Merarau di Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

6 Syawal, ada urusan di Kuala Pilah. Belum habis penat, terpaksa juga pergi untuk uruskan hal tanah keluarga encik suami sebab encik suami pun dah ambil cuti hari Isnin. Macam biasa, urusan tanah jarang selesai cepat. Ada je hal yang bercanggah dan sudahnya tak selesai juga. 

Dah urusan di situ tak selesai, tak dapatlah nak teruskan urusan lain-lain. Moh lah kita merarau dulu. Kononnya nak merarau di Senalingbucks Coffee. Sekali tutup daaa...Kempunan nak mencuba spaghetti dan minum kopi sedap.

Bertukar arah lah kami ke Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah yang memang buka hari-hari. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Memandangkan kami pergi hari Isnin, orang pun tak ramai. Parkir kereta pun ada beberapa ketul kereta je.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Disini kalau ramai pun masih banyak meja dan kerusi di letakkan di luar. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Bila tak ramai orang, dapatlah kami merasa duduk dalam tempat yang ada pendingin hawa. Haritu masa pertama kali pergi Richiamo Coffee sini, ramai orang duduk dalam. 

Kali ni dapat duduk dalam, dapatlah juga menjamu mata dengan permandangan cantik di belakangnya. Ada kolam dan ada tanaman.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Ada banyak jenis kerusi dan meja disini. Ada jenis kerusi dan meja tinggi. Mulanya nak duduk sini tapi rasa macam kurang selesa lah pula.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Di hujung sebelah sana ada sofa. Yang tu selesa untuk duduk tapi tak selesa bila nak menjamu selera nanti. Dalam ni susunan meja dan kerusi agak rapat. Kalau ramai-ramai kurang selesa lah pada saya. Lepas tu kalau bercakap tu, bergaung. Memang boleh dengar perbualan setiap orang.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Tak lama menunggu, buzzer pun berbunyi. Semua pesanan siap dalam masa yang sama. Macam biasa, hazelnut latte panas untuk saya. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Encik suami beli kopi sejuk, iced caramello cappucino. Saya pilih spaghetti chicken bolognese, encik suami pilih menu nasi, nasi lemak ayam rendang. Beli juga chocolate roll danish.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Pertama kali cuba spaghetti chicken bolognese Richiamo Coffee. Selama ni asyik pesan set nasi je. Tukar selera lah pula. Sedap! Kena dengan selera saya. Tak masam sangat, tak manis sangat sos dia. Just nice.

Cuma tak puas hati sosej 3 hiris je atas tu. Sekadar buat rasa-rasa je kot. Isi ayam macam tak berapa nak ada je. 

Chocolate roll danish juga pertama kali cuba. Bestnya bau butter! Rasa dia pun sedap walaupun tak meriah coklatnya. Rasa macam tak cukup pula kongsi berdua. Lepas ni kena beli dua, tak nak kongsi. hihi...

nota
merarau = makan tengahari


Dapat Hadiah Birthday Lagi

Sampai je kampung masa balik raya haritu, masuk bilik tengok ada kotak berwarna pink dan sebekas kuih tart nanas atas katil. Ehhhh...apa ni? Rupanya anak-anak buah dan kakak punya kerja. Mereka buat surprise bagi hadiah birthday saya bulan Februari yang lepas.

Dorang dah sampai awal sikit daripada kami. Itu yang buat surprise tu. Ingatkan birthday sebulan je. Rupanya setahun. Masih sempat lagi kalau nak bagi hadiah. hihi...

Haritu kakak pun dah mention hadiah lambat sikit kata dia. Saya pun tak kisah dan bukan mengharap hadiah pun. Kalau ada rezeki, adalah. 

Alhamdulillah... Dapat hadiah birthday lagi. Pagi raya baru kita bergambar dengan hadiah sebab sibuk buat persiapan raya. Tak menang tangan nak buat kerja itu ini. Dengan nak mengemas rumah, memasak lagi.

Dapat Hadiah Birthday Lagi

Dapat kuih tart nanas favourite saya. Sedap ya amat! Sebelum ni makan tart nanas nyonya jenama yang sama. Dorang tahu my favourite kuih raya. Bawa balik rumah, tak sampai 2 hari dah licin. Hantu tart nanas betul lah.

Dalam kotak tu pula saya dapat satu set telekung dengan sajadah mini beserta digital tasbih. Wahh sukanya hadiah ni. Bertambah koleksi telekung, sejadah dan tasbih. Bolehlah gilir-gilir guna dengan yang sedia ada.

Dapat Hadiah Birthday Lagi

Terima kasih anak-anak buah Akiff, Akiffa, Akiffe, kakak dan abang ipar. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin..

Membeli Kopi Di Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang

4 Syawal haritu beraya dan ziarah mak cik encik suami. Masa raya 1 Syawal haritu tak berjumpa sebab makcik sakit. Jadi, kita pergilah ziarah. Balik tu singgah ke Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang alang-alang dah dekat. 

Baru tahu ada Kenangan Coffee di sini sebab terperasan masa tengok di Foodpanda. Jomlah kita singgah membeli kopi sebelum balik ke rumah.

Encik suami buat pesanan, kita duduk menunggu dan ambil gambar je lah. Macam biasa pesan hazelnut latte panas, matcha latte dan kenangan latte. Beli juga croissant dan chocolate roll Danish. Lupa pula apa nama penuh dia. 

Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang

Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang ni macam kurang orang. Mungkin sebab baru dibuka atau tak ramai yang tahu. Ruang dalaman dia luas, tak sempit macam sesetengah outlet.

Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang
Menu Kenangan Coffee

Tak lama menunggu, pesanan kami pun siap. Bolehlah ambil di kaunter pick up. 

Kenangan Coffee Bandar Prima Senawang

Dah ambil lepas tu lupa pula nak gambarkan apa yang kami pesan. Benda dah lupa, kita abaikan je lah. Menu sama je pun macam sebelum ni. Tapi chocolate roll Danish tu memang sedap. Bau butter dia tu memang membangkit selera. 

Pernah cuba juga blueberry Danish. Pun sedap juga. Silalah cuba. Kenangan Coffee dah jadi favourite cafe dah.  Kopi dan matcha sodap! 



Pertama Kali Jejak Pasar Ampangan Seremban

Setelah 10 tahun lebih jadi warga Seremban, baru inilah pertama kali jejak Pasar Ampangan. Itupun sebab nak mencari cili api dengan cili kisar. Biasanya beli cili api dan cili kisar di kedai runcit Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Disebabkan musim raya ni, langsai habis apa yang kita nak beli tu. Di pasaraya macam Family Store, Zemart tu memang payahlah nak cari cili api yang betul-betul cili api kampung.

Sudahnya lepas hiking Bukit Kepayang, ajak encik suami pergi Pasar. Tak kisahlah Pasar Besar Seremban atau Pasar Ampangan. Mana yang dekat je lah kita pergi.

Memandangkan Pasar Ampangan lafi dekat dalam perjalanan dan tak sibuk, jomlah kita!

Pasar ampangan ni taklah besar mana. Tapi banyak juga pilihan yang ada. Bolehlah kalau nak membeli barang basah, sayur mayur tu semua.

Pasar Ampangan Seremban

Singgah kedai jual ikan ni beli ikan mambong buat stok. Elok ikan segar-segar tak ada mata merah. Isi pun tak lembik.

Pasar Ampangan Seremban

Ikan bawal hitam, tak pernah beli. Pernah makan di rumah mentua, sesekali masak ikan bawal hitam ni.

Pasar Ampangan Seremban

Ikan senangin dan ikan nyok nyok ni lansung tak pernah makan. Harga dia sama je sekilo.

Pasar Ampangan Seremban

Di kedai ikan beli ikan mambong 8 ekor dan udang 20 ekor. Total RM41. Itu baru beli 2 jenis je tu. Apa je yang murah sekarang ni. Serba serbi mahal.

Yang penting dah dapat cili api yang dicari-cari. Ini barulah cili api kampung. Beli 2 bekas, RM12. Biasa kalau beli di kedai runcit hampir RM20 tapi dapat banyak. Dah terdesak ni, kita beli je lah.

Pasar Ampangan Seremban

Ada pula hiasan lalat di situ. Benda dah ambil gambar, kita upload je lah. Dah dapat cili api. Cili kisar beli pek jenama Maz. Malas nak buat sendiri, sebab tu beli. Kalau beli di kedai runcit biasa tu pedas sikit dan tahan lama. Dah tak ada stok, beli je lah mana yang ada.

Lain kali bolehlah singgah membeli barang masak di sini. 

5 Syawal, Kehilangan

5 Syawal, sedang menjamu selera sarapan pagi. Ada panggilan masuk dari kakak. Kakak inform yang abang di Melaka (abang kedua) macam dah tenat, sesak nafas, sejuk. Kesihatan arwah merosot dalam setahun dua ni. Entah kenapa masa kakak cakap tu, saya dah rasa macam lain macam dah.

Seolah-olah dapat rasakan abang akan pergi. Cepat-cepat menghabiskan makanan dan bersiap untuk gerak pergi ziarah. Tup tup, akak call sekali lagi, abang dah takda. Inalillahi wainailaihi rajiun...

Allahuakbar...saya terdiam. Tak cakap apa, basuh pinggan dengan banjir air mata! Tak bersedia untuk kehilangan kali kedua selepas arwah abah pergi ke dunia abadi tahun 2022

Raya haritu tak sempat jumpa sebab saya dah balik kampung mentua. Kali terakhir saya jumpa hujung bulan Januari lepas. Tapi masa tu saya dapat ziarah kejap di ICU masa ditidurkan (intubate). Saya hanya bersembang sorang je lah.

Daripada cerita kakak-kakak, masa raya haritu dia okay je balik kampung. Cuma berkerusi roda je lah. Makan berselera, bersembang semua dan jumpa sedara-mara ziarah raya dan ada kenduri di rumah sedara juga. 

Bila berita ni sampai, rasa tak percaya. Arwah seolah-olah macam dia tahu dia akan pergi. Dapatlah dia berjumpa semua dulu sebelum pergi. 

Bergegas lah kami terus pergi ke Melaka. Syukur jalan tak jem menuju ke sana. Sejam lebih sikit dah sampai. Jenazah dah di bawa ke masjid untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

5 Syawal, Kehilangan

Selepas mandi, dapatlah kami semua tatap dan cium arwah buat kali terakhir. Melekat jugalah bau kapur barus sebab lama saya cium di pipi. Rasa nak menitik air mata, ditahan juga. Lepas keluar bilik mandi jenazah, terus tak tertahan rasanya. 

5 Syawal, Kehilangan

Dahlah sampai-sampai je dah nampak kakak. Berpeluk lama kami adik beradik dan anak-anak abang. Banjir air mata dah kami semua. Kejap kejap mengalir je. Mak? Dia masih tenang.

Semua urusan terakhir arwah, Allah permudah. Betul-betul lepas solat zohor dan solat jenazah, terus di bawa ke tanah perkuburan. 

5 Syawal, Kehilangan

Cepat urusan pengkebumian dan cepat juga talkin di baca. Selesai sudah urusan arwah di dunia. Kelak, kita akan menyusul. 

14 Februari 1967-14 April 2024
Azlin Bin Md Nor, Tutup usia.
Perginya seorang abang yang kami kasihi. Tinggallah kami 7 beradik, Azhar, Azlina, Azmi, Azmizan, Azlina, Azidah dan Azhafizah yang akan merindui sosok tubuh ini. Suratan yang kami perlu terima dan redha. Kehilangan dan sepi yang akan dirasai sampai bila-bila.
Rehatlah...
Tiada lagi sakit yang perlu ditanggung. Kelak, kami juga akan menyusul.

5 Syawal, Kehilangan

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam

الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

Balik dari Melaka, hujan lebat. Mendung dan gelap macam nak maghrib dah. Padahal baru jam 4 lebih. Seperti memahami isi hati yang sedang berduka. Allahuakbar...Semoga Allah berikan kekuatan buat kami yang kehilangan.

Masa arwah abah meninggal, saya kemurungan lama. Lama saya tak blogwalking, kalau ada yang perasan lah. Baru ni saya cergas semula. Bila kehilangan semula, rasa kekuatan tu hilang semula. Mood menjunam. 

Luaran nampak kuat. Tapi dalaman, rapuh-serapuh rapuhnya.

5 Syawal, Kehilangan

Selesai sudah urusan abang di dunia. Terima kasih untuk segala doa dan ucapan takziah untuk keluarga kami. Terima kasih saudara mara yang datang dan ahli kariah taman yang banyak membantu. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

Ya Allah
Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kubur nya dan tempatkan arwah di kalangan mereka yang beriman.
Aamiin...

4 Syawal, Hiking Bukit Kepayang

Raya-raya pun nak hiking ke? Ye, dah sebulan cuti puasa kan. Lepas tu raya melantak macam-macam masuk perut. Kena insaf awal. Takut lupa diri pula. Konon nak hiking Bukit Taisho, memburu awan karpet selepas gagal memburu awan karpet di Bukit Senaling sebelum puasa haritu.

Tapi dah balik Seremban, tak ada lah patah semula ke Bahau. Lainlah kalau masih lagi di Pilah. Taknak lah hadap jem Seremban-Pilah tu haa. Nak hiking Gunung Angsi pun malas, takut jem juga tu nanti. Jadi, hiking dekat-dekat rumah je sudah. Kira warm up je lah dulu.

Jomlah kita hiking Bukit Kepayang untuk kali kedua. Mulakan bulan April dengan hiking Bukit Kepayang. Teruskan misi hiking setiap bulan, sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Harap tak gagal lah.

Hiking Bukit Kepayang
8:00 am

Kami hiking lewat sikit. Mula hiking jam 8:00 pagi. Cuaca pun macam dah mula panas.

Musim raya ni tak ramai pun orang hiking. Macam biasa, meriah dengan kaum Cina. Mereka memang rajin hiking di sini. Mungkin ada aktiviti Tai Chi kat atas bukit nun. Baguskan mereka jaga kesihatan beriadah. Kuatkan kaki dan jantung.

Kali ni laju sikit berjalan ikut jalan tar ni dan tak banyak ambil gambar. Jadi, tak banyaklah berhentinya pun. Tak pewai orang kata.

Awal-awal kita layan trek mendaki ni sikit. Sikit je.

Hiking Bukit Kepayang
8:05am

Kalau penat, boleh rehat duduk di bangku yang disediakan. 

Hiking Bukit Kepayang
8:05am

Kami tak berhenti dan teruskan perjalanan. Kali ni kami ikut laluan sebelah kanan. Sebelum ni ikut laluan sebelah kiri yang agak pacak tu.


Hiking Bukit Kepayang
8:07am

Laluan ni adalah laluan mudah dan landai. Boleh jalan-jalan santai. Nak berlari pun, silakan.

Hiking Bukit Kepayang
8:08am

Berjalan lebih kurang 3 minit macam tu dah nampak laluan terang, kemudian kami belok ke kiri.

Hiking Bukit Kepayang
8:11am

Laluan mendaki ni tak pacak. Jalan macam naik tangga gitu.

Hiking Bukit Kepayang
8:15am

Tahu-tahu dah sampai puncak dah. Lahh..kejap je ikut laluan yang ni. 

Hiking Bukit Kepayang
8:18am

Laluan ni akan keluar di kawasan yang ada basikal ni. Kalau ke kiri akan ke puncak sebenar yang ada tokong tu. 

Hiking Bukit Kepayang
8:18am

Kami terus ke kanan ke puncak Bukit Kepayang yang ada papan tanda kayu tu.

Hiking Bukit Kepayang
8:19am

Kalau dah sampai laluan berbatu-batu ni maknanya nak sampai puncak dah tu. Berhenti bergambar kejap.

Hiking Bukit Kepayang
8:20am

Okay sampai dah kita di puncak Bukit Kepayang. Ambil masa lebih kurang 20 minit lebih untuk sampai ke puncak. Kalau tak berhenti ambil gambar, tak ambil masa lama lah. Kalau berlari, lagi cepat sampai.

Layan dulu jamu mata dengan permandangan dari atas bukit sementara menunggu orang ambil gambar di port wajib bergambar atas Bukit Kepayang.

Hiking Bukit Kepayang
8:23am

Mereka tak siap lagi bergambar, kita potretkan dulu permandangan matahari yang tengah naik ni. Terik betul. Tak mampu nak membesarkan mata ni ha.

Hiking Bukit Kepayang
8:25am

Mereka dah beredar, jomlah kita ambil giliran dan ambil gambar cepat-cepat. Malas nak berleha-leha lagi atas bukit ni sebab matahari tengah naik kan. Panas boleh tahan walaupun belum tengahari lagi. 

Hiking Bukit Kepayang
8:27am

Rehat kejap je sementara tunggu giliran bergambar. Tak makan atau tak minum air sebab tak rasa dahaga atau lapar. Sebelum hiking tadi dah makan energy bar.

Jam 8:28 terus turun. Sampai bawah jam 8:52am. Tak sampai 1 jam turun dan naik. Kira okaylah untuk hiking santai-santai warm up sebelum hiking seterusnya. 

Hiking Bukit Kepayang

Fuhh..puas hati dapat membakar kalori. Walaupun tak banyak tapi bermakna. Kira berbaloilah juga. 

2 Syawal, Singgah Sebentar Bergambar di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

2 Syawal, hari kedua masih di Kuala Pilah. Tak ada aktiviti beraya pun. Cuma di rumah mentua menanti tetamu yang berjanji nak datang, saudara mara sebelah arwah abah mentua. Kami pun tak menunggu mereka datang sebab semalam 1 Syawal dah pun jumpa di rumah uwan.

Tak ada aktiviti lain, kami pun tak beraya kemana. Balik rumah awal lah nak elak jem dan berehat. Nak pergi beraya pun malas sebab cuaca panas. Bukan apa, risau kejadian lalu berulang. Awal bulan puasa cuaca panas, selsema batuk sampai 2 minggu lebih baru elok. 

Macam biasalah nak elak jem, kami ikut laluan Istana Seri Menanti. Jauhlah sikit tapi. Biar jauh daripada jem melekat tu. Alang-alang ikut situ, jomlah kita singgah sebentar bergambar di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.

Rupanya ramai yang datang untuk berphotshoot di sini. Kita pun join the crowd lah. Cuma dalam gambar ni kita pandai-pandai ambil bila tak ada orang. Terpaksa pilih spot di tepi sebab di tengah tu tengah ramai dan ada yang menunggu giliran.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti ni tengah renovate. Jadi, tak dapat lah nak bergambar dekat-dekat dalam kawasan berpagar tu.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Kami sampai dah nak tengahari macam tu. Memang panas teriklah cerita dia. Mujur juga ada pokok-pokok tepi tu. Dapatlah berteduh sikit daripada cahaya matahari.

Dah dapat spot macam menarik, pacak tripod dan setting angle yang rasa macam OK. Angle ni okaylah kot. Hentam sajalah labuuu. Janji ada gambarnya.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Raya kedua pakai baju raya 2.0 dari whimsigirl. Tema warna hari raya pertama tahun lepas, warna kecubung/amethyst/wine. Kita pakai semula tudung dan baju melayu yang sama je.

Pakai je pump shoes sebab sandal raya boleh pulak tertinggal di Segamat. Tak pasal-pasal je. Tak kisahlah tu, kita pakai apa yang ada. Yang penting dapat sekeping gambar berlatar belakangkan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Itu yang perlu dikisahkan.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Tak lupa ambil gambar potret berdua. Sangat berguna ye tripod di waktu-waktu begini. Sangat function!

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Tak berlamaan bergambar sebab panas. Tak banyak spot yang menarik sebab renovate kan. Nak bergambar di tengah tu orang tak putus-putus bergambar. Jomlah kita balik.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti ni dah jadi tempat wajib bergambar kalau musim raya. Kalau dapat masuk dalam tu lagilah best. Dapat ambil gambar cantik-cantik di tempat-tempat menarik dalam tu macam kami pergi masa 8 Syawal tahun 2022 dulu.

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu