Responsive Ad Slot

Yakinnya Kamu

Hari Ahad haritu balik kampung kejap nak ambil daun limau purut, daun kunyit, daun pisang, daun kari dan serai. Ada je stok daun limau purut dalam peti ais, saya guna cara simpan daun limau purut dalam ziplock. Tapi dah lama sangat warna dia kurang hijau.

Lagipun saja pilih untuk ambil yang fresh petik dari pokok untuk dijadikan props gambar client. Alang-alang tu dapat juga luaskan permandangan dan jengah kampung sekejap. 

Nak dijadikan cerita, saya tersilap ambil daun limau purut. Jadi bodoh kejap tiba-tiba. Bukan tak tahu daun limau purut tu macamana. Tahu je!

Disebabkan pokok limau semua dah dipangkas, jadinya pokok daun pokok limau sikit sikit je tumbuh dekat batang tu. Dengan yakinnya kamu, saya pergi ambil walaupun saya kurang yakin sebenarnya itu daun limau purut.

Saya fikir mungkin daun ni baru lagi kot tak ada bentuk nombor lapan tu. Yakin betul itu pokoknya sebab biasa ambil kat situ. Rupanya silap, siap video call mak lagi tanya. Rupanya pokok limau purut mak dah tak ada kat situ. Agaknya mati lepas pangkas tu kot. 

Daun limau daun kunyit

Mujurlah makcik depan rumah masih ada lagi pokok limau purut. Dapatlah dijadikan props gambar. Gigih betul demi daun limau purut. Cuma daun limau purutnya kurang elok sikit lah. 

Limau Purut

Sebagai pengajaran, lepas ni jangan yakin sangat. Limau purut tetap kena ada bentuk nombor 8 tu. Jarang sekali seorang Fiza ni tak kenal daun limau purut dalam masakan. Lainlah daun rare yang tak pernah tengok.

Benda jarang buat salah, sekali buat salah. Aduhaiiii... rasa bersalah dengan diri sendiri. Kuikuikui. Padahal dah bau juga daun limau tu, agaknya dah lama tak bau daun limau purut jadi confused juga.

Tahu tak limau purut pun ada jantina? Tahu tak beza limau purut jantan dan limau purut betina? Limau purut in english tahulah juga, Kaffir Lime.

Drama Gerak Khas Undercover

Gerak Khas Undercover 2021 dibarisi pelakon gerak khas Aaron Aziz, Erra Fazira, Dato Seri Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, Dato AC Mizal, Rosyam Nor dan ramai lagi.

Nantikan drama spin-off, gerak khas episod undercover ditayangkan mulai 1 Oktober 2021, setiap Jumaat jam 10:30 malam di TV3. 

Drama Gerak Khas Undercover TV3

DRAMA GERAK KHAS UNDERCOVER

Mula tayangan : 1 Oktober 2021
Waktu siaran : setiap Jumaat, 10.30 malam
Siaran TV3 : TV3
Idea asal : Syafiq Yusof
Penerbit: Yusof Haslam
Produksi : Skop Productions

PELAKON GERAK KHAS UNDERCOVER

Aaron Aziz, Erra Fazira, Dato Seri Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, Dato AC Mizal, Rosyam Nor, Kenji Sawahi

SINOPSIS GERAK KHAS UNDERCOVER

Gerak Khas Undercover merupakan sebuah drama bersiri bercorak kepolisan yang padat dengan nilai komersial di samping menerapkan mesej kepada masyarakat. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah semasa yang berbeza dan memperlihatkan bagaimana setiap anggota Gerak Khas Undercover menyelesaikan kes-kes jenayah berat tersebut.

LAGU TEMA (OST) GERAK KHAS UNDERCOVER

Tajuk lagu : GK Undercover
Artis : Syamsul Yusof

Malaysian Ghost Stories Episod 19 : Hantu Public Phone

Malaysian ghost stories episod 19 menampilkan kisah tentang Hantu Public Phone lakonan Janna Nick, Khatijah Tan, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi. Saksikan Malaysian ghost stories episod 19 Hantu Public Phone di Astro Ria atau strim di Astro Go/Ultra.

Malaysian Ghost Stories Episod 19 Hantu Public Phone

DRAMA MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 19 : Hantu Public Phone
Waktu tayangan : 27 September 2021 (Isnin), jam 11:00 malam
Idea asal : Syawal Azrai Mokhtar
Penulis skrip : Azhari Zain
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS HANTU PUBLIC PHONE

Zana (Janna Nick) telah mengangkat deringan telefon di sebuah pondok telefon yang aneh ketika melalui jalan tersebut. Sejak itu pelbagai gangguan muncul dan menghantui hidupnya serta merungkai sebuah rahsia yang tersimpan sekian lamanya.

PELAKON DAN WATAK

  • Janna Nick sebagai Zana
  • Khatijah Tan sebagai Mak Esah
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Kak Nab
  • Syed Irfan sebagai Mikael
  • Dollah Cantik sebagai Mazlan
  • Syazwan Bakri sebagai Suami
  • Megat Zaini Tun sebagai Hantu

LAGU TEMA

Tajuk lagu : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman



Bunga Pokok Daun Kari

Teruja betul bila nampak bunga pokok daun kari. Bukan selalu dapat tengok bunga pokok daun kari ni. Apa lagi, kita gambarkan bunga daun kari sebagai kenangan. Kalau duduk di kampung lain cerita lah kan dah biasa tengok. 

Bunga Pokok Daun Kari

Pokok kari

Pokok kari sejenis tumbuhan tropika/sub tropika yang asalnya dari negara India dari keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga berwarna putih

Lebih subur di tanam di dalam tanah berbanding dalam pasu. Pokok kari in tamil dikenali dengan nama  kariveppilai, karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai.

Lain pulak di Kanada, daun kari dipanggil neem hitam kerana daunnya seperti dengan daun neem walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. 

Daun kari sangat aromatik dan biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. 

Di Tamil Nadu di selatan India, daun kari bukan hanya digunakan untuk masakan kari tetapi digunakan juga untuk masakan seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.

Bunga pokok daun kari

Bunga pokok daun kari bersaiz kecil dan berwarna putih kekuningan. Seperti daun kari, aromanya sangat harum.

Bunga Pokok Daun Kari

Bukan hanya ada bunga, buahnya kecil sebesar terung pipit. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau apabila mencapai matang.

Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Itulah keburukan daun kari yang mungkin kita tak tahu. Wallahu a'lam...

Cara pembiakan pokok kari

  • biji benih
  • keratan batang
  • anak yang tumbuh dari akarnya

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi: 
  • 66.3% kelembapan 
  • 6.1% protein 
  • 1.0% lemak 
  • 16.0% karbohidrat 
  • 6.4% fiber 
baca juga : khasiat daun kari & khasiat bunga daun kari

Bila duduk di bandar ni rasa macam susah je pokok kari nak hidup. Tak tahu lah kenapa. Dah banyak kali tanam tak menjadi. Dulu ada bintik bintik hitam. Kenapa daun kari ada bintik putih tu tahulah jugak, sebab kulat putih. 

Penyakit daun kari ni kadang tak faham juga. Mengada ngada pulak nak perhatian lebih. Bila beli, tak ada yang jual sikit sikit. Tapi boleh je simpan guna kaedah leraikan daun, letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. 

Tapi lagi sedap kalau dapat guna yang petik fresh dari pokok. Apapun ikut keadaan lah. Kalau susah nak dapat stok, simpan dalam bekas. Kalau ada pokok, nak risau apa lagi kan.  Jimat pun iye jugak.

Filem Dendam Kesuma

Dendam Kesuma, sebuah filem genre suspense thriller lakonan Jefri Jefrizal, Bella Paloma, Haliza Khalili, Nazreen Putra, Marissa Ezureen diarahkan oleh Jefri Jefrizal sendiri dibawah terbitan produksi Richplus Media Sdn Bhd.

Film Dendam Kesuma merupakan filem arahan pertama Jefri Jefrizal lakonan bersama isteri dan anak-anaknya serta pendatang baru Bella Paloma. Nantikan tayangan Film Dendam Kesuma pada 4 November 2021 di pawagam selepas 4 kali tangguh tayangan.

film dendam kesuma

FILEM DENDAM KESUMA

Tarikh tayangan : 4 November 2021
Pengarah : Jefri Jefrizal
Produksi : Richplus Media Sdn Bhd

SINOPSIS DENDAM KESUMA

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Hadri (Jefri Jefrizal), dia mula alami kemurungan dan tekanan perasaan sejak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma.

Hasil perkahwinannya dengan Meena, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu  Ali (Nazreen Putra) dan Suri (Marissa Ezureen). Namun, suasana di dalam rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya.

Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu tidak diendahkan oleh Hadri.

Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru itu, sikap aneh Suri itu sering menimbulkan persoalan kepada Meena.

PELAKON DAN WATAK

  • Jefri Jefrizal sebagai Hadri
  • Bella Paloma sebagai Meena
  • Haliza Khalili sebagai Kesuma
  • Nazreen Putra sebagai Ali
  • Marissa Ezureen sebagai Suri

LAGU TEMA (OST)

Lagu : Tentang Dia
Penyanyi : Usop One Band

Giveaway by Shida Radzuan

Rasanya ramai dah sertai Giveaway by Shida Radzuan. Saya baru terhegeh hegeh nak into the scene jugak. Syarat-syarat Giveaway by Shida Radzuan taklah serumit mana pun. 

Giveaway by Shida Radzuan
Klik banner untuk sertai Giveaway by Shida Radzuan


Syarat-syarat Giveaway by Shida Radzuan

1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway by Shida Radzuan ✔ 
2. Follow Socmed shida : Blog + Facebook + Instagram + Twitter ✔ 
3. Letak banner giveaway dan backlink kan ke entri giveaway ✔ 
4. Apa yang saya suka tentang blog shida ✔ 
  • Mesra pembaca
  • Layout yang minimalist
  • Jenis tulisan yang mudah dibaca
  • Mudah nak nak explore
  • Cepat loading
  • Susunan blog yang teratur
  • Perkongsian cerita yang menarik
5. Publish dan submit link entri ke ruangan komen entri ini ✔ 

Memandangkan saya dah lama kenal Shida dan dah follow segala sosial media, hanya perlu buat entri, letak backlink dan komen sikit tentang blog Shida. Mudah bukan? Jom sertai beramai ramai.

Filem Frontliner

Frontliner, sebuah filem yang memaparkan kisah frontliner Malaysia yang berjuang sepanjang pandemik COVID-19. Filem frontliner Malaysia ni dibarisi pelakon Azhan Rani, Beto Kusyairy, Achey, Emma Maembong, Wan Maimunah dan ramai lagi.

Frontliner full movie Malaysia ditayangkan di laman penstriman Netflix pada 30 September 2021.

Frontliner full movie Malaysia

FILEM FRONTLINER

Tarikh tayangan : 30 September 2021
Rangkaian : Netflix
Pengarah : Razif Rashid
Produksi : D'Alphalegacy Sdn Bhd

SINOPSIS FRONTLINER

Mengisahkan tentang perjuangan frontliner (petugas barisan hadapan) dari medikal hinggakan pekerja penghantar makanan memerangi Covid-19 di Malaysia berdasarkan dari kisah benar yang berlaku.

PELAKON DAN WATAK

  • Azhan Rani
  • Beto Kusyairy
  • Achey
  • Emma Maembong
  • Wan Maimunah
  • Farah Ahmad
  • Black Hanifah
  • Zul Handyblack
  • Ashraf Muslim
  • Merqeen
  • Shamsul Danish
  • DSP Siren Boonthnam Ekkasook
  • Aril Fazrie

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu