Responsive Ad Slot

Filem Juang

Juang the movie release date pada 8 September 2022, sebuah filem terbaru 2022 yang menggabungkan 5 pengarah iaitu Aziz M. Osman, Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali. Bukan hanya itu, dibarisi lebih daripada 100 orang pelakon dan 200 krew perfileman tempatan. 

Filem Juang dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada frontliners dan semua rakyat Malaysia yang sama sama berjuang dalam pandemik COVID-19. Tonton Filem Juang di pawagam berdekatan.

juang the movie full movie

FILEM JUANG

Tarikh Tayangan : 8 September 2022
Pengarah : Aziz M. Osman, Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali
Terbitan : Asia Tropical Films, The Film Engine, Astro Shaw, Suhan Movies

PELAKON JUANG/JUANG THE MOVIE CAST

Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Izzue Islam, Vanidah Imran, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Haoren, Rosyam Nor, Dian P. Ramlee, Steve Yap, Chew Kin Wah, Azri Sabri, Adibah Noor, Cedric Loo, Luqman Hafidz, Silfeny Osman, Wanna Ali, Puteri Rayyana, Angeline Tan, Baki Zainal, Dato’ Jalaludin Hassan, Abi Manyu, Dian P Ramlee, Bohari Ibrahim, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Pekin Ibrahim, Duwerra Mitilda, Priscilla Abby, Gadrick Chin

SINOPSIS JUANG

Filem juang diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku dalam situasi pandemik. Enam cerita digabungkan dalam satu filem. Berkisarkan tentang kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi.

Telefilem Mahligai Belum Terbakar

Tonton Telefilem Mahligai Belum Terbakar pada hari Selasa, 9 Ogos 2022 pukul 9.00 malam di slot Screen On 2 TV2 dibintangi pelakon Lah Ahmad, Fatimah Az Zahra Ahmad, Syed Ali, Zalfa Zain, Zul Helmi dan ramai lagi.

telefilem mahligai belum terbakar

TELEFILEM MAHLIGAI TERBAKAR

Waktu Siaran : Selasa, 9 Ogos 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Screen On 2 TV2
Penulis Skrip : Nazri Nawang (Nayie Kelate)
Pengarah : Khalid Sulaiman
Produksi : Tunestone Entertainment

PELAKON DAN WATAK

  • Lah Ahmad sebagai Fahimi
  • Fatimah Az Zahra Ahmad
  • Syed Ali
  • Zalfa Zain
  • Zul Helmi

SINOPSIS TELEFILEM MAHLIGAI TERBAKAR

Kisah tentang seorang pemuda bernama Fahimi yang berdepan konflik dalam hidupnya. Fahimi diuji dengan pergolakan dalam diri seorang lelaki bila mahligai yang dibina dan diharapkan bahagia hingga ke akhir usia gagal dipertengahan jalan.

Kisahnya bermula dengan memaparkan kekecewaan Fahimi yang telah berkahwin sebanyak dua kali. Dia sentiasa mengharapkan perkahwinan yang dibina bahagia namun realitinya dalam kedua-dua perkahwinannya gagal kerana dirinya telah dipergunakan oleh isteri-isterinya.

Perkahwinan bersama isteri pertama gagal kerana isterinya itu bersifat material dan mengejar kekayaan semata-mata. Ianya berlaku di luar jangkaan Fahimi kerana di awal perkahwinan segalanya tampak sempurna dan ikhlas. Namun dengan berat hati Fahimi terpaksa melafazkan cerai.

Perkahwinan kedua pula sekali lagi Fahimi diuji. Fahimi dapat merasakan isterinya hanya mempergunakannya untuk berbalik semula dengan bekas suaminya dahulu. Fahimi rasa dikhianati.

Begitupun adakah realitinya yang berlaku sebaliknya? Adakah telahan isterinya itu sekadar mahu mempergunakannya tidak benar sama sekali? Dan masihkan ada ruang untuk Fahimi berbahagia bersama isteri dan anaknya?

Telefilem Dosa Terlindung

Tonton Telefilem Dosa Terlindung ulang siar pada hari Ahad, 14 Ogos 2022 pukul 9:00 malam di slot Cereka Ahad TV3 dibintangi pelakon  Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna dan ramai lagi.

telefilem dosa terlindung tv3 online

TELEFILEM DOSA TERLINDUNG

Waktu siaran : Ahad, 14 Ogos 2022 , pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Penulis skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Idea asal : Hana Hariz
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : Alfanazra Productions Sdn. Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Zamarul Hisyam sebagai Khairi
  • Eira Syazira sebagai Zie
  • Jue Aziz sebagai Hana
  • Naim Daniel sebagai Irfan
  • Bella Dowanna sebagai Eisya
  • Hairi Safwan sebagai Faizal
  • Jalaludin Hassan
  • Azizah Mahzan
  • Ezzrin Loy
  • Erynn Erynna

SINOPSIS TELEFILEM DOSA TERLINDUNG

Beberapa tahun lalu, Zie (Eira Syazira) meninggalkan suaminya, Khairi (Zamarul Hisyam) dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka.

Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.

Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.

Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.

Telefilem Air Mata Si Kudung

Tonton Telefilem/telemovie Air Mata Si Kudung ulang siar pada hari Sabtu, 13 Ogos 2022 pukul 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3 dibintangi pelakon Fizo Omar, Nadia Nisa, Norlia Ghani, Mak Wan, Ben Ladin, Putri Luvvna, Syaffik Sahli dan ramai lagi.

air mata si kudung

TELEFILEM AIR MATA SI KUDUNG

Waktu siaran : Sabtu, 13 Ogos 2022, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Bade Hj Azmi
Penulis skrip : ZH Emdee
Produksi : Hujan Lebat Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM AIR MATA SI KUDUNG

  • Fizo Omar
  • Nadia Nisa
  • Norlia Ghani
  • Mak Wan
  • Ben Ladin
  • Putri Luvvna
  • Syaffik Sahli

SINOPSIS TELEFILEM AIR MATA SI KUDUNG

Sabri dan Seroja, dua beradik yatim piatu yang tinggal di pedalaman sebuah kampung. Bertambah malang lagi apabila Sabri kehilangan kakinya akibat dibaham buaya ketika menjaring ikan di sungai manakala Seroja pula kehilangan tangannya. Setelah dewasa, Seroja dipinang oleh seorang doktor yang membuat rawatan di kampung itu.

Demi kebahagiaan dan masa depan adiknya, Sabri terpaksa melepaskan adiknya walau dia berasa berat hati. Setelah setahun perkahwinan, sabri langsung tidak dijenguk. Sabri sering teringatkan adiknya dan hatinya parah. Kehidupan Seroja bersama suaminya bahagia, tetapi ibu mertua Seroja membenci dan mengongkong kehidupan Seroja dan suaminya akibat daripada tangannya yang cacat.

Bertahun-tahun Sabri menanti dan menangis meratapi ketiadaan Seroja. Sehinggalah suatu hari, matanya jadi kabur akibat jangkitan kuman. Muncul Sam & Sally, anak-anak Seroja yang mencari sabri kerana ibu bapa mereka terkorban dalam nahas jalanraya.

Drama Epilog 3 Naga

Drama Epilog 3 Naga, sebuah drama adaptasi novel 'Epilod 3 Naga' nukilan Kaz Ishak yang mengetengahkan tentang isu gengsterism. Drama Epilog 3 Naga episod 1 mula bersiaran pada 3 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7:00 malam di Slot Dramatix Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV.

drama epilog 3 naga

DRAMA EPILOG 3 NAGA

Jumlah episod : 24
Mula siaran : 3 Ogos 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 7:00 malam
Siaran TV : Slot Dramatix Awesome TV | saluran 123 Astro | saluran 112 MyTV
Penulis Novel : Kaz Ishak
Penulis Skrip : Kaz Ishak
Pengarah : Razif Ajiboy
Produksi : Layar Sutra Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Hazama Azmi sebagai Khalid
  • Syarul Ezani sebagai Fazarul
  • Shafiq ‘Stu’ Rosli sebagai Sean Abdullah
  • Juliana Evans sebagai Natasha
  • Atyka Jalil sebagai Sazlina
  • Katalina sebagai Sofea Ahmad
  • Faizal Hussien sebagai Azroy
  • Ridzuan Hashim sebagai Uncle Hussien
  • Marissa Yasmin sebagai Makcik Asmah
  • Sahronizam Noor sebagai Pakcik Zulkarnain
  • Along Eyzendy sebagai Black
  • Aman Nassim sebagai Chris

SINOPSIS DRAMA EPILOG 3 NAGA

Kisah tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap. Fazarul (Syarul Ezani), Khalid (Hazama Azmi) and Sean (Shafiq ‘Stu’ Rosli) merupakan sahabat karib sejak kecil. Persahabatan, kisah cinta dan kasih sayang keluarga, disulam dengan kenakalan remaja yang mula membawa padah tatkala batas dilangkah.

Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, disitulah ada Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. 

Bagaimanakah pengakhirannya?

Bacaan Niat Puasa Sunat Tasu’a Dan Asyura Serta Kelebihan Puasa Sunat Asyura

Awal Muharram 1444 Hijrah/ Maal Hijrah 2022 disambut pada 30 Julai 2022 yang lalu. Datangnya bulan Muharram bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. 

Kelebihan Bulan Muharam

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Maal Hijrah merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam untuk memperingati memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Bermula tarikh itu, berlakulah perkembangan dan penyebaran dakwah Islamiyyah dengan lebih sistematik dan teratur. Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda menghadapi segala ancaman dan cabaran dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT.

Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang membuktikan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Bulan Muharam merupakan salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak amalan puasa sunat.

Allah SWT telah menjadikan bulan Muharram sebagai salah satu dari bulan-bulan haram seperti mana dalam firmanNya yang bermaksud :

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (suci). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.- (QS. At-Taubah: 36)

Bulan Muharram ini mempunyai kelebihan seperti yang telah dijelaskan dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT bahawa ianya adalah salah satu daripada bulan haram.

Rasulullah SAW juga telah menjelaskan melalui hadis sabda Baginda mengenai bulan- bulan haram yang terdiri daripada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. 

Bulan-bulan haram ini adalah bulan diharamkan untuk berperang dan juga diberikan kemuliaan dari segi diberi ganjaran besar dalam amal soleh yang dilakukan dalam bulan ini. 

Amalan Bulan Muharram

Menurut Imam Nawawi, bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan selain puasa sunat Isnin dan Khamis :

puasa sunat 2022
sumber : Majlid Wilayah Persekutuan
  • 1 Muharram : Puasa awal tahun Hijriyah
  • 9 Muharram : Puasa Tasu’a
  • 10 Muharram : Puasa hari Asyura
  • 13 Muharram : Puasa sunat hari Putih
  • 14 Muharram : Puasa sunat hari Putih
  • 15 Muharram : Puasa sunat hari Putih
Manakala solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Puasa Sunat Tasu’a Dan Asyura Bulan Muharram

Anjuran berpuasa sunat 9, 10 dan 11 Muharram yang dinamakan Hari ‘Asyura dan Hari Tasu’a. Dari perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Puasa Sunat Tasu’a Dan Asyura
sumber : Kuliah Agama Sekitar Melaka

Tarikh puasa sunat Tasu’a Dan Asyura

Tarikh puasa Tasu'a 2022 pada 9 Muharram 1444H / 7 Ogos 2022 (Ahad) dan tarikh puasa Asyura 2022 pada 10 Muharram 1444H / 8 Ogos 2022 (Isnin).

Bacaan Niat puasa sunat Tasu’a dan niat puasa sunat Asyura

Waktu Bacaan Niat : Bacaan lafaz niat boleh dilafazkan bermula malam hari sehingga siang hari sebelum waktu tergelincirnya matahari atau sebelum waktu zuhur.

Niat Puasa Sunat Tasu’a Dan Asyura
sumber : JAKIM

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Niat puasa sunat Tasu'a dalam rumi
Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala
 
Maksudnya : Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Asyura

نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى

Niat puasa sunat Asyura dalam rumi
Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala
 
Maksudnya : Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala

Berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda : “Puasa hari ‘Asyura’ itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (Riwayat: al-Tirmizi).

Fadilat puasa sunat Asyura

Kelebihan puasa Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya : Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Riwayat Ibn Majah (1738)

Fadilat Berpuasa Hari Tasu’a 

Tujuan berpuasa sunat pada hari Tasu’a adalah untuk membezakan amalan yang dilakukan kaum Yahudi iaitu berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Dan juga riwayat daripada Ibn Abbas R.A. beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda :

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya : Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. Riwayat Ahmad (2154)

Sunat berpuasa pada 9 Muharram (puasa tasu’a) atau 11 Muharram (Puasa Sunat Hari Ahada ‘A-syara) mengiringi 10 Muharram (puasa hari asyura) untuk membezakan antara ibadah kita (puasa tasua dan asyura) dengan ibadah puasa kaum Yahudi. Tarikh puasa 11 Muharram 1444H pada hari Selasa, 9 Ogos 2022.

Soal Jawab Puasa 10 Muharram

1) Sunat berpuasa pada 10 Muharam, berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.

2) Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman baginda.

3) Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.

4) Apakah hukum berpuasa pada 10 Muharam sahaja? Menurut Imam Ibnu Hajar di dalam karya beliau “Tuhfah al-Muhtaj”:

قول المتن (وعاشوراء) ولا بأس بإفراده

Maksudnya : Teks (Al-Minhaj) menyebut: “...dan (disunatkan berpuasa) Asyura” dan tidak mengapa hanya berpuasa pada hari itu sahaja.

5) Menurut kenyataan di atas, mazhab Syafi’ie mengharuskan berpuasa pada 10 Muharam sahaja walaupun tanpa iringan puasa pada 9 Muharam.

6) Namun yang amat digalakkan iaitu lebih afdal berpuasa sehari sebelum Asyura kerana itu keazaman baginda pada masa akan datang. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka digantikan pada 11 Muharam.

Wallahu'alam.

Kredit : Ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Sumber : https://www.mais.gov.my/kemuliaan-bulan-hijrah/ | mysumber 

Telefilem Jeti

Tonton Telefilem Jeti, ulang siar telefilem raya jeti 2021 arahan Janna Nick dibintangi pelakon hebat Fauziah Nawi, Nabila Huda, Fifi Laura, Jay Iswazir, Josiah Hogan, Shyrim Husni dan ramai lagi bersiaran pada hari Ahad, 7 Ogos 2022 pukul 9:00 malam di slot Cerekarama TV3.

telefilem jeti

TELEFILEM JETI

Waktu siaran : Ahad, 7 Ogos 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Idea asal : Janna Nick
Penulis skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Janna Nick
Produksi : JN Studios & Entertainment

PELAKON

Fauziah Nawi
Nabila Huda
Fifi Laura
Jay Iswazir
Josiah Hogan
Shyrim Husni

SINOPSIS TELEFILEM JETI

Kelahiran Siti bukan perkara indah buat Zaiton. Kehadiran anak kecil itu lebih memecah belahkan keluarganya sehinggakan dia diceraikan. Zaiton mengalami perkara yang sama dengan ibunya, Fatimah dimana mereka berdua diceraikan selepas melahirkan anak.

Fatimah amat menyayangi cucunya, Siti dan cuba sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik untuk Siti. Zaiton pula membenci anaknya. Fatimah terpaksa berhadapan dengan kebencian penduduk kampung apabila satu tragedi telah terjadi.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu