Responsive Ad Slot

Telefilem Dalang

Tonton Telefilem Dalang bersiaran pada hari Sabtu 13 Ogos 2022, pukul 9:00 malam di Slot Panggung RTM TV1 dibintangi pelakon Izzue Islam, Sabri Yunus, Adrea Abdullah, Asrul Faizal, Along Eyzendy dan ramai lagi. .

telefilem dalang

TELEFILEM DALANG

Waktu siaran : Sabtu, 13 Ogos 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1
Penulis skrip & Pengarah : Sabri Yunus

PELAKON TELEFILEM DALANG

  • Izzue Islam
  • Sabri Yunus
  • Adrea Abdullah
  • Asrul faizal
  • Along Eyzendy

SINOPSIS TELEFILEM DALANG

Membawa kisah watak Pok Him, seorang Tok Dalang Wayang Kulit sedang menghadapi masalah ahli yang sering bertelingkah demi kepentingan sendiri. Demi menjaga seni lambang jati diri dan bangsa, dia bertungkus lumus menghidupkan dan menekankan tentang falsafah seni tradisi untuk diterjemahkan kepada kehidupan ini. Namun, usaha Pok Him tetap gagal.

Lalu apakah kesudahannya?

Telefilem Lalang

Tonton Telefilem Lalang ulang siaran pada hari Jumaat 12 Ogos 2022 pukul 3:00 petang di slot Drama On 2 TV2.

Telefilem lalang disiarkan khas sempena bulan Kemerdekaan dibintangi pelakon Syazwan Zulkifly, Sasqia Dahuri, Qi Razali, Ooi Teck Wooi, Muhammad Raif Ikhwan Rajali, Hushairi Husain, Hasnul Rahmat, Ain Evon Tay, Tiffany Sia May Sim dan ramai lagi.

telefilem lalang tv2

TELEFILEM LALANG

Waktu siaran : Jumaat, 12 Ogos 2022, pukul 3:00 petang
Siaran TV : Slot Drama On 2 di TV2
Penulis Skrip : Mazlan Abdul Manan
Pengarah : Hisyamudin Ahmad
Produksi : Unit Drama RTM

PELAKON DAN WATAK

  • Syazwan Zulkifly sebagai Embong
  • Sasqia Dahuri sebagai Rohani
  • Qi Razali sebagai Mejar Tanaka
  • Ooi Teck Wooi sebagai Ah Heng
  • Ain Evon Tay sebagai Sue Lan
  • Hushairi Husain sebagai Salleh
  • Muhammad Raif Ikhwan Rajali
  • Hasnul Rahmat
  • Tiffany Sia May Sim

TELEFILEM LALANG

Kisah tentang Embong (Syazwan Zulkifly) dan Ah Heng (Ooi Teck Wooi) yang cuba mengelak diri mereka daripada dipergunakan ketika era zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah.

Namun ugutan daripada Ah Chai untuk mencederakan Sue Lan m (Ain Evon Tay)  dan Ah Yee menyebabkan Ah Heng terpaksa mengalah dan berpegang pada prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu. Jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun yang dipenuhi lalang.

Satu malam, kedai Ah Heng dibakar oleh Mejar Tanaka (Qi Razali) dan tenteranya. Ah Heng terpaksa menyorok daripada Jepun. Atas dasar setiakawan dan kemanusiaan, Embong dan Rohani menyembunyikan Ah Heng di pondok kebunnya.

Dalam masa sama, Embong terpaksa berdepan dengan permusuhan ditimbulkan oleh Salleh yang menjadi tali barut Jepun. Salleh memang menyimpan dendam lama terhadap Embong kerana menganggap Embong merampas kekasihnya, Rohani.

Ketika tinggal di pondok, Ah Yee teringin bermain layang-layang dengan menggunakan surat khabar Cina tetapi Sue Lan bimbang akan dilihat oleh penduduk setempat dan mereka akan tahu ada keluarga Cina yang menyorok dalam penempatan orang Melayu.

Malangnya ketika Ah Yee bermain layang-layang, dia telah ditembak oleh Ah Chai yang menyangka Ah Yee anak orang Melayu kerana dendam dan marahnya terhadap orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut Jepun. Apa kesudahan cerita lalang ini?

Telefilem Kami Blackpinky

Tonton Telefilem Kami Blackpinky bersiaran pada hari Ahad 14 Ogos 2022 pukul 9:30 malam di Awesome TV. Telefilem Kami Blackpinky menampilkan pelakon Lia Natalia, Shiha Zikir, Norreen Iman dan Malia Baby.

telefilem kami blackpinky

TELEFILEM KAMI BLACKPINKY

Waktu Siaran : Ahad, 14 Ogos 2022, pukul 9:30 malam
Siaran TV : Awesome TV
Idea asal & Penulis skrip : Juju Layya, Ilham Abata
Pengarah : Aizam Syamsul Aksan
Produksi : Arisprop Holdings Sdn Bhd
Genre : Komedi

PELAKON TELEFILEM KAMI BLACKPINKY

  • Shiha Zikir
  • Lia Natalia
  • Norreen Iman
  • Malia Baby

SINOPSIS TELEFILEM KAMI BLACKPINKY

Jannah dan tiga kawan baiknya yang bekerja di kilang sangat meminati kumpulan K-Pop, Blackpink. Kehidupan mereka banyak dipengaruhi dengan idola K-POP mereka itu. Suatu hari, mereka berempat menyertai satu pertandingan.

Filem Pengabdi Setan 2 : Communion

Filem Pengabdi Setan 2 : Communion release date Malaysia pada 11 Ogos 2022, Indonesia 4 Ogos 2022 dan Singapura 12 Ogos 2022 ditayangkan di Golden Screen Cinemas (GSC). Filem Pengabdi Setan 2 : Communion merupakan sekuel Filem Pengabdi Setan (2017).

Pengabdi Setan 2 : Communion, sebuah filem seram Indonesia tahun 2022 dibintangi pelakon Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz, dan Bront Palarae dibawah arahan Joko Anwar dan juga selaku penulis skrip filem Pengabdi Setan 2 : Communion.

filem pengabdi setan 2 communion

FILEM PENGABDI SETAN 2

Tarikh tayangan : 4 Ogos 2022 (Indonesia), 11 Ogos 2022 (Malaysia), 12 Ogos 2022 (Singapura)
Pengarah : Joko Anwar
Penulis skrip : Joko Anwar
Produksi : Rapi Films, Sky Media, Brown Entertainment, Legacy Pictures, Come and See Pictures
Genre : Seram

PELAKON DAN WATAK

  • Tara Basro sebagai Rini Suwono
  • Endy Arfian sebagai Toni Suwono
  • Nasar Anuz sebagai Bondi Suwono
  • Bront Palarae sebagai Bahri Suwono / Bapak
  • Ayu Laksmi sebagai Mawarni Suwono (Ibu) / Raminom
  • Muhammad Adhiyat sebagai Ian Suwono
  • Muzakki Ramdhan sebagai Wisnu Hendrawan
  • Ratu Felisha sebagai Tari Daryati
  • Fatih Unru sebagai Ari Gunawan
  • Moh Iqbal Sulaiman sebagai Darto Suhaimi
  • Egi Fedly sebagai Budiman Syailendra
  • Jourdy Pranata sebagai Dino Suhendar
  • Nafiza Fatia Rani sebagai Wina Endarti
  • Kiki Narendra sebagai Ustaz Mahmud
  • Rukman Rosadi sebagai Heru Kusuma
  • Muhammad Abe sebagai Ayah Ari
  • Asmara Abigail sebagai Darminah
  • Fachri Albar sebagai Batara
  • Maera Panigoro sebagai Diana Sasmi
  • Sita Nursanti sebagai Hayati Darsono
  • Patty Sandya sebagai Ibu Ari
  • Mian Tiara sebagai Ibu Wisnu
  • Mukhlist Abot sebagai Ayah Wisnu

Cameo

  • Ibrahim Mardikusno sebagai Pria muda
  • Cindy Nirmala sebagai Wanita muda
  • Nazira C. Noer sebagai Ibu hamil
  • Ramadhan Al Raysid sebagai Sopir taksi
  • Aimee Saras sebagai Pembawa berita
  • Aghi Narottama sebagai Pembaca berita
  • Tommy Dewo sebagai Pelayat
  • Bonaventura Sarif Andrian sebagai Pendeta
  • Rieviena Yulieta sebagai Penyiar radio
  • Tia Hasibuan sebagai Penelepon radio
  • Joko Anwar sebagai Penyiar radio / Penelepon radio / Penumpang bus

SINOPSIS FILEM PENGABDI SETAN 2

Beberapa tahun setelah berjaya menyelamatkan diri dari kejadian mengerikan yang membuat mereka kehilangan ibu dan si bungsu lan. Rini dan adik-adiknya, Toni dan Bondi, serta Bapak tinggal di rumah susun karena percaya tinggal di rumah susun aman jika terjadi sesuatu karena ada ramai orang.

Namun, setelah mereka segera menyedari bahawa tinggal bersama ramai orang mungkin juga sangat berbahaya, jika mereka tidak sangat mengenali siapa saja yang menjadi jiran mereka. Pada sebuah malam penuh ketakutan, Rini dan keluarganya harus kembali menyelamatkan diri. Tapi kali ini, mungkin sudah terlambat untuk lari.

Filem Kan Cheong

Filem Kan Cheong, Sebuah filem psiko-thriller drama eksklusif di saluran 480 Astro First dibintangi pelakon Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar. Tonton Filem Kan Cheong bermula pada 11 Ogos 2022. 

Kan Cheong merupakan buah tangan sulung dari Thinkerbell Studios yang akan ditayangkan pawagam rumah melalui saluran 480 Astro First dan On Demand. Boleh Sewa dan Strim Filem Kan Cheong menerusi Astro First (Saluran 480) dan OnDemand Store.

Kan Cheong (kantonis/ hokkien) bermaksud gementar, tergesa-gesa, tegang/ marah. 

Kan Cheong sebuah karya mengupas isu  mental health yang semakin serius sekarang ini.

filem kan cheong

FILEM KAN CHEONG

Tarikh tayangan : 11 Ogos 2022
Siaran TV : Astro First (CH408)
Pengarah : Noor Azlan Shah
Produksi : Thinkerbell Studios (M) SB
Genre : Psiko-thriller drama

PELAKON DAN WATAK

  • Nora Danish sebagai Ayu
  • Jay Iswazir sebagai Aman
  • Niezam Zaidi sebagai Saiful
  • Shima Anuar sebagai Nurul

SINOPSIS FILEM KAN CHEONG

Filem Kan Cheong mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ayu (Nora Danish) yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman (Jay Iswazir) muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul (Shima Anuar).

Ayu memberitahu bahawa tiada orang bernama Nurul dan mungkin Aman tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh. Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar.

Tiba- tiba petir berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar. Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari.

Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri. Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful (Niezam Zaidi) pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati.

Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu segera lari bersembunyi.

Siapakah Saiful dan adakah Ayu berjaya menyelamatkan diri?

Niat Puasa Sunat Hari Putih Dan Kelebihan Puasa Sunat Hari Putih

Dalam bulan Muharram, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan puasa sunat kerana bulan Muharram merupakan bulan Allah yang membuktikan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharram. Puasa sunat dalam bulan Muharram adalah puasa selepas puasa selepas berpuasa di bulan Ramadan.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau bersabda :

سُئِلَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَيُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ

Maksudnya : Rasulullah SAW pernah ditanya, "Solat apakah yang paling utama setelah solat fardhu? Dan puasa apakah yang paling utama setelah puasa Ramadlan?" Maka Baginda SAW menjawab: "Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat pada sepertiga akhir malam. Dan puasa paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram." - (HR Muslim, hadis sahih)

niat puasa hari putih 2022 kelebihan puasa hari putih

Puasa sunat bulan Muharram selain puasa Isnin dan Khamis, umat Islam digalakkan puasa sunat Tasu'a dan puasa sunat Asyura (9, 10 & 11 Muharram 1444H pada 7,8 & Ogos 2022) dan juga puasa sunat Hari Putih (13,14 & 15 Muharram 1444H pada 11, 12 & 13 Ogos 2022).

Tarikh puasa sunat Hari Putih 2022

Bermula hari Khamis hingga Sabtu (11, 12 & 13 Ogos 2022) adalah Puasa Hari Putih bersamaan 13,14 & 15 Muharram 1444H.

Apakah puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)

Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah. Ia dipanggil Ayyamul Bidh (Hari Putih) kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih. Pada tarikh-tarikh, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan ibadah selain ibadah-ibadah yang lain.

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya : "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih (bidh) iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun".
- (HR Abu Daud, hadis sahih)

Dari Abu Dzar, Rasulullah bersabda :
Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).”
- Hadis riwayat Tirmizi dan an-Nasa’ie 

Sejarah puasa Hari Putih

Ahli sejarah Islam, Ibnu Kathir mengatakan bahawa ibadat puasa sudah ada sejak zaman Nabi Adam a.s dan Hawa a.s. Menurutnya, Adam berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun.

Diriwayatkan bahawa Nabi Adam a.s apabila sampainya di bumi setelah diturunkan dari syurga akibat kesalahan yang dilakukan, baginda bertaubat kepada Allah s.w.t dan baginda berpuasa selama tiga hari setiap bulan. Itulah yang kemudian dikenal dengan puasa hari-hari putih iaitu pada setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan di mana ia juga sunnah untuk dikerjakan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w.

Niat puasa sunat Hari Putih (Ayyamul Bidh)


نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Niat puasa sunat hari putih dalam rumi : Nawaitu sauma ayyaamal bidh sunnatan lillahi ta’ala

Maksudnya : Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

Kelebihan puasa Hari Putih

Ibadah puasa banyak fadhilatnya dalam pembentukan iman dan kesihatan diri. Bagi sesiapa yang berpuasa hari putih ini adalah antara kelebihan puasa hari putih yang diperolehi adalah seperti :

1. Pahala ibarat berpuasa sepanjang tahun

Bayangkan kita berpuasa sepanjang tahun tanpa henti selama 365 hari. Nescaya tiada yang terdaya dan mampu melakukannya. Beruntungnya kita dapat ganjaran seperti berpuasa sepanjang tahun dengan berpuasa pada hari putih.

Merujuk pada hadis :

صَوْمُ ثَلاَثَةٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانَ إِلَى رَمَضَانَ صَوْمُ الدَّهْرِ

Maksudnya : “Puasa tiga hari dari setiap bulan, dan bulan Ramadan ke bulan Ramadan adalah puasa sepanjang tahun.” – (Hadis Riwayat Muslim)


2. Meningkatkan daya imun badan menjadi kuat dan bertenaga

Dengan amalan berpuasa dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan di samping mengelakkan dari pelbagai penyakit.

Sudah banyak kajian yang dijalankan dari dalam dan luar negara oleh orang Islam atau bukan Islam lalu mendapatkan hasil yang sama. Ketahanan tubuh manusia yang berpuasa lebih baik daripada yang tidak berpuasa.

3. Amalan yang menjadi wasiat Rasulullah SAW

Salah satu wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Abu Hurairah RA adalah dengan berpuasa tiga hari dalam setiap bulan. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:

سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ العَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكَ لَتَصُومُ الدَّهْرَ، وَتَقُومُ اللَّيْلَ؟» ، فَقُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «إِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ هَجَمَتْ لَهُ العَيْنُ، وَنَفِهَتْ لَهُ النَّفْسُ، لاَ صَامَ مَنْ صَامَ الدَّهْرَ، صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ» ، قُلْتُ: فَإِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: «فَصُمْ صَوْمَ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا، وَلاَ يَفِرُّ إِذَا لاَقَى»

Bermaksud : “Aku mendengar Abdullah bin `Amru bin al-`As RA katanya, Nabi SAW bersabda: Bahawasanya engkau berpuasa sepanjang tahun dan bangun di waktu malam? Jawabku, “Ya.”, Nabi SAW menjawab: Bahawasanya engkau jika engkau lakukan yang demikian, cengkung matamu dan lemah dirimu. Tiada puasa bagi orang yang puasa sepanjang tahun. Puasa tiga hari (dalam sebulan) adalah puasa sepanjang tahun. Aku menjawab: Aku mampu lebih daripada itu, Nabi SAW menjawab: Puasalah puasa Nabi Daud AS Baginda Nabi Daud AS berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Nabi Daud tidak lari ketika bertemu.” - (Hadis Riwayat Sahih Bukhari)

4. Merasai hikmah bagaimana kepayahan hidup fakir miskin

Dengan berpuasa mengajar kita untuk mensyukuri segala nikmat yang ada apabila melihat kepayahan hidup orang lain yang miskin dan tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.

5. Membersihkan jiwa

Secara tidak lansung dengan berpuasa dalam mendidik diri membersihkan jiwa untuk menjauhi sifat-sifat mazmumah dan melazimkan dengan sifat-sifat mahmudah. Amalan berpuasa juga dapat melatih diri dari segi spiritual, rohani, dan jasmani.

Puasa sunat Isnin dan Khamis

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda :

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya : “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”- (HR Tirmizi, hadis hasan gharib)

Dalam sebuah hadis yang lain, Saidatina Aisyah r.a. berkata :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ

Maksudnya : “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”- (HR al-Tirmizi, hadis hasan)

Mari kita ambil peluang ini untuk melazimi puasa sunat pada hari yang terpilih di dalam bulan Muharam dan juga dibulan bulan lain.

Semoga Allah berkati segala amal ibadah yang kita lakukan, pelihara kita daripada godaan nafsu dan kurniakan rahmat-Nya. Aamiin...

sumber : Ustazah Asma' Harun | Mufti Terengganusinar + | mysihat

Telefilem Pinggan Jangan Retak

Tonton Telefilem Pinggan Jangan Retak ulang siar pada hari Rabu 10 ogos 2022 dan 20 Ogos 2022, pukul 9:00 malam  di Slot Drama On 2 TV2 RTM sempena Kemerdekaan dibintangi pelakon Jalil Hamid, Laila Nasir, Wong Sin Nen, Melanie Tan, Rashidah Jaafar, Ikhlas Jalil, Rama Sundram dan ramai lagi.

Juga boleh tonton telefilem Pinggan Jangan Retak live streaming online di rtm klik (rtmklik.rtm.gov.my)

telefilem pinggan jangan retak

TELEFILEM PINGGAN JANGAN RETAK

Waktu siaran : 10 Ogos 2022 (Rabu) dan 20 Ogos 2022 (Sabtu), pukul 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Drama On 2 TV2 (RTM)
Penulis skrip : Haida Mazni Mohammad
Pengarah : Mohd Latiff Zami
Produksi : Brotherhood Studio & Brightstar Pictures

PELAKON TELEFILEM PINGGAN JANGAN RETAK

  • Jalil Hamid
  • Norlaila Nasir
  • Wong Sin Nen
  • Melanie Tan
  • Rashidah Jaafar
  • Ikhlas Jalil
  • Rama Sundram

SINOPSIS TELEFILEM PINGGAN JANGAN RETAK

Dek kerana sebiji pinggan antik zaman Dinasti Ming rombongan Laksamana Cheng Ho yang dijumpai tertanam dilaman rumah, kejiranan pelbagai kaum yang sebelum ini harmoni menjadi bertelingkah apabila pinggan tersebut menjadi rebutan selepas didapati mempunyai nilai yang tinggi.

Selepas pelbagai peristiwa menimpa, mereka akhirnya menyedari kesilapan masing-masing dan akhirnya bersetuju menyerahkan pinggan tersebut kepada Muzium Negeri Melaka sebagai khazanah negara.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu