Responsive Ad Slot

Mini Basque Burnt Cheesecake Baker's Cottage

Selain membeli kuih bulan di Baker's Cottage, encik suami membeli juga mini basque burnt cheesecake Baker's Cottage. Agaknya dia fikir saya dah lama tak makan cheesecake kegemaran kot. Lalu dibelinya juga mini basque burnt cheesecake ni. 

Saiz comel je sebesar kek cawan. Ada 2 biji dalam satu bekas. Seperti burnt cheesecake yang biasa, keknya dilapisi dengan lapisan kertas baking. Bahagian atasnya dibiarkan terbakar sikit untuk menjadikannya kesan burnt.

Mini Basque Burnt Cheesecake Baker's Cottage

Sekali hadap sekejapan je boleh habis. Tapi saya jenis menikmati makanan, makan perlahan lahan untuk menikmati kesedapan cheesecake sebenar. 

Setakat ni tak pernah cuba lagi buat burnt cheesecake. Kurang pakar bab bakar membakar ni. Masak lauk pauk tu bolehlah juga. Jadi, kek yang kita tak pandai buat tu beli je lah sekadar untuk merasa makan sikit.

Mini Basque Burnt Cheesecake Baker's Cottage

Kalau nak cuba buat burnt cheesecake,  boleh ikut resipi burnt cheesecake mereka yang arif dalam masakan dibawah :

Resipi burnt cheesecake mudah

Malaysian Ghost Stories Episod 18 : Misteri Topeng Barongan

Malaysian ghost stories episod 18 menampilkan kisah tentang Misteri Topeng Barongan lakonan Fizz Fairuz, Saiful Wazien dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 18 Misteri Topeng Barongan di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 18 Misteri Topeng Barongan

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 18 : Misteri Topeng Barongan
Waktu tayangan : 23 September 2021 (Khamis), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Srikandi Emma & Seri Dewi
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS MISTERI TOPENG BARONGAN

Sufian (Fizz Fairuz), seorang social media influencer dan suka mengumpul barang antik. Dia telah mendapat topeng Barongan dari seseorang. Namun tanpa disangka topeng itu telah membawa musibah kepada dirinya.

PELAKON DAN WATAK

  • Fizz Fairuz sebagai Sufian
  • Saiful Wazien sebagai Barongan
  • Faiz Katek sebagai Joey
  • Amy Nur Tinie sebagai Melissa
  • Rosli Mohd Taib sebagai Nazri

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

Tajuk lagu : Bangbang Wetan
Artis : Emha Ainun Nadjib, Novia Kolopaking, Kiai Kanjeng Album Pusaka 2

Lagu dari piring hitam
Tajuk : Siti Haida
Artis : Jeffridin
Penulis & Komposer : Salamah binte Basiron

Sudah Me'LANGKAWI'

Ehhh bukan sudah me'LANGKAWI' bermaksud dah sampai LANGKAWI. Ini haa golden pothos sudah me'LANGKAWI' (baca : melangkaui) berjela jela sampai kebawah dah. Tak ada ruang nak menyelitkan yang menjalar tu.

[me.lang.kaui]/[me.lang.kau.i] | ملڠکاوءي
Definisi : melalui, melewati: mereka dapat ~ kubu-kubu Jepun yg kuat.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak potong sayang pulak. Sudahanya dibiarkan begitu saja. Nanti kita pandai pandailah sangkutkan dia kat mana-mana. Agak agak bila semak mata memandang baru kita potongkan dia. 

Kat luar pun apa khabar agaknya pokok golden pothos saya. Dah menjalar sampai mana tak tahulah tu. Lagi galak tumbuh kat luar sebab lagi banyak cahaya.

Golden Pothos

Kat dalam ni sesekali bila mendung, ada je daun menguning. Kenalah kita potong walaupun sayang nak potong. Sedih bila golden pothos yellow leaves ni muncul. Kurang cahaya atau kurang air entah.

Golden Pothos Kuning

Pokok yang dijaga sejak tahun 2015, dari sepasu jadi berpasu pasu bermodalkan RM1.90 beli di IKEA. Jenis indoor plant yang paling mudah dijaga tanpa perlu jagaan rapi. Tenang je kalau tak siram beberapa hari. 


Squid Game Netflix

Sedang trending K-drama (Korean Drama) Squid Game Netflix series ni. Tak pasal-pasal saya pun terjebak sama tengok Squid Game K-drama. Tapi tak lah layan marathon sekali habis. Boleh layan Squid Game watch online di Netflix

Fuhhh...tak boleh brain lah segala games yang direka tu. Games yang simple tapi mencabar sebab masing-masing mempertaruhkan nyawa demi merebut hadiah bernilai hadiah bernilai ₩ 45.6 bilion. Setiap peserta ada kisahnya tersendiri dengan tujuan yang sama untuk merebut hadiah yang lumayan itu.

Squid Game Netflix Watch Online
sumber : Netflix


Squid Game adalah drama siri televisyen penstriman drama survival Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk. Squid game bersiri 9 episod dibarisi pelakon Lee Jung-jae, Park Hae-soo dan Wi Ha-joon dan ramai lagi. Tayangan mulai 17 September 2021 di seluruh dunia oleh Netflix.

Drama: Squid Game, Hangul (오징어 게임), romanization (Ojingeo Game)
Jumlah episod : 9
Mula tayangan : 17 September 2021
Skrip : Hwang Dong-Hyuk
Pengarah: Hwang Dong-Hyuk
Siaran TV: Netflix
Bahasa : Korea
Negara : Korea Selatan

PELAKON SQUID GAME/SQUID GAME CAST

Watak utama

Lee Jung-jae sebagai Seong Gi-hun (No. 456)
Park Hae-soo sebagai Cho Sang-woo (No. 218)
Oh Young-soo sebagai Oh Il-nam (No. 001)
Jung Ho-yeon sebagai Kang Sae-byeok (No. 067)
Heo Sung-tae sebagai Jang Deok-su (No. 101)
Tripathi Anupam sebagai Abdul Ali (No. 199)
Kim Joo-ryoung sebagai Han Mi-nyeo (No. 212)

Watak Sokongan

Yoo Sung-joo sebagai Byeong-gi (No. 111)
Lee Yoo-mi sebagai Ji-yeong (No. 240)
Kim Si-hyun sebagai (No. 244)

Watak Kecil

Lee Sang-hee sebagai No. 017
Kim Yun-tae sebagai No. 069
Lee Ji-ha sebagai No. 070
Kwak Ja-hyoung sebagai No. 278

Kakitangan Permainan

Gong Yoo sebagai jurujual yang merekrut peserta untuk Permainan
Lee Byung-hun sebagai Front Man / Hwang In-ho

Orang Awam

Wi Ha-joon sebagai Hwang Jun-ho
Kim Young-ok sebagai ibu Gi-hun
Jo A-in sebagai Seong Ga-yeong, anak perempuan Gi-hun
Kang Mal-geum sebagai bekas isteri Gi-hun dan ibu Ga-yeong
Park Hye-jin sebagai ibu Sang-woo
Park Si-wan sebagai Kang Cheol, saudara Sae-byeok

SINOPSIS SQUID GAME/ SYNOPSIS

Seramai 456 orang peserta yang semuanya mempunyai masalah kewangan dan kesimpatan hidup dijemput untuk bermain sebuah permainan bertahan yang misteri. 

Mereka bersaing sesama mereka dalam satu siri permainan kanak-kanak tradisional tetapi dengan cabaran nyawa dipertaruhkan. Sesiapa yang gagal dalam permainan pada masa yang ditetapkan akan dibunuh.

Hadiah ₩45.6 bilion ditawarkan kepada seorang pemenang yang berjaya bertahan sampai ke penghujung permainan.

Senarai games Squid Games

  • Game 1 : Red light green light
  • Game 2 : Honeycomb game
  • Game 3 : Tug of War
  • Game 4 : Marble game
  • Game 5 : Glass stepping stones
  • Game 6 : Squid Game

Walaupun dah baca sikit sikit spoiler Squid Game di media sosial. Drama ni agak ganas dan tak sesuai untuk bawah umur. Ada beberapa scene yang tak sesuai ditonton dan ada juga yang kata drama ni agak slow. Ada yang tengok skip-skip.

Tak dinafikan agak slow. Tapi paling mendebarkan bila game bermula.


Kuih Bulan (Mooncake) Baker's Cottage Pearl Of Prosperity

Semalam encik suami ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguruskan daftar sijil kematian arwah uwan meninggal bulan Jun lepas. Agak lama untuk menguruskan hal ni disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pejabat tak buka dan perlu buat temujanji.

Ikutkan pakcik kata temujanji bulan 11 nanti. Tapi sejak Negeri Sembilan dah masuk Fasa 3 (bakal masuk fasa 4, bermula 24 Sept) pejabat pun dah dibuka. Untuk urusan pendaftaran kelahiran masih dalam talian. Cuma urusan kematian dibolehkan walk in. Alhamdulillah selesai satu urusan.

Balik balik encik suami beli beberapa pastri dari Baker's Cottage. Salah satunya Kuih Bulan (Mooncake). Disebabkan saya tak pernah rasa kuih bulan, itu yang dia beli tu. Pertama kali nak mencuba kuih bulan. 

Kuih Bulan (Mooncake) Baker's Cottage Pearl Of Prosperity


Sejarah kuih bulan

Kuih bulan (Jawi: كويه بولن ), (bahasa Cina: 月饼 ) sejenis kuih tradisional kaum cina. Biasanya dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan. Kuih bulan dianggap sebagai satu hidangan makanan istimewa yang penting dalam peristiwa Perayaan Kuih Bulan. 

Kuih bulan adalah diberikan kepada rakan-rakan atau disajikan dalam perhimpunan keluarga semasa meraikan pesta tersebut, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.

Kuih bulan biasanya pastri berbentuk bulat atau segi empat tepat. Berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 cm tebal. 

Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. 

Kuih bulan sejenis kuih premium yang berat dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Biasanya dimakan diiringi dengan Teh Cina.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bulan

Apa yang membuatkan saya tak rasa nak cuba kuih bulan ni sebab kuih bulan Cina. Rasa ragu ragu kuih bulan halal ke tidak. Tapi sekarang dah ada kuih bulan melayu dan Baker' Cottage pun ada sijil halal. Jadi, bolehlah makan tanpa ragu ragu kuih bulan Baker's Cottage halal.

Baker's cottage promotion 2021

30% off : RM14.42
NP : RM20.60

Encik suami beli 1 je sebab nak rasa, kan. satu biji je pun dah mahal even harga promosi pun. Faktor harga juga buat saya rasa lambat lagi nak rasa kuih bulan ni sebenarnya. Boleh tahan mahal juga, kan?

Itu belum lagi pembungkusan kuih bulan yang berkotak exclusive tu. Ratusan harganya.

Kuih Bulan (Mooncake) Baker's Cottage Pearl Of Prosperity

Mungkin cara pembuatan atau bahan-bahan yang digunakan buatkan kuih bulan ni mahal sebegitu rupa. Terkejut tau tengok harga macam tu. Saya je kot terkejut sebab tak pernah membeli, kan. Yang dah biasa beli lain cerita.

Apa yang menarik tentang kuih bulan ni adalah corak kuih bulan itu sendiri dan juga ada pelbagai perisa. Corak corak kuih bulan berbeza dan cantik-cantik dilihat. Encik suami beli kuih bulan Baker's Cottage E2, Pearl Of Prosperity.

Pearl Of Prosperity (E2)

An interesting 3-layer mooncake, which combines the aromatic fragrance of jade green pandan lotus at the outer layer with golden yellow mung bean filling and golden salted egg yolk at the center.
Weight: 180gm

Kuih Bulan (Mooncake) Baker's Cottage Pearl Of Prosperity

Menarik paras rupa keratan rentas kuih bulan ni. Kuih bulan yang mampat isinya. Tak mudah rapuh. Teksturnya halus. Rasa seperti kuih kacang hijau. Tiba-tiba gigit salted egg tengah tu, rasa macam pelik bila bergabung dengan rasa kacang hijau.

Sepotong tu makan kongsi berdua. Bila rasa pelik itu muncul, terus berhenti makan dan akan bersambung makan nanti. Rasa nak keluarkan salted egg tu dan makan dengan nasi je nanti. Baru boleh habiskan salted egg tu.

Ini yang buat rasa trauma nak mencuba kuih bulan lagi ni. Mungkin akan ada lah kot perisa yang boleh buat saya suka makan kuih bulan ni. Tapi nak beli tu entah tak tahu bila. Macam tak je.


Telefilem Coklat Chip Spesial

Coklat Chip Spesial, telefilem 2020 lakonan Fasha Sandha dan Duerra Mitilda akan diulang siar pada Sabtu ini, 25 September 2021 jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3.

Telefilem Coklat Chip Spesial TV3

TELEFILEM COKLAT CHIP SPESIAL

Waktu siaran : Sabtu, 8 Februari 2020 (Sabtu), 10:00 malam
Ulang siar : 25 September 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Dato Jurey Rosli
Produksi : Syaz Petra Sdn Bhd

SINOPSIS COKLAT CHIP SPESIAL

Farah (Fasha Sandha) tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya Hani (Duerra Mitilda) menghidap penyakit disleksia. Farah sendiri tidak tahu apa itu disleksia kerana dia bukan seorang yang berpelajaran tinggi dan hanya orang kampung. 

Sebagai ibu tunggal pula, Farah menaruh harapan yang tinggi agar anaknya berjaya dalam pelajaran dan tidak menjadi sepertinya.

PELAKON DAN WATAK

  • Fasha Sandha sebagai Farah
  • Duerra Mitilda sebagai Hani
  • Azam Pitt
  • Khatijah Tan
  • Nora Maya

Malaysian Ghost Stories Episod 17 : Nishi Dak

Malaysian ghost stories episod 17 menampilkan kisah tentang Nishi Dak (Hantu India) lakonan Jasper Supayah, Jaegan, Apit Wan Lebo dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 17 Nishi Dak, Hantu India di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 17 Nishi Dak

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 17 : Nishi Dak (Hantu India)
Waktu tayangan : 22 September 2021 (Rabu), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Amar Amir
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS NISHI DAK

Gopal (Jaegan) dan isterinya Kavita (Jasper Supayah) bersama dua orang anaknya iaitu Shanti dan Sashi berpindah ke sebuah banglo lama di Estet, tempat kerja baru Gopal. Semasa tinggal di Rumah Banglo tersebut, pelbagai kejadian mistik dan perkara Aneh terjadi.

PELAKON DAN WATAK

  • Jasper Supayah sebagai Kavita
  • P Jaegan sebagai Gopal
  • Deonwinder Singh sebagai Shashi
  • Rachelpreet Kaur sebagai Shanti
  • Bharathydevi sebagai Sagita
  • Isaac Abraham sebagai Raju
  • Apit Wan Lebo sebagai Malek
  • Shualaini Osman sebagai Makcik 1
  • Sakti sebagai Makcik 2
  • Santheyapur sebagai pawang
  • Azim Yusop sebagai Doktor

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu