Responsive Ad Slot

Malam Pesona Seni 2024 Di Seremban

Lepas membeli air limau jelly, encik suami tanya nak pergi mana-mana lagi tak? nak beli apa lagi tak? Hmmm...fikir punya fikir, jomlah kita pergi Malam Pesona Seni 2024. Macam awal lagi nak balik rumah. Kita jalan-jalan lah kejap.

Malam Pesona Seni 2024 diadakan sempena ulang tahun ke-4 Majlis Bandaraya Seremban pada hari Sabtu, 13 Julai 2024 jam 8.00 malam bertempat di Padang NS@MBS, Jalan Yamtuan, Seremban.

Kebetulan je nampak sepanduk/kain rentang Malam Persona Seni ni di media sosial. Kita pun tak ada rancangan lain. Jadi jomlah kita pergi tengok apa yang menariknya. Jarang seorang Fiza nak pergi tempat-tempat sesak begini. 

Ada persembahan artis, muzik, tarian kebudayaan, food truck, soopa doopa dan pertunjukan bunga api.

Saya fikir macam tak ramai orang je, itu yang pergi juga saja buat meriah. Mujur dapat parkir yang berdekatan. Sekali sampai, boleh tahan ramai juga orangnya. Cari tempat kosong dekat tepi pentas.

Malam Pesona Seni 2024

Masa kami sampai dah jam 9 lebih macam tu. Banyak persembahan dah terlepas. Sampai-sampai je penyanyi Santesh baru nak nyanyi. Kemudian Ameng Spring pula buat persembahan. Fuhh..suara steady macam dalam kaset. Seronok juga layan lagu lama-lama ni. Evergreen!

Malam Pesona Seni 2024

Lepas Ameng, Azlan Typewriter pula buat persembahan. Dan akhir sekali Aina Abdul. Tak tunggu sampai habis Aina Abdul nyanyi. Kita pun gerak balik lah. Gambar agak mengecewakan sebab zoom dekat sangatlah pula. 

Malam Pesona Seni 2024

Acara penutup baru ada bunga api tapi kami malas nak tunggu. Baiklah gerak awal nanti tak sesak nak keluar pun. 

Kami datang pun dah pertengahan majlis. Tak sesak nak masuk dan tak sesak nak keluar. Pergi padang pun cari port tepi yang tak ramai orang, berlaga dengan orang pun tak. Okay lah macam tu tak bersesak.

Baru Dapat Cuba Rasa Air Limau Jelly Viral

Balik dari makan di Ruang Damai Restoran, ajak encik suami pergi membeli air limau jelly viral di Taipan 2 Senawang. Haritu ada tengok di TikTok. Dah save, tinggal pergi terjah je.

Nak buat sendiri macam malas. Rajin tu belum datang lagi. Beli je lagi senang. Kan? Kita nak rasa je pun. Terus pergi ke Streetfood Korean N9 Mak Chu di Taipan 2 Senawang. 

Masa kami sampai pun ramai sedang menunggu. Kami nak beli air secawan pun agak lama juga menunggu. Dalam 20 minit jugalah. Penangan air limau jelly viral punya pasal. Orang tak putus-putus datang membeli.

Air Limau Jelly Viral

Kami beli secawan besar kongsi berdua. Limau kesturi diperah, campur air gula, asam boi, selasih dan letak jelly air teh Chrysanthemums. Sedap gabungan semua bahan-bahan tu.

Air pun tak masam sangat, tak manis sangat. Just nice rasa masam manis dia. Jelly pun banyak diletakkan atas tu. Patutlah viral. Sedap rupanya! Tak rugi membeli. 

Air Limau Jelly Viral

Alamak, lighting tak on point pula malam-malam. Lantak lah situ. Asalkan ada modal untuk blog. 

Cendawan Busut Musim Hujan

Terlupa pula nak masukkan kisah cendawan busut ni yang dah berlalu bulan Mei haritu. Punyalah lama peram dalam draft. Itulah penangan bila mood dah ke lautan Atlantik. Tak pandai nak balik semula.

Cendawan busut ni mak saya bekalkan bawa balik. Siap dibekalkan sekali daun kunyitnya untuk masak air. Masaknya mudah je. Didihkan air tambah garam sikit dan daun kunyit. Lepas dah mendidih tu baru masukkan cendawan busut yang dah dibersihkan.

Cendawan Busut

Begitulah cara mak saya masak. Ringkas tapi sedap. Rasa cendawan yang asli ditambah pula aroma daun kunyit. Memang sedap! Cendawan busut ni biasanya akan tumbuh selepas hujan. Kalau musim hujan, banyaklah dia tumbuh.

Teringat pula kenangan bila ketikanya arwah abah balik dari kebun. Kalau musim hujan tu ada je bekalan cendawan busut abah bawa. Dibungkus elok dengan daun keladi kadang. Makan segar-segar selepas dituai tu. Sedap betul! Alahaiii rindunya segala kenangan tu.

Gambar cendawan dah dimasak tak sempat nak dipotretkan. Masa tu tengah malas kan. Segala benda malas. Disampuk hantu malas agaknya. Tapi adalah gambar dalam entry lama, cendawan busut masak air.

Dulu gambar asal boleh je. Janji dapat masuk blog. Cendawan ni orang kampung bagi kat mak saya kalau tak silap lah. Tak pernah lagi ada di kawasan rumah. Biasanya oang kutip di kebun-kebun.

Minum Petang Di Rasta Kopi

Lama ek tak lepak di Rasta Kopi. Dulu kemain rajin menyinggah lepas balik berlari di KOMBES (Kompleks Belia Dan Sukan). Sejak dah mula hiking, tak nampak dah jalan nak ke KOMBES tu. Begitulah sekejapan mood beralih arah.

Bukan tak semangat nak pergi KOMBES. Tapi encik suami dah semakin sibuk. Balik dah penat, memang taklah nak keluar rumah semula. Ada masa untuk beriadah hujung minggu je. Itu yang hiking tu.

Tapi tiap-tiap hari kita workout je di rumah. Bukan berharap pada aktiviti hiking dan berlari atau jalan perlahan je. Sesekali kita weight lifting 3 kg dumbell juga. Buat mana termampu je. Janji ada aktiviti.

Kebetulan minggu lepas keluar beli barang, lepas tu macam nak mengopi kejap sementara ada masa sikit sebelum balik rumah. Mulanya nak pergi Beach Road Coffee (BRC) yang baru buka tu tapi di situ tak ada makan-makan sangat. 

Jadi, kita pergi Rasta Kopi sebab sekarang dah buka awal. Jam 4.30 petang. Dulu jam 8.00 malam baru buka.

Selain buka awal dan tutup jam 1.30 am. Ada banyak menu makanan baru. Saya suka saya suka. Bolehlah lepak selalu macam dulu. Kann..Ke kena pergi KOMBES selalu baru boleh lepak sini.

Rasta Kopi

Rasa kekok pula datang sini waktu siang. Teranglah sikit gambar kita kan. Kalau tidak tu malap sikit diterangi lampu kuning.

Rasanya sejak bulan Mei tak singgah sini. Pekerja pun dah ramai. Tuan kedai pun masih ingat kami dan bertanyakan kami lama tak datang. hihi..Terima kasih ingat kami lagi. Mana tidaknya, muka ni je lah yang asyik nak nasi lemak tapi tak ada.

Rasta Kopi

Bila nasi lemak dah ada, tak nak pesan pulak. Hahaha...bukan apa, dah kenyang makan nasi. Kita nak makan ringan-ringan je.

Saya pesan hazelnut latte panas. Wahh dah ada cawan lah. Baru lah menarik ambil gambar ada latte art. Sebelum ni dihidangkan dalam cawan kertas yang bertutup. Memang tak nampak lah latte art nya pun.

Macam ni barulah seronok mengopi. Encik suami pilih minuman sejuk, tak silap saya salted caramel. Di cawan pun dah ada pelekat Rasta Kopi. Lupa pula nak potretkan.

Rasta Kopi

Kata nak makan yang ringan-ringan, tapi terpesan lempeng pula. Kira tak berat sangat lah kan. hihi. Lempeng dia walaupun tak crispy sangat di luar tapi sedap juga makan lembut-lembut gitu.

Sambal tumis ikan bilis pula sedap macam mak-mak kita masak. Gaya masak cara orang lama. Cukup rasa. Ada rasa pedas sikit, saya suka. Lepas ni kena datang lagi lah sebab nak makan nasi lemak.

Rasta Kopi

Encik suami pesan sangkaya. Rotinya lembut tapi sayang saya tak boleh nak gigit sebab pakai braces. Kena potong kecil guna sudu garpu baru boleh telan dalam saiz yang kecil. Untuk yang tak pakai braces tu syoklah makan.

Pencicah dia pun sedap. Tak manis sangat. Sedang elok manis-manisnya. Tak mengecewakanlah menu-menu yang kami pesan. Boleh ulang membeli nanti.

Rasta Kopi

Jenis yang suka lepak santai, duduk di kerusi healing tu bolehlah singgah makan di sini. Suasana pun menarik. Kalau hujung minggu ada event dan persembahan gitu. Kami pernah nak pegi sekali waktu malam tapi full house lah pula. 

Sambil makan didendangkan dengan lagu-lagu raggae seiring dengan konsep kedainya.

Braces Monthly Review 4 Bulan

Rasa macam sekejap betul masa berlalu, tahu-tahu dah kena pergi temujanji seterusnya untuk braces monthly review. Mana tidaknya, tak sampai sebulan pun. Kali terakhir 31 Julai, lepas tu temujanji seterusnya 24 Ogos.

Jadi, kejap je lah dapat pakai getah O ring warna midnight purple tu. Kali ni temujanji dengan doktor lain pula. Dr. C. Mula-mula dulu dengan Doktor M, lepas tu 2 kali dengan Doktor A.

Lepas daftar di kaunter bawah, terus naik tingkat atas. Tak ada orang. Sempat kita bergambar dulu ye. 

Braces Monthly Review

Sebelum masuk bilik doktor, jomlah kita pilih warna getah O ring dulu. Saya memang dah pilih awal nak warna apa. Tapi sajalah nak tengok kot ada warna menarik yang lain. Macam biasa ambil gambar dulu untuk buat rujukan warna akan datang. Senang nak pilih. 

Braces Monthly Review

Untuk bulan keempat ni saya pilih warna midnight blue. Setelah dikaji, warna ni warna awam. Ramai pemakai pendakap gigi pilih warna ni. Sebabnya tak mudah bertukar warna dan gigi nampak lebih putih.

Braces Monthly Review

Untuk temujanji kali ni hanya tukar getah O ring sahaja. Doktor kata gigi depan bawah ni belum tegak betul lagi. Jadi, tukar getah O ring untuk ketatkan sahaja. Okay, baiklah doktor.

Braces Monthly Review
Bila hanya tukar getah O ring je. Jadinya taklah rasa sakit pun selepas itu. Masih boleh makan macam biasa. Tapi tetaplah pantang makan makanan keras-keras. Bukan apa, risau bracket tercabut. Malas nak pergi jumpa doktor pun ye juga. Cukuplah sebulan sekali je.

Harap cepatlah sikit gigi tu menegak. Bolehlah kita bergerak ke rancangan doktor seterusnya. Tak sabar nak tengok progress gigi dan hasilnya. Tapi ye lah, pakai conventional braces ni dia lambat sikit berbanding self ligating braces. Kenalah sabar.

Update terkini 15 September 2024, getah O ring dah bertukar warna hijau gelap sebab makan lauk berkunyit. Ingatkan tak bertukar warna sangat. Sekali dia bertukar hijau terus ye. Ye lah kan, warna biru dan kuning kalau bergabung memang jadi warna hijau. 

So lepas ni tak payah pakai biru dah sebab saya bukan peminat hijau.

Hiking Bukit Kepayang Ikut Laluan Tangki B Tapi Jalan Mati

Bulan lepas dapat 2 kali je hiking. Satu, hiking Bukit Sikai. Dua, hiking Bukit Kepayang. Dua-dua Bukit yang mudah untuk kita panjat. Apa yang penting, kita nak hiking santai-santai je. Setakat ini, tak pernah jemu hiking Bukit Kepayang.

Sebabnya dekat dengan rumah dan mudah nak panjat. Cepat sikit sampai ke puncak tu. Kami hiking pada 24 Ogos lepas, malam tu hujan lebat. Pagi tu pun tak berapa cerah cuacanya. Suram macam mendung. Tapi bukan mendung nak hujan.

Hiking Bukit Kepayang
jam 7.07am

Sekali lagi kami ikut laluan kolam bunga teratai (Lotus Pond) ni. Saja nak jalan jauh dan mencabar sikit laluannya.

Hiking Bukit Kepayang

Mulanya nak ikut laluan big pipe tapi encik suami suruh jalan terus. Nak tengok kot ada laluan lain yang boleh kami ikut kononnya. Kami pun berjalan sampai jumpa laluan Tangki B gambar di bawah ni. Laluannya agak sempit tapi masih jelas. Kami teruskan je lah naik.

Laluan dia bukan biasa-biasa. Kena guna tali memanjat. Tak dapat nak ambil gambar sebab handphone saya dah disimpan rapi letak dalam poket berzip. Nak keluarkan malas sebab tangan dah kotor kena tali bertanah. 

Laluan mencanak dan licin pula tu. Mana sempat nak ambil gambar pun. Dah bersusah payah naik, sekali sampai atas tak nampak laluan terang dah. Ahh sudah! 5 minit jugalah di situ belek-belek kot ada laluannya. Tapi akhirnya kami mengalah, terpaksa turun berpatah semula.

Nak naik dah susah, inikan nak turun semula. Aduhaiii..peluh dah berjurai dah. Bayangkan cuaca membahang selepas hujan. Begitulah suasana dia. Betul-betul keluar peluh. Seluar, kasut dan tangan jangan cakaplah, bertanah masing-masing.

Hiking Bukit Kepayang

Berpandangan je lah sesama kami. Nak gelak ke kesian ke tak tahulah. Mungkin jalan tu tak ramai ikut mungkin sebab ada pokok tumbang kot. Trail dah mencabar dah tapi tulah, jalan mati pula. Baru je nak cuba ikut laluan lain.

Dah berpatah semula, encik suami kata kita ikut jalan mudah je lah yang tak ada tali. Tapi saya kata ikut jalan big pipe trail ni jelah, dekat sikit dari laluan tadi. 

Ada tali pun talilah. Padahal tapak tangan dan jari dah sakit dah panjat tadi. Dan dan tu lah juga dia membengkak tak sempat tunggu hari esok. Aduhai tangan pun nak berdrama juga.

Hiking Bukit Kepayang

Laluan ni walaupun mencanak sikit dan guna tali tapi masih jelas laluannya dan tak semak. Tak payah guna tali pun masih boleh lagi panat. Sesuai je untuk pemula. 

Hiking Bukit Kepayang

Hilang mood sekejap bila dah tersilap jalan mati tu. Tapi tetaplah semangat untuk sampai ke puncak yang tak berapa nak tinggi. Pertama kali naik Bukit Kepayang dengan seluar baju dan tangan kotor bertanah. Orang lain naik bersih je, kita comot bukan main.

Hiking selepas hujan, ikut laluan pacak pula tu. Begitulah rupa dia. Nak expect apa kan.

Hiking Bukit Kepayang

Sempena bulan merdeka ni, banyak bendera dikibarkan atas Bukit Kepayang ni. Kita bawa semangat merdeka sampai ke puncak.

Hiking Bukit Kepayang

Dah berpenat, ambil masa untuk menikmati keindahan di puncak bukit. Nun jauh di sana, kabus-kabus masih ada di celah-celah bukit. Alangkah bagusnya kalau Bukit Kepayang ni ada awan karpet pagi-pagi. Tak payah nak hiking jauh-jauh cari awan karpet.

Hiking Bukit Kepayang

Kalau ada awan karpet, meriah pula kat sini macam Bukit Batu Sawa tu. Boleh jem pula atas bukit. Masa kami naik haritu, tak seramai biasa. Mungkin masing-msaing malas hiking lepas hujan kot. Minggu lepas kan musim hujan je.

Hiking Bukit Kepayang

Makan masa lebih sikit sebab dah sesat tu kan. Bila dah penat, kami pun tak berjalan jauh sampai ke kuil India tu. Sampai puncak ada Trunk Coffee tu je dan berpatah semula. Jadilah buat ada aktiviti di hujung minggu. Kann...

Bab 9 : September 2024

Bulan Ogos sudah berlalu dengan kisahnya. Sekarang kita dah beralih ke muka surat baru, bab 9 bulan September tahun 2024. 3 bulan lagi kita bakal tutup buku 2024 pula.

31 Ogos dua hari lepas, negara kita Malaysia sudah pun menyambut Hari Kebangsaan Ke-67 dengan tema 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka'. 

Semoga negara kita Malaysia terus hidup aman damai, harmoni, bertambah semangat perpaduan demi negara tercinta, Malaysia.

September 2024

Page 245/366
Wherever life plants you,
bloom with grace.

Apa yang menarik di bulan September 2024 ni? Mestilah nak tengok cuti kan. Cuti tak banyak bulan September ni cuma ada satu je cuti umum, 16 September iaitu Maulidur Rasul dan Hari Malaysia 2024 pada hari yang sama. Tiada cuti ganti. Jadi, cuti sehari je lah. 

Cuti umum/ Public holidays September 2024

  • 1 September – Cuti Hari Kebangsaan (Kelantan & Terengganu)
  • 16 September  – Maulidur Rasul (Cuti Umum)
  • 16 September – Hari Malaysia (Cuti Umum)
  • 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
  • 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)

Sambutan pada bulan September

  • Ahad Terakhir September – Sambutan Hari Sungai Sedunia (World River Day)
  • 5 September – Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa (International Day of Charity)
  • 10 September – Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (World Suicide Prevention Day)
  • 11 September – Sambutan Hari Patriot (Patriot Day)
  • 15 September – Sambutan Hari Demokrasi Antarabangsa (International Day of Democracy)
  • 16 September – Maulidur Rasul (Prophet Muhammad's Birthday)
  • 16 September – Sambutan Hari Malaysia (Malaysia Day
  • 16 September – Sambutan Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa (International Day for the Preservation of the Ozone Layer)
  • 21 September – Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api (Zero Emission Day)
  • 21 September – Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa (International Day of Peace)
  • 22 September – Sambutan Hari Tanpa Kereta (Car Free Day)
  • 26 September – Sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia (World Contraception Day)
  • 27 September – Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day)
  • 28 September – Sambutan Hari Penyakit Anjing Gila Sedunia (World Rabies Day)
  • 29 September – Sambutan Hari Jantung Sedunia (World Heart Day)

Cuti tak banyak tapi ada banyak sambutan di bulan September ni.  
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu