Responsive Ad Slot

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe Selepas Hiking

Alang-alang dah sampai Seri Menanti tu, jomlah kita sarapan di Buyau Hill’s View Weekend Café selepas hiking Bukit Sikai. Kedai makan ni hanya buka hari Sabtu dan Ahad je. Jadi, dah ada peluang tu haruslah kita singgah makan.

Apa yang menariknya Buyau Hill’s View Weekend Café ni berlatarbelakangkan bukit bukau di kawasan kampung dengan permandangan semulajadi yang menghijau disekelilingnya. Di hadapannya pula ada kawasan kebun yang diberi nama Ereen Azlina Plantation selaku pemilik kedai makan ni.

Sebelum ni kami pernah nak singgah makan di sini tapi masa tu ada event pula di situ. Ini kalilah baru ada rezeki menjamu selera di sini.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Kami sampai dalam jam 8 lebih macam tu. Ada 2 meja dah berpenghuni. Okaylah masih awal dan tak ramai orang. Kami pilih meja yang berhampiran di jalan sebab permandangannya lagi cantik.

Tidak lama duduk, pekerja datang ambil pesanan. Banyak juga pilihan menu yang ada. Saya pilih nasi lemak biasa je. Encik suami nak pesan nasi lemak ayam rendang, tak ada lah pula. Sudahnya pesan nasi lemak telur mata je lah dia.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Macam biasa saya pesan minuman panas, cappucino dan encik suami pilih macchiato. 

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Agak lama sikit menunggu pesanan sampai. Bila sampai minumannya, menyesal pula pesan air cappucino ni sebab rasa manis walaupun nampak susu tu sikit je. Kita dah biasa kurangkan manis. Bila manis sikit memang terasa lah. Minta air masak suam lepas tu.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Terkejut bila air encik suami sampai. Kemain tinggi betul cawannya. Walaupun dia tinggi, tak bermakna air tu banyak ye. Sama banyak dengan cawan lebar tapi rendah. Sama je isipadu airnya. Saja tampilkan kelainan agaknya.

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Kemudian sampailah makanan yang kami pesan. Bau harum nasi lemak dengan daun pandan tu membangkit selera betul. Tapi sayangnya sambal tak pedas dan nasinya agak lembik sikit. Mungkin sebab baru lepas masak. Kalau ada yang suka tu, sukalah. Lain orang lain seleranya kan. 

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Sebelum datang saya letak harapan yang tinggi untuk rasa nasi lemak yang sedap. Tapi agak kecewa sikitlah di situ sebab kurang sikit. Tak pe, kalau singgah lagi kita cuba menu yang lain pula. Banyak juga pilihan menu yang menarik.

Selain meja di tepi jalan berlatarbelakangkan bukit bukau permandangan kampung, ada juga meja berhampiran tepi anak sungai. 

Sarapan Di Buyau Hills View Weekend Cafe

Best betul suasana bersarapan pagi di Buyau Hill’s View Weekend Café ni. Berkabus sejuk di kawasan kaki bukit. Memang syoklah sambil menghirup kopi panas dan makanan panas-panas. Harga pun berpatutan.

Bukan hanya tempat makan yang menarik. Boleh juga naik ATV ronda-ronda di sekitarnya. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di TikTok tuan kedai. Tapi masa saya datang, tak nampak pula kelibat ATV. Mungkin masih awal lagi masa tu kot.

Nak datang sini boleh waze 'Ereen Azlina Plantation'.

Hiking Bukit Sikai 2.0 Dengan Tahap Pace Leha-Leha

3 Ogos yang lepas, repeat hiking Bukit Sikai di Seri Menanti, Kuala Pilah. Masih meneruskan misi hiking, sebulan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Setakat ini masih berjalan dengan lancar setiap bulan, tak ada mengelat lagi.

Kebetulan kami nak balik Segamat, alang-alang lalu Kuala Pilah tu jomlah kita belok masuk Seri Menanti kejap lalu pergi hiking. Pertama kali hiking Bukit Sikai bulan Jun yang lepas. Jadinya yang ni, hiking Bukit Sikai 2.0 lah gitu.

Sampai di pintu masuk Seri Menanti ni dah jam 7.04 pagi. Masih berkabus kebal. Harapnya dapatlah kita tengok awan karpet di puncak Bukit Sikai nanti.

Hiking Bukit Sikai

Tak lama pun naik Bukit Sikai ni. Kalau pace laju tu 10 minit dah sampai puncak dah. Kita ni masih pace leha-leha, 20 minit baru jejak kaki di puncak. Untuk laluan tu saya tak ambil gambar. Mungkin boleh rujuk dalam blogpost sebelum ni nak tahu trailhead Bukit Sikai.

Kami mula hiking jam 7.20 pagi dan sampai puncak jam 7.40 pagi. Laluan dia masih semak macam sebelum ni. Tapi laluan masih jelas. Kan bagus kalau ada yang baik hati menebas semak di situ. Lagi lapang lagi bagus. Risau kita kalau terpijak lubang.

Dulu-dulu, laluannya lapang dan terang macam jalan dalam ladang kelapa sawit. Bila dah semak ni, laluan dia jadi halus je lah. Kalau berselisih tu kena bagi laluan pada mereka yang nak naik.

Hiking Bukit Sikai

Dah sampai puncak, tak fikir lain dah. Fikir nak memotret dan rakam video je lah sebab dari jauh nampak kabus kepul-kepul macam awan karpet. Indah betul tengok depan mata.

Ingatkan tak ramai hiking di sini. Boleh tahan ramai juga di Bukit Sikai ni. Agaknya masing-masing mencari awan karpet. Nak mudah cepat sampai puncak dan dapat awan karpet, Bukit Sikai lah pilihan yang tepat.

Dan macam biasa, nak bergambar di hot spot tertentu kenalah beratur menunggu giliran. Kita pun tak berlamaan juga, faham orang lain nak bergambar juga kan. 

Hiking Bukit Sikai

Sementara yang ramai-ramai belum sampai atas lagi. Kita pulun bergambar sampai puas hati dulu. Nak duduk lama di batu ni. Tapi apakan daya, tak boleh berlamaan. Nanti marah orang belakang tunggu giliran nak bergambar. 

Hiking Bukit Sikai

Di batu yang lain, kita bergambar dengan papan tanda Bukit Sikai ni. Ke plaque nama dia? Entahlah. Bukit Sikai 280 M tinggi sikit daripada Bukit Kepayang.

Hiking Bukit Sikai

Tak lama bersantai di puncak ni. Jam 8.09 pagi kami gerak turun bawah untuk ke destinasi seterusnya. Apa lagi, cari makan lah. Sekian untuk rekod pace leha-leha di Bukit Sikai, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Hiking Bukit Sikai


Braces Monthly Review, B3

Sepatutnya appointment braces monthly review B3 bulan Julai pada 18 haribulan. Tapi terpaksa tukar tarikh sebab encik suami ada urusan. Bila tunda, dapat pula hujung bulan Julai iaitu 31 Julai. Bila kira-kira, gap hampir 2 bulan lah gitu sebab kali terakhir pada 8 Jun.

Usai urusan derma darah, berdesup terus ke Medissa Senawang sebab dah terlambat. Tak dapat lah nak berleha-leha lagi. Jom lah kita!

Braces Monthly Review, B3
Tempat wajib selfie, kena sempatkan bergambar di sini. Boleh buat kompilasi nanti buat kenangan. Lepas daftar, terus ke tingkat atas. Pilih warna getah O ring dulu. Tak lama menunggu, giliran saya di panggil masuk. Masih dengan doktor yang sama untuk bulan lepas Jun dan Julai ni.

Braces Monthly Review
Rambang mata nak memilih warna getah O ring

Walaupun rambang mata tapi saya dah pilih dulu warna apa nak tukar untuk bulan Julai. Saya pilih warna midnight purple.

Braces Monthly Review

Tapi bila letak pada bracket braces dia jadi macam warna purple cerah sikit pula. Warna purple ni antara warna pilihan ramai sebab tak mudah bertukar warna dan berikan kesan gigi lebih putih. 

Selain tukar getah O ring yang wajib ditukar setiap kali appointment, doktor tambah wire lace ties dan tukar wire saiz besar sikit untuk tegakkan gigi katanya. Bila pakai wire lace ties ni rasa tekanan tu bertambah sikit. Itu belum lagi pakai power chain

Braces Monthly Review, B3

Gigi yang dulunya bergerak dan senget sebab tak ganti gigi yang cabut dah kembali tegak semula masa bulan pertama dulu.

Disebabkan itu, terjadinya jarak antara gigi depan bawah. Dari depan tak ketara sangat. Tapi kalau dipandang dari tepi nampak juga jarak tu dari dekat. Masih belum rapat lagi. Agak lambat sikit ye progress dia. 

Tak mengapa, kita sabar je.Trust the process!. Pejam celik pejam celik dah hampir 3-4 bulan bersama braces. Sudah serasi bersama dan masih berpantang makan makanan keras. Perjalanan masih jauh lagi. 

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Kali terakhir saya derma darah bulan Mac, dan itu juga kali pertamanya. Sepatutnya bulan Jun dah boleh derma darah semula. Disebabkan encik suami derma bulan April, jadinya kami nak derma sama-sama pada bulan Julai. 

Kami pun tengoklah di facebook page derma darah Negeri Sembilan nak tahu lokasi setiap minggu di mana. Nak derma darah di Hospital kena hari bekerja pula. Hujung minggu je lah ada peluang kita nak derma darah menerusi kempen derma darah bergerak (mobile).

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah
  • 21 Julai (Lotus's S2)
Bacaan Hb (Hemoglobin) encik suami tinggi sebab semalam tu makan daging kambing selepas hiking Bukit Batu Sawa. Padahal sikit je pun isi daging kambing tu. Pun ada kesan juga ye. Sebelum ni bukan tak pernah jadi macam ni. Tapi itulah, masa pesan makanan tu terlupa yang esoknya nak derma darah. Haiyaaa...

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Saya punya Hb lepas tapi BP (Blood Pressure) pula tinggi masa check kali pertama. Kali kedua turun sikit. Ketiga, masih tinggi. Doktor suruh duduk tepi berehat dan bertenang dulu. Lepas beberapa minit, check semula masih tinggi. Aduhaiii nervous sangat ke camna. 

Padahal check kat rumah sebelum pergi normal je, 118,120, 115. Agaknya saya dok memikirkan tentang BP ni tinggi kot. Risau bab ni je yang tak lepas.

  • 27 Julai (AEON S2)
Sebelum ke kenduri kahwin, baiklah kita derma darah dulu. Nanti kot termakan daging kambing, susah pula. Encik suami lepas kedua-duanya, Hb dan BP OK. Saya pula terkandas BP tinggi. Aduhaiii...

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Apakah yang merasuk dalam fikiran saya ni sampai tak boleh dibendung. Masih fikir tentang BP tak lepas-lepas ni. Tapi encik suami tak derma sebab nak derma sekali dengan saya. 

  • 31 Julai (HTJ)
Sebelum pergi appointment monthly braces review di Medissa, singgah di HTJ (Hospital Tuanku Ja'afar) dulu derma darah. Encik suami layak menderma darah, Hb dan BP OK. Saya masih terkandas sebab BP tinggi. Tangan dah seram sejuk dah. Cuba bertenang pun tapi masih bacaan tinggi. 

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Doktor bagi masa rehat-rehat dulu. Tapi lepas tu check semula pun masih tinggi. Takpelah, saya berputus asa sudah nak derma darah. Biasanya macam tu lah, asal check di hospital ke mana-mana mesti tinggi dari biasa BP tu. 

Dah ikut dah tips untuk turunkan bacaan BP tinggi, bersandar, bertenang, kaki jangan bersilang dan macam-macam lagilah. Tetap juga BP nak tinggi. 

Maknanya tak ada rezeki lah nak menderma darah lagi. Sekali tu je lah saya berpeluang derma darah. Saya dah putus asa, encik suami je lah menderma darah sorang-sorang. Nak check BP semula macam malas sebab dah agak lewat untuk urusan appointment braces pula. 

Kalau tak ada appointment boleh je saya bawa bertenang dulu sebab di sini tak ada orang pun. Tak ramai yang derma darah kalau di hospital ni. Sebab tu kena ada kempen derma darah bergerak supaya ramai yang menderma darah.

Berputus Asa Sudah Nak Menderma Darah

Kita ni tak ada darah tinggi atau makan ubat-ubatan pun. Tapi tu lah terlebih risau sampai bacaan BP tinggi mencanak. Selaku penderma universal, rasa kecewa lah juga bila tak dapat menderma.

Dulu nak derma tak cukup berat (merujuk kepada zaman study dan sebelum kahwin). Bila dah terlebih berat, takut tak hilang lah pula.  

Benda Tak Rancang, Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Hari Sabtu dua minggu lepas, menghadiri majlis kenduri kahwin di Orked Event & Space. Nama je duduk Seremban, tapi baru tahu wujudnya tempat ni. Cantik betul dekorasi luar dan dewan ni. Tak sempat nak ambil gambar pengantin. Pengantin lama tumpang bergambar je lah.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Balik dari majlis sebelum sampai rumah, singgah di Kedai Durian Farid di Jalan Jelebu. Tak rancang nak membeli durian pun. Tiba-tiba je rasa macam nak makan durian. 

Musim durian kali ni, ini kali kedua membeli durian di sini. Kedai ni memang sentiasa ramai orang. Siap upah RELA lagi untuk jaga parkir dan lalu lintas kenderaan keluar masuk. Makan modal juga ni.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Ada banyak juga pilihan durian. Berjenis-jenis ada. Kita ni nak beli durian udang merah. Sekali tak ada daaa...Katanya dah 2 minggu tak ada stok dari Johor. Terkejut juga tengok harga durian sekarang. Berlumba-lumba naik harga.

Sebelum ni encik suami beli 2 biji durian musang king dan sebiji 101 dah dekat RM200. Kali ni kami pilih durian kahwin kampung selepas di beri rasa durian ni. Rezeki juga dapat merasa seulas durian sebelum membeli. 

Kita ni malas nak kotorkan tangan sebenarnya. Nak makan di rumah je. Dah dia hulur bagi rasa, kita pun rasa lah. Rezeki jangan ditolak.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Kami beli 3 biji durian kahwin kampung, sekali balik tengok ada 4 biji. Dia bagi percuma ke dia tambah timbang sekali tak tahu lah. Selain durian kahwin kampung, beli juga sebiji durian 101.

Di kedai memang dia akan belah durian begini untuk tengok dan tunjukkan pada pembeli. Durian dia semuannya elok-elok. Berbaloi beli gitu.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Isinya tebal dan puas hati makan. Rasa durian kahwin kampung yang sedap juga. Dia tak berasid sangat macam durian 101. Saya suka durian kahwin kampung ni.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Pilih yang bersaiz kecil-kecil. Jadi dapat banyaklah durian tidur. Comel-comel je rupa paras dia. Yang ni kita bagi dia tidur dalam kulkas. Buat stok untuk esoknya.

Membeli Durian Selepas Kenduri Kahwin

Total hangus beli durian kali ni RM150 something untuk 4 biji durian kahwin kampung dan 1 biji durian 101. Okay insaf sudah nak membeli durian. Membeli pun kalau teringin je. Beli pun sikit je lah buat rasa-rasa. Keras betul harga buah durian sekarang sekeras kulitnya. 

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Cerita bulan Julai yang sudah hampir basi, tetaplah kita nak masukkan dalam blog. Benda macam ni lah akan kita jadikan kenangan. Seminggu selepas birthday anak buah, birthday mak mentua pula. Selang 4 hari je birthday adik dan uwannya.

Mulanya nak sambut sekali je haritu. Tapi macam, takpelah kita sambut hari lain-lain je. Sebelum gerak ke Kuala Lumpur (KL) sekali lagi, kami singgah di butik Siti Khadijah (SK) di Seremban 2. 

Ingatkan nak singgah butik SK di AEON Mall Nilai. Tapi macam malas pula nak masuk mall, nanti banyak persinggahan pula.

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Selepas membeli hadiah untuk mak, meneruskan perjalanan ke KL terus. Kali ni adik ipar pula beli kek untuk mak. Sebenarnya mak cakap tak payah, tapi dek kerana budak berdua tu nak kek untuk uwan dilayankan je.

Kek Chocolate Raspberry Ice Cream Cake dari Inside Scoop yang dikeluarkan khas sempena Hari Ibu yang lepas. Sampai bulan Julai pun masih ada edisi kek ni. Menariknya sebab dia warna pink dan tepi-tepinya tu ada biskut coklat mutiara. Anak buah dok kutip makan tu je sampai habis.

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Rasa kek aiksrim (belgium dark chocolate)yang sedap tak manis sangat boleh cover rasa masam raspberry confit dan milk chocolate raspberry mousse. Pertama kali rasa kek aiskrim inside scoop ni. Boleh tahan juga lah tapi tak boleh lawan sedap yang satu lagi tu.

Macam biasa, adik beradik berdua ni terpaling teruja kalau sambut birthday. Birthday mereka sepanjang tahun ye. Semua birthday orang adalah birthday mereka selagi ada kek dan lilin. Cuma kali ni lilin kek berbeza sikit. Tak boleh main tiup-tiup. Kena tunggu percikan api tu padam sendiri. 

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Dah habis acara potong kek dan makan-makan. Bawa anak-anak buah turun bawa mandi kolam pula. Ini pertama kali kami turun mandi kolam di sini. Selama ni pandang dari atas je lah. Untung juga masa kami turun hanya ada sorang je di kolam. 

Sebelum main air, marilah kita bergambar dulu. Tugas saya jadi baby sitter je di kolam budak-budak. Nak berenang tak pandai. Aquaphobia pun ye. Pakai jugalah swimsuit boleh juga rendam-rendam sambil memantau. Encik suami dan adik ipar dapatlah sesekali berenang pun.

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Terpaling seronok kakak dan adik ni lah. Dah sejuk-sejuk pun tak nak naik. Budak-budak memang suka main air. Sejuk pun don't care lah. Kita layankan je lah sementara ada masa sesekali untuk diluangkan bersama mereka.

Celebrate Birthday Mak & Mandi Kolam

Sarapan Di Wak Lempeng Private Kitchen Selepas Hiking Bukit Batu Sawa

Dalam perjalanan balik selepas hiking Bukit Batu Sawa, mencari tempat sarapan yang menarik di kawasan Jelebu ni. Jumpalah Wak Lempeng Private Kitchen. Ada bookmark tempat ni, cuma belum pernah sampai lagi.

Alang-alang dah dekat, mohlah kita singgah bersarapan di sini. 

Wak Lempeng Private Kitchen

Konsep kedai Wak Lempeng Private Kitchen ni macam kedai makan/ warung lama. Dekorasi pun banyak barang-barang lama.

Wak Lempeng Private Kitchen

Bidai kedai Wak Lempeng Private Kitchen di atas bidai buluh. Kami pilih duduk di kawasan terbuka. Malas nak buka kasut duduk di kawasan dalam. Dari pintu masuk tu ada kawasan dalam kiri dan kanan. 

Wak Lempeng Private Kitchen

Beberapa minit menunggu baru ada adik tu ambil pesanan. Terkejut tengok adik tu bawa buku menu macam papan pemotong. Tak lenguh ke tangan nak membawanya. Berat boleh tahan. Kalau kertas laminate tu kan senang.

Tapi apa nak buat. Dah itu konsep dia. Lain dari yang lain.

Wak Lempeng Private Kitchen

Saya pesan air kopi O kurang manis dan kopi o panas kurang manis. Encik suami pula pilih lempeng set dengan kari kambing dan air teh tarik. Eh eh, masing-masing pesan air manis pula tiba-tiba. Bukan selalu kan..

Sementara menunggu pesanan tiba, kita potretkan lah sudut-sudut yang menarik di sini. Di bidai buluh ni juga ditampal senarai menu berserta harga. Harga masih berpatutan lagi.

Wak Lempeng Private Kitchen

Di pintu masuk tadi ada kuih-muih disediakan. Kena ambil sendiri (self service) ye. Disini juga banyak barang-barang lama dijadikan perhiasan. Cantik pula tengok partition rotan tu. Ada juga radio lama di rak.

Wak Lempeng Private Kitchen

Suis lama ni memang rarelah. Di kampung encik suami masih menggunakan jenis suis lama di bahagian rumah papan. Masih elok berfungsi.

Wak Lempeng Private Kitchen

Boleh tahan lama juga menunggu pesanan tiba. Almaklumlah pelanggan ramai. Kena faham dan sabar menanti. 

Tak lama kemudian, barulah lempeng sampai bersama kari kambing. Saya cuma rasa lempeng dan cicah kuah sikit. Lempeng mini ada 5. Sedap rasa lempeng dia, lembut dan gebu walaupun tak crispy di luar. 

Kuah kari kambing pula agak pekat juga dengan sepotong daging kambing bersaiz kecil. Lepas tu lupa tak boleh makan kambing sebab nak derma darah esoknya. Nanti sangkut lagi Hb encik suami. Haiiyaa...

Kami ni bukan pemakan daging. Daging lembu dan kerbau boleh kira setahun berapa kali makan. Daging kambing lagilah, setahun sekali belum tentu. Tapi dah di pesan, encik suami makan je lah.

Wak Lempeng Private Kitchen

Lepas tu baru lontong lodeh sampai. Barulah kami dapat makan bersama-sama. Lotong lodeh dihidangkan bersama sambal kuah kacang. Lupa pula saya nak bertanya sebelum pesan, sambal tumis ke sambal kacang sebab saya suka sambal tumis lagi.

Wak Lempeng Private Kitchen

Malas nak tanya, kita bedal je lah. Bukan tak makan sambal kuah kacang. Cuma bila dah pakai braces ni banyak pantang larangnya. Tak boleh makan keras-keras sangat. Mujur boleh gigit lagi.

Alhamdulillah...sedap betul rasa lontong lodeh ni. Kuah cair pun sodap! Saya fikir semua makanan di sini sedap kot sebab semua hidangan kampung dan cara masakan kampung. Memang sedaplah kan. Itu yang sentiasa ramai orang agaknya.

Wak Lempeng Private Kitchen

Bolehlah kalau nak ulang datang makan di sini. Makanan sedap dan harga berpatutan. Tempat pun menarik. 

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu