Responsive Ad Slot

Mi Bandung Muar & Laksa Johor Selera Johor

Cerita semalam, makan pagi merangkap merarau (baca : makan tengahari) membeli mi bandung Muar & laksa Johor dari Selera Johor. Bukan di Johor tapi di Negeri Sembilan. Tak dapat mi bandung Muar original di Muar, dapat makan yang ala ala mi bandung Muar pun jadi lah kan.

Macam biasa saya repeat beli di Selera Johor je lah. Food delivery by foodpanda. Selera Johor ni ada 4 menu je.

So far saya dah rasa 3 menu kecuali mi rebus Johor tu. Belum rasa teringin nak mencuba lagi. Macam biasa mi bandung Muar Selera Johor tak mengecewakan. Rencah dia masih di tahap memuaskan. Tak banyak tak sikit, sedang sedang saja. 

Udang saiz sederhana 2 ekor, Beberapa hirisan daging rebus, telur mata sebiji, bawang goreng dan daun sup bersama mi kuning. Kuah mi bandung Selera Johor menepati selera orang Johor. Kuah pekat dan terasa macam mi bandung Muar sebenar. Bukan tipu tipu.

Mi Bandung Selera johor

Tengok pada pelekat makanan, cuma ada 3 menu je pulak. Kemana pergi menu mi rebus? Nampaknya next time macam tak dapatlah nak merasa mi rebus tu.

Mi Bandung Selera Johor

Selain mi bandung, beli juga laksa Johor pilihan encik suami. Eh eh, dia pulak dah tersampuk dengan selera orang Johor suka makan laksa Johor pulak. Sebelum ni rajin juga order laksa Johor Selera Johor ni. 

Rasa macam dah selalu makan rasa jemu pulak. Merasa jugaklah sesudu. Nanti craving pulak tiba-tiba, kan. Kesedapan laksa Johor Selera Johor maintain sedap. Bagus bagus.

Laksa Johor Selera Johor

Harga mi bandung RM8 dan laksa Johor RM8 juga. Kalau walk in lagi murah kurang RM1-RM2 macam tu. Pernah sekali je beli terus. Bukan kedai tapi rumah. 

Fenomena Ekuinoks 23 September Siang Dan Malam Sama Panjang

23 September 2021, berlaku satu fenomena ekuinoks. Seluruh dunia dapat menyaksikan kejadian fenomena ekuinoks 23 september dimana perbezaan panjang siang dan malam sama panjang selama 12 jam.

Kedudukan bumi pada 23 september berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Fenomena Ekuinoks 23 September Siang Dan Malam Sama Panjang

Melalui Laman Facebook rasmi Planetarium Negara menjelaskan fenomena ekuinoks seperti :
  • Pada Khamis, 23 September 2021 mulai jam 3.21 pagi, matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari.
  • Dalam tempoh sehari tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
  • Lokasi yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, kawasan-kawasan tersebut akan mengalami peristiwa matahari tanpa bayang.
  • Matahari pada waktu itu akan berada tegak dengan tepat di atas kepala pada waktu tengah hari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.

sumber : https://www.facebook.com/planetariumnegara/photos/a.1058993274136711/4306559826046690

Malaysian Ghost Stories Episod 16 : Hantu Orang Asli

Malaysian ghost stories episod 16 menampilkan kisah tentang HANTU ORANG ASLI lakonan Nazim Othman, Jaja Iliyes, Kazar Saisi, Ilya Buang, John Anuar dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 16 Hantu Orang Asli di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 16 Hantu Orang Asli

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 16 : Hantu Orang Asli
Waktu tayangan : 21 September 2021 (Selasa), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Epy Kodiang
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU ORANG ASLI 

Mengisahkan tentang 2 Orang Youtuber yang Tersesat di dalam hutan. Mereka kemudian diselamatkan oleh suku kaum temuan orang asli. Salah seorang daripada mereka dihantui oleh roh nenek yang masih merayau akibat tidak menjaga adab masuk hutan. 

PELAKON DAN WATAK

  • Nazim Othman sebagai Adi
  • Jaja Iliyes sebagai Amy
  • Kazar Saisi sebagai Tok Batin
  • Ilya Buang sebagai Pawang
  • Anuar John Paharuddin sebagai Tok Apai
  • Arie Zaharie sebagai Agus

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


Petai Setangkai 7 Papan RM10

Dalam perjalanan balik rumah dari Kuala Pilah dah rancang nak berhenti di kedai jual buah-buahan tepi jalan Kuala Pilah-Seremban tu. Nak beli petai nak buat sambal tempoyak daun kayu petai lagi kononnya. Yang masak haritu dah habis dibahagi bahagi anak buah.

Sementara ada baki tempoyak, santan segar, pucuk ubi dan daun kunyit, maka kita buat lah sambal tempoyak daun kayu negeri sembilan. Alang-alang membeli petai, beli juga buah rambai dan buah cempedak. Dah ada depan mata, kan. Beli lah sekali.

Encik suami masuk kereta je saya terus tanya 'berapa petai seikat ni?'. RM10 katanya. Mak aii mahalnya! Tapi petai dia elok encik suami membalas. Terus saya tak jadi nak bising pasal petai mahal. 

Jangan ingat kedai kampung tepi jalan harga murah ye. Oh tidak! Penduduk tempatan pun boleh jual mahal, apatah lagi orang luar. Apa pun zaman sekarang ni tak ada yang murah. Setiap peniaga ada alasan masing-masing meletakkan harga sebegitu.

Walaupun banyak kedai berdekatan sepanjang jalan tu. Taklah rajin nak survey harga bagai. Berhenti kat situ, beli kat situ je lah.

Petai ni penambah selera. Tapi saya tak makan petai mentah kecuali petai belalang yang comel comel tu. Rasa petai dia tak kuat sangat. Selain itu, saya makan petai yang dimasak sahaja. Petai jeruk pun saya tak makan. Banyak pulak kecerewatan makan petai ni. 

Oh ya nasi goreng petai saya tak makan pulak. Padahal dimasak tu. Tak tahu lah kenapa. Tak ada jawapan dan tak adaa alasan pun.

Teringat ingat pulak kesedapan menu restaurant ana ikan bakar petai. Ikan siakap dengan sambal dibakar bersama petai. Memang terbaiklah! Ada yang pernah makan?

Petai in english, stinky beans/garlic bean/petai beans or twisted cluster bean. Sebusuk busuk petai, khasiat petai ni ada banyak khasiatnya yang kita tak tahu. Jangan pandang pada busuknya sedangkan ada kebaikannya.

Petai Seikat RM10

Inilah dia setangkai petai yang dibeli. Setangkai RM10 ada 7 papan  petai. Penjodoh bilangan petai, setangkai petai dan papan petai. Kalau satu papan disebut sepapan petai. 

Isinya elok dan tak ada ulat ataupun buruk pun. Mujur lah tak kena scam macam adik jual petai haritu. Kira berbaloilah juga membeli setangkai petai 7 papan dengan harga RM10 ni. 

Dua papan saya dah guna masak sambal tempoyak daun kayu. Dua papan saya buat sambal petai ikan bilis belimbing buluh. 

Ada dua papan lagi, masih berfikir fikir nak masak apa nanti.

Sambal Petai


Malaysian Ghost Stories Episod 15 : Ulek Mayang

Malaysian ghost stories episod 15 menampilkan kisah tentang ULEK MAYANG lakonan Ara Johari, Neera Azizi, Didi Astillah, Zalif Sidek dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 15 Ulek Mayang di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 15 Ulek Mayang

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 15 : Ulek Mayang
Waktu tayangan : 20 September 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Srikandi Emma & Sri Dewi
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS ULEK MAYANG

Semangat 'Ulek mayang' telah merasuk sebahagian pelajar. Ada yang histeria, ada yang terasuk sehingga boleh terikut ikut tarian Ulek Mayang. 

PELAKON DAN WATAK

  • Ara Johari sebagai Tasha
  • Didi Astillah sebagai Maira
  • Zalif Sidek sebagai Coach
  • Arie Zaharie sebagai Pak Bidok
  • Neera Azizi sebagai Puteri
  • Schalysa sebagai Sofia
  • Ustaz Fahmi sebagai Ustaz
  • Bidin Huzaifah sebagai Irfan
  • Hann Hanif sebagai Johari
  • Razman Mahyuddin sebagai Fendi
  • Nureen Jieha sebagai Fira
  • Afiq Syauqi sebagai Pekerja Resort

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


Ayam Buttermilk Susu Segar Cheese

Sambal tempoyak daun kayu sudah, ketam goreng berempah sudah, masak pucuk paku pun sudah. Nak masak apa lagi ek? Alang-alang dah ambil daun kari balik Pilah haritu, dan dan rasa macam nak buat ayam buttermilk pulak. Sebabnya stok chicken popcorn pun ada. 

Senang bila dah ada ready made chicken popcorn ni. Tak perlu nak buat dari asas potong ayam dan goreng salut tepung. 

Kebetulan juga stok susu segar kotak kecil tu masih ada stok lagi. Dapatlah kita buat ayam buttermilk susu segar. Sebelum ni nak buat juga ayam buttermilk tanpa daun kari tapi macam tak best pulak kalau tak letak daun kari.

Dah ada daun kari, apa tunggu lagi. Kita masaklah. Eh..selain daun kari, cheese juga mainkan peranan penting juga untuk rasa ayam buttermilk cheese yang sedap dengan susu segar dan aroma daun kari.

baca juga : resipi ayam buttermilk simple

Saya dah kongsikan resipi sebelum ini, jadi boleh rujuk dalam link di atas ye.

Resipi Ayam Buttermilk Susu Segar Cheese

Suka jenis sos ayam buttermilk susu segar dan cheese sebab lebih pekat. Ayam buttermilk sesuai makan dengan apa? Sesuai makan dengan nasi panas panas. Dan sebaiknya makan selepas dimasak sebab bila sejuk cheese akan membeku dan kurang sedap.

Resipi Ayam Buttermilk Susu Segar Cheese

Siap lauk permintaan encik suami. Dah ambil daun kari dan bahan-bahan pun ada, tak kan tak masak pulak kan.

Cempedak Goreng Rangup Dan Manis Sekali

Buah cempedak buah durian memang boleh geng. Sama kuat bau masing-masing. Letak dalam bonet kereta boleh bau satu kereta. Aduhaiii..mujur tak pening! Nak makan cempedak punya pasal, tahan je lah kan.

Masih ingat lagi pantun buah cempedak?

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Dua baris pertama pembayang, dua baris berikutnya adalah maksud pantun. Pantun buah cempedak di luar pagar ni pun jelas menunjukkan betapa budak baru belajar betul betul perlu ditunjuk ajar.

Bukan mudah nak jolok buah cempedak luaar pagar. Guna galah untuk jolok buah cempedak yang besar? Tak mungkinlah kan. Buah cempedak luar pagar tu kalau bukan milik kita, kenalah minta izin tuannya. Banyak maksud tersirat dalam pantun. 

Okay berbalik kepada tajuk. Panjang pulak selingan pantun. Harga buah cempedak sekarang dah level buah durian. Buah cempedak 1kg RM7. Beli 2 biji, 2.6 kg.  Beli dikedai yang sama jual buah rambai. Yang kat kampung sebiji haritu masih tak masak lagi.

Jangan tanya saya jenis buah cempedak yang saya beli ni. Memang tak tahu jenis apa. Nak tahu jenis jenis buah cempedak, pergilah melawat kebun Wak Warisan Petani. Macam-macam jenis cempedak adaaaaa.

Saya beli buah cempedak hari jumaat haritu, hari ahad baru saya buat cempedak goreng rangup. Hari Jumaat tu pun dah berbau kuat buah cempedak. Bau kuat tu tandanya buah cempedak dah masak lah tu.

baca juga : 5 cara pilih buah cempedak manis dan banyak isi.

Saya goreng sebiji untuk makan pagi. Banyak juga ulasnya cuma dalam gambar ni saya ambil sikit je untuk dipotretkan. Lebihan pisang kapas pun dah selamat di cekodok kan. Tapi tak masuk dalam bingkai gambar. 

Resipi Cempedak Goreng Rangup

Resipi cempedak goreng rangup boleh rujuk entri yang pernah saya kongsikan.

Isinya elok tapi jarang jarang. Tak kira pulak berapa ulas. Dalam belasan macam tu lah. Manis betul isi buah cempedak ni. Setiap kali makan mesti nak cakap manisnya. Makan begitu saja pun dah sedap, goreng pun sodap!

Buah Cempedak

Sebiji lagi boleh dibuat makan petang nanti. Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak makan buah cempedak goreng rangup dan dapat buah cempedak manis. Tapi nak buat jeruk kulit cempedak @mandai tu macam tak memandai je nak buat. 

Tapi nak cubalah buat sikit buah kedua nanti. Teringin pulak nak rasa sedap ke tidak kulit buah cempedak ni dibuat masakan.


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu