Responsive Ad Slot

Repeat Hiking Bukit Batu Sawa, Dapatlah Merasa Tengok Saki Baki Awan Karpet

Tak ada idea dah nak hiking bukit mana area Negeri Sembilan ni. Nak hiking Gunung Angsi dan Gunung Datuk macam malas. Nanti ambil masa lama nak turun naik. Lagipun dua gunung tu dah 2 kali naik.

Nak naik Gunung Berembun lagi lama dan jauh perjalanan dia. Gunung Tampin macam kurang menarik pula. Bukit Bal, dah lama tutup. Bukit Kristal macam tak ada orang naik dah. Ke dah tutup juga?

Area Pilah dan Bahau, Bukit Senaling, Bukit Taisho dan Bukit Penarikan malas nak repeat sebab laluan dia banyak ladang kelapa sawit je. Dia tak berapa nak hutan sangat. Bukit Baginda macam ambil masa je nak hiking. Mencabar juga bila baca review.

Jadinya, kita repeat hiking Bukit Batu Sawa di Jelebu je lah. Masuk hutan sejuk sikit dan hutan pun cantik ada red forest.

Bukit Kepayang pula baru naik minggu lepas sebelumnya. Kita tukar angin naik Bukit Batu Sawa sekali lagi.

Kami hiking pada 20 Julai yang lepas. Sampai di Bukit Batu Sawa jam 7.40 pagi. Dah agak lewat tapi semasa dalam perjalanan nampak masih berkabus lagi. Ada potensi nak tengok awan karpet ni kata encik suami.

Bukit Batu Sawa

Macam biasa, hari Sabtu memang ramai orang. Nampak penuh parkir di kawasan rumah orang tu. Tapi kami parkir di tempat parkir yang dekat dengan pos pengawal ni. Selepas lalu pos pengawal ada tempat parkir yang dekat sebelum homestay.

Sewaktu kami sampai di pondok pos pengawal untuk daftar dan beli permit tak ada orang. Turun nanti lah baru kita bayar.

Bukit Batu Sawa

Jomlah kita terus mendaki. Orang depan kemain laju lagi tinggalkan kita di belakang.

Bukit Batu Sawa
jam 7.47am

Pendakian kali ni saya tak beria ambil gambar. Sebab dah beria ambil gambar masa pertama kali hiking Bukit Batu Sawa bulan Februari yang lepas.

Bukit Batu Sawa
7.58am

Bila dah nak sampai puncak trail mencanak tu saya dah pewai. Tapi better daripada sebelum ni lah. Kami sampai puncak jam 8.29am. Terlihat masih ada saki baki awan karpet. Cepat-cepat ambil gambar sebelum ia berlalu pergi.

Bukit Batu Sawa

Dekat puncak ni jem ye. Beratur nak ambil gambar pun. Mana yang dah datang awal, ada yang tak mahu berganjak. Terpaksalah ambil pun. 

Takkan nak halau pula. Ambil gambar pun kena cepat-cepat sebab dah ramai menunggu di belakang. Dahlah tempat sempit sikit di bahagian batu-batu ni.

Tak lama di sini sebab tak ada port nak lepak pun. Terus ke hot spot seterusnya di batu ni. Masih seram dan kurang berani nak berdiri. Kita duduk je lah. Pun beratur juga nak bergambar di sini. Itu belum lagi yang nak buat bermacam-macam style bergambar sampai puas hati. Hmmm...

Bukit Batu Sawa

Bila dah ramai-ramai terus jadi tak berapa nak healing. Tapi okaylah kita boleh bersatu dengan alam seketika. Neutralkan ion negative dalam badan bak kata Dato' Dr. Haji Fadzillah Kamsah.

Menariknya, dapat melihat pucuk pokok hutan merah (red forest) berwarna pink ni. Nampak menarik dan rare, terus saya potretkan. Tengok boleh, ambil jangan. Jangan sembarangan nak ambil apa-apa dalam hutan ni. Takut ada yang mengikut balik.

Bukit Batu Sawa

Red Forest yang mendamaikan. Malas nak lepak lama di sini. Lepas bergambar terus turun. Sebelum turun, bergambar sekali lagi.

Bukit Batu Sawa

Bukit Batu Sawa
pandangan dari bawah

Bukit Batu Sawa

Hampir 2 jam juga turun naik campur masa berhenti ambil nafas dan bergambar. Kira okaylah tu kan. Dapat jugalah tengok awan karpet walaupun sikit. Kena datang lagi agaknya ni.

Setelah Sekian Lama Tak Mencekodok Pisang

Rasa macam lama dah cerita perihal masak-masak. Bukan tak masak tapi malas nak masukkan dalam blog. Malas nak memotret satu hal juga. Ini pun kebetulan ada kerajinan nak potretkan cekodok pisang untuk dijadikan cerita dalam blog.

Rezeki kalau balik kampung, ada je pisang yang masak. Mak mentua bagi setandan pisang. Setandan tau! Saya potong sisir pisang dan peram sampai masak. 2 sisir dah selamat bagi jiran, 4 sisir encik suami bawa di tempat kerja dan selebihnya 2 sisir tinggal untuk kami.

Dapatlah buat cekodok setelah sekian lama tak mencekodok pisang. Kami dah jemu makan pisang. Kalau tak silap, pisang kapas. Itu yang kalau bawa dari kampung, kita bahagi-bahagi kan je. 
 
Cekodok Pisang

Saya suka jenis cekodok pisang rangup di luar tapi lembut di dalam. Saya malas nak lenyek, kisarkan je pisang. Lepas tu masukkan dalam tepung gandum bersama garam sikit, gula dan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kacau rata, panaskan minyak dan sudukan adunan satu-satu dalam minyak panas.

Saya suka letak soda bikarbonat ni, dia jadi rangup, lembut di dalam dan tak melekat. Resipi rahsia dari kakak saya. Lagi sedap kalau dibiarkan warna tu gelap sedikit. Kannn...

Sedapnya makan cekodok pisang dan kopi panas. Walaupun rupa bentuknya tak seberapa cantik, rasa sedap dia buat teringat-ingat.

 

Bab 8 : Ogos 2024

Kita dah memasuki bab baru, bab 8 bulan Ogos untuk tahun 2024. Terasa cepatnya berlalu pergi bulan Julai. Bulan Julai yang kurang produktif dalam blog. Banyak betul halangannya. Tak mudah nak update 1 blogpost pun.

Dapatlah 20 post untuk bulan Julai. Bulan Ogos ni tak tahu lah sejauh mana pergi dia. Harap tak sendu dan lebih rancak lah.

Ogos, bulan Kemerdekaan

Tibanya bulan Ogos menandakan bulan Kemederkaan. Marilah kita menyemarakkan semangat kemerdekaan. Dah boleh mula pasang bendera dah.

Zoo Johor dibuka mulai Ogos

Zoo Johor bakal dibuka semula mulai bulan Ogos. Kalau bercuti di Johor, bolehlah masukkan Zoo Johor dalam itinerary.

Cuaca bulan Ogos di Malaysia

Malaysia akan mengalami fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024.—Dr. Fredolin Tajudin Tangang, Felo Akademi Sains Malaysia
astroawani

Bulan Ogos juga bulan yang dinantikan, ulang tahun perkahwinan kami. Dijangkakan bulan Ogos bakal sibuk dengan aktiviti hujung minggu. Setiap minggu dah ada jadualnya dengan aktiviti dengan keluarga, balik kampung, appointment braces dan lain-lain.

Sekarang tengah hangat dengan Sukan Olimpik Paris 2024. Semoga kontinjen negara dapat membuat yang terbaik dan membawa pulang banyak pingat terutamanya pingat emas.

Bab 8 : Ogos 2024

Page 214/366
We are what we repeatedly do.
It's not about perfection, it's about consistency.

 

Puasa Sunat Bulan Ogos 2024

1 Ogos - Puasa sunat hari Khamis
5 Ogos - Puasa sunat hari Isnin
8 Ogos - Puasa sunat hari Khamis
12 Ogos - Puasa sunat hari Isnin
15 Ogos - Puasa sunat hari Khamis
18 Ogos - Puasa sunat hari Putih
19 Ogos - Puasa sunat hari Putih/Puasa Sunat hari Isnin
20 Ogos - Puasa sunat hari Putih
22 Ogos - Puasa sunat hari Khamis
26 Ogos - Puasa sunat hari Isnin
29 Ogos - Puasa sunat hari Khamis

Cuti umum/ Public holidays Ogos 2024

11 Ogos – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
24 Ogos – Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
31 Ogos – Hari Merdeka/ Kebangsaan Malaysia (Cuti umum seluruh Malaysia)

Sambutan pada bulan Ogos

Hari Ahad Pertama Ogos – Sambutan Hari Persahabatan (Friendship Day)
12 Ogos – Sambutan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)
12 Ogos – Sambutan Hari Belia Antarabangsa (International Youth Day)
13 Ogos – Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa (International Lefthanders Day)
20 Ogos – Sambutan Hari Nyamuk Sedunia (World Mosquito Day)
31 Ogos – Hari Merdeka/Kebangsaan Malaysia (Malaysia's Independence/National Day)

Kopi & Kita, Kafe Aesthetic Di Nilai Negeri Sembilan

Tak tahu nak makan malam di mana di Nilai, tahu-tahu sampai di Kopi & Kita Kafe hasil bantuan Pak Cik Google. Saja nak mencuba makan di tempat baru. Kopi & Kita Kafe ni baru je dibuka.

Kalau dari nama kedainya, saya bayangkan kedai klasik gitu. Rupanya silap bayangan saya tu. Kafe dia sangat aesthetic. Terlalu aesthetic! Sangat cantik dan selesa. Instagrammable of course!

Kopi & Kita

Dari pandangan luar je dah boleh nampak aestheticnya tu kan. Layout design yang menarik lain dari yang lain. Konsep dia macam scandinavian dan gaya muji. Gabungan warna putih, hitam dan kayu.

Masuk-masuk je terus buat pesanan. Pesanan perlu disertakan sekali dengan pembayaran di kaunter. Mana-mana kafe memang begitulah sistem dia.

Kopi & Kita

Sementara menunggu pesanan tiba, jomlah kita memotretkan sudut-sudut yang menarik dalam Kopi & Kita Kafe ni. 

Kopi & Kita

Suka tengok ada bench simen dengan mozek terrazo tu. Menceriakan ruang selain menggunakan warna putih sahaja. Tapi meja di situ macam terlalu dekat lah pula. Tak privacy nak menyembang.

Kopi & Kita

Saya pilih meja dan kerusi di sudut sini je lah sebab nak ajak anak buah makan sekali di sini. Selesa sikit kalau nak berborak pun.

Kopi & Kita

Macam biasa, potretkan lampu yang ada. Lampu pun aesthetic. Memang layak lah kedai ni diberi gelaran aesthetic kafe. Kan?

Kopi & Kita

Lagi satu lampu yang cukup aesthetic di mata saya. Design terendak lampu yang unik dan menarik.

Kopi & Kita

Di setiap meja, disediakan air minuman dalam botol ni dan cawan kertas disediakan. Boleh minum secara percuma. Mulanya macaam curious apa benda, rupanya air masak. Dia punya sudu, garpu dan pisau pun aesthetic okay.

Kopi & Kita

Itu baru perkakas untuk makan. Bila sampai secawan kopi latte yang saya pesan, tudiaaa kemain lawa betul cawannya. 

Pesanan air kopi panas disertakan sekali dengan 2 keping biskut. Sedap! Saya lupa pesan kopi latte apa. Hazelnut ke caramel macchiato entah. Itulah lama sangat peram cerita sampai lupa. Encik suami pesan caramel macchiato sejuk.

Kopi & Kita

Tak lama kemudian, makanan pula sampai. Spaghetti aglio olio. Encik suami tunggu dulu hidangan saya sampai baru makan sama-sama.

Kopi & Kita

Sementara menunggu, anak buah baru sampai. Buat pesanan yang lain. Chicken grilled saya pun sampai.

Kopi & Kita

Kami tunggu lagi hidangan anak buah sampai baru makan sama-sama semua. Ada masalah kami nak menyembang pun. 

Kopi & Kita

Hidangan chicken grilled dia sedap. Juicy dan bahan perapan pun sedap dengan sos black pepper yang pekat. Hidangan dia ringkas tapi mengenyangkan. Kalau ada coleslaw ganti sayur lagi sedap pada saya.

Spaghetti aglio olio saya tak rasa sebab leka menyembang dan makan makanan sendiri. Hihi...Kopi pula sedap cukup rasa lemak manis dan pahit kopinya. Saya suka! 

Lokasinya terletak di Desa Cempaka, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Untuk ke sini, guna waze je.

Tempat makan menarik di Nilai, Negeri Sembilan

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot, Tempat Tengok Kapal Terbang Landing Di KLIA Paling Menarik

Balik dari sambutan birthday anak buah di KL, ajak encik suami pergi tengok kapal terbang landing di KLIA, Jalan Pekeliling. Paling suka tengok flight landing di KLIA Cargo Landing Aircraft Spot, spot paling menarik untuk bergambar. 

Di spot ni dapat tengok kapal terbang landing dari jarak dekat. Kami pergi hari Ahad, memang penuh dengan orang ramai. Di tepi jalan memang penuh kereta sepanjang jalan. Mujur ada parkir kosong di spot ni. 

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot

Dapatlah ambil gambar kapal terbang landing dari bawah macam ni. Tapi yang payahnya bila nak ambil gambar sebab laju kapal terbang ni mendarat. Nampak macam perlahan tapi laju tak terkejar. Try and error sampai puas hati dapat gambar cantik.

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot

Di sini tak perlu tunggu lama kapal terbang landing. Setiap 5 minit ada je kapal terbang landing. Jadi tak perlu kecewa kalau tak dapat ambil gambar cantik. Boleh cuba lagi untuk flight landing seterusnya. Ini je lah termampu nak ambil gambar. 

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot

Tak berlamaan di sini sebab nak masuk waktu Maghrib dah. Potretkan juga tempat landing kapal terbang di waktu senja.

KLIA Cargo Landing Aircraft Spot

Salah satu tempat menarik untuk bawa anak-anak tengok kapal terbang tanpa perlu bayaran. Ramai juga keluarga yang berkelah dan bawa kerusi healing di sini. Seronok juga kan.

Selain di sini, boleh juga tengok di Anjung Spotter Obersation Deck. Ada deck disediakan. Tapi dapat tengok masa dia landing di landasan je lah. Kalau nak ke sini waze je KLIA Cargo Landing Aircraft Spot.

Mencari Cake Topper Ultraman Di Bake With Yen Dan Sambut Birthday Anak Buah

Birthday anak buah sebelah encik suami, 15 Julai hari Isnin. Jadi, kita sambut awal hari Ahad. Sebelum tu, pergi mencari cake topper Ultraman dulu sebab dia kipas susah nak mati Ultraman. Kita pun carilah minta bantuan google. Terjumpa lah Bake With Yen di Seremban.

Sebelum ke KL tu singgah dulu di sini beli cake topper Ultraman. Minta-minta adalah, berdoa dalam hati. Masuk kedai terus tanya pada staff di situ dan dia tunjukkan di bahagian cake topper.

Cake Topper Ultraman Di Bake With Yen

Haaa..ada pun! Alhamdulillah. Ada juga. Rezeki adik. Mesti adik suka! Walaupun topper kertas je, mesti dah buat dia suka. Budak-budak, dia bukan kisah kertas ke apa. Asalkan ada rupa Ultraman tu. Kann...

Cake Topper Ultraman Di Bake With Yen

Ada banyak pilihan cake topper kertas figura kartun-kartun popular. Murah pun murah. Beli juga lilin bernombor 4 warna gold tu sebab dia 4 tahun sudah.

Sampai di KL, kita beli kek dulu di Secret Recipe. Baru tahu ada kek indulgence bersaiz petite. Nampak sangat dah lama tak membeli kek di Secret Recipe. Kek 1KG dengan ketiggian 6.5+- inch. Sesuai sangatlah tu untuk sambutan birthday kecil-kecilan, 6 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Cake Topper Ultraman Di Bake With Yen

Sampai rumah, barulah kita deko kek dengan cake topper Ultraman. Yeay, adik suka ada Ultraman. Bukan sekadar Ultraman, ada raksasa dan juga api sekali.

Cake Topper Ultraman Di Bake With Yen

Disebabkan adik suka Ultraman, Mak Ngah dan Pak Ngah hadiahkan adik Ultraman juga. Seronoklah dia dapat hadiah Ultraman. Gaya Ultraman adik buat tu silap dik. Sebenarnya dia pening, mana nak pegang Ultraman, mana nak buat gaya lagi. Sudahnya begitulah jadi dia.

Cake Topper Ultraman Di Bake With Yen

Happy birthday adik! Semoga adik membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. Aamiin...

Hiking Bukit Kepayang Ikut Trail Pacak Sikit

3 minggu cuti hiking, rasa macam tak best pula. Dia bukan boleh cuti lama-lama. Rindu! Maka, jomlah kita kembali hiking di Bukit Kepayang pada 14 Julai yang lepas. Kali ni ikut trail yang agak pacak sedikit. Saja nak uji kaki.

Hiking Bukit Kepayang

Kami sampai sini jam 7.11 pagi. Awal dan agak mendung juga cuaca pagi tu. Macam biasa ikut trailhead Bukit Kepayang yang biasa. Tapi kami tak terus ikut jalan tar, kami belok kiri.

Bukit Kepayang

Ini jalan masuk belok ke kiri tu, ada titian papan.

Bukit Kepayang

Jalan ni akan melalui kolam bunga teratai. Ikut je jalan ni sampai lah jumpa jalan terus dan jalan mendaki ke kiri. Silalah ke kiri ye.

Bukit Kepayang

Kemudian akan jumpa big pipe trail ni. Ada papan tanda di situ. Sampai sini ada pula penunggu bukit, ada 4 ekor tak silap. Dalam gambar ada 2 je sebab 2 ekor lagi dah berlalu pergi. Bacalah doa untuk melindungi diri iaitu Surah Al Baqarah ayat 18.

صُمٌّ ۢ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُوْنَۙ
ṣummum bukmun 'umyun fa hum lā yarji'ụn
Ertinya : (Mereka) tuli, bisu, lagi buta, sehingga mereka tidak dapat kembali
Surah Al Baqarah, ayat 18

Syukur mereka berlalu pergi dan tidak menyalak. Kita ni sebenarnya penakut anjing. Tapi lepas baca doa ni ada keyakinan dan rasa selamat. Alhamdulillah...jadi pemberani sikit walaupun dup dap dap berdebar lain macam.

Bukit Kepayang

Selepas satu tingkat trail mencanak sikit ni, ada lagi canaknya. Eh eh, kita tak sempat habis penat lagi. Trail yang ni semak sikit tapi masih jelas. Mungkin jarang yang ikut trail ni kot.

Bukit Kepayang

Terus keluar dan melalui jalan sedikit landai dan terang ni. Rasa legalah sikit.

Bukit Kepayang

Kemudian trail pacak yang terakhir. Ayuh kita!

Bukit Kepayang

Baru tahu trail ni tembus ke sini rupanya. Trail ni jalan sikit je lagi dah sampai puncak, ada tokong Cina tu.

Bukit Kepayang

Kami jalan terus. Tak bergambar di batu besar tu, bergambar di sini je lah tanda hadir.

Bukit Kepayang

Kami jalan terus dan pusing ikut Kuil India tu baru naik atas puncak lagi satu ni. Ini pun boleh tahan ramai juga orangnya. Tak dapatlah nak bergambar di situ di papan tanda kayu tu. 

Malas nak menunggu giliran. Tak apa, kita selalu datang sini. Tak kisah dah tak bergambar di situ pun. Janji ada satu gambar di papan tanda pun jadilah.

Bukit Kepayang

Macam biasa turun bukit ikut laluan mudah je dan lebih jauh sikit. Banyak lah sikit steps kita kan. Lepas tu bolehlah berlari sikit.

Bukit Kepayang

Dapatlah rekod berjalan 3 km ikut trail ni dah berjalan jauh sikit dan mencabar dengan trail mencanak sikit tu. Next time kita ikut trail lain pula. 

Bukit Kepayang

Orang Seremban tak payah pergi jauh nak hiking, hiking Bukit Kepayang ni pun dah cukup buat pecah peluh jaga kesihatan. Terpaling kagum, auntie-auntie chinese dah berumur pun masih gagah panjat bukit. Tenang je tengok mereka. 

Walaupun Bukit tengah bandar, adalah sikit bau-bau hutan tu. Bersatu dengan alam menjadikan kita tenang dan secara tak lansung mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik sebagai satu terapi.

Bak kata Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam ciapannya di platform X,

Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung. Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu