Responsive Ad Slot

Filem Perjalanan Pertama

Tonton Filem Perjalanan Pertama (The Wheels Of Life) mula ditayangkan di Malaysia pada 18 Ogos 2022 di pawagam seluruh Malaysuia. Filem Perjalanan Pertama adalah sebuah filem Indonesia yang menggabungkan pelakon Indonesia dan Malaysia iaitu pelakon cilik Muzzaki Ramdhan dan Dato Ahmad Tamimi Siregar.

Bukan hanya itu, Filem Perjalanan pertama juga menggabungkan dua syarikat produksi Indonesia dan Malaysia iaitu Mahakarya Pictures dan D' Ayu Pictures.

Film Perjalanan Pertama idea dari asal dan arahan Arief Malinmudo. Filem ini juga salah satu finalist untuk kategori Best Feature Drama pada Festival Film Muslim Australia yang berlansung pada 9-15 Oktober 2021 lalu.

Filem Perjalanan Pertama

FILEM PERJALANAN PERTAMA

Mula tayangan : 2 Disember 2021 (Jogja-NETPAC Asian Film Festival @JAFF), 14 Julai 2022 (Indonesia), 18 Ogos 2022 (Malaysia)
Penulis skrip : Arief Malinmudo
Pengarah : Arief Malinmudo
Produksi : Mahakarya Pictures, D' Ayu Pictures
Durasi film perjalanan pertama : 111 minit 

PELAKON DAN WATAK

  • Muzakki Ramdhan sebagai Yahya
  • Dato' Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Tan
  • Adinda Thomas sebagai Nurma
  • Randy Pangalila sebagai Muchtar
  • Gilang Dirga
  • Komo Ricky
  • Angelica Petra
  • Adiezty Fersa
  • Upiak Isil
  • Arryyan Petra
  • Azlinda Zubir
  • Irfan Guchi

SINOPSIS FILEM PERJALANAN PERTAMA

Mengisahkan tentang Tan, seorang pelukis yang hidup disebuah kampung di ketinggian tanah Sumatera bersama cucunya Yahya, yang memilih tidak banyak berbual dengan Tan.

Tan berkerja di sebuah workshop seni milik seorang perempuan muda bernama Nia. Suatu ketika datanglah seorang perantau Yusuf yang memesan sebuah mahar pernikahan yang tak biasa dikerjakan di workshop seni Nia.

Namun Tan sanggup untuk cuba membuat sesuatu yang dikira baru dalam perjalanan karyanya. Ketika selesai, Tan perlu melakukan perjalanan bersama cucunya. Yahya perlu membantu atoknya memegang lukisan sebesar 60 x 90 cm diatas Vespa tua yang sudah lama sekali tidak dipakai.

"kita tidak pernah bisa memilih bagian mana yang akan ditiru oleh anak cucu kita, dan kenangan dari cerita apa yang akan diingat oleh anak cucu kita nanti,” - Arief  Malinmudo.

 

Drama Anak Beranak Abe Yie

Drama Anak Beranak Abe Yie, drama terbaharu Slot Sakura TV3 akan datang lakonan Aiman Tino, Azlee Senario, Jasmin Hamid, Wan Sharmila, Puteri Sarah Liyana, Wanns Ahmad, Aidil Aziz, Aidit Noh dan ramai lagi.

drama anak beranak abe yie

DRAMA ANAK BERANAK ABE YIE

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 6:00 petang
Siaran TV : Slot Sakura TV3 
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Genre : Komedi

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Tino sebagai Muluk
  • Azlee Senario sebagai Abe Yie
  • Jasmin Hamid sebagai Che Yah
  • Wan Sharmila sebagai Ann
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Shima
  • Aidil Aziz sebagai Sam
  • Aidit Noh sebagai Adi
  • Aiman Badrul sebagai Aiman
  • Qhaira Imani sebagai Aqila
  • Shazia Rozaini sebagai Maslina
  • Shyrim Husni sebagai Ayah Maslina
  • Wanns Ahmad
  • Zazly Baginda

SINOPSIS DRAMA ANAK BERANAK ABE YIE

Kisah tentang keluarga Abe Yie yang menjadi kecoh apabila virus Covid-19 melanda negara. Berikutan dengan itu, kerajaan juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Disebabkan itu, Anne dan Sam mencari jalan untuk pulang ke kampung tanpa menghiraukan ancaman virus dan SOP yang ditetapkan.

Dalam tempoh itulah, pelbagai adegan lucu yang terjadi dalam keluarga tersebut. 

Apakah yang terjadi kepada keluarga Abe Yie pada akhirnya?

Drama Kids Nowadays

Drama Kids Nowadays, drama Astro Ria terkini mula bersiaran pada hari Isnin 15 Ogos 2022 pukul 11:00 malam di saluran 104 Astro Ria atau platform penstriman Sooka. Tonton Drama Kids Nowadays bersiaran setiap hari Isnin-Khamis dibintangi pelakon Dato' Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila,Ezzrin Loy dan ramai lagi.

Drama Kids Nowadays merupakan drama terbitan Suhan Movies & Trading arahan Ejump Mohd.

drama kids nowadays

DRAMA KIDS NOWADAYS

Mula siaran : 15 Ogos 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria 104 | Sooka
Idea Asal : Faizul A Yatnor
Penulis skrip : Nieza Nahar, Najwa Shazly
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : Suhan Movies & Trading

PELAKON DAN WATAK

  • Dato' Awie sebagai Jaafar
  • Wanna Ali sebagai Hanna
  • Alvin Chong sebagai Eddy
  • Wan Sharmila sebagai Najiha
  • Marisa Yasmin sebagai Rafidah
  • Nafiez Zaidi sebagai Nadzwan
  • Ezzrin Loy sebagai Farhan
  • Farez Ridzwan sebagai Khalis
  • Harith Daniel sebagai Shafiq
  • Nafiez Zaidi
  • Hasnul Rahmat
  • Zarina Zainuddin
  • Azhar Amir
  • Abby Nadzri
  • Meor Mohd

SINOSPSIS DRAMA KIDS NOWADAYS

Kisah tentang seorang duda bernama Jaafar yang agak berusia menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti namun di tentang keras oleh anaknya Najiha. Namun kerana janjinya kepada bekas isteri, Jaafar tetap mendaftar sebagai mahasiswa.

Telefilem Sebilah Pusaka

Tonton Telefilem Sebilah Pusaka ulang siaran pada hari Rabu 17 Ogos 2022, pukul 9:00 malam di Slot Drama On 2 TV2. 

Pelakon Telefilem Sebilah Pusaka dibintangi  Julia Farhana Marin, Jonathan Putra, Megat Sharizal, Kim Fukazawa, Ayez Shaukat Fonseka, Tuan Faisal dan ramai lagi. 

telefilem sebilah pusaka

TELEFILEM SEBILAH PUSAKA

Waktu siaran : Rabu, 17 Ogos 2022,  pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Drama On 2 TV2 (RTM)
Penulis skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Megat Shahrizal
Produksi : Kus Semangat Aktor, Playground Productions

PELAKON TELEFILEM SEBILAH PUSAKA

  • Wan Hanafi Su
  • Julia Farhana Marin
  • Jonathan Putra
  • Megat Sharizal
  • Kim Fukazawa
  • Ayez Shaukat Fonseka
  • Tuan Faisal

SINOPSIS TELEFILEM SEBILAH PUSAKA

Mengisahkan seorang gadis yang berketurunan Melayu - Inggeris yang ditemani abangnya kembali ke Malaysia untuk mengenali budaya,tradisi dan identiti diri sebelah bapanya yang berketurunan Melayu dengan mempelajari cara-cara pembuatan keris dan mengenali adat resam budaya Melayu.

Telefilem Cinta Koma

Tonton Telefilem Cinta Koma bersiaran pada hari Selasa 16 Ogos 2022, pukul 9:00 malam di Slot Drama On 2 TV2. 

Telefilem Cinta Koma dibintangi pelakon Epy Kodiang, Afifah Nasir, Azim Yusof, Luqman Hafidz, Alya Iman, Suraida Abu Hassan dan ramai lagi.

telefilem cinta koma

TELEFILEM CINTA KOMA

Waktu Siaran : Selasa, 16 Ogos 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Drama On 2 TV2
Penulis Skrip : Hafid Derani
Pengarah : Shanker Ragaven
Produksi : Poketplay Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM CINTA KOMA

  • Epy Kodiang
  • Afifah Nasir
  • Azim Yusof
  • Luqman Hafidz
  • Alya Iman
  • Suraida Abu Hassan

SINOPSIS TELEFILEM CINTA KOMA

Selepas 12 tahun berada dalam keadaan koma, Zamri akhirnya kembali sedar. Namun dia menghadapi masalah kerana ketinggalan dalam teknologi yang sedikit sebanyak berubah dalam 10 tahun ini.

Zamri juga ingin mencari semula kekasih lamanya, Felisha tetapi dihalang oleh kawan baiknya, Shukri. Kerana bosan asyik terperak di rumah, Zamri mula menyibukkan diri dengan menjaga bisnes keluarganya dan mencari pasangan hidup.

Telefilem Dosa Semalam

Tonton Telefilem Dosa Semalam ulang siaran pada hari Isnin, 15 Ogos 2022, pukul 8:30 malam di Slot Kuasa 3 Malam TV9. 

Telefilem Dosa Semalam dibintangi pelakon Janna Nick, Izzue Islam, Khaty Azian, Tasha Shila dan ramai lagi.

telefilem dosa semalam

TELEFILEM DOSA SEMALAM

Waktu siaran : Isnin, 15 Ogos 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Slot Kuasa 3 Malam TV9
Idea asal : Dato A. Aida
Penulis skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Janna Nick sebagai Khadijah
  • Izzue Islam sebagai Azlan
  • Khaty Azian sebagai Rosnah (Mak Azlan)
  • Tasha Shila
  • Aishah Atan
  • Atiq Azman
  • Ameerul Asyraf

SINOPSIS DOSA SEMALAM

Perkahwinan Azlan dan Khadijah tidak direstui ibu Azlan, Rosnah kerana tidak setaraf. Jika Azlan tiada di rumah, Rosnah akan mendera Khadijah seperti hamba abdi.

Drama Gangster Ker?

Tonton Drama Gangster Ker? bersiaran mulai 12 Ogos 2022, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 8:30 malam di Awesome TV, saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV. Drama Gangster Ker? dibintangi pelakon Mustaqim Bahadon, Wafariena Roslan, Kazar Saisi, Acong Sweetchild dan ramai lagi.

drama gangster ker

GANGSTER KER?

Jumlah episod : 24
Mula siaran : 12 Ogos 2022
Waktu Siaran : Jumaat-Ahad, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Slot Dramedi Awesome TV 
Penulis Skrip : Ijam Lobes Wijolo, Ku Aminah Ku Mat
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi (FDAM)
Produksi : SuaraKita Production

PELAKON DRAMA GANGSTER KE

  • Mustaqim Bahadon
  • Wafariena Roslan
  • Kazar Saisi
  • Acong Sweetchild
  • Zarul Imran
  • Afiq Fikri
  • Mohd Farid Amin Mahat
  • Fadzil Hamdan

SINOPSIS DRAMA GANGSTER KE

Mustapha Al Kubr merupakan ketua pasukan gangster yang dianggotai oleh ahli (Kerdil). Suatu hari Mustapha dilanda penyakit dan terpaksa melatih Lokman untuk menjadi penggantinya sebelum dia meninggal dunia.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu