Responsive Ad Slot

Cara Buat Permohonan dan Pembaharuan Passport Online Dan Walk In

Sebelum COVID-19, permohonan pasport dan pembaharuan (renew) pasport boleh dibuat secara walk in. Datang terus, ambil nombor giliran, tangkap gambar, buat bayaran dan akan dapat selepas 1 jam.

Sejak 11 May 2022, selepas PKP urusan permohonan pasport dan pembaharuan (renew) pasport boleh dibuat secara dalam talian (online)

permohonan passport online
buku merah jangan lupa bawa


Cara buat passport online secara online

Permohonan secara online untuk yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.

1. Pergi ke laman web imigresen online (https://www.imi.gov.my/)
2. Lengkapkan borang dan upload gambar passport mengikut spesifikasi yang diberikan.

Nota penting:
Ambil gambar kat kedai gambar kena cakap untuk buat passport online, jangan cakap nak buat gambar passport sebab nanti tak ada sofcopynya macam mak mentua saya. Terpaksa pergi kedai semula ambil gambar baru. 

Ada juga cuba ambil gambar dari gambar kedai dengan menggunakan handphone tapi tak menepati KPI gambar yang dikehendaki. Lebih baik jangan ambil gambar sendiri sebab peluang permohonan nak diterima tu tipis ye. Dah cuba berkali kali tetap ada je yang tak tak kena.  

Kalau umur anak 18 tahun kebawah kena upload surat beranak yang file saiz 220KB. Lebih dari itu tidak diterima sebab file saiz besar. Boleh gunakan scan dari printer/ scanner baru melepasi saiz file dikehendaki.

3. Terus buat pembayaran dalam talian sebanyak RM200.
Masa nak bayar jangan salah isi username/ password bank sebab kalau salah lepas tu nak bayar semula dia suruh tunggu sebentar. Melambatkan urusan.

4. Tunggu emel permohonan lulus dahulu untuk pengambilan passport. Ini contoh emel LULUS permohonan pasport online mak mentua.

emel permohonan passport online

Kalau tak dapat email selepas 3 hari, boleh datang ambik kat pejabat terus. 

5. Print resit dan bawa ke tempat pungutan pasport yang dipilih.
6. Bawa RESIT, IC & PASSPORT LAMA.
7. Ambil nombor giliran, tunggu nombor dipanggil dan pegawai imigresen akan semak dan lihat gambar online yang telah diupload.
8. Jika tiada masalah turunkan cap jari. Jika gambar tidak memuaskan perlu ambil gambar semula di kaunter. Untuk memudahkan lagi urusan, pakailah pakaian dan tudung yang bersesuaian.
9. Tunggu dalam masa 1 jam dan letakkan resit di kaunter serahan. 

Cara buat passport online secara walk-in

Kanak-kanak dibawah umur 13 tahun tak boleh buat online. Jadi, kena walk-in. Begitu juga dengan golongan OKU, pelajar nak sambung belajar dan jemaah haji.

Yang boleh walk in:
1. Warga emas
2. Pertama kali buat pasport
3. Kanak-kanak 12 ke bawah
4. Passport rosak
5. Jemaah Haji
6. melanjutkan pelajaran ke luar negara (overseas)
7. OKU

1. Ambil nombor giliran dan dokumen haruslah lengkap samada untuk mohon baru atau renew.
  • Sijil Surat Beranak (Asal dan Salinan)
  • Mykid anak (Asal dan Salinan)
  • IC mak @ ayah (Asal dan Salinan)
  • Passport lama
  • Gambar hardcopy anak (bergantung pada tempat). Ada yang kata jabatan imigresen lain, 2 tahun ke bawah je hardcopy. Yang lain ambil gambar kat kaunter. Ada juga yang kongsi anak dia baby pon kena amik gambar kat kaunter. Boleh sediakan awal-awal untuk memudahkan urusan jika diperlukan nanti. Dah dapat nombor giliran tunggu untuk dipanggil dan bagi semua dokumen yang dikehendaki. 
2. Kemudian tunggu lagi nombor dipanggil untuk buat pembayaran iaitu RM100.
3. Sediakan kad debit/kredit sebab pembayaran adalah CASHLESS.
4. Kemudian dalam masa 1 jam tunggu untuk pungutan passport. Anak kena ada juga masa nak pungut pasport untuk turunkan cap jari di pasport.

Begitulah cerita dia cara buat permohonan dan pembaharuan passport online dan walk in. Ikut mana yang sesuai dan lebih mudah. Buat online nampak mudah tapi bab nak upload dokumen dan gambar tu agak complicated kalau tak memenuhi standard. Kalau tak tahu nak upload dan scan bagai memang susah sikit. Lepas tu permohonan online kena tunggu selepas 3 hari baru siap.

Cerita pasal pasport, baru teringat pasport dah mati terkubur setahun lebih dah. Kalau renew pasport pun entah bila nak merentas negara entah. Biarlah dulu. 

permohonan passport online

Kali terakhir rentas negara April 2016 selepas renew. Kemain jauh renew kat Kajang masa tu sebab kat situ cepat siap katanya. Memang cepat siap. 

Buat masa ni kita merentas negeri dulu lah ye. Itupun tak tentu masanya. Ada bajet dan ada masa tu boleh lah. Rancak masing masing buat pasport dan renew pasport nak merentas negara sampai sesak imigresen dan UTC.

permohonan passport online

sumber info : Oh My Media    

Tips ke MAHA 2022 MAEPS Serdang

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bermula hari ini 4 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022 selepas empat tahun tiada penganjuran MAHA.

MAHA 2022, Pameran Pertanian Terulung Malaysia pada tahun ni dianjurkan secara hibrid iaitu kombinasi pameran secara fizikal dan maya. Penganjuran MAHA mepamerkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi tempatan dan luar negara, strategi pemasaran serta pengeluaran yang efektif.
maha expo 2022 maeps serdang
Peta MAHA 2022 MAEPS Serdang


Tema MAHA 2022

Tema penganjuran MAHA 2022 tahun ni adalah 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' selari dengan cabaran yang sedang dihadapi negara dan global pada masa kini.

Dengan adanya penganjuran MAHA 2022 mampu merangsang industri agromakanan negara, seterusnya memenuhi setiap keperluan dan rantaian makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

Penganjuran MAHA 2022 akan terus memperkukuhkan lagi agenda sekuriti makanan negara apabila sektor agromakanan berdepan pelbagai risiko dan cabaran pada peringkat domestik mahupun global, malah kesannya semakin dirasai sekarang.

Termasuklah cabaran produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian, perubahan iklim dan ancaman bencana alam, serangan penyakit serta dan perosak, tahap adaptasi teknologi dan mekanisasi yang rendah.

Perkembangan geopolitik seperti konflik Ukraine-Russia yang masih berlarutan dan dasar perlindungan yang terpaksa dilaksanakan beberapa negara pasti memberi kesan berganda ke atas sistem bekalan makanan dunia termasuk di Malaysia.

Tips ke MAHA expo 2022 MAEPS Serdang

  1. Pakai kasut yang selesa untuk berjalan dalam tempoh yang lama seperti flat shoes/sport shoes/sandal. 
  2. Bawa payung.
  3. Bbawa carrier/stroller jika ada anak kecil.
  4. Bersedia mental dan fizikal untuk berjalan jarak jauh.
  5. Jika bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan, sakit lutut dan tak boleh berjalan lama sila bawa kerusi roda.
  6. Bawa baby wipes untuk kegunaan kecemasan sebab air di toilet perlahan. Tambah lagi ramai orang.
  7. Bagi muslimah, bawa telekung sendiri senang sebab telekung sangat limited dan orang ramai.
  8. Pastikan hari yang dirancang untuk ke MAHA tiada rancangan lain selepas tu. Boleh habiskan sehari suntuk di sana tanpa rushing. Kira puas hati dapat jelajah MAHA 2022.
  9. Kalau rasa nak shopping banyak atau nak beli pokok, sila bawa troli atau bakul atau beg besar.
  10. Jangan segan makan makanan tester dari usahawan. Inilah peluang untuk merasa makanan yang ada.
  11. Harga parkir untuk pengunjung RM5. Bayaran perlu dibuat di pintu masuk dengan menggunakan TOUCH N GO.
  12. Kalau nak beli makanan-makanan dulu, boleh parkir dan masuk dari pintu berdekatan di hospital Serdang. Tapi kalau nk beli pokok-pokok dan jalan-jalan ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke bangi.
  13. Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan, boleh parkir yang hujung-hujung parking lot. Jadi, di trem nanti bila nak naik ada la tempat duduk. Kalau parkir depan-depan, trem penuh. Sambil tu jalan kaki jauh sikit boleh sihatkan badan.
  14. Datang awal pagi.
  15. Pastikan anak-anak dalam pengawasan.
  16. Anak-anak yang masih kecil elok lah dipakaikan pampers. Takut terkucil pula.
  17. kalau ambil gambar, upload dalam media sosial jangan lupa hashtag #MAHA2022 #myDOA #LamanFlorikultur dan #MiracleGardenDOA
Boleh Follow Tiktok Jabatan Pertanian untuk live MAHA2022 setiap hari. Untuk maklumat lanjut : https://mahaexpo.my

sumber : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan | Expo MAHA

Episod Akhir Drama Risik Pada Hati

Berakhirlah sudah Drama Risik Pada Hati episod 28 yang penuh dengan emosi. Drama Risik Pada Hati episod akhir lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya mula ditayangkan pada 27 Jun 2022 di Slot Akasia TV3.

episod akhir drama risik pada hati

Episod akhir Drama Risik Pada Hati

Hayfa (Ummi Nazeera), isteri pertama akhirnya memilih untuk undur diri. Selepas Adam (Alif Satar), suaminya berkahwin dengan Aisya (Zara Zya) iaitu isteri kedua Adam yang dipinang sendiri oleh Hayfa.

Hari demi hari, sedikit demi sedikit hati dan kasih sayang berubah lebih kepada Aisya sehingga Hayfa rasa terabai. Bukan sekali bukan dua kali tapi dah banyak kali. Siapa je yang tak terasa bila perasaan diabaikan.

Lebih meruntun jiwa bila isteri kedua melahirkan anak. Banyak episod yang Hayfa terasa diabaikan. Hati siapa yang tak terluka bila diperlakukan begitu oleh suami sendiri. Rasa terluka, sunyi dan cemburu dalam hati sedangkan dia adalah isteri pertama.

Kesimpulan dan pengajarannya, walaupun seorang lelaki yang bergelar suami tu ada banyak harta sekalipun. Dia mampu berpoligami dan adil dari segi kewangan, namun belum tentu adil dari segi batin. Perasaan juga perlu adil ke atas para isteri-isterinya.

Sebelum berpoligami tu,tambahlah ilmu. Sesungguhnya lelaki yang jahil tentang ilmu agama, tak layak untuk berpoligami. Maka melepaskan adalah cara yang terbaik untuk keselamatan dunia akhirat.

Surah An-Nisa' ayat 129 
Allah SWTberfirman :

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Tafsir ayat :
Pada ayat ini Allah mengingatkan kepada mereka yang ingin berpoligami. Dan kamu, wahai para suami, tidak akan dapat berlaku adil yang mutlak dan sempurna dengan menyamakan cinta, kasih sayang, dan pemberian nafkah batin di antara isteri2mu, karena keadilan itu merupakan suatu hal yang sulit diwujudkan dan bahkan di luar batas kemampuan kamu, walaupun kamu dengan sungguh-sungguh sangat ingin berbuat demikian. Karena itu, janganlah kamu terlalu cenderung kepada perempuan-perempuan yang kamu cintai dan kamu ingin nikahi, sehingga kamu membiarkan istri yang lain terkatung-katung, seakan-akan mereka bukan isterimu, dan bukan isteri yang sudah kamu ceraikan. Dan jika kamu mengadakan perbaikan atas kesalahan dan perbuatan dosa yang telah kamu lakukan sebelumnya dan selalu memelihara diri dari kecurangan, maka sungguh, Allah Maha Pengampun atas dosa-dosa yang kamu lakukan, Maha Penyayang dengan memberikan rahmat kepadamu.

sumber : Nor Asmarina

Drama Biarkan Ia Pergi

Tonton Drama Biarkan Ia Pergi mula ditayangkan pada 11 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam di di slot Samarinda TV3. Drama Biarkan Ia Pergi adalah sebuah drama adaptasi novel 'Biarkan Ia Pergi' karya Liza Nur dibintangi pelakon Amar Baharin, Isyariana Mior Darwish, Asha Merican, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Sabhi Saddi dan ramai lagi. 

drama biarkan ia pergi

TELEFILEM BIARKAN IA PERGI

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 11 Ogos 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 10.00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis novel : Liza Nur
Penulis skrip : Wan Mahani Wan Hassan & Liza Nur
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : SR One Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Isyariana sebagai Alissa Othman
  • Amar Baharin sebagai Zaquan Zachery
  • Mior Darwish sebagai Zaquan Ameen
  • Asha Merican sebagai Fara
  • Hariz Hamdan sebagai Badry
  • Idzham Ismail sebagai Haris
  • Sabhi Saddi sebagai Aqasya
  • Zaki Azeman
  • Lia Natalia
  • Hafidzuddin Fazil
  • Zulkifli Ismail

SINOPSIS BIARKAN IA PERGI

Allisa gadis yang lahir dari keluarga miskin merantau jauh dibumi Australia demi segulung ijazah. Teman serumahnya, Fara dilahirkan dari keluarga berada merupakan teman baiknya. Walaupun Fara mempunyai rupa paras yang jelita namun ianya tidak mampu membuat Izani terpaut hati terhadapnya.

Cinta Izani hanya buat Allisa. Haris yang menyintai Fara sejak dari zaman persekolahan dikecewakan Fara kerana cintanya hanya untuk Izani.

Zaquan teman baik Haris begitu marahkan Elina sepupu Fara yang mana disebabkan cinta Aidil terhadap Elina telah membuat Aidil cuba membunuh diri dek kerana kecewa. Zaquan yang bedendam mula menjejaki Elina.

Bertemu dengan Badri yang sedang asyik berpeleseran bersama Fara membuat amarah Zaquan terus membara. Zaquan cuba mendapatkan maklumat Elina dari Fara yang berkeras cuba untuk melindungi sepupunya itu.

Disaat Zaquan mendapat maklumat yang dikehendaki itulah dia telah terminum minuman yang telah bercampur dadah yang cuba Badri berikan kepada Fara. Allisa yang diminta menghantarkan baju ke rumah Elina telah menjadi mangsa keadaan dimana dia yang disangka Elina diculik kuncu-kuncu Haris.

Zaquan yang telah dipengaruhi dadah telah memperkosa Elina tanpa sedar. Akibat dari kejadian itu juga Allisa menjadi hilang punca, Izani membencinya dek fitnah Fara.

Sekembali ke tanah air, Allisa cuba melupakan sejarah hitam walaupun hatinya terluka. Tanpa disangka akibat peristiwa itu juga dirinya mengandung. Dia dibuang orang tua kerana malu.

Berdepan dengan masa depan yang kelam Allisa bertatih membina kehidupan bersama anak yang dilahirkan tanpa mengenali insan yang telah membuat onar terhadapnya.

Zaquan yang menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap Allisa cuba mencari Allisa demi menebus kembali kesilapannya serta mengambil Allisa sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.


Drama Ku Punya Hati

Drama Ku Punya Hati mula bersiaran pada 4 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di Slot Akasia TV3. Drama Ku Punya Hati dibintangi pelakon Sharifah Rose dan Nabil Aqil. 

drama ku punya hati

DRAMA KU PUNYA HATI

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 4 Ogos 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, pukul 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Idea Asal : Puovin
Penulis Skrip : Puovin & Tommy Loh
Pengarah : Azmi Hatta
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Nabil Aqil sebagai Noah
  • Sharifah Rose sebagai Rashidah
  • Luqman Hafidz sebagai Rezza
  • Alya Iman sebagai Trisha
  • Cahaya Nilam sebagai Jess
  • Sera Melissa sebagai Sofea
  • Salina Saibi sebagai Intan
  • Syefikk sebagai Ucop
  • Zila Bakarin sebagai Puan Faridah
  • Azri Iskandar sebagai Tuan Minhad
  • Ainin Batrisya sebagai Airis
  • Silfeny Osman sebagai Mia
  • Wan Nor Azlin
  • Hafidz Roshdi
  • Nina Nadira
  • Kirana Batrisyia
  • Ieda Moin

SINOPSIS DRAMA KU PUNYA HATI

Hati Rashidah terguris atas cinta yang dirahsiakan. Dia diperlakukan seperti orang asing. Mampukah ikatan cinta bertahan bila ia disulitkan?

Tatagaltier Bulaney Treatment Essence, Teh O Essence Viral

Bahaya betul kalau dah hadap TikTok! Ada je terkena racun TikTok bila kerap naik kat FYP (for you page). Ish ish ish...Teracun membeli Tatagaltier Bulaney Treatment Essence, Teh O Essence viral katanya macam SKII. Entah ye entah tidak. 

Tapi memang viral dan terlajak laris betul. Saya nak beli yang 40ml je pun, sana sini habis stok. Cari tanpa give up, akhirnya dapat juga membeli Tatagaltier Bulaney Treatment Essence 40ml. Nak cuba punya pasal kan, kena gigih mencari saiz botol kecil. Cuba dulu, kalau okay baru kita teruskan membeli.

Disebabkan Teh O Essence Viral ni lah ramai nak cuba. Dah tu masing-masing pakat nak cuba yang 40ml ni dulu. Itu yang cepat habis tu. Mulanya nak beli kat TikTok shop je tapi tak ada stok. Cari kat shopee banyak juga habis.

Tatagaltier essence price 40ml, RM39.00

tatagaltier bulaney treatment essence

Botolnya comel dan jenis botol kaca. Nampak macam botol perfume pun ada ni. Kat TikTok dorang panggil teh o essence sebab warnanya seperti air teh O.

Tatagaltier Bulaney Treatment Essence

Memulihkan skin barrier, mengurangkan keradangan kulit serta meningkatkan kelembapan kulit dengan ketara. Kandungan essence tanpa pewangi, tanpa patai minyak dan alcohol-free. Didatangkan dengan dua saiz botol 40ml dan 100ml.

Tatagaltier Bulaney Treatment Essence ingredients

Aqua, Centella Asiatica Leaf Extract, Galactomyces Ferment Filtrate, Glycerin, Niacinamide, Allantoin, Phenoxyethanol, Xanthan Gum, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Royal Jelly Protein, Ethylhexylglycerin

Key Ingredients

Anti-acne : Niacinamide
Antioxidant : Centella Asiatica Leaf Extract
Cell-communicating ingredient : Niacinamide
Skin brightening : Niacinamide
Skin-identical ingredient : Glycerin, Sodium Hyaluronate
Soothing : Centella Asiatica Leaf Extract, Allantoin

tatagaltier bulaney treatment essence

Tekstur dia jenis cecair dan agak pekat sikit. Tekstur ringan, mudah menyerap dan tidak melekit ye. Selesa je selepas disapu. Kulit pun tak pedih dan tak rasa panas sebab alcohol-free. Patutlah digemari ramai dan laku keras. Barulah faham kenapa. 

Terpaling best bangun tidur tu, kulit kekal lembap dan toink toink bouncy gitu. Bak kata trademark Tatagaltier Bulaney Treatment Essence, Unapologetically bouncy! memang betul lah bagai dikata.

tatagaltier bulaney treatment essence

Tengok kulit masing-masing glowing habis. Tergugat lah kita nak cuba teh o essence viral ni. Hebat eh racun kita membeli. Nipis lah poket macam ni.

Saya taklah meletakkan harapan yang tinggi, pakai-pakai kulit terus glowing gitu. Produk skincare bukan produk magic. Ambil masa juga produk tu nak sesuai dengan kulit kita. Dah lama tu baru nampak hasilnya. Orang kata trust the process.

Kalau pakai kejap tapi kata tak berhasil, mana mahunya macam tu. Ada yang dah berbotol-botol baru nampak kesannya. Produk tak tipu, tapi kita je yang kadang tak sabar nak tengok hasilnya. Kan? Lagi satu, kenalah konsisten pakai baru menjadi.

Sunscreen Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 PA++++ untuk Kulit Kering

Sunscreen ni produk wajib pakai untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Duduk rumah pun kena pakai. Bukan mudah ye nak memilih sunscreen yang betul-betul sesuai dengan kulit kita. Katanya kena try and error. Saya setuju! Tapi part yang tak bestnya harga sunscreen bukan murah. Even pocket size pun harga mahal.

Terpaling tak suka kalau jenis sunscreen yang berminyak, melekit dan ada white cast. Semua tu akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Kena pilih produk yang formula sunscreen ringan, tidak melekit dan tanpa white cast.

Sebelum ni saya pernah cuba beberapa jenis sunscreen, antaranya :

Biore's UV Aqua tu saya hanya pakai sekejap je dan tak review disebabkan PKP tak keluar kemana, lepas tu masa tu on off pakai. Tahu-tahu dah expired begitu je. Tapi yang tu okaylah, murah dan agak viral juga ramai pakai.


Sunscreen EWE masih lagi berbaki isinya, cuma sekarang saya kurang pakai bila musim panas ni. Agak tidak selesa bila berpeluh dia akan nampak white cast sikit. Bila bergambar nampak tompok-tompok putih sikit. So pakai bila perlu.

Jadi saya bertukar kepada Sunscreen Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 PA++++. Ramai juga yang suggest beli produk Wardah. Produk Wardah ni harga dia murah mampu beli dan bagus. Mana-mana produk viral mesti habis cepat.

wardah sunscreen spf 50 review malaysia

Beli sunscreen Wardah spf 50 di Watsons je. Alang-alang dah singgah beli sekali lah. Sunscreen Wardah spf 50 harga dia RM19.20 30ml. Nak berbaloi dan jimat lagi kena beli masa sale lah. Dapat harga murah lagi.

Sunscreen Wardah ada beberapa jenis sunscreen yang berbeza fungsi dan teksturnya.

1. Wardah UV Shield Active Protection Serum SPF 50 PA+++

Kemasan pek warna oren dalam bentuk tiub. Sunscreen dengan Broad Spectrum Protection, 50x lebih optimal. Menjaga kulit dari sinar UV A / UV B serta pancaran blue light yang berlebihan. Dengan inovasi formula 0% alkohol namun tetap ringan dan tidak melekit serta waterproof Active di dalamnya yang menjadikan sunscreen tidak mudah luntur meskipun terkena air dan peluh. Sangat sesuai digunakan untuk aktiviti di bawah pancaran sinar matahari, seperti aktiviti olahraga lari, berenang, berjemur di pantai dan aktiviti luar yang lain.

2. Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++

Kemasan pek warna oren dalam bentuk tiub. Sunscreen dengan Broad Spectrum Protection, 30x lebih optimal. Menjaga kulit dari sinar UV A / UV B serta pancaran blue light yang berlebihan. Dengan inovasi formula 0% alkohol namun tetap ringan dan tidak melekit, serta kombinasi Vitamin E dan Pro Vitamin B5 di dalamnya membantu memenuhi keperluan nutrisi kulit setiap hari.

3. Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF 50 PA++++

Didatangkan dalam bentuk stick dan pek berwarna hijau. Sejenis ON THE GO Sunscreen. Sesuai untuk mereka yang sibuk dan rajin makeup sebab mudah untuk re-apply.

4. Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 PA++++

Sunscreen yang bertekstur ringan dan tidak melekit. Diformulasi dengan aquafused technology di dalamnya yang menjadikan sunscreen terasa segar seperti air dan kekal menghidrasi kulit dengan baik.
  • 0% Alkohol
  • Memberikan perlindungan dari UV A, UV B, dan blue light dengan Broad
  • Spectrum Protection (SPF 50, PA++++)
  • Menyegarkan dan menghidrasi kulit dengan Aquafused Technology
  • Meredakan kemerahan dengan Bisabol
  • Melindungi dari radikal bebas
Saya beli Sunscreen Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 PA++++ untuk kulit kering. Jom baca sunscreen wardah spf 50 review dari saya.

Sunscreen Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence SPF 50 PA++++ ingredients

Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Ethylhexyl Salicylate, Homosalate, Butyl Methoxydibenzoyl- methane, Octocrylene, Polymethyl Methacrylate, Butylene Glycol, Butyloctyl Salicylate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Arachidyl Alcohol, Polyester-7, Behenyl Alcohol, Bisabolol, Cetyl Alcohol, Phenoxyethanol, Stearyl Alcohol, Neopentyl Glycol Diheptanoate, Chlorphenesin, Arachidyl Glucoside, Propanediol, Polyacrylate-13, Disodium EDTA, Fragrance, Polyisobutene, Pongamia Glabra Seed Oil, Polysorbate 20, Artemisia Capillaris Flower Extract.

Sunscreen Wardah spf 50 review

1. Tekstur seperti losyen, ringan dan selesa dipakai

Teskturnya lembut, ringan dan pekat seperti losyen, bukan seperti cecair essence yang jernih. Losyen berwarna putih susu dan macam ada warna hijau cair sikit. 

Sunscreen Wardah spf 50 review

Sunscreen mudah disapu dan diratakan. Pada mulanya agak rasa melekit berkilat sikit tapi selepas biarkan seketika dia akan lebih selesa dan kurang melekit.

Sunscreen Wardah spf 50 review

2. Memelihara dan melembapkan kulit

Selepas mencubanya, saya boleh katakan sunscreen wardah spf 50 untuk kulit kering sangat sesuai digunakan. Dengan aqua technology yang mampu bekerja dengan melepaskan kandungan air secara perlahan ke dalam kulit membuatkan kulit akan tetap terhidrasi. Kulit rasa segar dan lembap.

Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence juga memiliki kandungan PA+++ yang dapat melindungi kulit dari pancaran sinaran UV. PA+++ merupakan kandungan yang dapat menghalang sinar UVA daripada penuaan pada kulit wajah. SPF pula dapat menghalang pancaran sinar UVB daripada sunburn.

3. Melindungi kulit dari blue light

Dilengkapi dengan Broad Spectrum Protection yang lebih optimal dapat melindungi kulit daripada sinar UVA/UVB serta pancaran blue light yang tiada dalam kebanyakkan sunscreen yang lain. Bukan sinar UVA dan UVB daripada matahari je perlu di elakkan, sinar blue light juga akan memberikan kesan negatif pada kulit.

4. 0% alkohol, ringan, selesa dan tidak menyumbatkan pori-pori

Didatangkan dengan inovasi formula 0% alkohol, terasa ringan di kulit dan selesa untuk digunakan setiap hari. Tidak menyumbatkan pori-pori dan setakat yang saya pakai tidak menyebabkan kesan negatif pada kulit, tiada jerawat berani keluar.

5. Saiz poket

Didatangkan dengan pek jenis tiub dan bersaiz poket lebih mudah dibawa dan jimat ruang dalam beg. Jenis tutup flip flop yang tidak mudah tumpah.

Manfaat Sunscreen Wardah spf 50 tu dah bagus dah tapi yang tak bagusnya macam kena scam pulak. Kalau halakan pek sunscreen ni pada cahaya lampu, nampak isinya separuh lebih sikit sebenarnya. Tak penuh satu tiub pun. 30ml kan, memang tak penuhlah cerita dia. 

Yang penting, sunscreen ni sesuai dengan kulit kita sudahlah. Tak melekit sangat, selesa pakai tak memedihkan kulit dan tak mendatangkan jerawat.

Cara pakai suncreen

Untuk pemakaian suncreen yang lebih berkesan, gunakan sebanyak 2 hujung jari dan ulangi pemakaian setiap 2-3 jam. Gunakan selepas memakai pelembap. 

Ikut cara saya, Cleanser >> toner >>essence>> pelembap >> sunscreen. Pakai produk yang cair dahulu supaya mudah menyerap dalam kulit.

Masih keliru nak pakai produk banyak mana, boleh refer dalam gambar dibawah.
sukatan produk penjagaan kulit setiap hari
sumber : Watsons



© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu