Responsive Ad Slot

Minum Petang Di Rasta Kopi

Lama ek tak lepak di Rasta Kopi. Dulu kemain rajin menyinggah lepas balik berlari di KOMBES (Kompleks Belia Dan Sukan). Sejak dah mula hiking, tak nampak dah jalan nak ke KOMBES tu. Begitulah sekejapan mood beralih arah.

Bukan tak semangat nak pergi KOMBES. Tapi encik suami dah semakin sibuk. Balik dah penat, memang taklah nak keluar rumah semula. Ada masa untuk beriadah hujung minggu je. Itu yang hiking tu.

Tapi tiap-tiap hari kita workout je di rumah. Bukan berharap pada aktiviti hiking dan berlari atau jalan perlahan je. Sesekali kita weight lifting 3 kg dumbell juga. Buat mana termampu je. Janji ada aktiviti.

Kebetulan minggu lepas keluar beli barang, lepas tu macam nak mengopi kejap sementara ada masa sikit sebelum balik rumah. Mulanya nak pergi Beach Road Coffee (BRC) yang baru buka tu tapi di situ tak ada makan-makan sangat. 

Jadi, kita pergi Rasta Kopi sebab sekarang dah buka awal. Jam 4.30 petang. Dulu jam 8.00 malam baru buka.

Selain buka awal dan tutup jam 1.30 am. Ada banyak menu makanan baru. Saya suka saya suka. Bolehlah lepak selalu macam dulu. Kann..Ke kena pergi KOMBES selalu baru boleh lepak sini.

Rasta Kopi

Rasa kekok pula datang sini waktu siang. Teranglah sikit gambar kita kan. Kalau tidak tu malap sikit diterangi lampu kuning.

Rasanya sejak bulan Mei tak singgah sini. Pekerja pun dah ramai. Tuan kedai pun masih ingat kami dan bertanyakan kami lama tak datang. hihi..Terima kasih ingat kami lagi. Mana tidaknya, muka ni je lah yang asyik nak nasi lemak tapi tak ada.

Rasta Kopi

Bila nasi lemak dah ada, tak nak pesan pulak. Hahaha...bukan apa, dah kenyang makan nasi. Kita nak makan ringan-ringan je.

Saya pesan hazelnut latte panas. Wahh dah ada cawan lah. Baru lah menarik ambil gambar ada latte art. Sebelum ni dihidangkan dalam cawan kertas yang bertutup. Memang tak nampak lah latte art nya pun.

Macam ni barulah seronok mengopi. Encik suami pilih minuman sejuk, tak silap saya salted caramel. Di cawan pun dah ada pelekat Rasta Kopi. Lupa pula nak potretkan.

Rasta Kopi

Kata nak makan yang ringan-ringan, tapi terpesan lempeng pula. Kira tak berat sangat lah kan. hihi. Lempeng dia walaupun tak crispy sangat di luar tapi sedap juga makan lembut-lembut gitu.

Sambal tumis ikan bilis pula sedap macam mak-mak kita masak. Gaya masak cara orang lama. Cukup rasa. Ada rasa pedas sikit, saya suka. Lepas ni kena datang lagi lah sebab nak makan nasi lemak.

Rasta Kopi

Encik suami pesan sangkaya. Rotinya lembut tapi sayang saya tak boleh nak gigit sebab pakai braces. Kena potong kecil guna sudu garpu baru boleh telan dalam saiz yang kecil. Untuk yang tak pakai braces tu syoklah makan.

Pencicah dia pun sedap. Tak manis sangat. Sedang elok manis-manisnya. Tak mengecewakanlah menu-menu yang kami pesan. Boleh ulang membeli nanti.

Rasta Kopi

Jenis yang suka lepak santai, duduk di kerusi healing tu bolehlah singgah makan di sini. Suasana pun menarik. Kalau hujung minggu ada event dan persembahan gitu. Kami pernah nak pegi sekali waktu malam tapi full house lah pula. 

Sambil makan didendangkan dengan lagu-lagu raggae seiring dengan konsep kedainya.

Braces Monthly Review 4 Bulan

Rasa macam sekejap betul masa berlalu, tahu-tahu dah kena pergi temujanji seterusnya untuk braces monthly review. Mana tidaknya, tak sampai sebulan pun. Kali terakhir 31 Julai, lepas tu temujanji seterusnya 24 Ogos.

Jadi, kejap je lah dapat pakai getah O ring warna midnight purple tu. Kali ni temujanji dengan doktor lain pula. Dr. C. Mula-mula dulu dengan Doktor M, lepas tu 2 kali dengan Doktor A.

Lepas daftar di kaunter bawah, terus naik tingkat atas. Tak ada orang. Sempat kita bergambar dulu ye. 

Braces Monthly Review

Sebelum masuk bilik doktor, jomlah kita pilih warna getah O ring dulu. Saya memang dah pilih awal nak warna apa. Tapi sajalah nak tengok kot ada warna menarik yang lain. Macam biasa ambil gambar dulu untuk buat rujukan warna akan datang. Senang nak pilih. 

Braces Monthly Review

Untuk bulan keempat ni saya pilih warna midnight blue. Setelah dikaji, warna ni warna awam. Ramai pemakai pendakap gigi pilih warna ni. Sebabnya tak mudah bertukar warna dan gigi nampak lebih putih.

Braces Monthly Review

Untuk temujanji kali ni hanya tukar getah O ring sahaja. Doktor kata gigi depan bawah ni belum tegak betul lagi. Jadi, tukar getah O ring untuk ketatkan sahaja. Okay, baiklah doktor.

Braces Monthly Review
Bila hanya tukar getah O ring je. Jadinya taklah rasa sakit pun selepas itu. Masih boleh makan macam biasa. Tapi tetaplah pantang makan makanan keras-keras. Bukan apa, risau bracket tercabut. Malas nak pergi jumpa doktor pun ye juga. Cukuplah sebulan sekali je.

Harap cepatlah sikit gigi tu menegak. Bolehlah kita bergerak ke rancangan doktor seterusnya. Tak sabar nak tengok progress gigi dan hasilnya. Tapi ye lah, pakai conventional braces ni dia lambat sikit berbanding self ligating braces. Kenalah sabar.

Update terkini 15 September 2024, getah O ring dah bertukar warna hijau gelap sebab makan lauk berkunyit. Ingatkan tak bertukar warna sangat. Sekali dia bertukar hijau terus ye. Ye lah kan, warna biru dan kuning kalau bergabung memang jadi warna hijau. 

So lepas ni tak payah pakai biru dah sebab saya bukan peminat hijau.

Hiking Bukit Kepayang Ikut Laluan Tangki B Tapi Jalan Mati

Bulan lepas dapat 2 kali je hiking. Satu, hiking Bukit Sikai. Dua, hiking Bukit Kepayang. Dua-dua Bukit yang mudah untuk kita panjat. Apa yang penting, kita nak hiking santai-santai je. Setakat ini, tak pernah jemu hiking Bukit Kepayang.

Sebabnya dekat dengan rumah dan mudah nak panjat. Cepat sikit sampai ke puncak tu. Kami hiking pada 24 Ogos lepas, malam tu hujan lebat. Pagi tu pun tak berapa cerah cuacanya. Suram macam mendung. Tapi bukan mendung nak hujan.

Hiking Bukit Kepayang
jam 7.07am

Sekali lagi kami ikut laluan kolam bunga teratai (Lotus Pond) ni. Saja nak jalan jauh dan mencabar sikit laluannya.

Hiking Bukit Kepayang

Mulanya nak ikut laluan big pipe tapi encik suami suruh jalan terus. Nak tengok kot ada laluan lain yang boleh kami ikut kononnya. Kami pun berjalan sampai jumpa laluan Tangki B gambar di bawah ni. Laluannya agak sempit tapi masih jelas. Kami teruskan je lah naik.

Laluan dia bukan biasa-biasa. Kena guna tali memanjat. Tak dapat nak ambil gambar sebab handphone saya dah disimpan rapi letak dalam poket berzip. Nak keluarkan malas sebab tangan dah kotor kena tali bertanah. 

Laluan mencanak dan licin pula tu. Mana sempat nak ambil gambar pun. Dah bersusah payah naik, sekali sampai atas tak nampak laluan terang dah. Ahh sudah! 5 minit jugalah di situ belek-belek kot ada laluannya. Tapi akhirnya kami mengalah, terpaksa turun berpatah semula.

Nak naik dah susah, inikan nak turun semula. Aduhaiii..peluh dah berjurai dah. Bayangkan cuaca membahang selepas hujan. Begitulah suasana dia. Betul-betul keluar peluh. Seluar, kasut dan tangan jangan cakaplah, bertanah masing-masing.

Hiking Bukit Kepayang

Berpandangan je lah sesama kami. Nak gelak ke kesian ke tak tahulah. Mungkin jalan tu tak ramai ikut mungkin sebab ada pokok tumbang kot. Trail dah mencabar dah tapi tulah, jalan mati pula. Baru je nak cuba ikut laluan lain.

Dah berpatah semula, encik suami kata kita ikut jalan mudah je lah yang tak ada tali. Tapi saya kata ikut jalan big pipe trail ni jelah, dekat sikit dari laluan tadi. 

Ada tali pun talilah. Padahal tapak tangan dan jari dah sakit dah panjat tadi. Dan dan tu lah juga dia membengkak tak sempat tunggu hari esok. Aduhai tangan pun nak berdrama juga.

Hiking Bukit Kepayang

Laluan ni walaupun mencanak sikit dan guna tali tapi masih jelas laluannya dan tak semak. Tak payah guna tali pun masih boleh lagi panat. Sesuai je untuk pemula. 

Hiking Bukit Kepayang

Hilang mood sekejap bila dah tersilap jalan mati tu. Tapi tetaplah semangat untuk sampai ke puncak yang tak berapa nak tinggi. Pertama kali naik Bukit Kepayang dengan seluar baju dan tangan kotor bertanah. Orang lain naik bersih je, kita comot bukan main.

Hiking selepas hujan, ikut laluan pacak pula tu. Begitulah rupa dia. Nak expect apa kan.

Hiking Bukit Kepayang

Sempena bulan merdeka ni, banyak bendera dikibarkan atas Bukit Kepayang ni. Kita bawa semangat merdeka sampai ke puncak.

Hiking Bukit Kepayang

Dah berpenat, ambil masa untuk menikmati keindahan di puncak bukit. Nun jauh di sana, kabus-kabus masih ada di celah-celah bukit. Alangkah bagusnya kalau Bukit Kepayang ni ada awan karpet pagi-pagi. Tak payah nak hiking jauh-jauh cari awan karpet.

Hiking Bukit Kepayang

Kalau ada awan karpet, meriah pula kat sini macam Bukit Batu Sawa tu. Boleh jem pula atas bukit. Masa kami naik haritu, tak seramai biasa. Mungkin masing-msaing malas hiking lepas hujan kot. Minggu lepas kan musim hujan je.

Hiking Bukit Kepayang

Makan masa lebih sikit sebab dah sesat tu kan. Bila dah penat, kami pun tak berjalan jauh sampai ke kuil India tu. Sampai puncak ada Trunk Coffee tu je dan berpatah semula. Jadilah buat ada aktiviti di hujung minggu. Kann...

Bab 9 : September 2024

Bulan Ogos sudah berlalu dengan kisahnya. Sekarang kita dah beralih ke muka surat baru, bab 9 bulan September tahun 2024. 3 bulan lagi kita bakal tutup buku 2024 pula.

31 Ogos dua hari lepas, negara kita Malaysia sudah pun menyambut Hari Kebangsaan Ke-67 dengan tema 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka'. 

Semoga negara kita Malaysia terus hidup aman damai, harmoni, bertambah semangat perpaduan demi negara tercinta, Malaysia.

September 2024

Page 245/366
Wherever life plants you,
bloom with grace.

Apa yang menarik di bulan September 2024 ni? Mestilah nak tengok cuti kan. Cuti tak banyak bulan September ni cuma ada satu je cuti umum, 16 September iaitu Maulidur Rasul dan Hari Malaysia 2024 pada hari yang sama. Tiada cuti ganti. Jadi, cuti sehari je lah. 

Cuti umum/ Public holidays September 2024

  • 1 September – Cuti Hari Kebangsaan (Kelantan & Terengganu)
  • 16 September  – Maulidur Rasul (Cuti Umum)
  • 16 September – Hari Malaysia (Cuti Umum)
  • 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
  • 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)

Sambutan pada bulan September

  • Ahad Terakhir September – Sambutan Hari Sungai Sedunia (World River Day)
  • 5 September – Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa (International Day of Charity)
  • 10 September – Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (World Suicide Prevention Day)
  • 11 September – Sambutan Hari Patriot (Patriot Day)
  • 15 September – Sambutan Hari Demokrasi Antarabangsa (International Day of Democracy)
  • 16 September – Maulidur Rasul (Prophet Muhammad's Birthday)
  • 16 September – Sambutan Hari Malaysia (Malaysia Day
  • 16 September – Sambutan Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa (International Day for the Preservation of the Ozone Layer)
  • 21 September – Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api (Zero Emission Day)
  • 21 September – Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa (International Day of Peace)
  • 22 September – Sambutan Hari Tanpa Kereta (Car Free Day)
  • 26 September – Sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia (World Contraception Day)
  • 27 September – Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day)
  • 28 September – Sambutan Hari Penyakit Anjing Gila Sedunia (World Rabies Day)
  • 29 September – Sambutan Hari Jantung Sedunia (World Heart Day)

Cuti tak banyak tapi ada banyak sambutan di bulan September ni.  

Idea Bekal Untuk Diet

Dulu, bekal encik suami nasi goreng, mi goreng, kuetiau goreng, maggi goreng. Pendek kata, semua jenis bergoreng lah. Typical menu sarapan pagi orang Malaysia lah katakan. Tapi sekarang kita amalkan pemakanan yang lebih sihat. Untuk sarapan je lah tapi.

Masih makan nasi untuk makan tengahari dan makan malam. Cuma porsi tu kita kurangkan lah sikit. Kadang terlebih makan juga kalau lauk sedap. Itu biasa.

Untuk menu pagi biasanya kami sarapan 2 biji telur rebus seorang dan kentang. Kentang tu saya potong wedges dan rebus. Kemudian toskan dan perasakan dengan garlic powder, cajun seasoning dan paprika untuk rasa pedas sikit.

Kentang tu saya masak pada malamnya. Esok pagi nak makan baru saya panggang sekejap atas non stick pan letak butter sikit. Sedap baunya dan rasa kentang pun sedap, buttery dan crispy sikit luarnya.

Untuk bekal encik suami pula, 
  • Telur rebus 2 biji potong empat
  • kentang rebus yang diperasakan dan kemudian panggang
  • butterhead
  • cherry tomato
  • kubis ungu
Bagi menambahkan kesedapan lagi, saya tambahkan thousand island dressing. Maka jadilah egg salad yang sedap. 

Idea Bekal

Hampir sebulan sudah kami sarapan dan bekal menu yang sama untuk encik suami. Belum jemu lagi dan dah terbiasa sudah. Hari minggu pula adalah hari cheat day. Cuti masak pun ye juga. Sebab biasanya akan keluar dan makan di luar.

Idea Bekal

Kalau tak ada idea nak bawa bekal apa, bolehlah tiruvasi menu begini. Mudah dan sedap. Jimat belanja dan jimat masa untuk keluar makan tengahari. Sihat pun sihat.

Selain tu boleh tambah jagung manis, ayam panggang (bahagian dada), kacang panggang dan buah-buahan. Semakin bertambah umur ni, kena jaga makan selain menjaga emosi. Jaga kesihatan dan nak tenang-tenang je. Yang penting kita usaha dari tak buat apa-apa.

Lagi satu, senaman juga perlu seiring. Buat sesuatu supaya bergerak bagi bakar kalori. Jangan sayang lemak sangat. Sesungguhnya sihat itu mahal harganya. Kita usaha, ayuh!

Bekal tak berapa nak aesthetic sangat. Susunan entah kemana. Nak cepat nak cepat nak cepat.


Ke Tempat Tengok Kapal Terbang Landing di MY Last Landing Point (KLIA) Pula

Dari AEON Nilai, singgah di Jalan Pekeliling KLIA (Kuala Lumpur International Airport) / Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bawa anak-anak buah tengok kapal terbang landing pula. Dah lama berhajat nak bawa mereka, baru ada kesempatan.

Walaupun dah beberapa kali datang, tapi saya tak reti jemu. Mulanya kami pergi di KLIA Cargo Landing Aircraft Spot, tempat biasa pergi tu. Tapi waktu tu kapal terbang berlepas pula. Kalau ambil gambar tu tak sedekat macam mendarat.

KLIA flight landing view location ni ada banyak di sepanjang Jalan Pekeliling KLIA ni. Dari KLIA sampai ke KLIA2. Pilih lah mana-mana spot yang menarik.

Mulanya nak berhenti di Anjung Spotter Observation deck tapi macam tak menarik pula. Sudahnya kami berhenti berdekatan dengan KLIA2 Security Post 6. 

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Tengah panas pun sanggup tunggu kapal terbang berlepas. Selepas 3 buah kapal terbang berlepas, macam tak puas hati pula tak dapat tengok dengan lebih dekat. Encik suami pun bawa kereta pergi tempat lain pula. Kot ada rezeki mereka.

Akhirnya kami berhenti pula di MY Last Landing Point (KLIA) selepas Air Asia Landing Spot. Seronoklah mereka dapat tengok kapal terbang lebih dekat lagi. Dah dapat tengok dekat, takutlah pula dengan bunyi kuat tu.

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Mulanya takut, lepas tu suruh Mak Ngah dia ni teman pula. Lepas teman barulah jadi pemberani si kakak ni.

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

Lepas berlalu 3 buah kapal terbang, barulah kami balik. Di sini semua Air Asia je lah tapi. Tak ada lah kapal terbang antarabangsa yang besar-besar tu. Jadilah kan buat budak-budak seronok. Tak boleh nak lepak lama-lama sebab masih panas jam 4 petang. 

Kalau petang-petang memang ramailah lepak dan boleh berlamaan sikit. 

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing

My last landing point klia location

KLIA2 Runway 33 Landing Approach, 27, 43900, Selangor

Masuk Mini Petting Zoo Di AEON Nilai

Hari Sabtu lepas, luangkan masa bersama keluarga. Mereka semua dari kenduri di Seremban, kemudian jumpa di AEON Nilai sebelum balik KL. Bawa anak-anak buah jalan-jalan. Tak tahu nak kemana, ke AEON lah kita.

Lepas tu berjalan dalam mall macam tanpa arah tujuan sebab bukan nak shopping kan. Ikut je lah kaki kemana. Kami menuju ke tingkat 2 kot-kot ada permainan animal rides tu. Dapatlah budak-budak ni naik. Sekali tak ada daaa. Ada pusat permainan yang biasa terdapat di mall-mall tu je.
 
Tapi ada pula tarikan menarik di sini. Dino Land ke Adventure Park nama dia entah. Berhenti lah kejap kami di sini. Disini ada Dinosaur Adventure, Mini Petting Zoo dan Rumah Hantu.

Adik ipar dan biras berbincang nak masuk mana satu. Lagi berbaloi kalau beli pakej tiket sekali masuk 3 tempat ni. Tapi kami tak bercadang nak masuk pun. 

Mini Petting Zoo

Sudahnya biras masuk di Dinosaur Adventure dengan anaknya, si adik. Saya dan encik suami masuk dengan si kakak ke Mini Petting Zoo. Adik ipar dan mak mentua tak masuk, tunggu di luar je. Mereka lepak makan cendol di Penang Chendul berhadapan je dengan tempat ni.

Mini Petting Zoo
Rumah hantu tak ada yang masuk, entrance dia macam tak seram

Masuk-masuk je kami beli makanan RM1, ada lobak merah dan kacang panjang untuk bagi makan arnab dan guinea pig (tikus belanda). 

Mula-mula masuk dah nampak ular. Ular jagung (cornsnake) namanya. Mulanya tak nampak, dia menyorok di sebalik batu. Tapi pekerja tu pegang dan letakkan di depan. Katanya ular ni tak berbisa, corak dia macam ular sawa.

Kita ni berbisa ke tidak, tetap lah tak jadi seorang pemberani. 

Mini Petting Zoo

Ular ada satu ni je. Lepas tu bersusun lah jenis-jenis cicak. Cicak ni pula, kita tengok pun dah geli. Cicak biasa pun geli, inikan cicak bermacam-macam jenis. 

Mini Petting Zoo

Dalam geli-geli pun, nak juga tu ambil gambar. Dah masuk kan, tak kan pandang je. Ambil jugalah gambar buat modal untuk blog. Begitulah kehidupan seorang blogger. Kena ambil gambar untuk content blog. Kann...

Mini Petting Zoo

Banyak pula spesis cicak/gecko ni sampai lupa entah apa nama dia. Setiap haiwan ni ada diletakkan maklumatnya. Saya pun entah kenapa lupa nak ambil gambar maklumat tu sekali. Ini yang nak marah dengan diri sendiri ni. Layan je lah gambar ye.

Mini Petting Zoo

Berlalu pantas di bahagian cicak, sampai giliran hedgehog (landak kecil) pula. Ada beberapa ekor je dalam bekas kaca ni. 

Mini Petting Zoo

Okay, hamster pula. Teringat dulu pernah bela hamster. Tapi kejap je sebab lepas seekor mati, seekor lagi menyusul. Orang kata nak bela harmster ni kena bela berpasangan. Betul ke? Kalau tidak nanti cepat mati. Entahlah.

Mini Petting Zoo

Si kakak ni dia nak main dengan arnab je ni. Nak bagi makan tu je sebenarnya. Yang lain dia tak berapa minat nak tengok. Takut dan penggeli reptilia agaknya. Kita layankan je lah dia bagi makan arnab-arnab ni.

Mini Petting Zoo

Tak cukup beli satu bekas makanan, beli lagi satu bekas. Pekerja pun bagi lebih sikit. Terima kasih kakak yang peramah lagi baik hati bagi makanan lebih. Dapatlah si kakak ni lama sikit bagi makanan pada arnab dan juga guinea pig (tikus belanda).

Mini Petting Zoo

Susah betul nak ambil gambar guinea pig ni. Laju betul dia bergerak. Jadilah gambar begini. Pandanglah dengan mata seni. Anggaplah gambar ni satu seni yang cantik. 

Tak lama kami masuk, lebih kurang 10 minit lebih macam tu sebab tak banyak sangat haiwannya. Bahagian last yang ada arnab tu. Ada juga haiwan lain yang saya tak ambil gambar. 

Tak tahulah bila kewujudan tempat dia. Bersebelahan dengan kedai Sports Direct yang baru di buka. Nampak sangat jarang ke sudut ni walaupun kerap ke AEON Nilai. Yelah, kita ni jarang nak jalan-jalan tanpa arah tujuan. Tahu nak shopping, lepas tu balik.

Tiket masuk tak silap saya RM10. Ke RM12 entah. Nak kata berbaloi tu macam tak berbaloi sangat dengan harga sebab tak banyak haiwan dan kejap sangat masuk. Tapi kira berbaloilah juga bagi anak-anak kenal dan bermesra dengan haiwan.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu