Responsive Ad Slot

Makan Malam Di Ruang Damai Restoran, Sikamat

Bila tiba hujung minggu, sesekali kita haruslah gantung kuali. Rehat masuk office oil & gas. Ajak encik suami makan malam di Ruang Damai Restoran di Sikamat, Seremban sebelah je dengan Burger Lee tuck.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Resto ni saya tahu pun masa keluar di FYP TikTok. Begitu juga dengan Burger Leetuck. Burger Leetuck di luar, Ruang Damai Resto di bahagian dalam. Dua-dua sama naik viralnya.

Sistem pesanan di sini, perlu pesan dan terus buat pembayaran di kaunter. Sekarang ni semua kedai/kafe menggunakan sistem macam ni. Agak leceh juga nak buat pesanan di kaunter. Ambil masa nak memilih menu pun.

Makan Malam Di Ruang Damai Restoran

Saya pesan kafe latte panas dan set nasi daging salai masak lemak cili api. Encik suami pula pesan caramel macchiato sejuk dan spaghetti carbonara.

Kami memilih untuk duduk didalam je. Malas nak duduk di luar. Lepas tu cari port ada kipas, sejuklah sikit. Tak lama menunggu air saya pun sampai. Cantik latte artnya. Itu yang saya suka pesan kopi latte. Suka tengok latte art. 

Pertama kali pesan kopi latte disertakan dengan 2 keping biskut. Eh, tersorok pula biskut di belakang cawan. Rasa kafe latte yang kaw kopi dia. Pahit-pahit manja je.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Caramel macchiato juga sedap. Just nice manisnya. Habis di situ juga tak sempat bawa balik.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Porsi nasi dia agak kecil tapi untuk perut saya, okay je. Ini pun saya makan separuh sebab kami share makanan separuh-separuh. Masa mula-mula saya cuba kuah masak lemak ni, rasa macam kuah lemak ikan baung pula. Keliru pula saya, baung ke daging ni? Haha...

Kuah lemak dia kurang pedas sikit sebab tu disediakan sambal. Daging kurang rasa asap dan tak terlalu lembut sebab ada tetel.

Untuk pemakai braces macam saya agak struggle nak makan. Rasa menyesal pula pesan daging salai masak lemak. Biasanya daging salai ni lembut sikit dari daging biasa. Silap pencaturan pula. Mujurlah ada beberapa yang lembut boleh di kunyah.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Porsi spaghetti carbonara juga saiz sederhana. Boleh tahan sedap dan pekat sikit kuahnya.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Ruang Damai Restoran ke kafe entah, memang best makan di sini. Vibes dia best dan menarik. Selesa pun ye juga.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Banyak juga pasty dan cakes dijual di sini. Nak celebrate birthday pun okay juga di Ruang Damai ni. Tempat pun cantik kan.

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Macam biasa, kalau di resto/cafe mesti nak ambil gambar lampu. Sayangnya berhabuk lah pula. Hilang aestheticnya. 

Ruang Damai Restoran, Sikamat

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Hari ketiga iaitu hari terakhir di bumi Terengganu kami sarapan nasi kerabu pula di Fauzi Nasi Kerabu @ Suerasa Nasi Kerabu. Nasi dagang dan makan semalamanya, so mencuba nasi kerabu lah pula.

Tak ada gambar sebab tak sempat nak ambil pun. Nak cepat-cepat habiskan makan je. Dengan penuhnya orang, dengan beratur lagi. Makan pun macam kurang selesa sikit tapi mujurlah nasi kerabu sedap.

Selaku peminat nasi kerabu, saya mengesahkan nasi kerabu di sini memang sedap. Kita tolak tepi bab ramai orang tu. Biasanya kedai yang ramai tu yang sedap. Kann...Harga makanan pun murah di sini. Kena cuba sekali bila dah sampai Kuala Terengganu.

Dah mengisi perut, barulah senang hati nak berjalan jauh. Untuk perjalanan pulang, kami merancang ikut jalan dalam melalui persisiran tepi pantai (Kuala Terengganu-Marang-Kuala Dungun-Paka-Kerteh) je. Tak ikut highway. Kami singgah di Chendering beli keropok lekor dan keropok ikan buat bekalan.

Sebaiknya beli keropok lekor tu masa balik. Taklah rosak nanti bila sampai rumah, terus simpan dalam kulas. Selepas tu kami tak singgah dimana-mana sampailah Kijal baru berpisah haluan sebab biras jumpa kawan dia.

Kami pula mencari port ngopi menarik di tepi pantai. Jumpalah Kopi Penunjuk di yang terletak di tepi Pantai Penunjuk Kijal. Pertama kali sampai di Kijal dan pantai di sini.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Pantai Penunjuk Kijal ni pun pertama kali sayang dengar. Aduhaiii...lemah geography betul! Boleh dikatakan pantai ni macam kurang popular dan hidden gem pada saya. 

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Tempatnya tak sesak. Tenang ribut jiwa je. Ada beberapa gerai di tepian pantai. Mungkin masa kami sampai terlalu awal lebih kurang jam 3 petang macam tu. Masih panas dan orang pun belum keluar untuk lepak-lepak waktu petang.

Sampai di gerai Kopi Penunjuk, buat pesanan dan pembayaran di kaunter. Harga kopi cukup murah di sini.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Tak kelihatan mesin kopi. Maksudnya kopi bancuh macam kopi klasik tu lah kan. Saya pesan hazelnut latte dan encik suami pesan salted caramel. Disini tak ada minuman panas tak silap saya. Jadi dua-dua minuman ais.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Sementara menunggu, jomlah kita layan permandangan laut yang cukup indah ni. Syok betul ye lepak tepi pantai sambil mengopi. Layan angin sepoi-sepoi bahasa. Nampak panas tapi berangin gitu. Taklah rasa panas.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Sedang duduk menunggu, abang kopi tu cakap hazelnut latte habis. Jadi saya pilih vanilla lah. Tak lama menunggu, minuman kami pun sampai. Itu yang ada contengan pada cup tu. Cacat sikit rupa cawan dah diconteng tu dalam gambar. Saya ni cerewet tau bang bab gambar. Kena aesthetic. Hihi..gurau je.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Duduk sini rasa macam tak nak berganjak. Setiap sudut rasa nak bergambar sebab cantik sangat permandangan di sini. Tempat boleh repeat kalau ke Terengganu ikut jalan dalam.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Disebelah kiri pula ada banyak pondok papan untuk seisi keluarga berkelah tepi pantai. Macam seronok je tengok dorang lepak. Ini kalau duduk dari pagi sampai petang pun seronok. Tak jemu mata memandang laut hijau biru perairan laut China Selatan yang cantik. 

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Ingatkan nak makan-makan sekali di sini. Yang ada cuma makanan ringan minum petang macam keropok lekor, nugget, fries, popia dan mi segera. Baru je niat nak makan keropok lekor tapi tak ada rezekilah sebab makan-makan belum ada lagi katanya. Awal sangat kot kami sampai.

Minum kopi je lah kami di sini sambil menyembang. Jadi tak lama sangat bersantai di sini. Eh lupa pula. Tentang kopi tu, rasa kopi vanilla sedap juga cuma salted caramel tu macam termanis. Kita ni bila cut sugar memang cepat triggered kalau minuman tu manis sikit. Lupa pula nak pesan kurang manis.

Siapa yang suka rasa kopi klasik tu bolehlah menyinggah mengopi di sini. Dalam TikTok macam salah satu port ngopi popular juga. Tempat bersih dan tenang je. 

Tak berkesempatan nak pergi dekat pantai sebab panas bukan main lagi. Panas tepi laut bukan biasa-biasa. Kita duduk di tempat yang teduh bawah pokok ni je lah mampu. Sejuk di tiup angin bayu.

Dengan itu, berakhirlah percutian kami 3 hari 2 malam di bumi Terengganu. InshaAllah ada rezeki kami sampai lagi. Macam tak puas bercuti sebab banyak tempat dan makanan yang belum kami cuba lagi.

Perjalanan pulang yang panjang dan terasa sangat jauh sebab tak ikut highway kan. Lagipun tengok waze jem teruk. Yelah sebab cuti hujung minggu panjang, itu yang jem. Balik ikut Lanchang-Manchis-Simpang Durian-Kuala Klawang tu terasa jauhnya. 

Alhamdulillah selepas 5 jam perjalanan dari Kijal kami selamat sampai rumah. Singgah di R&R mana entah berhenti solat. Boleh tahan jauh perjalanan ikut jalan dalam. Tapi kalau nak explore, why not mencuba sesekali.

Lepak Petang Di Pantai Batu Buruk

Sepanjang perjalanan balik ke homestay dari Nizam Celup Tepung disajikan dengan permandangan pantai-pantai yang menarik.

Meriahnya bukan main sampai jalan jem. Mana-mana pantai meriah dengan ramai orang dan gerai-gerai jualan. Ada permainan layang-layang, ATV, kuda, lukisan dan macam-macam lagi tarikan yang ada.

Kami tak singgah sebab macam dah lewat. Tapi akhirnya berhenti lepak petang di Pantai Batu Buruk je sebab dekat dengan homestay. Lokasi yang sama saya pergi jogging waktu paginya.

Senang nak balik sebelum Maghrib.Petang-petang ramai pengunjung lepak di sini. Ada yang bawa tikar dan ada yang duduk di pasir je. Kebetulan ada bawa kerusi healing, bagi mak dan biras duduk.
 
Pantai Batu Buruk

Kami berdua layan dua beradik ni yang sentiasa nak melekat je dengan kami. Naik kereta pun tak nak naik kereta mak abah dorang. Kami suka melayan, dorang seronok. Itulah pasalnya.

Pantai Batu Buruk

Dah penat nak melayan, kita duduk lepak layan permandangan laut waktu petang sambil perati mereka main air dan pasir. Bagi peluanglah mereka main, bukan selalu. Tapi awas boleh kena air sikit je. Selangkah lagi memang menjeritlah kami.

Pantai Batu Buruk ni ada kawah laut. Nampak sikit je pasir, depan sikit tu dah macam nampak dalam dah. Pantai ni memang tak ada orang mandi. Semua lepak-lepak tepi pantai je.

Pantai Batu Buruk

Dah penat berjalan, healing tepi pantai pun best juga kan. Pantai Batu Buruk ni pun luas. Ramai-ramai pun masih ada ruang yang selesa untuk kita lepak. Pantai pun cantik. Tapi semua pantai di Terengganu memang cantik pun.

Banyak juga gerai jualan di tepi jalan besar. Sebelum gerak balik homestay, kami beli makan untuk makan malam. Malam tu tak keluar kemana-mana dah, simpan tenaga untuk jalan-jalan balik esoknya.


Minum Petang Seafood Celup Tepung Di Nizam Celup Tepung

Balik dari Nyiur Cafe, solat dulu. Lepas tu keluar semula minum petang nak makan seafood celup tepung. Celup Tepung antara makanan wajib cuba kalau bercuti di Terengganu. Kannn...

Kononnya nak makan di Warung Pok Nong. Tapi dek kerana dia punya line beratur tu panjang nau, kita tukar lokasi lah. Tak sanggup menunggunya.

Kalau kita je tak mengapa. Ini bawa budak kecil dengan mak mentua lagi yang kurang larat nak menunggu. Kita pergi makan di Nizam Celup Tepung je lah. Ingatkan tak ramai, rupanya ramai juga. Tapi line beratur tu kuranglah sikit daripada tadi.

Dalam tak ramai orang, hampir setengah jam jugalah encik suami beratur nak buat pesanan. Saya pula pesan minuman. Pesan je minuman apa yang ada sebab masing-masing berebut order tak ikut barisan. Hampir 10 minit jugalah saya beratur beli minuman.

Dah dapat minuman, masih menunggu encik suami bawa makanan. Anak buah dah resah gelisah menunggu lama. Sibuk nak main buaian yang ada berdekatan kedai berhadapan dengan pantai. Kami perhati dari tepi je. 

Gambar kedai tak ada, gambar anak buah main buaian kat kedai pun bolehlah kan. Okay juga ada buaian ni. Bolehlah anak-anak healing sementara menunggu. Kalau tidak dok berzikir tepi telinga selagi tak dapat main. Menunggu makanan bukan kejap. Lama!

Nizam Celup Tepung

Gambar makanan pun nan hado sebab sampai je terus makan. Yang beratur masih ramai. Rasa kurang selesa je nak makan pun. Tak berlamaan terus bangkit dan lepak tepi pantai sekejap melayankan anak-anak buah main air dan pasir. 

Kita pun ambil lah gambar se das dua. Eh lupa pula. Encik suami pesan udang. sotong dan keropok lekor celup tepung. Semuanya sedap pada saya. Tapi sotong saya tak boleh makan sebab liat sikit. Risau nanti bracket braces tercabut. Naya!

Nizam Celup Tepung

Memang syoklah makan seafood celup tepung tepi pantai ni. Cuma yang ramai tu je lah tak tahan menunggu. Itu belum part yang potong barisan lagi. Haishhh...Nak maraha je tapi kena sabarrr...

Dari segi harga pada saya berpatutan lah dan puas hati dengan rasanya. Tapi biras saya cakap celup tepung Warung Pok Nong sedap lagi. Tak apalah, tak ada rezeki. Mungkin lain kali. 

Nizam celup tepung pun sedap cuma agaknya Warung Pok Nong lagi sedap. Itu yang ramai. Tapi sini pun ramai juga. Dua-dua ada kesedapan masing-masing. Kalau penuh sana, datang sini. Kalau sini penuh, pergi sana. Senang ada pilihan. Tak gitu?

Waze kan je, terus sampai. Signboard tepi jalan besar, senang nampak.

Mengopi Dan Makan Di Nyiur Cafe, Cafe Tepi Pantai

Dari Muzium Negeri Terengganu, kami gerak ke Nyiur Cafe, cafe tepi pantai yang terletak di Pantai Sauh, Batu Rakit. Sebenarnya macam tak tahu nak pilih cafe mana yang best tepi pantai sebab semuanya macam best. Last-last kami pilih Nyiur Cafe je. Macam viral di TikTok je!

Lebih kurang setengah jam macam tu kami sampai di lokasi dengan menggunakan waze. Ada kawasan parkir berdekatan dengan cafe.

Nyiur Cafe

Cafe Nyiur berkonsepkan seni bina rumah kampung. Sistem pesanan, perlu buat pesanan dengan pembayaran di kaunter depan tu. 

Nyiur Cafe

Lepas tu akan diberikan nombor meja. Tunggu je lah sampai pesanan tu siap. Sila bersabar. Sementara menunggu bolehlah layan permandangan pantai tu. 

Nyiur Cafe

Selain boleh duduk di meja yang disediakan, pengunjung boleh bawa kerusi healing atau tikar sendiri dan lepak di kawasan lapang dengan permandangan laut depan mata.
Nyiur Cafe
Terendak lampu yang menarik diperbuat daripada kayu dan jaring
Nyiur Cafe
Booth/Cart Nyiur Cafe, boleh OOTD di sini tanda hadir

Ya ampunn...MashaAllah! Cantik sungguh lah permandangan laut tepi pantai di sini. Tunggu lama pun tak mengapa. Kalau bawa kerusi healing atau tikar boleh lepak lama-lama. Tapi kita tak boleh lepak lama sebab ada destinasi seterusnya yang perlu dituju.

Nyiur Cafe

Tak lama menunggu, makanan pun sampai. Kuetiau goreng pesanan encik suami dan saya pilih nasi lemak sambal kerang. Nasi lemak pandan, harum baunya. Tapi kurang lemak sikit. Sambal kerang pedas, sedap!

Kuetiau goreng dia sumpah sedap! Lepas rasa kuetiau terus rasa nak tukar makanan dengan encik suami. hihi...Macam biasa kita makan separuh-separuh. Dua dua dapat rasa. Tak gaduh.

Nyiur Cafe

Kalau pesan kopi, dah tentu saya akan pilih kopi panas. Saya lupa sudah pesan hazelnut latte atau caramel macchiato. Adeh! Encik suami pesan caramel macchiato. Kopi boleh tahan sedap cuma tak puas minum sebab cawan dia comel je saiznya. 

Nyiur Cafe

Dari kejauhan kita menikmati permandangan indah depan mata. Rasa teringin pergi dekat.

Nyiur Cafe

Lepas makan encik suami bawa pergi dekat terus. Depan cafe ada jalan terus menuju ke pantai rupanya.

Nyiur Cafe

Panas pun don't care demi berkeping keping gambar dan video untuk simpanan. Dengan itu, terus kulit terbakar teruk sampai harini belum hilang lagi belang kulit tu. Sunscreen tak cukup tebal agaknya. Mendapatlah kan. 

Nyiur Cafe

Kesimpulannya, best makan dan mengopi di Nyiur Cafe ni. Permandangan laut tepi pantai tu menang. Disapa angin sepoi-sepoi bahasa pula tu. Nyaman je. Kenapalah Terengganu ni jauh. Kalau dekat dah selalu pergi dah. huhu...

Menjejaki Sejarah Di Muzium Negeri Terengganu

Sesudah membeli belah di Pasar Payang, kami berpisah haluan. Mak mentua dan keluarga adik ipar pergi ke Mydin membeli barang mancing. Saya dan encik suami terus ke Muzium Negeri Terengganu. Muzium ni memang dah ada dalam list kami kalau ke Terengganu.

Walaupun dah pernah jejak tahun 2001, tapi sajalah nak jejak buat kali kedua. Lagipun encik suami tak pernah sampai sini lagi. Marilah kita menjejaki sejarah di Muzium Negeri Terengganu. 

Sebenarnya memori saya pun dah banyak hilang. Yang ingat pernah bergambar di pintu masuk Muzium. Yang lain memang tak ingat dah.

Muzium Negeri Terengganu

Masa kami pergi sini, ada acara perkahwinan di aras bawah. Teringat pula majlis pernikahan Farah Lee di sini. Memang cantik kalau buat majlis pernikahan di sini. Siapa yang suka tema klasik Melayu lama, bolehlah tempah tempat nikah disini. Tapi dah tentu lah mahal dan penuh tarikhnya kan. 

Muzium Negeri Terengganu

Disebabkan ada majlis, penuh parkir kereta. Berpusing 2 kali jugalah mencari parkir. Ada parkir jauh, terpaksalah menapak jauh sikit. Terus berjalan ke kaunter tiket, kena naik tangga yang tinggi tu. Tak pasti ada lif atau tidak.

Muzium Negeri Terengganu

Urusan pembelian tiket tak lama sebab tak ramai pun beratur. Ingatkan tak ramai orang. Sekali masuk dalam punyalah ramai umat manusia. Sambil tu boleh menyejukkan badan sebab di dalam ada pendingin hawa.

Masuk-masuk muzium je, terus nampak bersurat ni yang asli dijumpai di Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu dimana ianya merupakan bukti bertulis penyebaran Islam di kepulauan Melayu.

Muzium Negeri Terengganu

Disekitarnya berdekatan Batu Bersurat terdapat naskah Al Quran lama. Saya sempat ambil gambar 1 je, ada beberapa lagi naskah Al Quran lama tulisan tangan.

Muzium Negeri Terengganu

Batik, sinonim dengan Negeri Terengganu. Terdapat pelbagai jenis motif batik yang menarik. Ini salah satu yang menarik perhati saya. Terlalu berseni dan semestinya cantik.

Muzium Negeri Terengganu

Dahulunya, warna kain dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. 

Muzium Negeri Terengganu

Antara baju-baju melayu lama yang menarik perhatian saya. Cantik sungguh potongan dan motif baju kurung tradisional ni. Malar segar orang kata. Tak lapuk dek zaman. 

Muzium Negeri Terengganu

Begitu juga dengan baju kebaya plain dengan kain batik ni. Cantik sangat. Potongan baju kebaya tu nampak menarik.

Muzium Negeri Terengganu

Selain seni batik, Terengganu juga masyur dengan seni ukiran kayu. Ada bermacam-macam jenis ukiran kayu yang dihasilkan. Yang pastinya tak mudah nak menghasilkannya. 

Muzium Negeri Terengganu

Selain batik dan ukiran, tembaga juga popular di Terengganu. Saya tak ambil gambar banyak dalam muzium ni. Nanti penuh gallery, blog saya pula jadi muzium. 

Muzium Negeri Terengganu
Singgahsana

Kami tak dapat exlore semua. Ada beberapa ruang dalam proses pembaikkan seperti Galeri Petroleum dan Galeri Islam. Jadi, kita bergambar di luar je lah aras 1.

Muzium Negeri Terengganu

Kami menghabiskan masa 1 jam lebih di sini. Boleh tahan penat juga. Sebelum keluar, berehat dulu di kerusi yang disediakan untuk mencari destinasi seterusnya.

Tak lupa potretkan diri di depan Muzium Terengganu yang cantik seni binanya ni.

Muzium Negeri Terengganu

Dalam perjalanan ke kereta, kita bergambar juga di sini. Panas pun hadap juga dan menunggu giliran. Bila ramai-ramai datang, kau kena sabar ye.

Muzium Negeri Terengganu

Last but not least, tiket tanda hadir. Harga tiket RM5 untuk orang dewasa, Kanak-kanak RM2 dan pelajar sekolah (beruniform) RM1.

Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu, salah satu tempat wajib singgah kalau datang bercuti di Terengganu. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman web Muzium Negeri Terengganu.

Ke Pasar Payang Membeli Belah

Balik dari beriadah di Pantai Batu Buruk, kononnya nak beli sarapan dan sarapan di rumah bersama mereka. Tapi mak mentua kata adik ipar nak makan di luar semua. Okay, kita balik dululah mandi dan bersiap. 

Kami sarapan nasi dagang di gerai apa entah namanya. Gerai tepi jalan. Ramai betul datang sarapan di situ. Sedap betul! Teringat-ingat kesedapan nasi dagang original Terengganu.

Lepas sarapan, kami terus ke Pasar Payang. Antara tempat wajib singgah kalau ke Terengganu bagi mak-mak kita. Pasar Payang ni bukan main lagi ramai orang nya. Jenuh nak mencari parkir satu hal juga.

Ke Pasar Payang Membeli Belah

Terpaksalah kami turun dulu, kemudian encik suami dan adik ipar cari parkir. Saya tak membeli apa-apa. Nak beli kaftan macam tak pakai sangat. Nak beli kain batik pun tak pakai sangat. Kat rumah pun ada yang belum pakai.

Cuma beli ikan bilis je. Biras ajak share beli ikan masin, kami pula bukan pemakan ikan masin sangat. Dalam proses kurangkan pengambilan garam. Mak mentua belikan kami keropok kering ikan tamban dan juga seluar kain pelikat. Saya cakap tak payah. Mak nak juga beli. Kita terima je lah.

Dalam Pasar Payang ni bukan main sesak lagi. Berlaga tumit bak kata blogger Anies. Nak membeli pun agak tak selesa pada saya. Dengan sesaknya, dengan panasnya. Aduhaiii...sabar je lah. Dapatlah ambil gambar sekeping ni je ada ruang yang sedikit besar untuk berehat kejap.

Ke Pasar Payang Membeli Belah

Pasar Payang ni macam-macam ada. Kalau nak explore memang tak laratlah. Sikit punya besar. Pakaian, makanan, pasar barang dapur, semua ada. Seingat saya, last saya datang tahun 2001. Itupun tempat lama. 

Mungkin kalau pergi weekdays tak ramai orang kot. Ini pergi hari cuti memang ramailah cerita dia. Pasar Payang memang best untuk shopping tapi kalau sesak dia jadi tak berapa nak best. Akan pergi kalau pergi dengan mak-mak je lah. Kalau bercuti sendiri mungkin tak pergi lah kot. 

Beli keropok ikan dan keropok lekor pun masa on the way balik rumah. Senang dan tak perlu bersesak gitu. Tapi kalau jenis suka shopping dan explore tu wajiblah datang sini sebab banyak pilihan. Mahu rambang mata nak memilihnya. 
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu