Responsive Ad Slot

Singgah Makan Di Richiamo Coffee Gemas

Dalam perjalanan balik dari kampung dari Segamat ke Seremban, singgah di Gemas sebentar untuk menjamu selera. Kami memilih untuk makan di Richiamo Coffee Gemas yang baru di buka awal tahun ni kalau tak silap. 

Masih bau kedai baru. Masuk-masuk je, bukan main sejuk lagi dia punya suhu pendingin hawa tu. Terus buat pesanan di kaunter dan cari meja kosong. Memandangkan tak ramai orang, dapatlah memilih tempat duduk dan meja yang lebih selesa. Jauh sikit dari meja yang lain. 

Richiamo Coffee Gemas

Tak lama menunggu, buzzer pun berbunyi. Macam biasa menu pilihan saya, hazelnut latte. Air encik suami macam biasa minuman sejuk. Tapi saya lupa encik suami pesan menu apa. 

Richiamo Coffee Gemas

Makanan pula saya pesan set nasi daging asap salai. Daging salai masak lemak cili api didatangkan bersama semangkuk nasi putih, sambal belacan, sehiris timun, sehiris lobak merah, sehelai daun salad dan seekor ikan masin. Ikan masin apa tak tahu lah.

Encik suami pula pilih set nasi lemak rendang. Saya tak sempat rasa dek leka dengan menu pilihan sendiri yang sedap tu. hiks~

Richiamo Coffee Gemas

Menu Richiamo Coffee Gemas ni tak mengecewakan. Dua-dua menu sedap. Setakat ini saya makan di mana-mana cawangan Richiamo Coffee di Negeri Sembilan sedap. Satu cawangan di Selangor je gagal menepati KPI selera kami. 

Saya paling suka set menu daging salai asap Richiamo Coffee di City Park Seremban 2 sebab sayur-sayuran dia macam acar jelatah. 

Selain menu-menu tempatan, dia punya pastry pun sedap. Saya pernah cuba Chocolate Roll Danish. Pastry yang lembut dan rapuh, inti coklatnya yang sedap dan aroma butter yang best. Membangkit selera makan.

Menu pilihan lain yang sedap mengikut selera saya
Apa lagi yang sedap? Lepas ni setiap kali lalu sini balik kampung, bolehlah kita singgah makan mengopi ke kan. Dah alang-alang limpas tu. Singgah kejap. Dulu di Segamat ada, tapi dah tutup lah pula. 

kalau nak mengopi di Segamat, kita pergi KOFFIE Jalan Mentol.

Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je

Dua Minggu lepas berkesempatan balik kampung di Segamat. Dapat balik kejap pun jadilah setelah dua bulan tak balik kampung. Biasa sebulan sekali kita balik. Dah encik suami sibuk kena kerja sampai weekend kadang, lari lah sikit rutin balik kampung tu.

Kali terakhir balik kampung hari tu mak ada sebut juga nak tanam jagung. Masa tu dah sibuk bersihkan  tepi rumah tu dari bagi lapang sikit. Pokok-pokok bunga habis di ketepikan nak bagi ruang untuk tanam jagung pula. 

Tahu-tahu balik selepas 2 bulan ni dah berbuah dah pokok jagungnya. Cepat betul jagung ni mengeluarkan hasil. Dulu masa arwah abah ada, abahlah yang suka tanam jagung ni. Bukan di kebun je ada tanam jagung, di tepi rumah pun arwah abah ada tanam juga.

Tanam Jagung

Berbaloilah tanam masa tu tinggal berdua je di kampung kan. Mana berlebih tu, siapa ada balik dapatlah. Tak pun diberikan je pada sesiapa.

Hasil jagung tanaman mak ni masih belum boleh dituai lagi untuk direbus. Mak kata kalau nak ambil, ambillah podak jagung tu. Tahu tak podak jagung tu apa? Orang Johor panggil baby jagung tu podak jagung. Ke orang Segamat je panggil macam tu?

Tanam Jagung

Podak jagung sedap buat sayur campur atau campur dengan kobis masak lemak putih. Kan?

Mak tanam tak banyak. Sekadar tanam untuk makan sendiri je. Harap eloklah isi jagungnya nanti dan tak diganggu musuh. Pernah dengar orang cakap, nak tanam jagung ni tukang tanam tu kena ber gigi elok baru elok isi jagung tu tak rongak. Entah betul entah tidak. 

Biasalah orang dulu-dulu punya petua. Macam-macam kan. 

Tanam Jagung

Selain seronok menaman berbudi pada tanah, seronok juga dapat merasa hasil tanaman sendiri. Jagung ni mudah nak tanam dan mudah nak hidup. Ingat dulu tolong abah di kebun buat lubang guna kayu, lepas tu letak lah biji benih jagung.

Mudah je! Tahu-tahu dah bercambah keluar anak pokok. Lebih kurang 2 bulan lebih dah boleh tuai. Duduk kampung ni tanam apa pun menjadi. Kawasan luas dan cahaya pun mencukupi.

Bab 10 : Oktober 2024

Bertemu kembali di bulan Oktober setelah hampir 3 minggu tak berblog. Tak sangka pula boleh sepi selama itu. Betul-betul mood jauh berlayar ye. Mujur pergi dan kembali semula. Disaat blogger lain rancak update blog, saya di sini terbeku seketika.

Hari ketujuh baru timbul seketul post. Apa nak jadi lah dengan seorang Fiza ni kan. Writer's block sebenarnya. Senang cerita. 

So, apa cerita menarik di bulan Oktober 2024 ni?

PINKtober 2024

Bulan Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober yang disambut setiap tahun. Dikenali dengan gelaran PINKtober (Pink Oktober/October) atau disebut juga dengan nama Bulan Reben Merah Jambu.


Naik taraf lesen B Penuh (B Full)

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2, 10 tahun dan ke atas layak untuk menyertai program peralihan khas bagi mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober 2024. Selama mana tempoh tersebut, masih belum diketahui. Siapa layak, boleh cepat-cepat mohon.

Syaratnya perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di mana-mana institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160. 

Bukan tu je, pemohon juga perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar selama tempoh dua jam.

Mulanya ramai tak puas hati sebab ramai yang tak layak. Alasan tak layak, kalau pernah lewat renew lesen memang tak layak lah cerita dia. Sehari pun dikira tak layak. 

Selepas ramai yang bising, barulah ditukar syarat. Dengan syarat lesen aktif lebih dari 10 tahun gitu. Makanya, ramailah yang layak. Ramailah juga bercita-cita nak beli superbike berkuasa tinggi haa... Ikutlah rezeki masing-masing. 

Kita ni memang taklah. Bawa motor pun dah malas. Setakat merempit masa zaman study dan zaman kerja tu sudahlah.

Bab 10 : Oktober 2024

Page 275/366
Sometimes you need to disconnect and enjoy your own moment.
Take time for yourself and come back stronger.

Hari Kopi Sedunia 2024

1 Oktober, Sambutan Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day) jatuh pada hari Selasa minggu lepas. Tak sempat nak rebut peluang beli kopi dengan harga promo sebab terlupa. Berhuhu je lah.

Lain-lain sambutan seperti di bawah. Cuti bulan Oktober 2024 tak berapa nak meriah. Hanya cuti umum sempena perayaan Deepavali sahaja pada 31 Oktober. Selain tu, cuti di beberapa negeri tertentu sahaja.

Cuti umum/ Public holidays Oktober 2024

7 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Sabah (Sabah)
14 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Sarawak (Sarawak)

Sambutan pada bulan Oktober

Jumaat Pertama Oktober – Sambutan Hari Senyum Sedunia (World Smile Day)
Isnin Pertama Oktober – Sambutan Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day)
Khamis Kedua Oktober – Sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day)
1 Oktober – Sambutan Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day)
1 Oktober – Sambutan Hari Vegetarian Sedunia (World Vegetarian Day)
2 Oktober – Sambutan Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa (International Day of Non-Violence)
4 Oktober – Sambutan Hari Binatang Sedunia (World Animal Day)
9 Oktober – Sambutan Hari Pos Sedunia (World Post Day)
10 Oktober – Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day)
13 Oktober – Sambutan Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi (International Day for Natural Disaster Reduction)
14 Oktober – Sambutan Hari Standard Sedunia (World Standards Day)
15 Oktober – Sambutan Hari Basuh Tangan Peringkat Global (Global Handwashing Day)
16 Oktober – Sambutan Hari Makanan Sedunia (World Food Day)
17 Oktober – Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa (International Day for the Eradication of Poverty)
24 Oktober – Sambutan Hari Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Day)
24 Oktober  – Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action)
31 Oktober  – Perayaan Deepavali (Diwali)


Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 36 2024

Siaran lansung Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 36 2024 disiarkan secara lansung di TV3 dan strim langsung menerusi platform Tonton jam 9.00 malam pada hari Jumaat 11 Oktober 2024. 

Anugerah Bintang Popular ABPBH 36 2024
sumber : ABPBH36

ABPBH 36 bertemakan Teguh yang diinspirasikan penaja utama iaitu CONBOO yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),Wisma MBSA, Shah Alam. Dihoskan oleh Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana.

ABPBH edisi 36 kali ni mempertaruhkan 16 kategori utama dan bakal menyaksikan juara kategori yang diangkat sebagai Bintang Paling Popular. Siapakah bakal pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36?

Berikut senarai top 5 dan pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 36 2024

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR

Danial Kifli
Hasif Upin
Izuan Razali
Putera Muhammad
Shah Radhy

ARTIS BAHARU WANITA POPULAR

Erysha Emyra
Ezzanie Jasny
Raden Zaharatul
Trisha Ooi
Tracie Sinidol

ARTIS KOLABORASI POPULAR

Dolla
Khai Bahar & Nabila Razali
Khai Bahar & Adira
Siti Nordiana & Saujana
Ziana Zain & Hasif Upin

PENYANYI LELAKI POPULAR

Amir Masdi
Aliff Aziz
Haqiem Rusli
Hael Husaini
Khai Bahar

PENYANYI WANITA POPULAR

Adira Suhaimi
Aina Abdul
Ernie Zakri
Siti Nordiana
Stacy

AKTOR PEMBANTU FILEM POPULAR

Alif Hadi
Eman Manan
Hafiz Nafiah
Hisyam Hamid
Ropie

AKTRES PEMBANTU FILEM POPULAR

Daiyan Trisha
Harissa Adlynn
Nadia Brian
Raja Ema
Wanna Ali

AKTOR FILEM POPULAR

Aedy Ashraf
Bell Ngasri
Pekin Ibrahim
Kamal Adli
Syafiq Kyle

AKTRES FILEM POPULAR

Amelia Henderson
Fasha Sandha
Isyariana
Janna Nick
Uqasha Senrose

ARTIS PEMBANTU TV POPULAR

Wanss Ahmad
Azhan Rani
Mierul Aimen
Nadhir Nasar
Shah Iskandar

ARTIS PEMBANTU TV POPULAR

Puteri Sarah Liyana
Alya Iman
Amyza Aznan
Bella Hanna
Rita Rudaini

AKTOR TV POPULAR

Aedy Ashraf
Amir Ahnaf
Hun Haqeem
Meerqeen
Redza Rosli

AKTRES TV POPULAR

Anna Jobling
Bella Astillah
Hannah Delisha
Siti Saleha
Sophia Albarakbah

PENYAMPAI RADIO POPULAR

DJ Sonic
Haiza
KJ
Sharifah Shahirah
Tyzo

ARTIS KOMEDI POPULAR

Bell Ngasri
Jep Sepahtu
Joey Daud
Sabri Yunus
Senario

PENGACARA TV POPULAR

Anim Ezzati
Elly Mazlein
Izzue Islam
Raja Azura
Uyaina Arshad

BINTANG PALING POPULAR ABPBH 36 2024

Aina Abdul

Kategori Ekstra Tonton Paling Popular

Couple Drama Popular

Amir Ahnaf & Anna Jobling (Drama Syurga Itu Bukan Mudah)

Couple Filem Popular

Bront Palarae & Nadiya Nisaa (Filem Harum Malam)

Lagu Paling Boom Popular

Masing-masing (Ernie Zakri & Ade Govinda)

Watak Antagonis Drama Popular

Aleza Shadan

Artis Sensasi Popular

Siti Nordiana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Datuk Hashim Said @S.Atan

Pertama Kali Rasa Ubi Lambung Viral

Satu masa dulu ubi lambung ni pernah viral. Tapi masa tu kita tak terkejar-kejar nak into the scene cuba rasa. Tak tahulah kenapa macam tak beria sangat nak rasa. Sekarang ni viral lagi tak ek?

Tapi bila nampak ada orang jual, kita pun ambil kesempatan nak cuba rasa. Minta encik suami belikan buat rasa-rasa. 

Inilah rupa ubi lambung tu. Menariknya ubi lambung ni diperbuat daripada pelbagai jenis ubi keledek yang pelbagai warna. Warna warni tu juga salah satu tarikan ubi lambung ni.

Ubi Lambung

Lambung tu pula bentuk bebola agaknya, kot? Ubi lambung ni kalau makan panas-panas memang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam. Rasa dia pun rasa manis-manis ubi keledek. Sedap! Penggemar ubi keledek mesti suka.

Lupa pula saya nak tanya encik suami berapa harganya. Lokasinya berdekatan dengan Family Store Sikamat, Seremban. Pertama kali rasa ubi lambung viral ni, saya suka dengan rasa dia. Cuma bila sejuk tu rasa liat sikit. Sebab tu kena makan panas-panas.

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M kepada seluruh umat Islam. Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024 sama dengan sambutan Hari Malaysia 2024. Kedua-dua sambutan ini merupakan cuti umum Malaysia.

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M

baca juga

TEMA MAULIDUR RASUL 2024 / 1446H

Tema sambutan Maulidur Rasul 1445H/ 2023 adalah "Al-Falah Pemacu Malaysia Madani"

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 16 September 2024
Masa : 7.30 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Live streaming rasmi : RTMKlik

MAULIDUR RASUL

12 Rabiulawal, tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.

Kedatangan Nabi Muhammad adalah rahmat terbesar dan anugerah teragung sebagai utusan Allah untuk menghentikan segala kerosakan (penyembahan berhala, penzinaan,mabuk, berjudi, merompak, membunuh dan lain lain) dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Keperibadian Nabi Muhammad sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita renungi kembali dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang terbaik.

Lazimi berselawat setiap hari bukan hanya semasa sambutan Maulidur Rasul sahaja. 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Hiking Bukit Kepayang 9.0

Hiking Bukit Kepayang 9.0, bermakna untuk kali kesembilannya pada hari Sabtu, 14 September. Bukit Kepayang, bukit kegemaran saya. Satu, sebab dekat dengan rumah. Dua, sebab mudah. Tiga, sebab ada banyak pilihan jalan boleh ikut mana-mana jalan yang kita suka.

Ada masa rajin, ikut jalan jauh. Ada masa nak santai-santai je, ikut jalan mudah. Ada masa nak mencabar sikit, ikut jalan yang mencanak. Begitulah...

Kami lewat sikit hiking. Jam 9.00 pagi baru gerak dari rumah. Mulakan hiking jam 9.21 pagi. Terserempak dengan geng-geng auntie Chinese baru turun. Ingatkan kami je lambat. Ada sepasang pasangan ni baru nak naik juga dengan seekor anjing mereka.

Bukit Kepayang ni kalau naik lambat pun tak apa. Ada je hiking petang dan malam juga. Tak sunyi sebab dekat bandar.

Untuk hiking dah terlewat ni kami jalan terus je, tak belok ke kiri ikut jalan kolam bunga teratai tu. Dari papan tanda dalam gambar bawah ni, terus ikut trail kanan tu dan kekanan lagi ikut laluan nombor 3. Laluan yang menaik dan lepas tu landai sikit.

Bukit Kepayang

Kemudian ikut laluan menaik dan menaik sampailah atas. Laluan yang tak berapa nak rilek kalau stamina kurang. Saya rasa dehidrasi sikit sebab cuaca macam bahang sikit walaupun cuaca tak panas. Nak hujan barangkali.

Bukit Kepayang

Kami cadang nak berjalan sampai puncak ada papan tanda Kepayang Hill tu je. Tiba di puncak Bukit Kepayang jam 9.54 pagi jalan santai-santai. Malas nak jalan jauh sampai ke kuil India depan nun sebab dah lewat. Lepas ni nak ke pasar pula beli barang dapur.

Bukit Kepayang
Yaa..masih belum kurus. Bukan itu tujuan utama dia. Kita nak sihat, hidup tenang-tenang je

Oleh kerana dah dehidrasi, terpaksalah beli air di Trunk Coffee. Saya pesan air matcha latte sejuk je. Kejap je barista buat sebab tak ada orang lain di puncak. Seronok juga bila tawan puncak tak ramai orang. Senang nak bergambar. 

Bukit Kepayang

Minum lah sekejap buat basah tekak dan tambah tenaga. Lepas tu terus turun jam 9.58 pagi. Sampai bawah jam 10.28 pagi ikut jalan mudah dan jauh sikit. Dalam perjalanan turun tu hujan panas tapi renyai-renyai. Terus berlari lah sampai ke kereta. Elok je nak sampai, berhenti hujan.

Sekian aktiviti di hari Sabtu. Orang lain sibuk jalan sana-sini bercuti. Kita lagi santai kawan pergi hiking. Dah lama cuti hiking kan. Rasa rindu pula. Padahal baru 2 minggu je. Kali terakhir 24 Ogos, Bukit Kepayang juga. Minggu lepas nak slog jogging di Bukit Pilah, hujan pula.

Minggu ni macam banyak betul acaranya kan. Jem sana-sini disebabkan cuti sekolah seminggu. Ingatkan nak pergi tengok Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship di PETRONAS Sepang International Circuit. Free entry! Tapi macam malas lah pula. Confirm parkir jauh. Nak naik motor macam malas juga.

Apo semua serbi malas ni. Kena sampuk hantu malas ke apa ni? Takpelah, kita tunggu Moto GP nanti bulan November. 

Cakap pasal permotoran ni, ada event RXZ Member 6.0 di Terengganu. Mesti geng motor tak tahu nak ke Terengganu ke PETRONAS Sepang International Circuit kan?

Selain tu, hujung minggu ni ada acara MAHA 2024. Tak lain tak bukan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Di Kuala Pilah boleh tahan juga meriahnya dengan Pesta Bola Ngoca Kuala Pilah.

Meriah bukan? Itu je yang saya tahu. Tengok orang kongsi di media sosial jem sana sini. Kita pun jadi malas nak jalan kemana-mana. 

Selamat bercuti semua. Jaga diri.
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu