jagung
daun kari

Cara masak ketam berempah

Gaul rata bahan kisar dan bahan kering  bersama ketam. 
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak.

Ketam goreng berempah is doneee.. Mudah sangat, kan? Ketam pun macam udang jugak, jenis cepat masak. 

Sedap juga sesekali makan ketam goreng berempah. Sedap baq (baca : habaq) hang! Ketam ni bukan boleh beli selalu. Mahal satu hal. Nak membeli pun susah. Jarang ada yang fresh. Ini pun dapat ketam cenonet je saiznya. Syukur dapat juga merasa ketam goreng berempah.

Cara Masak Ketam Goreng Berempah

Ada orang tak suka makan ketam ni sebab leceh. Dia lagi feel kalau kita meratah je. Makan dengan nasi memang lambat lah siap makan. Kannn...

Kedai Runcit Tanjung Ipoh Kuala Pilah

Beli kat kedai runcit sebelah Agrobazaar Rakyat Pekan Tg Ipoh.

Bertahun Lamanya Tak Makan Buah Rambai

Kali terakhir makan buah rambai zaman sekolah rendah ke sekolah menengah entah. Lama dah, kan? Dulu zaman kanak-kanak macam selalu jugak makan buah rambai ni bila tiba musim buah rambai.

Zaman dah berubah, makin lama makin susah pulak nak jumpa buah buahan kampung. Dah termasuk dalam golongan buah-buahan rare lah untuk penghuni bandar. Mungkin di kampung masih mudah nak jumpa lagi buah rambai ni.

Semalam on the way balik rumah dari Kuala Pilah, singgah kedai tepi jalan nak beli petai kononnya. Nak buat sambal tempoyak daun kayu lagi. Dah nampak macam-macam tak mungkinlah beli petai je. Beli buah rambai dan beli cempedak jugak.

Seikat petai RM10, seikat buah rambai RM5, cempedak 2 biji 2.6kg. Sekilo RM7. Total RM33. Diskaun 20sen.

Buah Rambai

Buah rambai

Buah rambai tumbuh segugus. Kulit buah rambai berwarna kuning, atau perang yang berkedut apabila matang dan memiliki dua ulas isi putih antara tiga hingga lima biji benih. Rasa buah rambai bercampur masam manis. 

Jangan ditanya buah rambai jenis apa. Bila saya cari dalam internet ada buah rambai hutan, ada buah rambai merah. Yang saya tahu buah rambai jenis yang ini je lah. 

Selama ni saya cuma tahu buah rambai sedap dimakan begitu sahaja. Baru baru ni, baru saya tahu buah rambai masak lemak, kulit buah rambai pun boleh buat lauk. Selama ni makan terus buang je kulitnya.

Nak tahu resipinya. boleh rujuk kulit buah rambai masak lemak cili api dapur Abam Kie atau kulit buah rambai campur dalam ikan masak lemak cili api dari dapur kak SA.

Selain itu, jeruk buah rambai pun ada. Tak pernah lagi makan jeruk buah rambai mahupun masak lemak cili api. Makan macam tu je pun dah masam boleh tahan. 

Suka jugak makan buah rambai tapi menyampah bila isi ciput je, biji je yang lebih. Membazir betul. Cara makan buah rambai kenalah buang bijinya kan? Ke telan terus je?

Buah Rambai

Sedih tengok buah rambai ni. Dah lama kot. Nak kupas kulitnya pun susah. Dia punya rasa macam jangan cerita. Terkenyit kenyit mata menahan rasa masam. Haha...

Buah Rambai

Kira bolehlah kan RM5 seikat untuk merasa. Geram betul tengok ada segala buah. Buah tampoi tu saya tak beli sebab dah beli buah rambai. Encik suami tak makan, saya kena makan sorang matilanakkk...Bila zaman nak habiskan. Lain kali okay!

Kedai Buah Tepi Jalan Kuala PIlah-Seremban

Ambil gambar dalam kereta je mampu. Malas nak turun, nanti lagi banyak dibeli. Itu nak ini nak. Haha...

Ke Kuala Pilah Sebentar Cuma

Cerita semalam, encik suami dapat panggilan. Katanya dari Pos Laju nak hantar barang tapi tak tahu lokasi rumah. Rumah kat kampung. Pelik pulak tiba-tiba ada bungkusan. Alamat kampung pulak tu. Kalau beli barang, tak mungkin guna alamat kampung. 

Lepas dah sahkan terima barang, kami pun siaplah balik kampung kejap. Risaulah kalau bungkusan atau document penting ke, kan. Kalau hilang satu hal lah pulak. 

Mujurlah suami macam dah kebah dari demam sikit, saya pun ikut sekali lah. Risau pulak sorang-sorang. Cuaca elok betul semalam. Panas boleh tahan. Kenderaan pun agak banyak sebab semalam hari Jumaat kan. Orang sibuk balik kampung agaknya walaupun masih awal lagi, belum habis waktu kerja.

Jalan Bukit Putus Kuala Pilah

Lama tak tengok awan putih dan langit biru yang cerah. Semacam rembang. Rembang maksud nya titik di sfera samawi yang berada tegak di atas kepala seseorang pemerhati. Sedangkan masa melalui jalan Bukit Putus-Kuala Pilah ni lebih kurang pukul 3 lebih tapi terang macam tengahari.

Lalu depan Ulu Bendul. Perghhh..Full house! Sakan masing-masing ambil peluang bermandi manda di Ulu Bendul. Last mandi di Ulu Bendul tahun 2015. Ada polis juga, memantau keadaan.

Sampai kampung, check dalam peti pos ada bungkusan pos laju tu. Bungkusan newsletter rupanya. Masuk rumah kejap je. Lepas tu petik daun kari sikit buat stok dan balik sebab nak singgah membeli barang sekali.

Singgah menyinggah beli itu ini, balik balik cuaca dah nak gelap. Baru pukul 6 macam tu tapi cuaca dah gelap semacam.

Jalan Bukit Putus Kuala Pilah

Cantik aram temaram. Aram-temaram adalah suasana hampir gelap, suram atau kabur. Aram temaram in english Twilight. Sebut twilight teringat sekual Twilight. Siapa layan? Semua minat kat Edward eh? Saya geng Jacob Black. Blogger Sal, dah marathon Twilight ke belum? 

Tak sempat nak menikmati layung, evening glow. Tak dapat ke pantai, kita nikmati permandangan yang sedia ada depan mata.


Drama Kita Regu Astro Arena

Buat pertama kalinya Astro Arena menyiarkan drama melayu siri berkisarkan tentang dunia suka selari dengan saluran. Drama kita regu Astro Arena episod 1 mula disiarkan pada 15 September, setiap hari Rabu jam 10.30 malam.

Pelakon drama kita regu dibintangi oleh Niezam Zaidi, Mustaqim Bahadon, Hafreez Adam, Cik Manggis, Bella Astilah, Azlan Mubin dan ramai lagi.

Drama Kita Regu Astro Arena

DRAMA KITA REGU

Jumlah episod : 13
Mula Tayangan : 15 September 2021
Waktu tayangan : Rabu, 10.30 malam
Siaran TV : Astro Arena 801
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Four Forte Productions

SINOPSIS KITA REGU

Mengisahkan tentang persahabatan 3 sekawan, 3 impian dengan 1 tujuan. Azlan, Meor dan Syahir 3 sahabat baik yang mempunyai impian untuk mencapai cita masing-masing. Ibarat permainan regu sepak takraw menghadapi perlawanan demi perlawanan, begitulah juga 3 sahabat ini menempuh segala cabaran kehidupan di ibu kota. 

Sungguhpun erat persahabatan mereka sejak sekian lama. Regu ini tak terlepas dari ujian. Inilah perlawanan akhir yang bakal menentukan masa depan mereka.

PELAKON KITA REGU

  • Niezam Zaidi
  • Mustaqim Bahadon
  • Hafreez Adam
  • Cik Manggis
  • Bella Astilah
  • Azlan Mubin

Sesisir Pun Tak Berapa Nak Laku

Balik kampung haritu, mak ada tebang pokok pisang kapas. Dapatlah setandan buah pisang yang semuanya dalam keadaan elok. Tandan pisang yang besar dan banyak sisir dalam setandan tu. Tak teringat pulak nak ambil gambar dijadikan entri.

Bab nak mengerat sisir pisang ni memang leceh tapi ikut style abang ipar yang dah biasa berkebun, dia potong pada batangnya bukan pada sisir pisang.

Beberapa sisir bagi jiran dan sepupu mak depan rumah. Selebihnya mak bawak balik KL dan saya bawa balik beberapa sisir. Dah bagi jiran, bagi anak buah, tinggalkan untuk kami sesisir je. Dah biasa makan pisang takut tak terhabis baiklah kita agih agihkan.

Sesisir ni pun tak berapa nak laku. Lambat jugak nak menghabiskan. Eh lupa nak cakap. Ini pisang kapas. Tuai pada 5 September haritu muda lagi. Tempoh masak matang lebih kurang seminggu lebih. Harini 17 September baru masak ranum. 

Gambar Pisang Kapas

Sebelum tu, dua hari lepas dah masak sikit dan makan. Sedap je. Cuma itulah, makan sebiji dua memang lambatlah habisnya. Sesisir pun banyak. Agak agak lambat sangat nak habis sebelum membusuk membazir terpaksalah kita cekodok kan dia. Baru laku terlajak laris.

Harapnya 'si Malas' tak menebal dalam diri. Kurang sihat ni dia jadi auto masuk gear M. 

Pisang kapas boleh buat apa?
Pisang kapas ni sedap tau kalau buat popis. Sejenis pisang tak berkelat dan manis. Sedap juga buat cekodok, kek pisang, lepat, lempeng pisang, apam pisang, pengat pisang dan pisang kapas masak lemak pun sedap juga.

Tahu nama pisang kapas pun mak yang cakap. Kalau ditanya memang tak tahu jenis pisang apa. Kecuali pisang tanduk, pisang lemak manis dengan pisang nipah. Pisang nipah pun keliru dengan pisang abu. Apoooo...



Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Zaitun (Olive Oil) Dan Kegunaannya

Jujur cakap, saya tak tahu menahu sangat jenis-jenis minyak zaitun dan penggunaan dia mengikut jenis. Kegunaan olive oil untuk memasak ada jenisnya samada digunakan untuk menumis atau dicampurkan bersama ketika masakan masih panas dalam kuali.

Ada jenis olive oil yang hanya boleh dicampurkan terus dalam makanan seperti penyediaan salad. Ada juga jenis olive oil terbaik untuk minum, jenis olive oil untuk bayi. Ada banyak jenis rupanya, kan. Selama ni saya ingatkan olive oil tu satu je dan boleh guna untuk semua masakan. Silap besar lah!

Jadi, wajib tahu jenis-jenis minyak zaitun dan penggunaan yang betul. Jenama minyak zaitun terbaik di Malaysia yang biasa kita nampak jenama naturel.  Jenis naturel olive oil untuk memasak best fo frying, best for roasting dan best for dipping.

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Zaitun (Olive Oil) Dan Kegunaannya
sumber : kurus tanpa lapar

Jenis-jenis minyak zaitun/ olive oil dan kegunaan

LIGHT/EXTRA LIGHT OLIVE OIL

Jenis light/extra light olive oil ini digunakan utk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupon ia melalui proses penyulingan lebih dari sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan minyak goreng biasa.

ORIGINAL/PURE VIRGIN OLIVE OIL

Jenis original virgin olive oil ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun, harganya lebih murah dari extra virgin olive oil. Sesuai digunakan utk menumis.

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Hasil pertama dari buah zaitun dan memiliki kualiti yg paling bagus dibanding jenis olive oil yg lain. Olive oil jenis extra virgin olive oil tidak sesuai untuk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.

Sesuai dicampurkan didalam hidangan salad.

Sumber : Kurus tanpa lapar

Malaysian Ghost Stories Episod 14 : Hantu Air

Malaysian ghost stories episod 14 menampilkan kisah tentang HANTU AIR lakonan Amerul Affendi, 
Balkisyh Semundur Khan, Fadhli Masoot⁠, Tuan Asmawi⁠ dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 14 Hantu Air di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 14 Hantu Air

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 14 : Hantu Air
Waktu tayangan : 16 September 2021 (Khamis), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU AIR

Semasa memancing, Zaini (Amerul Affendi) dan rakannya telah menemui sebuah dulang ancak yang dihanyutkan untuk membuang saka terapung di atas permukaan air. Senyap-senyap Zaini mengambil sesuatu dari dalam dulang tersebut iaitu cincin. Kemudian, tanpa diduga Zaini berubah dan sesuatu telah berlaku pada dirinya.

PELAKON DAN WATAK

  • Amerul Affendi sebagai Zaini
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Maria
  • Fadhli Masoot⁠ sebagai Ucop
  • Tuan Asmawi⁠ sebagai Pawang
  • Dollah Cantek sebagai Pak Sarip
  • Muhammad Afiz Bin Adam sebagi Sudin
  • Amer Haziq Syahmi sebagai Seman


LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu