Slow Jogging Dan Brisk Walk Di Tepian Pantai Batu Buruk

Sebelum pergi Terengganu, survey dulu tempat penginapan dekat dengan bukit atau pantai menarik tak untuk beriadah. Ikutkan kalau pergi Terengganu nak hiking Bukit Keluang atau Bukit Bubus. Sambil tu nak paragliding. Tapi jauh nau! Kena naik atas lagi. Kang tahu-tahu sampai Kelantan pula.

Disebabkan Mimpi D View Homestay dekat dengan Pantai Batu Buruk, makanya kita slow jogging dan brisk walk je lah. Di pantai Batu Buruk ni pun ada disediakan laluan untuk aktiviti riadah.

Punyalah tak sabar nak ambil gambar, dari dalam kereta pun boleh. Tak kelihatan ramai orang. Matahari kelihatan mula terbit. Kononnya nak gerak lepas solat subuh. Sekali lepas solat subuh, banyak pula halnya. Sudahnya sampai lewat juga hampir jam 7:00 pagi.

Pantai Batu Buruk

MashaAllah...cantiknya! Terus jatuh cinta dengan Pantai Batu Buruk ni. Kalau dekat, memang hari-hari datang slow jogging dan brisk walk kat sini. 

Tepian Pantai Batu Buruk

Apa-apa kita ambil gambar dulu. Jangan lepaskan peluang merakam keindahan yang ada depan mata ni. Bukan selalu dapat menyaksikan sunrise yang sangat cantik ni.

Pantai Batu Buruk

Kita ke tepian pantai pula rakam suasana laut pula. 

Pantai Batu Buruk

Jalan depan sikit nampak buaian ni. Ahhh sudahh...terbantut nak bersenam pagi-pagi.

Pantai Batu Buruk

Marilah kita duduk bergambar di buaian dulu. Sempat lagi pula buat timelapse beberapa minit. Encik suami berlarian keseorangan sementara saya merakam video timelapse.  Tak-kan nak tinggalkan phone pula kan. Hilang nanti, naya Pak Karim!

Pantai Batu Buruk

Dah puas hati buat video timelapse barulah saya mulakan aktiviti slow jogging dan brisk walk bila dah tak larat. Lepas tu berhenti lagi bergambar di Dataran Batu Buruk. Banyak pula persinggahannya. 

Pantai Batu Buruk

Inilah laluan untuk aktiviti riadah. Jauh juga. Tak pasti berapa panjang laluan ni. Tapi saya tak lari sampai habis hujung ke hujung.

Pantai Batu Buruk

Sampai ke Restoran ni kami patah semula. Saya dapatlah 1 pusingan je dek kerana sibuk ambil gambar dan video. Encik suami dapatlah beberapa pusingan.

Pantai Batu Buruk

Sebelum balik homestay, menikmati pantai Batu Buruk dari jarak dekat. Rasa tak nak balik pula nak lepak lama di pantai ni. Cantik sungguhlah tengok depan mata. 

Pantai Batu Buruk

Pagi-pagi meriah juga dengan ramai orang yang beriadah. Ada yang rajin bertegur sapa "morning" macam vibes hiking pula. Seronok lah beriadah di sini. Tak beriadah, healing pagi-pagi hirup udara segar pun asyikkkk.

Jambatan Angkat Terengganu Di Waktu Malam

Selepas naik boat tour, kami makan malam di NR Cafe Tok Jembal. Kedai makan yang popular dan sedap katanya di Terengganu. Sebelum balik homestay singgah sebentar di Jambatan Angkat Terengganu untuk melihat keindahan suasana pada waktu malam.

Jambatan Angkat Terengganu

Kalau siang tadi pergi bahagian sebelah sana. Malam pergi sebelah sini pula. Luas rupanya kawasan di sini. Memang banyak kenderaan parkir merata-rata untuk lepak di sini. Di bahagian lain pula meriah dengan food truck. 

Waktu malam lebih meriah nampaknya di Jambatan Angkat Terengganu ni. Yang menariknya lampu akan bertukar-tukar warnanya. Nak lepak lama silalah bawa kerusi healing ye.

Jambatan Angkat Terengganu

Dan kenalah redha kalau gambar tak secerah siang. Jambatan Angkat Terengganu ni salah satu port lepak best kalau bercuti ke Terengganu. Tak berlamaan di sini, sekadar ambil gambar je. Nak lepak lama malas sebab penat tak hilang lagi. 

Naik Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Selesai urusan check in homestay Mimpi D View, solat dan melepaskan penat kejap. Cas semula tenaga yang dah hilang bagi bateri penuh. Nak berjalan cuti-cuti ni kena ada tenaga baru seronok. 

Sebenarnya macam tak ada rancangan sangat nak kemana-mana sebab saya dan encik suami pun ikut last minit. Jadi, mana mak mentua nak pergi diturutkan saja. 

Sedang kami berbual, adik ipar cakap pasal boat tour. Haa saya dan biras pun macam setuju nak pergi naik boat tour. Jomlah! Laju bersiap. Lepas solat asar, kami jalan terus ke lokasi boat tour.

Lokasinya berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu. Sepanjang jalan tu memang banyak jeti dan pakej yang ditawarkan. Tapi kami pergi di Jeti Pok Ali Pulau Sekati yang betul-betul dekat dengan pintu masuk muzium tu. 

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Harga boat tour ni sama je semua tempat/jeti. RM30 untuk dewasa dan kanak-kanak RM15. Sebaiknya kalau nak naik boat tour ni kena booking awal. Tapi kami tak tahu pula kena booking tu. Ingatkan boleh walk in je. 

Kebetulan masa kami sampai ada kosong untuk trip seterusnya. Tapi kena tunggu lah kejap sebab menunggu boat tu kembali semula ke jeti. Kami dapat trip jam 6:00 petang untuk boat tour selama 1 jam. Berbaloi juga tu kan.

Tapi kalau nak naik tu, lebih baik booking awal. Tak ada lah kena menunggu nanti kan. Sampai-sampai je dah ada slot untuk kita. 

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Saya ni aquaphobia tapi teruja nak naik boat. Disebabkan ada safety life jacket, itu yang kurang takut tu. Jadi pemberani lah sikit. Kalau tidak, risau jugalah tentang keselamatan tu.

Tak lama menunggu, tibalah giliran kami. Bukan main seronok lagi dapat naik boat tour ni melihat keindahan di kiri kanan laut. 

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Dapatlah merakam beberapa bangunan yang menarik untuk dipotretkan. Tak pasti nama masjid dan bangunan di bawah ni. Siapa tahu, bolehlah tinggalkan dalam kotak komen ye.

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Boat dipandu cermat. Cuma sesekali menghentam ombak tu buat risau. Macam terlanggar batu besar kaedahnya. Dalam perjalanan pulak, pemandu boat akan berhenti di lokasi tertentu untuk kami ambil gambar. 

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Menyesal bergambar duduk depan sekali. Nampak besar betul ye di situ. Patut kena duduk belakang. Merakam family portrait yang diambil oleh pemandu boat. Tak lupa untuk bergambar berdua berlatarbelakangkan jambatan angkat. 

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Dari kejauhan juga dapat melihat Masjid Kristal Terengganu atau dikenali dengan nama masjid terapung. Pernah masuk masjid ni masa datang ke Terengganu dulu, tahun 2001. Kali ni datang Terengganu tak sempat singgah.

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Di sini juga pemandu boat akan berhenti untuk ambil gambar. Tak adalah nanti bergegar-gegar kita nak ambil gambar masa boat bergerak kan.

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Yang lain tu, pandai-pandailah kita ambil gambar. Nak ambil video sila berhati-hati pegang dengan kuat. Risau pula kalau tercampak dalam laut. 

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Seronok dapat naik boat tour layan permandangan sekitarnya. Rasa tak puas pun ye. 1 jam pun terasa macam kejap je. Tahu-tahu dah nak sampai jeti semula.

Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu

Kalau pergi berdua, boleh je booking untuk 1 boat. Tapi mahal sikit lah. Tengok ada yang booking untuk celebrate birthday berdua, siap bawa kek lagi tu. Yang penting memang seronoklah naik boat ni. Kena naik kalau dah datang Terengganu tu.

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Mimpi D View Homestay, Kuala Terengganu

Mudahnya nak check in mana-mana homestay sekarang. Tuan rumah hanya perlu bagi arahan dan kita ikut saja tanpa berjumpa tuan rumah untuk dapatkan dan tinggalkan kunci rumah. Mudah sangat urusannya. 

Adik ipar booking Mimpi D View Homestay di Kuala Terengganu menerusi Airbnb. Sebelum ni dia pernah menginap di bangunan yang sama cuma homestay yang berbeza. 

Mimpi D View Homestay
Dari parkir lot kelihatan KTCC Mall dan Koperasi PERKIM

Rumah ni ada 3 bilik tapi 1 bilik tutup, tuan rumah simpan barang-barang. Tapi tak apa sebab disediakan toto dan bantal extra boleh tidur di ruang tamu. 

Hiasan dalaman yang ringkas tapi menarik. Homestay yang bersih dan selesa untuk menginap bersama keluarga.

Mimpi D View Homestay

Dapur pun banyak kelengkapannya. Ada penapis air coway. Jadi tak perlu lah kita beli air mineral. 

Mimpi D View Homestay

Bilik tidur utama dengan bilik air. Mostly banyak hiasan dan perabot dari IKEA. Suka konsep minimalist dengan warna tema putih. Nampak luas dan terang.

Mimpi D View Homestay

Mimpi D View Homestay
dari pandangan sudut yang berbeza, ada almari baju yang cukup besar

Bilik kedua pun dengan konsep minimalist tema hitam dan putih. Tuala, sejadah dan juga kelengkapan mandian disediakan (shampoo dan shower gel sahaja).

Mimpi D View Homestay

Kesimpulannya, bersih, kemas dan selesa menginap di Mimpi D View Homestay, Kuala Terengganu ni. Senang berurusan dengan tuan rumah. Dari master bedroom dan ruang tamu nampak permandangan laut pantai Batu Buruk.

Untuk percutian bersama keluarga memang sesuailah menginap di homestay. Lebih berbaloi dan mudah nak berkumpul ramai-ramai pun.


Jambatan Angkat Terengganu, Tempat Wajib Pergi Di Terengganu

Sesudah mengisi perut masing-masing, kami ke Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Terengganu iaitu mercu tanda ikonik negeri Terengganu. Tempat wajib singgah kalau datang sini. 

Sebelum tu kami nak makan di Restoran Singgang Budu tapi tutup. Jadi, makan di restoran nasi campur je. Entah apa nama kedai pun saya lupa. Kedai biasa-biasa dan tak ambil gambar pula sebab masing-masing dah kelaparan. 

Sementara menunggu masa untuk check in homestay yang berdekatan di Kuala Terengganu ni, singgah sekejap di Jambatan Angkat Terengganu. Kita terujalah sebab pertama kali sampai. 

Jambatan Angkat Terengganu

Pertama kali sampai tempat baru, automatik teruja nak merakam gambar dari pelbagai sudut. Rugi kalau tak digambarkan. Nak sampai lagi entah bila sebab jauh kan. Nak berjalan jauh tu yang malas walaupun bukan saya yang drive. Sejenis yang nak cepat sampai kalau boleh.

Jambatan Angkat Terengganu

Kita zoom sikit menara ni dari kejauhan. Merujuk website Terengganudrawbridge, Waktu operasi Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Operating Hours seperti di bawah dan dibuka setiap hari.

Waktu operasi Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Operating Hours

Ahad-Khamis (Sunday to Thursday) : 10.00 a.m – 7.00 p.m
Jumaat (Friday) : 2.30 p.m – 10.00 p.m
Sabtu (Saturday) : 10.00 a.m – 10.00 p.m
Cuti Umum (Public Holiday) : 10.00 a.m – 10.00 p.m
Cuti Umum Hari Jumaat (Public Holiday falls on Friday) : 10.00 a.m – 12.30 p.m
2.30 p.m – 10.00 p.m

Masa kami di sana, tak dapat nak menyaksikan jambatan tu diangkat. Hanya dapat tengok boat kecil lalu je.

Jambatan Angkat Terengganu

Tempat yang cantik, tapi sayangnya di tepi-tepi yang kawasan berbatu tepi laut ni banyak betul sampah sarapnya. Jadi cacat pula permandangan yang cantik. 

Jambatan Angkat Terengganu

Tak lupa rakam gambar family portrait untuk buat kenangan. Ada rezeki, kami ke sini lagi. Macam teringin pula nak naik atas menara dan menyaksikan permandangan dari aras atas. Mesti lagi menarik, kan? Nampak gaya kena repeat datang Terengganu lagi.

Jambatan Angkat Terengganu

Tak berlamaan sangat di sini, kami terus gerak untuk check in homestay. Solat dan berehat seketika sebelum ke destinasi seterusnya.

Terengganu, Kami Datang

Awal bulan Julai haritu, kami ke Terengganu 3 hari 2 malam ikut adik ipar nak pergi memancing. Dia memancing, kita pula ambil peluang bercuti-cuti di Terengganu. Trip ke Terengganu ni bersama mak mentua dan juga keluarga adik ipar.

Kami gerak ke Terengganu hari Jumaat pagi, 5 Julai dari Seremban seusai solat subuh. Kena gerak pagi-pagi sebab nak elak jem di Kuala Lumpur nun. Almaklumlah orang nak pergi kerja kan. Keluarga adik ipar dan juga mak mentua dari Kuala Lumpur. 

Terengganu, Kami Datang

Kami ikut lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Pagi tu tak banyak kenderaan melalui jalan ni. Suasana pun  tenang je dengan hiasan kabus pagi yang berbukit bukau. Rasa seronok pula dapat terapi mata waktu pagi begini.

Terengganu, Kami Datang

Dalam perjalanan, tahu-tahu kereta adik ipar di belakang. Dia keluar rumah lewat sikit. Kami rancang jumpa di R&R Temerloh je lah. Berhenti rehat kejap.

Terengganu, Kami Datang

Berhenti rehat di R&R Temerloh. Masing-masing pergi toilet buang apa yang patut. Jauh lagi perjalanan, memang wajib buang. Sementara menunggu adik ipar bungkus makanan, layankan anak-anak buah ni ha. Pantang nampak taman permainan, berzikir je lah selagi tak dapat main.

Mereka pun seronok bukan main Pak Ngah dan Mak Ngah dia ni ikut. Rajin melayan mereka, itu yang mereka seronok.

Terengganu, Kami Datang

Dah berhenti di R&R Temerloh, berhenti di R&R Perasing isi minyak. Yang ada hanya Shell je tak silap. Terpaksalah daripada tak ada. R&R ni agak sunyi dan jauh kedalam sikit daripada jalan utama. Kalau google, rupanya ada banyak kisah mistik disini. Seram lah pula!

Terengganu, Kami Datang

Lega bila dah nampak papan tanda hampir sampai ni. Perjalanan yang jauh memang memenatkan. Dah lama tak berjalan jauh. Lagi pula kali terakhir ke Terengganu ni tahun 2001. Sangat lama. Memori pun dah banyak hilang. Excited kita dah nak sampai Terengganu!

Terengganu, Kami Datang

Kami selamat sampai di Terengganu jam 1 lebih. Alhamdulillah...

Terengganu, Kami Datang

Sampai-sampai je terus cari kedai makan sebelum check in homestay. Bersambung ke cerita seterusnya. 

Sambut Birthday Encik Suami di Senalingbucks Coffee

Balik dari beli hadiah encik suami, kononnya nak makan-makan di Buyau Hill’s View Weekend Café sambut birthday encik suami. Alang-alang dah on the way balik Segamat lalu Kuala Pilah. Sekali sampai situ, ada event pula. Alahaiii, rosak program kita wak. 

Tak ada rezeki lah nak makan dan mengopi di situ. Baru je nak healing layan view Bukit bukau dan sawah padi sambil menjamu selera. Acah-acah healing gitu.

Okay, tukar rancangan. Kita pergi Senalingbucks Coffee by Ed’s je lah. Salah satu port ngopi menarik di Kuala Pilah favourite kami. Vibes kopitiam old skool gitu konsepnya. Tak ada makanan berat lah tapi. 

Senalingbucks Coffee

Macam biasa kalau dah datang sini, mesti nak lepak di tingkat atas. Nak menyaksikan permandangan dari aras tinggi. Dapatlah menjamu mata melihat permandangan luar dari tingkap. 

Menarik bukan? Melihat kesibukan jalan raya di pekan koboi Senaling ni sementara menunggu pesanan tiba.

Senalingbucks Coffee

Baru perasan, asal datang sini je pakai baju yang sama. Dah macam uniform masuk sini pula. Lighting pula tak on point sebab kita membelakangkan cahaya luar. Asal ada je sudah.

Sistem pesanan, kena pesan di kaunter order di bawah. Sebelum naik tu sila pesan siap-siap di kaunter ye. 

Saya pesan kopi panas, hazelnut latte. Encik suami pilih caramel macchiato sejuk. Makanan pula kami pilih lempeng dengan sambal sardin dan juga sepotong brownies. Acah-acah kek birthday. Pun boleh lah kann...

Senalingbucks Coffee

Hazelnut latte dan caramel macchiato yang sedap. Sedang elok rasa manis dan pahit kopinya. Lempeng pula rangup di bahagian luaranya, lembut dalamnya. 

Sambal sardin tu kawan encik suami, owner kedai yang kebetulan ada di kedai offer. Nak sambal sardin tak katanya? Kita pun okay je. Sedap sambal sardinnya. Tumis dengan cili api pula kan. Memang ngam lah rasa podeh. Terima kasih tuan kedai. 

Mungkin kalau tak ada sambal sardin, digandingkan dengan sambal tumis. Mungkinlah...

Sambutan birthday yang cukup ringkas tapi bermakna. Alhamdulillah... Happy birthday husband!

Senalingbucks Coffee

Lokasi Senalingbucks Coffee by Ed’s

41, Pekan Senaling, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu