Disebabkan Mimpi D View Homestay dekat dengan Pantai Batu Buruk, makanya kita slow jogging dan brisk walk je lah. Di pantai Batu Buruk ni pun ada disediakan laluan untuk aktiviti riadah.
Punyalah tak sabar nak ambil gambar, dari dalam kereta pun boleh. Tak kelihatan ramai orang. Matahari kelihatan mula terbit. Kononnya nak gerak lepas solat subuh. Sekali lepas solat subuh, banyak pula halnya. Sudahnya sampai lewat juga hampir jam 7:00 pagi.
Apa-apa kita ambil gambar dulu. Jangan lepaskan peluang merakam keindahan yang ada depan mata ni. Bukan selalu dapat menyaksikan sunrise yang sangat cantik ni.
Kita ke tepian pantai pula rakam suasana laut pula.
Dah puas hati buat video timelapse barulah saya mulakan aktiviti slow jogging dan brisk walk bila dah tak larat. Lepas tu berhenti lagi bergambar di Dataran Batu Buruk. Banyak pula persinggahannya.
Inilah laluan untuk aktiviti riadah. Jauh juga. Tak pasti berapa panjang laluan ni. Tapi saya tak lari sampai habis hujung ke hujung.
Sampai ke Restoran ni kami patah semula. Saya dapatlah 1 pusingan je dek kerana sibuk ambil gambar dan video. Encik suami dapatlah beberapa pusingan.
Sebelum balik homestay, menikmati pantai Batu Buruk dari jarak dekat. Rasa tak nak balik pula nak lepak lama di pantai ni. Cantik sungguhlah tengok depan mata.