Responsive Ad Slot

Filem Gadis Jolobu The Movie

Filem Gadis Jolobu The Movie mula ditayangkan pada hari Khamis 4 Ogos 2022 di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY.

Filem Gadis Jolobu The Movie dibintangi pelakon Dato' Hattan, Joey Daud, Khir Rahman, Ahirine Ahirudin (Bekas wartawan penyiaran HLive, anak Datuk Ahirudin),  Adam E (anak Dato' Hattan), Nizam Laksamana, Namie Smy dan ramai lagi.

Dikatakan Filem Gadis Jolobu The Movie akan ditayangkan menerusi wayang pacak yang diadakan sekitar Negeri Sembilan. Filem Gadis Jolobu The Movie merupakan kerjasama Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd dimana penggambaran filem ini dijalankan di Kampung Lonek, Negeri Sembilan.

Gadis Jolubu The Movie, antara karya berteraskan dialek Malaysia yang memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan. Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet Gadis Jolobu, Datuk Hattan bersama Waris yang meraih hampir 10 juta tontonan di YouTube.

Filem Gadis Jolobu The Movie

FILEM GADIS JOLOBU THE MOVIE

Tarikh tayangan : 4 Ogos 2022
Idea asal : CL Hor, Saraleana Nattaya Azmi, Dato' Hattan
Penulis skrip : Bobo Ikmal & CL Hor
Pengarah : CL Hor
Produksi : Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd
Genre : Komedi romantik

PELAKON DAN WATAK

  • Dato' Hattan sebagai Atan
  • Khir Rahman sebagai Acong
  • Joey Daud sebagai Ajoi
  • Ahirine Ahirudin sebagai Jijah
  • Adam E
  • Nizam Laksamana
  • Namie Smy
  • Iskandar TahYor @Gomok Gahai
  • Fuad Nasirr Gahai

SINOPSIS GADIS JOLOBU THE MOVIE

Gadis Jolobu The Movie memaparkan kisah tiga sekawan bujang terlajak iaitu Atan, Acong dan Ajoi yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman. Sumpahan 'lambat sunat, lambatlah kahwin' sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Filem Gadis Jolobu The Movie turut mengetengahkan adat pepatih dan keunikan budaya Minangkabau masyarakat setempat di Negeri Sembilan.

Lirik Lagu Gadis Jolobu – Hattan ft Waris

(Dato' Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur

Chorus
(Dato' Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

Ulang Chorus

(Dato' Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato' Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
sebagai suatu warisan

Ulang Chorus

Telefilem Menantu Nista

Telefilem Menantu Nista, telefilem ulang siar lakonan Emma Maebong, Sherie Merlis, Normah Damanhuri, Syazuwan Hassan, Mahmud Ali Bashah dan Raja Azmi bersiaran pada pada hari Sabtu 6 Ogos 2022 jam 10:00 malam di Slot Cerekararama TV3.

telefilem menantu nista

TELEFILEM MENANTU NISTA

Waktu siaran : Sabtu, 6 Ogos 2022, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Idea asal : Che Soo
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Shuhaimi Lua Abdullah
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd

PELAKON TELEFILEM MENANTU NISTA

  • Emma Maembong
  • Normah Damanhuri
  • Sherie Merlis
  • Mahmud Ali Bashah
  • Syazuwan Hassan
  • Raja Azmi

SINOPSIS TELEFILEM MENANTU NISTA

Kisah Sofea seorang gadis yang mempunyai masalah dengan ibunya, Nora. Sofea sudah berapa lama bercinta dengan Armin, keluarga Armin mahu masuk meminang dan uruskan majlis pernikahan antara kedua mereka, namun dihalang oleh ibu sofea.

Bapa Sofea, Fauzi seorang pemandu van dan jarang berada di rumah. Nora sangat garang dan tidak memberikan kasih sayang buat anaknya. Ibu Fauzi iaitu Nek Yam tiba-tiba jatuh sakit membuatkan Fauzi mahu mengambilnya tinggal bersama mereka.

Hasrat ini ditentang keras Nora yang sememangnya tidak sebulu dengan ibu mentuanya. Daripada situ terbongkar kisah lampau yang menjadi punca Nora amat membenci Nek Yam.

Telefilem Muruku Ikan Masin

Telefilem Muruku Ikan Masin, telefilem ulang siar sempena Hari Merdeka lakonan Shafie Naswip, Sangeeta dan Mimi Ernida bersiaran pada hari Rabu 3 Ogos 2022 pukul 9:00 malam di Slot Drama On 2 TV2 dan hari Sabtu 6 Ogos 2022 pukul 9.00 malam di TV1.

Muruku Ikan masin, drama yang mengetengahkan loghat negeri Melaka dengan kemunculan istimewa penyanyi Santesh yang terkenal dengan lagu Amalina.

telefilem muruku ikan masin

TELEFILEM MURUKU IKAN MASIN

Waktu siaran : Rabu, 3 Ogos 2022, pukul 9:00 malam di TV2 (RTM)
Waktu siaran : Sabtu, 6 Ogos 2022, pukul 9:00 malam di TV1 (RTM)
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Sixty2 Pictures Sdn Bhd

PELAKON TELEFILEM MURUKU IKAN MASIN

  • Shafie Naswip
  • Sangeeta Krishnasamy
  • Mimi Ernida
  • Alif Hadi
  • Liza Abdullah
  • Santesh
  • Darren Lee
  • Roslan Saleh

SINOPSIS MURUKU IKAN MASIN

Sarip seorang pengusaha perniagaan kecil-kecilan ikan masin yang sering dipandang rendah oleh adiknya, Khairul. Khairul seringkali meluahkan rasa tidak puas terhadap abangnya itu kepada ibunya, Mak Munah.

Walaupun sentiasa bergelumang dengan ikan masin, Sarip tetap diminati oleh Milah kerana sifatnya yang rajin. Milah seringkali cuba untuk mendekati Sarip dengan alasan mahu menemui Mak Munah serta mengambil hatinya.

Milah mahu mencuri perhatian Sarip menerusi hubungan rapatnya dengan Mak Munah. Namun semua itu sedikit pun tidak berbekas di hati Sarip. Dia tetap tidak mengendahkan Milah. 

Suatu hari, muncul seorang gadis berbangsa India, Lina datang membeli ikan masin di kedai Sarip. Saat pertama kali terpandang gadis tersebut, tulang rusuknya bergetar. Ini kerana gadis tersebut mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.

Namun cinta keduanya terhalang dek keluarga yang tidak merestuinya. 

Bagaimanakah pengakhiran hubungan keduanya?
Adakah mereka berjodoh atau ditakdirkan sebagai sahabat sahaja?

Telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long

Telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long, telefilem lakonan Shakilla Khoriri, Riena Amirah, Kuza, Arash Mohd bersiaran pada hari Selasa pada Selasa 2 Ogos 2022, pukul 9:00 malam di Slot Drama On 2 TV2 dibawah arahan Nazir Jamaluddin.

selamat hari bapa kak long

TELEFILEM SELAMAT HARI BAPA KAK LONG

Waktu Siaran : Selasa, 2 Ogos 2022, 9:00 malam
Siaran TV : Slot Drama on 2 TV2 
Pengarah : Nazir Jamaluddin

PELAKON TELEFILEM SELAMAT HARI BAPA KAK LONG

  • Shakilla Khoriri
  • Riena Amirah
  • Kuza
  • Arash Mohd
  • Donna Muslim
  • Hakim Nordin

SINOPSIS TELEFILEM SELAMAT HARI BAPA KAK LONG

Hana kehilangan ayah selepas ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan ketika bekerja. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, rumah mereka pula direbut pakciknya.

Maka Hana sebagai anak sulung atau Kak Long terpaksa berhenti belajar dan menyara adik-adik dan juga ibunya. Hana menggalas tanggungjawab yang besar ibarat seorang ketua keluarga.

Mengopi Gigi Coffee

Semalam singgah di Evo Bangi sebentar konon nak beli sesuatu. Tapi tak terbeli pula bila tak berkenan selepas belek membelek. Tak kan nak balik dengan tangan kosong. Alang-alang dah sampai belilah apa yang patut. Macam nak beli kopi je. Pantang nampak kopi, kena cuba rasa!

Nampak Gigi Coffee, kedai kopi lain macam tenggelam dari pandangan mata. Rasa macam Gigi Coffee je yang menarik kat level tu. Sebelum tu pergi beli donut Big Apple dulu, untuk diri sendiri dan adik ipar sebab lepas tu nak ke rumah dia kejap. Kita bawa buah tangan sekali lah.

Gigi coffee

Dah beli donut, terus beli kopi. Tengok Gigi Coffee menu, saya tetap order caramel macchiato kopi favourite. Baru tahu ada 2 pilihan biji kopi iaitu Colombia (Colo) atau Indonesia (Indo). Almaklumlah pertama kali mengopi Gigi Coffee. Kalau suka rasa kopi yang kuat, sila pilih kopi Indonesia.

Kami pilih dua jenis biji kopi. Saya ambil kopi caramel macchiato dari biji kopi Colo (Colombia). Kopi caramel macchiato Indo bagi adik ipar. Sebenarnya saya silap, nak rasa yang kuat tu tapi dah terminum yang Colo. Takpe, next time kita cuba rasa kopi yang kuat sikit.

Gigi coffee

Caramel macchiato biji kopi Colombia ni boleh tahan kuat juga rasa kopi dia. Yang bestnya dia tak manis sangat, lapisan caramel pun tak setebal mana. Just nice lah rasa dia.

Gigi Coffee menu ada banyak jenis. Ada essential coffee, signature coffee, non-coffee, G-frappe, G-Fizz, dan premium tea. 

Gigi Coffee menu malaysia

Essential coffee

  • Espresso
  • Americano
  • Caffe latte
  • Cappuccino

Signature coffee

  • Caffe mocha
  • Vanilla latte
  • Hazelnut latte
  • Pecan praline latte
  • Buttercream latte
  • Monday blue cookies latte
  • Pink friday strawberry latte
  • Almond macadamia latte
  • Caramel macchiato
  • Dark choco mocha
  • Seasalt caramel macchiato
  • Seasalt choco cream mocha

Non-coffee latte

Green tea latte, Chocolate latte, Dark choco latte

G-Frappe

Caramel espresso, Espresso, Mocha more, Dark choco mocha, Caramel creme, Chocohip, Dark choco, green tea, Cookies & cream, Mango lime, Lemon blue

G-Fizz

Ice lemon tea, Mango strawberry, Limeade, Mango lime

Premium tea

Marigold English breeakfast, Oolong rose, Chamomile, Frech Earl grey


Menu makanan pula ada cakes, pastry dan muffin.

Cawangan Gigi Coffee Malaysia

Kuala Lumpur
Gigi Coffee Pavilion KL
Gigi Coffee Mid Valley Megamall
Gigi Coffee KL Gateway Mall
Gigi Coffee Avenue K
Gigi Coffee Nu Sentral
Gigi Coffee Sunway Putra
Gigi Coffee Setapak Sentral
Gigi Coffee Sogo KL
Gigi Coffee Fortune Centra, Kepong
Gigi Coffee Pavilion Bukit Jalil
Gigi Coffee Publika
Gigi Coffee Emporis, Kota Damansara

Selangor
Gigi Coffee Top Glove Shah Alam
Gigi Coffee One Utama
Gigi Coffee Paradigm Mall
Gigi Coffee D'Pulze Cyberjaya
Gigi Coffee Aeon Bukit Tinggi
Gigi Coffee The Mines
Gigi Coffee Jaya One
Gigi Coffee Evo Mall
Gigi Coffee IPC Shopping Centre
Gigi Coffee Subang, SS15
Gigi Coffee Kajang
Gigi Coffee Plaza Shah Alam
Gigi Coffee Selayang Mall

Putrajaya
Gigi Coffee IOI City Mall

Melaka
Gigi Coffee Mahkota Parade

Pulau Pinang
Gigi Coffee Sunway Carnival Mall, Penang
Gigi Coffee Gurney Plaza

Nak cuba rasa bolehlah google 'Gigi Coffee near me'. Kot dekat dengan rumah, bolehlah cuba. Negeri Sembilan tak ada lah pulak cawangan Gigi Coffee ni, kalau tidak boleh cuba bila bila masa. 

Bab 8 : Ogos 2022

Rasa cepat masa berlari. Dia tak ada dah jalan lenggang kangkung bagai itik pulang petang. Sedar-sedar dah masuk bulan Ogos 2022. Marilah kita belek kalendar Ogos 2022 cari cuti umum 2022. Yang ada anak bersekolah mesti tengok cuti sekolah Ogos 2022 ni kan. 

Sejak habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) disebabkan COVID-19, rancak sana sini orang pergi bercuti melepas lelah dan stress. Tak kira hari bekerja atau hujung minggu, mesti ramai orang merata tempat. 

31 Ogos 2022, Merdeka!

Bulan Ogos 2022 adalah bulan Kemerdekaan Malaysia ke-65. Tentu banyak aktiviti yang akan dianjurkan bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa rakyat Malaysia. Sambutan Merdeka 2022 Malaysia pada 31 Ogos 2022 pasti lebih meriah selepas 2 tahun negara bergelumang dengan COVID-19.

Sedang elok tarikh 1 Ogos 2022 jatuh pada hari Isnin bermulanya rutin baru dalam bulan baru. 

Hari Keputeraan Sultan Pahang

1 Ogos 2022 juga merupakan Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur bagi 2022 sahaja.
- sumber : bharian

Umrah Ogos 2022

Dengan izin Allah, jika tiada halangan mak mentua akan menunaikan ibadah umrah Ogos 2022. Cuaca di Mekkah bulan Ogos 2022 dikatakan musim panas. Semoga Allah permudah segala urusan mak, pakcik, sepupu, saudara dan semua yang akan menunaikan ibadah umrah. Semoga rezeki kita pula menyusul nanti.

23 Ogos 2022, Hari Kita Ke-9

Bulan ini, bulan cinta. Syukur Allah pertemukan jodoh yang membahagiakan. Soal anak kita serahkan pada Allah. Allah maha mengetahui, sesungguhnya Allah tahu apa yang kita perlukan dan akan berikan tepat pada masanya.

Tiada anak tak bermaksud kita tak bahagia. Anak itu satu amanah yang perlu dijaga. Walaupun kekurangan didunia tak mempunyai anak, sekurang-kurangnya kita tak banyak disoal tentang tanggungjawab kita jaga anak.

Tenang, redha dan pujuk hati. Bahagia dengan cara kita sendiri. Bersyukur...

kalendar ogos 2022

Page 213/365
Chapter 8

Be proud of your own identity
Never perfect but always genuine
It takes courage to bravely be you
Oh there’s a word for it,
be ‘Authentic!’

Cuti sekolah Ogos 2022, Cuti umum 2022

1 Ogos 2022 (Isnin) : Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)
24 Ogos 2022 (Rabu) : Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
31 Ogos 2022 (Rabu) : Hari Kebangsaan (Semua Negeri)

Selamat bercuti!

Gila Asam Pedas Pulak Dah!

Betullah peribahasa mengatakan "Tak kenal maka tak cinta". Dulu jual mahal tak suka makan asam pedas. Sekarang mencari cari asam pedas! Sejak suka dengan rasa asam pedas power Melaka, terus dah cop mohor asam pedas tu sedap rupanya.

Konon nak repeat lah makan asam pedas Melaka. Tak kesampaian nak repeat bila encik suami dah full time Isnin-Jumaat. Tak dapatlah nak berfoya-foya hari bekerja. Nak pergi hujung minggu memang taklah. Tahulah Melaka tu kalau jem padat macamana kan.

Tak dapat ke Melaka, dapat juga makan asam pedas claypot UDA PD di Port Dickson. Asam pedas jenis kuah pekat. Tak tahu lah asam pedas Melaka ke Johor ke memang asam pedas Negeri Sembilan yang asli. Yang penting rasa dia sedap menepati selera.

Bila teringin, nak pergi PD tu taklah jauh mana tapi kemalasan tu nak pergi tu melebihi segalanya. Carilah kedai asam pedas di sekitar Seremban. Cuba lah beli asam pedas di Resto Selera Nogori Oakland, Asam Pedas Claypot Sikamat dan Asam Pedas Dapo Omak Den.

Ketiga-tiga asam pedas tu sedap jugalah. Rasa dan kepekatan kuah tu berbeza. Tapi tak boleh lawan kesedapan asam pedas di Melaka dan PD tu lah. Mungkin sebab saya bungkus jadi kurang sikit kot rasanya. Kalau makan kat kedai mungkin sedap lagilah kot.

Setiap kali order, saya akan order ikan kembung je. Ikan pari, tetel daging, telur mayong memang saya tak makan. Ikan tenggiri macam kurang minat sikit. Bila order saya akan request kuah lebih. Sebabnya kuah lebih tu saya akan simpan untuk saya masak ikan lain nanti.

Cara saya, rebus ikan lepas tu buang air rebusan. Masukkan kuah asam pedas dan masukkan sayur bendi. Tunggu masak kejap. Siap! Senang dah ada kuahnya. Boleh makan bila teringin. Tapi untuk sekali makan esoknya lah. Taklah sampai berminggu. Simpan sehari je buat lepas mengidam makan asam pedas.

Asam Pedas

Tengok kejadian dalam periuk acah-acah macam pandai masak asam pedas kan. Acah-acah je mampu. Nak masak sendiri tak pandai. Dah cuba sekali dua, tetap jadi penggagal pemasak asam pedas. 

Kalau beli asam pedas, mesti didatangkan dengan ulam timun dan telur masin. Kadang ada sayur kubis. Memang regu asam pedas ada timun dan telur masin ke macamana? Tolong jawab sikit siapa penggemar asam pedas.

Tak tahulah kenapa gila asam pedas pulak dah! Nak kata mengidam tu taklah. Sekarang tengah gila kita layankan je tekak. Esok esok dah jemu, pandang pun tak lalu. Kan...

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu