Responsive Ad Slot

Kad Touch 'n Go NFC : Kelebihan, Cara Tambah Nilai, Harga Dan Senarai Lokasi Jual Kad Touch 'n Go NFC

Kad Touch 'n Go baru 2022 Malaysia telah dipertingkatkan dengan teknologi NFC yang boleh tambah nilai pada bila-bila masa di mana sahaja, untuk gaya hidup tanpa sentuh, tanpa tunai dan lebih memudahkan pengguna.

Kad Touch 'n Go yang lama penggunaannya terhad hanya untuk Bayaran tol, Tambang Keretapi & bas, Pembayaran di kedai dan juga Parkir. Terpaling leceh nak topup, hanya boleh di premis terpilih sahaja. Itu belum lagi kalau masa tu tengah server down. 

Kelebihan kad Touch 'n Go NFC

1. Bayaran tol
2. Tambang Keretapi & bas
3. Pembayaran di kedai
4. Parkir
5. Semak baki melalui eWallet
6. Tambah nilai menggunakan baki eWallet
7. Beli melalui eWallet

Kad Touch 'n Go NFC dinamakan sebagai Enhanced Touch ‘n Go Card yang dijual melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet dan di lokasi rangkaian runcit terpilih. 

Kad Touch 'n Go NFC
sumber : touchngo.com.my

Katanya Kad Touch 'n Go NFC laku macam pisang pasang disebabkan permintaan tinggi dipasaran. Stok habis dijual dalam masa 3 jam pertama selepas diumumkan melalui aplikasi eWallet. Selepas masuk stok baru, agak susah juga nak mendapatkan kad Touch 'n Go sebab tahu-tahu dah habis. Siapa cepat dia dapat lah kaedahnya.

Menurut laman web Touch 'n Go, pengeluaran untuk kad NFC Touch 'n Go ini agak perlahan kerana kekurangan cip global. Dah tu kat mana nak beli kad touch n go nfc? Boleh semak senarai lokasi jual kad Touch 'n Go NFC berhampiran.

Kad Touch 'n Go NFC dijual di seluruh negara tetapi tidak semua stesen mungkin mempunyai stok kad tersebut. Untuk warga Lembah Klang, ini senarai lokasi terpilih kad touch n go NFC. Kebanyakkannya stesen minyak petronas jual kad Touch ' Go NFC. Selain Petronas, Caltex, BHPetrol dan Petron juga ada jual Kad Touch 'n Go NFC. Kad touch 'n Go di 7 Eleven tak pasti ada ke tidak.

Senarai Lokasi jual kad Touch 'n Go NFC

1. Petaling

  • Petaling Jaya
PETRONAS Desa Mentari
Lot Pt 621, Desa Mentari, jalan Klang Lama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

PETRONAS SS4B Kelana Jaya
Lot 2, SS 4b/10,jalan Bahagia, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

PETRONAS Mutiara Damansara
PETRONAS Mutiara Damansara jalan Pju 7/6, Mutiara Damansara, jalan Surian, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

PETRONAS
Mega Million Empire lot 13697, Kg.sg Kayu Ara, jalan Bridge 21/64, 47400 Petaling Jaya.

PETRONAS Jalan Selangor
Lot 15, jalan Selangor, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Caltex Sri Damansara Service Station
Caltex Sri Damansara

Petron Stesen Minyak Rediserv
Bandar Sri Damansara

PETRONAS Sg Penchala
Stesen Servis PETRONAS lot Pt 2956, Jalan Damansara, Sg.penchala, 60000 K.L.

PETRONAS Kota Damansara 2
Lot 1, Jln Camar 4/1, Off Persiaran Surian, Sek 4, Kota Damansara, mukim Sg.Buloh, 47810 P.J, Sel.

  • Subang Jaya
Caltex South Lake - USJ
UEP Subang Jaya

PETRONAS USJ 20
Lot 49946, Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 20, 47630, Subang Jaya, Selangor D.e

PETRONAS Putra Heights
Lot 3612 Hs (D) 108483, Putra Heights, 47620 Subang Jaya, Selangor.

PETRONAS USJ 14
Lot 14026, Jalan USJ 14/1l,subang UEP, 47630 Subang Jaya, Selangor D.e.

PETRONAS USJ 2
Stesen Minyak PETRONAS lot 20849, Jalan USJ2 2d, 47600 Subang Jaya, Selangor.

PETRONAS SS 17/2 Subang Jaya
Servis Stesyen PETRONAS lot 7380 & 7381, Jalan SS17/2, 47500 Subang Jaya, Selangor.

PETRONAS USJ 4
PETRONAS Service Station lot 3870, Jalan USJ 4/1, Subang UEP, 46000 Subang Jaya, Selangor D.E.

PETRONAS Putra Heights 2
Lot 3612, Persiaran Bistari, Putra Heights, 47620 Subang Jaya, Selangor.

PETRONAS USJ 6
PETRONAS Service Station lot 7003, Jalan USJ 6/2J Subang UEP, 47500 Subang Jaya, Selangor. no Del 12pm - 2pm On Friday

  • Shah Alam
Petron Abah Service Station Sdn Bhd
Seksyen 18, Shah Alam

PETRONAS NKVE Klang Bound
PETRONAS Service Stationkm 1 Arah Klang Tapak 1 (Nkve),sekyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Jln Plumbum Sek 7
PETRONAS Service Station PSS Jalan Plumbum no 1, Persiaran Kayangan, Jalan Plumbum, p7/p, Sek 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

PETRONAS Sec. 6 Shah Alam
Stesen Servis PETRONAS, Seksyen 6, Jalan Nuri 6/1, 40000 Shah Alam.

PETRONAS Seksyen 13
No 2, Jalan Aquatik A, 13/64a, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Kota Kemuning
Lot 68501, Petronas Service station, Persiaran Anggerikmokara, Taman Kota Kemuning,40460 Shah Alam, Selangor.

PETRONAS Fas Federal Highway 1
PSS Fas Federal Highway 1,stesen Minyak PETRONAS , km 8.6, Lebuhraya Persekutuan, sek.1, 40450 Shah Alam.

PETRONAS Batu 3 Shah Alam
Stesen Service PETRONAS, Jalan Glenmarie Bt 3, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Petronas Kesas Arah Barat Km 34.5
Stesen Minyak PETRONAS, km 34.5, Kesas Highway, 40000 Shah Alam(Arah Barat), Selangor.

PETRONAS Axis Shah Alam
No 2, Jalan Sepadu 25/123, Taman Perindustrian Axis, Seksyen 25, Shah Alam, 40400 Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Kg Bharu Subang
Lot 4029, Jalan 1D, Kampung Baru Subang, Sek U6, 40150 Shah Alam, Sel D.e.

PETRONAS Sek. 20 Shah Alam
Stesen Minyak PETRONAS lot 2, Jalan 20/1, Seksyen 20,40300 Shah Alam, Selangor.

PETRONAS Persiaran Kayangan
Lot 12, jalan Persiaran Kayangan, Seksyen 7,40000 Shah Alam, Selangor.

PETRONAS Seksyen 27 Shah Alam
Lot 5121 & 5123, Jalan Persiaran Klang, HICOM Sector B, Sek 27,40400 Shah Alam, Selangor.

2. Kuala Lumpur

PETRONAS Jalan Ru
Lot 4295 & 4310, Jalan Rhu, off Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

PETRONAS Lot 59, Jln Ampang
Lot 59,batu 3, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

PETRONAS Bukit Antarabangsa
Lot-pt 3429, Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa,68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Tmn Dagang
PETRONAS Service Station lot 44706, Hs (D) 130125, Jln. Nirwana, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.

PETRONAS AU5 Lembah Keramat
No 10, Jalan AU5,lembah Keramat, Ampang Hulu Klang, 68000 Ampang, Selangor.

PETRONAS Jalan Bukit Belacan
Lot Pt 476-484, Mukim Ampang, Lembah Jaya, 68000 Ampang, Selangor.

PETRONAS Jalan Kolam Ayer
Lot 36904 jalan Kolam Ayer Lama 68000 Ampang , Selangor.

PETRONAS Pandan Indah
Lot Pt 18231, jalan 1/25, Pandan Indah, 55100 Ampang, Selangor.

PETRONAS Taman Wilayah
Lot 55602 & 55603, Jalan 4/2b, Taman Wilayah, Selayang, Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur.

PETRONAS Jalan Segambut
PETRONAS Servis Stesen lot 9524, Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur.

PETRONAS Sri Hartamas
Lot 48653, Taman Sri Hartamas, Jalan 1/70a, 50480 Kuala Lumpur.

PETRONAS Batu 8 Jalan Ipoh
PETRONAS Batu 8, Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur.

PETRONAS Kepong Industrial Park
Lot 2838, Persiaran Kip Utama, parcel 1, Kepong Industrial Park, Kepong, 52100 Kuala Lumpur, W.P. Delivery Before : 5pm

Petron Ampm Service Station
Bandar Manjalara, Kepong

Petron Stesen Minyak Haji Mahrome
Petron Taman Ehsan, Kepong

Petron Stesen Servis Bukit Kepong
Bukit Kepong

PETRONAS Jalan Tun Razak
Stesen Minyak PETRONAS lot 25, Seksyen 87,jalan Tun Razak,50400 Kuala Lumpur.

PETRONAS Taman Tun Dr. Ismail
Lot 29395 & 29396, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Petron Delta Tirai Sdn Bhd
Taman Tun Dr Ismail

BHPetrol Aljannah Petrol Enterprise
Lot 29397 & 41312, Jalan Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail,

PETRONAS Sprint Highway
PETRONAS Servis Station Lot 52985, lebuh Raya Sprint, 60000 Kuala Lumpur.

Petron Nashabil Petroservis
Sentul, Kuala Lumpur

PETRONAS Bukit Bandar Raya
Lot Pt 313 Hs (D) 310, persimpangan Jalan Maaraof 5, Bangsar, 58000 Kuala Lumpur.

Caltex Stesen Minyak Musim Sdn Bhd
Jalan Cheras

Petron Stesen Minyak Tpm Sdn Bhd
Jalan Cheras, KL

PETRONAS Cheras Perdana
PETRONAS Cheras Perdana lot 16292, Cheras Perdana, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Taman Segar
Stesen Minyak PETRONAS lot 39732, Jalan Manis, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur.

PETRONAS Alam Damai
Stesen Minyak PETRONAS lot 889, Sppk, Sg. Midah, Alam Damai Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

PETRONAS Taman Tenaga
Stesen Servis PETRONAS lot 3643, Jalan Sembilang, Taman Tenaga, batu 3 1/2 Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

PETRONAS Bandar Mahkota Cheras
Stesen Minyak PETRONAS lot 33121, Persiaran Mahkota 2bandar Mahkota Cheras, 43200 Kajang, Selangor.

PETRONAS Jalan Sentul
Stesen Minyak PETRONAS lot 788, Gm 485, Jalan Sentul, mukim Setapak 51100, Kuala Lumpur.

PETRONAS Taman Melati
PETRONAS Service Station lot 9094, Taman Melati, 53100 Setapak Kuala Lumpur.

PETRONAS Setapak Indah
Lot Pt 2381, Jalan 1a/6,taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur.

PETRONAS R&R Awan Besar
Stesen Minyak Petronas km 47.2, Awan Besar Lebuhraya Kesas, 58200 Kuala Lumpur, W.P.

PETRONAS Wangsa Melawati
Stesen Minyak Petronas lot 20271 & 20272, Wangsa Melawati, Jalan Ulu Klang, 53300 Kuala Lumpur.

PETRONAS Tmn Setiawangsa
Stesen Minyak Petronas lot 16794 Jalan 2/55b, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

Petron Hsy Service Provider
Petron Taman Seri Gombak

PETRONAS Batu 6 Jalan Gombak
Petronas lot 4680, batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

PETRONAS Lot 236 Jalan Gombak
Pss Jalan Gombak lot 236, Gm 356, Mukim Setapak, Jalan Gombak,53300 Kuala Lumpur.

PETRONAS Kls, Arah Kuala Lumpur
Kundang Rsa (Arah Timur) Kuala Lumpur-kuala Selangor, expressway Mukim Rawang, daerah Gombak, 48000 Rawang, Selangor.

PETRONAS Lingkaran Karak
Pss Lingkaran Karak lot 1092, Pt 6075,lebuhraya Karak, 68100 Gombak, Selangor.

PETRONAS Taman Sri Gombak

3. Klang

Caltex Petro Vision Fuel Sdn Bhd
Jalan Genting Klang

Caltex Stesen Minyak Kejora
Taman Bayu Perdana, Klang

Petron Asaz One Enterprise
Petron Bandar Baru Klang

Petron Fadilat Enterprise
Jalan Meru, Klang

Petron Stesen Minyak Tiga Jaya
Sungai Jati, Klang

PETRONAS Hulu Klang 2
Pss Hulu Klang 2, lot 911, GM222 Mrr Ii, Mukim Hulu Klang, 68000 Sel.D.E.

PETRONAS Desa Mentari
Lot Pt 621, Desa Mentari, Jalan Klang Lama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

PETRONAS Sri Sentosa
Pss Sri Sentosa stesen minyak PETRONAS, lot 737, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur.

PETRONAS Jalan Sungai Jati
Lot Pt 119929, Jalan Sungai Jati, Mukim Klang 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS NKVE Klang Bound
PETRONAS Service Station KM 1 Arah Klang Tapak 1 (NKVE), Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Pss Jln Hj Sirat
No 1, Jalan Istimewa 5, off Jalan Haji Sirat, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Kg Jawa
Stesen Service Petronas lot 17867, Jalan Kota Raja, Kg.Jawa, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Shapadu Highway
Lot 52, Kawasan R& R,lebuhraya Shapadu, 41400 Klang, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Kota Bayu Emas
Lot 4520, Fasa 1, Kota Bayu, Emas Mukim & Daerah Klang, 42100 Klang, Selangor.

PETRONAS Sri Andalas
PETRONAS Sri Andalas lot 17100-17102, jalan Banting, 41200 Klang, Selangor D.E.

PETRONAS Bukit Tinggi 2
Stesen Servis PETRONAS lot 1, Persiaran Batu Nilam, bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang Selangor.

PETRONAS Taman Kota Pendamar
No Lot Pt 137939, lebuhraya Pelabuhan Barat/ks05, Taman Kota Pendamar, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor.

PETRONAS NKVE Subang
PETRONAS NKVE Subang Toll 61712 Km 15.2, Persimpangan Tol Subang, Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) 47301 Kelana Jaya P.J.

PETRONAS Jalan Kim Chuan
Stesen Minyak Petronas lot 35643, Jalan Kim Chuan, pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Jalan Pandangan
Pss Jln Pandangan lot 27956, 27957, 27958, jalan Pandangan Kampung Raja Uda, 42000 Klang, Selangor.

PETRONAS Per. Raja Muda Musa
Lot 5912, No 5, persiaran Raja Muda Musa, 41100 Pelabuhan Klang, Selangor.

PETRONAS Bkt Kemuning 2
Petronas Servis Station lot 4 GM 2243, Jalan Bukit Kemuning, Mukim Klang, 42450 Klang, Selangor Darul Ehsan.

PETRONAS Seksyen 27 Shah Alam
Lot 5121 & 5123, Jalan Persiaran Klang, HICOM Sector B, Sek 27, 40400 Shah Alam, Selangor.

PETRONAS Wangsa Melawati
Stesen Minyak PETRONAS lot 20271 & 20272, Wangsa Melawati, Jalan Ulu Klang, 53300 Kuala Lumpur.

Apakah NFC?

NFC singkatan bagi “Near Field Communication”merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), pastikan lengkap prasyarat berikut :
  1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC.
  2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet.
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Sesetengah telefon bimbit perlu mengaktifkan fungsi NFC terlebih dahulu sebelum digunakan dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Pastikan model telefon bimbit ada fungsi NFC.

Cara semak telefon ada fungsi NFC atau tidak

Untuk pengguna peranti Apple iPhone 7 dan ke atas, ianya sudah mempunyai cip NFC. Ciri NFC dihidupkan secara automatik di dalam iPhone.

  • Pengguna iOS
Untuk pengguna iPhone, boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit dengan melakukan langkah-langkah berikut:

1. Cari dan pilih aplikasi “Settings”
2. Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “General”
3. Kemudian, klik “About” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera
4. Jikalau versi iOS belum dikemas kini, tekan “Software Update” di bawah “General” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Klik “Download and Install” untuk kemas kini iOS kepada versi terkini

  • Pengguna Android
Kebanyakkan peranti Android baharu mempunyai cip NFC. Cip NFC telefon perlu diaktifkan sebelum penggunaannya. Pergi ke “Settings” dan dalam bar “Search Settings“, taip “NFC”. Klik pada aktifkan NFC dan ikuti langkah yang terpapar dalam telefon bimbit.

1. Cari dan pilih aplikasi “Settings”
2. Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “About Phone” atau “About Device”
3. Kemudian, klik “Android Version” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera
4. Jikalau versi OS belum dikemas kini, tekan “Software Update” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon untuk mengemas kini OS kepada versi terkini

Sesetengah jenama/model telefon bimbit yang dibeli selain di Malaysia boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC/ fungsi NFC tidak disokong. Untuk menikmati kemudahan kad Touch 'n Go yang dinaik taraf, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit sebelum menggunakan kad Touch 'n Go.

Harga kad Touch 'n Go NFC 2022

Harga sekeping kad Touch 'n Go NFC berharga RM10.00 dengan reka bentuk generik.

Untuk kad Touch 'n Go NFC yang dibeli melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas), caj kurier tambahan akan dikenakan.

Disebabkan permintaan Touch 'n Go NFC ni tinggi, ada pihak yang menjual dengan harga yang lebih tinggi terutamanya di Shopee. Ada sampai cecah seratus lebih tu. Jangan kena scam sudah lah. Jadilah pengguna yang bijak.

Cara tambah nilai kad Touch 'n Go NFC secara online

Setiap kad Touch 'n Go NFC tidak mempunyai nilai mata wang semasa dibeli. Untuk menambah nilai kad Touch 'n Go NFC melalui Touch n’ Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator terpilih yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Cara tambah nilai kad Touch n’ Go dengan aplikasi eWallet

1. Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet
2. Pilih kad yang mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) yang nak tambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang Reload
3. Imbas kad Touch 'n Go NFC di bahagian belakang telefon dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada model telefon bimbit. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit masing-masing untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti tersebut.
4. Enter your preferred amount. Nyatakan jumlah yang ingin ditambah kepada kad Touch 'n Go. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500.
5. Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet.
6. Kemudian imbas kad di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi
7. Jika operasi tambah nilai berjaya, Skrin Reload Successful akan terpapar. Jikalau operasi tambah nilai gagal, skrin Reload Unsuccessful terpapar. Jikalau operasi tambah nilai masih “in progress”, akan terpapar skrin Hold On, reload is Pending!
8. Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin.

untuk maklumat lanjut rujuk sumber : says | ecentral

Drama Ampas

Drama Ampas, drama bersiri terbaharu di Astro Citra dibintangi pelakonTony Eusoff, Taufiq Izmir Tawaff, Elly Azizi, Aloeng Silalahi, Dboy Hamdan, Imuda, Atilia Haron, Siti Saleha, Aziz M.Osman, Vanidah Imran, Mimi Fly ,Fiza Thomas, Dee Alhadi dan ramai lagi.

Tonton Drama Ampas bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9:00 malam di saluran Astro Citra terbitan Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd. Juga boleh tonton Drama Ampas menerusi Astro Go.

drama ampas

DRAMA AMPAS

Mula siaran : 10 Ogos 2022
Waktu Siaran : Rabu dan Khamis, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra | Astro Go
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Produksi : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd

PELAKON

  • Tony Eusoff
  • Taufiq Izmir Tawaff
  • Elly Azizi
  • Aloeng Silalahi
  • Dboy Hamdan
  • Imuda
  • Atilia Haron
  • Siti Saleha
  • Aziz M.Osman
  • Vanidah Imran
  • Mimi Fly
  • Fiza Thomas
  • Dee Alhadi

SINOPSIS DRAMA AMPAS

Kisah seorang artis muda yang membesar di gelanggang Malay Film Production Studio. Dia bercita-cita ingin menjadi seperti mentornya, P. Ramlee. Tanpa diduga, ketika nama mula menyerlah, studio pula ditutup.

Drama Cinta Buat Dara

Tonton Drama Cinta Buat Dara, drama terbaru di Slot Lestary TV3, Rabu hingga Sabtu pukul 9:00 malam mulai 24 Ogos 2022 dibintangi pelakon Riena Diana, Syafiq Kyle,Sean Lee, Rozita Che Wan, Afifah Nasir dan ramai lagi. 

drama cinta buat dara full episode

DRAMA CINTA BUAT DARA

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 24 Ogos 2022
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3 
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.
Genre : Romantik komedi

PELAKON DAN WATAK

  • Riena Diana sebagai Dara
  • Syafiq Kyle sebagai Hariz
  • Sean Lee sebagai Jason
  • Rozita Che Wan sebagai Rose
  • Afifah Nasir
  • Shah Rezza
  • Angeline Tan
  • Sharifah Shahora
  • Henzi Andalas
  • Adam Shahz
  • Nik Adam Mika
  • Badrul Muhayat
  • Wan Nor Azlin
  • Kenji Sawahi

SINOPSIS DRAMA CINTA BUAT DARA

Kisah seorang gadis bernama Dara. Dara, gadis yang kasar dan suka menimbulkan masalah kepada ibunya. Dia dihantar ke rumah Makciknya Kak Ros, seorang bekas ratu kebaya Kuala Selangor untuk ditukar imejnya menjadi seorang gadis yang Ayu lagi sopan.

Semakan Keputusan STPM 2021 Secara Online Atau SMS

Semakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan pada hari Khamis 18 Ogos 2022 seperti yang telah dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon sekolah boleh mengambil slip keputusan peperiksaan STPM 2021 di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada tarikh keputusan STPM 2021 dikeluarkan, 18 Ogos 2022.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh buat semakan keputusan STPM 2021 secara online atau SMS pada tarikh yang sama.

Semakan Keputusan STPM 2021
sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia

Cara Semak Keputusan STPM 2021

1. Secara dalam talian (Online)

Semua calon STPM 2021 boleh buat semakan secara online pada tarikh keputusan STPM 2021 dikeluarkan pada 18 Ogos 2022 mulai jam 12.00 tengah hari.

Calon STPM boleh dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan portal MPM iaitu : https://stpm.mpm.edu.my/stpmK

2. Perkhidmatan SMS

Calon juga boleh buat semakan menggunakan perkhidmatan secara sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan ringkasan keputusan STPM 2021 bermula 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad) dengan cara berikut :

STPM<jarak>NoK/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila emel ke stpm@mpm.edu.my atau boleh rujuk facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia 


Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia adalah singkatan bagi STPM atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Dahulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 

Kedua-dua LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) adalah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah Program Matrikulasi yang dianjurkan oleh KPM.

STPM diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.

Bermula pada tahun 2012 dan seterusnya, sistem modular baru akan menggantikan sistem terminal yang sedia ada untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, keputusan peperiksaan di bawah sistem penilaian baru STPM akan dipantau oleh wakil dari Cambridge Examination Syndicate untuk mengekalkan kualiti dan piawaian.

Tingkatan enam

Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pendidikan memilih Sekolah Menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6 sehingga tahun 2015 di mana terdapat tiga mod iaitu Mod 1 (Kolej Tingkatan Enam), Mod 2 dan 3 (Pusat Tingkatan Enam di Sekolah Menengah)

Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah (tiga semester)

Pelajar Tingkatan 6 di Mod 2 dan 3 pada kebiasaannya sama dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform sekolah manakala pelajar di Mod 1 berpakaian formal dan dapat membawa gajet (atas peraturan pengetua kolej) seperti pelajar di kolej swasta.

Seterusnya, mereka diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon! Umai!!!

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream is back! Masa mula mula dulu tak sempat nak merasa. Baik Family Mart mahupun McD. Dua-dua tak sempat nak menjamu selera. Yeah, kali ni ada rezeki dapat merasa Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream Family Mart.

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon!

Bermula 3 Julai 2022, Family Mart kembali keluarkan Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream edisi terhad. Edisi kali ni lebih menarik dengan siri kartun Doraemon pada cone sleeve dan sundae cup. Cute! 

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon

Peminat siri kartun Doraemon bolehlah simpan buat koleksi.

Mediterranean sea salt sofuto price

Mediterranean sea salt sofuto price RM2.90 kalau beli terus di store Family Mart. Saya beli guna food delivery by foodpanda dengan harga RM3.50. Rupa paras aiskrim pun tak berapa cantik dah sebab aiskrim dah cair. Nasib baik masih ada rupa aiskrim. Kalau dah rupa air tak panggil aiskrim dah!

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream sedap ke?

Mediterranean sea salt sofuto review ikut selera saya memang sedap dengan rasa lemak masin tu. Tak manis, just nice lah orang kata. Tak menyesal beli. Umai!!! Katanya warna biru adalah warna semulajadi yang diperbuat daripada ekstrak spirulina.

Sejak terjebak tengok Youtube channel 'NobuShun World' bila nak sebut sedap in Japanese, sebut Umai. Lupa sudah perkataan Oishii. Dulu belajar bahasa Jepun yang formal je kan. Gink Jepun, Kaz in KL, Kouji Jepun antara channel yang saya rajin layan kalau buka youtube.

Bolehlah nak refresh sikit Nihon Go dah berkarat tu.

Disebabkan Mediterranean sea salt sofuto ni sedap, so boleh repeat membeli nanti. Nak beli yang cone pulak. Tapi tak pastilah bila edisi Mediterranean sea salt sofuto FamilyMart x Doraemon akan berakhir. Siapa tahu?


Terpaling Juara

Tonton Terpaling Juara, program hiburan terbaharu di TV3 yang menampilkan artis-artis popular tanah air mula bersiaran pada hari Ahad 21 Ogos 2022 pukul 9:00 malam di TV3 siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam. Juga boleh tonton Terpaling Juara live streaming online secara HD menerusi tonton (www.tonton.com.my).

Terpaling Juara menampilkan Haziq Hussni dan Shiha Zikir sebagai hos serta Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap. Program Terpaling Juara membuka gelanggang dengan konsert pengenalan semua peserta sebelum tiga kapten mengumumkan siapakah dua peserta pilihan mereka.

Terpaling Juara adalah program hiburan yang berkonsep baharu mempertaruhkan tiga kapten bersama-sama dengan enam peserta sepanjang lapan minggu yang terdiri daripada tiga penyanyi senior dan tiga peserta yang dipilih daripada uji bakat.

Tiga kapten terdiri daripada bekas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu
  • Akim Ahmad (Juara Lagu 30 - Potret)
  • Hael Husaini (Juara Lagu 32 - Jampi & Juara Lagu 33 - Haram)
  • Naim Daniel (Juara Lagu 34 - Sumpah)

Kapten ditugaskan untuk membimbing seorang penyanyi legenda dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

Penyanyi lagenda tersebut adalah Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega penyanyi yang popular dengan genre muzik masing-masing menyahut cabaran untuk melakukan anjakan paradigma dalam kerjaya nyanyian mereka.

Tiga peserta yang terpilih pula terdiri daripada Shaz (Shazreen Shaharum, 26); Aqmal (Aqmal Ramdan, 26) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18) menerusi uji bakat yang berlangsung pada 2 dan 3 Julai yang lalu.

terpaling juara tv3

TERPALING JUARA

Jumlah episod/minggu : 8
Mula siaran : 21 Ogos 2022
Waktu siaran : Ahad, 9:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengacara : Haziq Hussni dan Shiha Zikir
Juri tetap : Datuk Hattan dan Fauziah Latiff

Juara Terpaling Juara 2022

Pemenang Terpaling Juara akan membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.

Terpaling Juara ditaja oleh Vivo sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.


Drama Kau vs Aku

Drama Kau vs Aku, drama Siri Originals Sooka adaptasi daripada webnovel Wattpad Kau Vs Aku karya Nurul Husnina Binti Mockthar atau Shieyruna yang mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.

Tonton drama Kau vs Aku episod 1 secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos 2022. Episod seterusnya perlu membuat langganan pelan VIP Entertainment ataupun VIP TV dengan harga RM15.90 dan RM42.50.

Siri Drama Kau vs Aku juga menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cinta yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak yang dipegang oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki. Permainan mudah alih tersebut akan menjadi bahagian penting di dalam perhubungan di antara dua watak tersebut.

Drama Kau vs Aku diarahkan oleh tiga pengarah Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) dibarisi pelakon Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E, Atikah Suhaime, Imran Aqil, Fimie Don dan ramai lagi.

drama kau vs aku

DRAMA KAU VS AKU

Jumlah episod : 8
Mula siaran : 19 Ogos 2022
Platform Penstriman : Sooka
Penulis skrip : Anwar Hadi, Farah Alya As'ari, Afiza Asram
Pengarah : Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Siti Afizah
Produksi : Wattpad WEBTOON Studios

PELAKON DAN WATAK

  • Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
  • Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
  • Mia Sara Shauki sebagai Shanina
  • Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
  • Arena Wan sebaga Syafikah
  • Imran Aqil sebagai Ashraf
  • Fimie Don sebagai Luqman
  • Atikah Suhaimie sebagai Hanniya
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
  • Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
  • Hafidz Roshdi sebagai Emir
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

SINOPSIS DRAMA KAU VS AKU

Menceritakan kisah remaja berumur 16 tahun yang mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis, akan tetapi kehidupannya bertukar apabila seorang pempengaruh Instagram yang dia selalu buli di dalam talian, berpindah ke sekolah yang sama.

Dunia Aulia Zulaikha tidak menyangka dia akan bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar.

Adakah permusuhan bakal berubah menjadi cinta?

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu