Responsive Ad Slot

Bab 5 : Mei 2024

Hari kedua bulan Mei baru muncul seketul post blog. Semalam kan cuti Hari pekerja. Kita pun ambil peluang cuti kerja blog juga. Alasan! Padahal sibuk menyiapkan persiapan majlis kahwin adik ipar hujung minggu ni. Alhamdulillah baru selesai siapkan bahagian doorgift.

Banyak kerja sedang menanti. Kesimpulannya, minggu ni bakal menjadi minggu sibuk terpaling untuk saya. Jadi chipsmore lah gitu. Kejap ada, kejap hilang.

Dah hujung-hujung Ramadan ni masing-masing pulun buat rumah terbuka dan ke sana kesini hadiri rumah terbuka. Tak lupa juga majlis tunang dan kenduri kahwin. Kenyang macam-macam menu lah kita. Rosak diet uiii...

Makan-makan juga, jangan lupa jaga kesihatan kita. Semoga yang baik-baik je lah untuk bulan Mei dan kehadapannya. Aamiin...

Bab 5 : Mei 2024

Page 122/366
Doing what you live is freedom.
Loving what you do is happiness.
Live in the present and make it beautiful that it will be worth remembering.

Cuti umum/ Public holidays Mei 2024

1 Mei – Hari Pekerja (semua negeri)
17 Mei – Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
22 Mei  – Hari Wesak (semua negeri)
22 Mei – Hari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Pahang)
30 Mei – Pesta Kaamatan (Sabah dan Labuan)
31 Mei – Jumaat – Pesta Kaamatan (Sabah dan Labuan)

Sambutan pada bulan Mei

Hari Ahad Pertama Mei – Sambutan Hari Ketawa Sedunia (World Laughter Day)
Hari Ahad Kedua Mei – Sambutan Hari Ibu (Mother's Day)
Hari Sabtu Kedua Mei – Sambutan Hari Migrasi Burung Sedunia (World Migratory Bird Day)
1 Mei – Sambutan Hari Pekerja Antarabangsa (International Workers' Day/Labour Day)
3 Mei – Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day)
4 Mei  – Sambutan Hari Star Wars (Star Wars Day)
5 Mei – Sambutan Hari Bidan Antarabangsa (International Midwives' Day)
6 Mei – Sambutan Hari Tanpa Diet Antarabangsa (International No Diet Day)
11 Mei  – Sambutan Hari Penghargaan Pasangan Tentera (Military Spouse Appreciation Day)
12 Mei – Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa (International Nurses Day)
15 Mei – Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa (International Day of Families)
16 Mei – Sambutan Hari Guru (Teacher's Day)
17 Mei – Sambutan Hari Menentang Homophobia dan Transphobia Antarabangsa (International Day Against Homophobia and Transphobia)
17 Mei – Sambutan Hari Masyarakat Berinformasi Sedunia (World Information Society Day)
22 Mei – Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa (International Day for Biological Diversity)
23 Mei – Sambutan Hari Penyu Sedunia (World Turtle Day)
24 Mei – Sambutan Hari Komonwel (Commonwealth Day)
25 Mei – Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa (International Missing Children's Day)
25 Mei  – Sambutan Hari Tuala (Towel Day)
31 Mei  – Sambutan Hari Tanpa Rokok Sedunia (World No Tobacco Day)

Open House Special Ada Barista!

Hari Ahad lepas ada dua jemputan rumah terbuka (open house). Satu jemputan di Kajang which is rumah kawan encik suami dan satu lagi di Banting, rumah abang saya.

Mujur jugalah kedua-dua jemputan ni hari yang sama. Sebelum gerak ke Kajang, singgah kejap Metro Kajang. Nak pergi kedai Emas Sri Pinang. Kononnya nak potong gelang sikit lagi sebab rasa pergelangan tangan dah mengecil. 

Bila pakai macam longgar banyak pula tapi taklah sampai senang tanggal. Dulu pernah potong dan cuci sekali, tahun 2018. Dua-dua perkhidmatan percuma je masa tu. Itu yang kita nak pergi sini.

Sekali sampai, hampaaaa....Rupanya tak ada dah kedai emas Sri Pinang tu. Tapak kedai tu dah diganti dengan Anniqh Gold. Rebrand ke camna? Lepas tu baru terhegeh hegeh nak google. Nampaknya macam tak ada maklumat yang boleh dipercayai.

Emas Sri Pinang memang dah tak wujud lagi ke macamana? Dah kecewa di situ, beli lah kopi kenangan yang ada dalam Metro Kajang tu. Lepas tu barulah terus ke Kajang, open house rumah kawan encik suami.

Dijamunya mi bandung, spaghetti bolognese, kuih muih dan kerepek raya. dapatlah kita merasa mi bandung dan spaghetti bolognese. Tak berlamaan di situ. Sekeping gambar pun tak diambil. Lepas tu terus gerak ke Banting pula. 

Sampai je rumah abang, tudiaaa full house. Ramai kawan-kawan anak-anak buah datang. Kita pun menyelit lah kat mana boleh. Sempat merasa rendang ayam, pulut jagung bungkus dengan daun pisang (entah apa ke nama dia) dan paling penting merasa kopi special dari anak buah, seorang barista.  

Open House Special Ada Barista!

Dapat lah kita rasa kopi latte buatan dia. Sebanyak 80 cups dia buat haritu. Bertabahlah dan berdamailah dengan penat. Gambar makanan tak sempat di ambil. Tak sempat juga nak beramah mesra. Makan kejap, sembang kejap dan kami pun balik rumah awal. Nak elak jem kononnya.

Sekali memang jem pun. Sabar je lah! Minggu ni ada jemputan open house lagi tapi tak dapat pergi sebab balik kampung. Ada urusan penting yang lain tak dapatlah kita memenuhi jemputan.

Telefilem Bakal Menantu Hajah Noraini

Tonton Telefilem Bakal Menantu Hajah Noraini bersiaran pada hari Sabtu, 27 April 2024 jam 9:00 malam di Slot Panggung RTM TV1 atau secara penstriman lansung online menerusi platform RTMKlik atau aplikasi RTMKlik.

Bakal Menantu Hajah Noraini

Telemovie ini merupakan karya Yen Osing terbitan Trbituon Studion yang menampilkan barisan pelakon seperti Danial Dashuki, Nora Danish, Khatijah Tan, Zulin Aziz, Kimberly Chuah, Satthiya Kandi dan ramai lagi.

Ingat lagi Yah Kucai, Mee kari kuah laksa dalam francais Kampong Pisang? Pelakonnya Afea Deanna turut berlakon dalam Telefilem bergenre komedi ini.

TELEFILEM/TELEMOVIE BAKAL MENANTU HAJAH NORAINI

Waktu siaran : Sabtu, 27 April 2024, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV1
Strim online : RTMKlik
Pengarah : Yen Osing
Produksi : Tribution Studio

PELAKON/CAST DAN WATAK

Dibintangi oleh Danial Dashuki, Nora Danish, Khatijah Tan, Zulin Aziz, Kimberly Chuah, Satthiya Kandi, Afea Deanna dan ramai lagi.
  • Danial Dashuki seabgai Syed Husin
  • Nora Danish sebagai Mona
  • Khatijah Tan sebagai Hajah Noraini
  • Zulin Aziz sebagai Kalsum
  • Kimberly Chuah sebagai Lilian
  • Satthiya Kandi sebagai Puspa
  • Afea Deanna sebagai Ecah Posto

SINOPSIS

Kisah bermula dengan kepulangan anak tunggal Hajah Noraini iaitu Syed Husin ke kampung selepas tamat pengajian di Mesir telah mengecohkan para wanita di kampung termasuklah tiga orang sahabat baik iaitu Kalsom, Puspa dan Lilian. Syed Husin tahu Hajah Noraini memilih calon isteri untuknya, namun sebaliknya berlaku.

LAGU TEMA (OST)

Tajuk lagu : Dan Ketika Ini
Penyanyi : Zulin Aziz

Ikuti kisah mereka dalam Telefilem Bakal menantu Hajah Noraini pada hari Sabtu, 27 April 2024 jam 9:00 malam di TV1 dan RTMKlik.

Rendang Ayam Raya

Hari Rabu lepas, hari terakhir puasa enam. Alhamdulillah, tahun ni kita pulun selesaikan awal tak kalut. Minggu lepas 3 hari straight, minggu ni 3 hari straight. Ramai juga yang berpuasa minggu ni, hari Isnin sampai Rabu sebab puasa sunat Hari Putih kan.

Tiba-tiba macam nak merendang ayam pula sempena raya puasa enam. Buat sikit pun jadilah, setengah ekor. 

Lepas tu baru perasan, raya tahun ni saya tak masak rendang. Membantu masak rendang pun tak. Sebabnya masa raya di Segamat tu, kakak saya masak rendang daging je. Ayam buat masak merah. Balik Kuala Pilah pula rendang memang dah siap masak.

Nak masak rendang ni kena masak awal. Nak tunggu kuah kering tu ambil masa. Masakan rendang ni lagi sedap kalau kita makan selepas beberapa jam masak. Kann..rasa dia lagi sedap. Kuah tu lebih pekat dan mesra.


Rendang Ayam Raya

Tak sempat nak hidangkan dalam pinggan, dalam kuali saya tadahkan. Punyalah pemalas seorang Fiza ni. Bukan malas, tapi nak cepat nak cepat nak cepat. 

Berselera encik suami makan. Saya pun berselera juga. Sesekali craving masakan rendang sendiri. Walaupun tak sempurna, tak ada lengkuas, kerisik dan kurang pedas sikit. Tetaplah kita berselera makan.

Pula tu dengan serai yang dah nak hampir kering, kita masukkan juga dalam pengisar. Eh, dia tak lumat betul. Hentam sajalah labu. Kita buat dia. Janji ada rasa. Masak sendiri ni asbol (asal boleh) je kan. Depan mak, depan mak mentua jangan dibuat. 


Hiking Bukit Kepayang Ikut Laluan Pacak Sikit, Turun Ikut Trail Mudah

Cerita hari Sabtu lepas, 20 April 2024. Kami hiking lagi Bukit Kepayang untuk kali ketiga. Nampaknya dah boleh jadi penunggu Bukit Kepayang lah lepas ni. Eh, pandai-pandai je nak claim. Itu je lah bukit yang dekat dan mudah. Hiking tiap-tiap minggu kat sini pun best juga. Good idea kan!

Hari Sabtu dah macam hari wajib pergi hiking gitu. Asal nak sampai hari Sabtu je, mulalah pasang rancangan nak hiking bukit mana? Bukit je lah mampu layan. Nak hiking gunung macam malas. Malas nak berlama-lama. Nanti asyik kena scam, 5 minit lagi sampai.

Ada juga sebenarnya pasang niat nak hiking Gunung Angsi sebab dekat. Tapi memikirkan sebab sekarang musim raya. Dah tentu jem nanti nak balik. So cancelled je lah. Nak hiking Bukit Taisho, memburu awan karpet jauh sangat tu. Tetap nak kena tempuh jem nanti.

Hujung-hujung, jomlah kita hiking Bukit Kepayang je! Marilah kita.

Bukit Kepayang
jam 7:43 am : hari yang sugul, mendung je

Kalini kami pergi awal sikit. Taklah awal sangat pun. Macam sama je waktu haritu. Masih tak ramai yang hiking, ramai yang masih beraya. Kaum Cina masih menjuarai. Seronoknya bertemu dengan mereka dengan ucapan morning. Pantang jumpa. Morning uncle, morning auntie. Mereka pun sporting, tak lokek senyuman.

Encik suami cakap, "harini kita hiking ikut laluan pacak yang masa kali pertama hiking haritu. Balik nanti ikut laluan mudah landai kali kedua hiking sebelum ni.". Saya OK je. 

Pertama kali juga hiking tanpa bawa bekalan air ataupun energy bar. Sebab dah makan dan minum siap-siap sebelum hiking. Haritu bawa pun tak sempat nak makan dan minum. Cuaca pun mendung je tak panas. 

Tak banyak ambil gambar sebab laluan ni dah pernah lalu. Kita enjoy hiking je lah. Santai-santai. Tak mengejar pace sebab nak menikmati alam. Selepas ikut jalan tar lebih kurang 10 minit, barulah masuk kawasan hutan. Mula berjalan jam 7:48am, sebelum masuk hutan jam 7:58am.

Bukit Kepayang
jam 8:03am : Ikut laluan kanan, pertama kali haritu ikut laluan kiri yang landai sikit

Bukit Kepayang
8:05am : Laluan sedikit pacak

Bukit Kepayang
Jam 8:08am : Hampir ke puncak

Bila dah sampai laluan yang cantik ni, ada pokok pakis kiri kanan tu tandanya nak sampai puncak dah. Tak scam, memang benar. Tak sampai lima minit dah boleh sampai puncak.

Bila sampai puncak, ada lah lebih kurang 10 orang macam tu. Tak ramai. Berjalan leha-leha je lah ambil angin dari puncak Bukit Kepayang.

Tengok-tengok tempat wajib bergambar ni tak ada orang. Jomlah kita bergambar acah-acah penat. Ini kalau cuaca elok panas mesti cantik awan kepul-kepul dengan langit membiru. Cuaca sugul pun sugul lah, tetap nak ambil gambar juga. Kali kedua hiking haritu tak lalu sini.

Bukit Kepayang
Jam 8:13am

Dah-dah lah tu bergambar. Masa tak ada orang ni dapatlah berlamaan sikit. Lebih kurang 3 minit jugalah duduk di sini. Jom teruskan perjalanan kita. 

Eh, cantiklah pula dekorasi raya atas Bukit Kepayang ni. Siapalah yang rajin buat semua ni kan. Kreatif dan usaha yang bagus. Sikap yang perlu dipuji.

Bukit Kepayang
Jam 8:20am

Di kawasan ni tiba-tiba macam meriah pula dengan monyet-monyet. Pertama kali datang dulu, ada di kawasan dengan puncak lagi satu tapi jauh dia berada. Kita pula naik risau kalau dekat-dekat ni. Bukan boleh percaya kalau dah banyak-banyak ni. Dalam kepala otak ni dah risau kalau dorang menyerang.

Kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita lah kan. Sempat lagi tu nak ambil gambar dia. Ini yang paling besar lah. Abang long kawasan lah kot. Tok ketua dia agaknya.

Bukit Kepayang

Bila dah sampai kawasan berbatu mendaki sikit ni, maknanya hampir ke puncak ada papan tanda kayu tu dan stall kopi.

Bukit Kepayang
Jam 8:23am

Dah sampai puncak yang cantik ni, haruslah bergambar di tempat wajib bergambar Bukit Kepayang.

Bukit Kepayang
Jam 8:25am

Jadilah buat pecah peluh walaupun tak jauh mana. Steps pun dapatlah 5000 langkah lebih. Catatan masa tu lebih sikit sebab ikut trail mendaki. Tapi lebih kurang je dengan sebelum ni. 

Harini baru nampak stall kopi ni buka. Tapi kami tak beli pun. Lepas ambil gambar terus gerak turun. Masih meriah dengan dekorasi raya. Barista pun siap deko stall dengan pelita raya lagi tu. Tak nak kalah eh.

Bukit Kepayang

Tak lama di puncak sini, jomlah kita balik! Kita ikut laluan mudah yang sedikit landai. Laluan tar sebelah kanan tu laluan kita datang tadi yang ada monyet.

Bukit Kepayang
Jam 8:29am

Sampai bawah jam 8:50am. Bila turun tu lajulah sikit, lagi pula ikut laluan mudah. Lepas ni rancang nak ikut laluan mendaki lain pula. Seronok pula hiking Bukit Kepayang ni sebab banyak laluan. Nak hiking pun tak bersusah payah sangat. Tahu-tahu sampai puncak. 

Esok Sabtu cuti hiking sebab nak balik kampung. Esok juga, 27 April 2024 pun dah mula Program 7 Wonders Challenge.

Program NS 7 Wonders ini merupakan program sukan hiking atau pendakian yang julung julung kalinya diadakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan hasil cetusan idea daripada YB Tuan Haji Mustapha bin Nagoor, Exco Belia dan Sukan NS di mana ianya merupakan sukan pendakian melibatkan 7 buah bukit, gunung dan hutan di seluruh daerah di Negeri Sembilan. 

Di samping memupuk budaya hidup sihat ianya juga dapat memperkenalkan 7 destinasi pendakian ini kepada seluruh Malaysia dan kepada pelancong luar tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat di bumi penuh beradat ini.
 
7 destinasi pendakian tersebut adalah Gunung Angsi (Kuala Pilah), Bukit Melati (Seremban), Gunung Tampin (Tampin), Bukit Penarikan (Jempol), Bukit Undang (Jelebu), PD Forest (Port Dickson) dan Gunung Datuk (Rembau). Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Malaysia adalah dijemput untuk menyertai sukan pendakian ini dengan mendaftar di laman web "https://www.tiketmasuk.my/" atau menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah berkaitan.
 
Yuran penyertaan hanya RM 10 dan peserta akan dibekalkan dengan medal menarik dan peralatan lain. T shirt menarik bagi setiap 7 destinasi juga dibekalkan kepada yang berminat. Penganjur mensasarkan 1000 penyertaan bagi setiap pendakian. Selain dari pendakian terdapat juga aktiviti lain yang menarik di tapak pelepasan seperti E Sport, Aerobikthon, Plogging, Pemeriksaan Kesihatan dan Pameran Agensi Kerajaan dan penaja.
 
Untuk program yang pertama akan diadakan di Gunung Angsi Kuala Pilah dan peserta akan dilepaskan bermula dari Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah pada jam 7.00 pagi, 27 April 2024 (Sabtu). Moh kita ramai ramai menyertai aktiviti ini sempena Hari Sukan Negara 2024.



Nak join pun tak dapat sebab ada hal lain. Lagipun pendaftaran dah expired lepas dapat tahu berita. Tak ada rezeki nak join. Mungkin boleh join 1 Jun nanti hiking Bukit Melati, Nilai.

By the way, saya masih belum kurus. Nampak kurus tu disebabkan camera 0.5 gituu. Lemak masih menebal tak pandai nak menipis. Tak mengapa, yang penting kita usaha untuk amalkan gaya hidup lebih sihat gitu. Slowly but surely, dengan izin Allah.

Filem Sheriff (2024) di Pawagam 18 April

Dah tengok Filem Sheriff: Narko Integriti? Baru 5 hari ditayangkan di pawagam bermula 18 April 2024, kutipan dah cecah 16.3 Juta! Selepas 7 hari dah 22.1 Juta. Sheriff dah lawan rekod Mat Kilau selepas hari pertama ditayangkan.

Filem Sheriff (2024)

Hari kedua tayangan
  • Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) arahan Syamsul Yusof  mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta
  • Filem Sheriff: Narko Integriti (2024) arahan Syafiq Yusof mencatat kutipan 6.4 Juta.

Filem Mat Kilau pecah panggung dengan kutipan sebanyak RM80 juta dalam tempoh 25 hari tayangan. Adakah Sheriff bakal pecahkan rekod lagi? Kita tunggu selepas 25 hari ditayangkan.

Filem ini merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan P16 oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Sebuah filem aksi thriller terbaru arahan Syafiq Yusof terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura pada 18 April 2024.

Perbezaan di antara naskhah Sheriff dengan filem kepolisan yang lain ialah subjek ‘polis tangkap polis’. Ia menampilkan konsep baru yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan yang dipanggil ‘reverse whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘howcatchem’, sebuah konsep di mana penonton sudah tahu siapa pembunuh tetapi bagaimana dia akan ditangkap.

Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.

Watak-watak di dalam filem Sheriff digerakkan oleh barisan pelakon hebat tempatan seperti, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi. Zul Ariffin menyerlahkan sisi berbezanya menerusi watak Sheriffudin Hussein, di mana penonton akan mengalami pelbagai konflik emosi sehingga menimbulkan perasaan ‘love-hate’ terhadap karakter ini.

Selain itu, Sheriff turut mempersembahkan babak-babak aksi memukau di antara Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz dan Syafiq Kyle, serta penampilan pertama Azira Shafinaz sebagai Inspektor Polis yang beraksi lasak apabila berdepan dengan Elizabeth Tan.

FILEM SHERIFF: NARKO INTEGRITI

Tarikh tayangan: 18 April 2024
Cerita asal : Syafiq Yusof
Lakon Layar : Nazifdin Nasrudin, Syafiq Yusof
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions & Astro Shaw
Genre : Aksi Thriller

PELAKON/CAST DAN WATAK

  • Zul Arifin sebagai Sheriff
  • Syafiq Kyle sebagai Nazri
  • Azira Shafinaz sebagai Sha
  • Elizabeth Tan sebagai Jane
  • Dato’ Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit
  • Sharuddin Tamby sebagai Malik
  • Nick sebagai Hong
  • Meynillen sebagai Naga
  • Amir Nafis sebagai Farouk
  • Kodi Rasheed sebagai Daus
  • Esma Danial sebagai Roslan
  • Hazama sebagai Amirul Asyraff
  • Azri Iskandar sebagai Husin
  • Kamal Affendi sebagai Afsham
  • Shryim sebagai Rudy
  • Natasha Mahyan sebagai Wani

SINOPSIS

Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas dari cengkaman undang - undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada didalam Jabatan Narkotik itu sendiri.

sumber : myinfotaip

Dapat Hadiah Mini Electric Cooker Multi-Function

Beberapa hari tak update dan tak blogwalking. Mood baik tergendala. Tak tahulah kenapa. Banyak fikir yang mendatangkan emosi yang naik tak turun-turun. Bila mood dah okay sikit ni barulah kita kembali ke pangkal jalan.

Mari mulakan dengan cerita gembira, saya dapat hadiah lagi!

Hari Rabu minggu lepas dapat whatsapp dari blogger SA. Katanya hadiah komentator seller akan pos 19 April. Tahu-tahu 19 April tu hadiahnya sampai. Itupun saya perasan parcel elok terletak atas tembok rumah masa buka pintu pagar encik suami balik kerja.

Biasanya courier akan ambil gambar dan whatsapp. Ini tidak, apa-apa notification pun nan hado. Sabar je lah. 

Mini Electric Cooker Multi-Function

Comelnya mini electric cooker multi-function ni. Boleh guna masak nasi untuk dua orang ni kalau nak masak sikit. Kot habis gas, boleh guna waktu emergency. Kannn...

Berguna sangat ni. Terima kasih blogger kak SA bagi hadiah ni pada saya selaku top komentator terpilih bulan Mac 2024 blog SuriaAmanda. Setiap bulan kak SA akan pilih mana-mana blogger yang bertuah. Sesiapa juga akan terpilih dalam senarai top 10 tu. 

Sambil-sambil blogwalking jangan lupa tinggalkan komen sekali. Saya ni jika ada masa lapang, bolehlah komen secara pukal. Kadang, tiba-tiba hilang macam chipsmore. Kadang tu tak sangka ada rezeki dapat jadi top komentator. 

Apapun kita ni sekadar memeriahkan kotak komen. Berbalas kunjungan dan mengeratkan silaturahim antara blogger. Dapat hadiah tu satu bonus rezeki. Alhamdulillah. Terima kasih kak SA. 

Yang belum singgah lagi, jomlah singgah dan tinggalkan sepatah dua kata di blog suriaamanda.com

Kepada kak SA, Semoga Allah berikan ganjaran rezeki yang tidak putus-putus bagai air zam-zam yang mengalir dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin...
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu